Archive for January 2014

 

Aktiviti Promosi Hari Wilayah Persekutuan 2014 | 3 Februari 2014 Cuti !

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

DISKAUN KOMPAUN DBKL



1 Februari 2014 merupakan Hari Wilayah Persekutan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Memandangkan tahun ini sambutan Hari Wilayah 2014 bertindih dengan Perayaan Tahun Baru Cina pada 31 Januari dan 1 Februari maka 3 Februari 2014 diisytiharkan cuti. Mereka yang berkerja di kawasan Wilayah Persekutuan akan menikmati cuti tambahan. Tahniah!



Tema sambutan Hari Wilayah 2014 ialah "Wilayah Persekutuan Ceria" bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. Menjadi aspirasi Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) yang ingin menjadikan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai sebuah bandar yang ceria dalam aspek persekitaran yang bersih serta indah, kemudahan perumahan yang kondusif dan selamat, sistem pengangkutan dan jaringan lalulintas yang sistematikdan berteknologi tinggi.



Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang bulan Februari ini untuk penduduk Wilayah Persekutuan dan kawasan sekitarnya. Antaranya Konvoi Berbasikal, Kenduri 1 Wilayah dan Forum Perdana. Pihak DBKL juga memberi diskaun kompaun RM 30 sahaja kepada semua kesalahan trafik bermula 1 Februari hingga 8 Mac 2014. Pembayaran boleh dibuat di semua kaunter DBKL pada hari bekerja dengan membawa bersama-sama notis kompaun.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Bonus Dividen Tabung Haji 2014 8% (Bonus Tahunan + Bonus Haji)

Penulis: Que | Kategori: , , ,

BOLEH SEMAK MULAI 3 FEBRUARI 2014

DIVIDEN TABUNG HAJI 2014, BONUS 8% TABUNG HAJI 2014

Dividen Bonus Tabung Haji 2015 [Klik]

Tabung Haji (TH) memberi minimum bonus 6% kepada semua pendepositnya manakala mereka yang belum mengerjakan haji bakal menikmati tambahan bonus 2% menjadikan keseluruhan 8%.


Pendeposit yang telah mengerjakan haji = Bonus 6%

Pendeposit yang belum mengerjakan haji = Bonus 6% + 2%


Pendeposit boleh menyemak bonus masing-masing menerusi kaunter TH dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic mulai Isnin (3 Feb 2014) ini. Kelebihan menyimpan di TH mereka akan tolak siap-siap zakat simpanan anda.



Ramai yang mempertikaikan pemberian bonus tambahan hanya kepada pendeposit yang belum mengerjakan haji walhal wang yang dilaburkan mungkin menggunakan simpanan mereka juga. Hmm. Mungkin TH kena terangkan isu ini kepada pendeposit mereka. Jom buka akaun tabung haji serendah RM2 di mana-mana cawangan TH seluruh negara. Info lanjut di sini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Lokasi Speed Trap Cuti Tahun Baru Cina 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

ELAKKAN DARI  KENA SAMAN



Sepanjang musim Perayaan Tahun Baru Cina 2014, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi bersepadu dengan menggunakan pendekatan penguatkuasaan, kejuruteraan dan pendidikan bertujuan mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya. Mereka akan dibantu seramai 1,270 ahli Skuad Muda 1JPJ (SM1JPJ) sepanjang kempen tahun ini.



Skuad sukarelawan itu membantu 254 pasukan anggota JPJ mengambil gambar dan merekodkan nombor pendaftaran kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas. Kenderaan barangan dilarang memasuki jalan raya pada 29 dan 30 Januari iaitu dua hari sebelum Tahun Baru Cina, dan 8 dan 9 Februari, dua hari selepas perayaan bertujuan untuk mengelakkan kesesakan.



Selain itu, penurunan had laju bagi jalan persekutuan dan jalan negeri sebanyak 10km/j akan berkuatkuasa sehingga 7 Februari ini. Bersiap sedialah anda.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Diskaun Rebat Tol Tahun Baru Cina 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

DISKAUN & REBAT 5 % - 37.5 %

REBAT TOL LPT PLUS TAHUN BARU CINA 2014


Menjelang Perayaan Tahun Baru Cina 2014 esok pengguna lebuhraya akan menikmati diskaun dan rebat tol 5% hingga 37.5% di beberapa plaza tol terpilih. 18 lebuhraya akan memberikan diskaun tertentu pada kenderaan kelas pertama bermula 29 Januari sehingga 4 Februari 2014


Antara lebuhraya yang terlibat adalah :

SMART, AKLEH, GUTHRIE, LKSA, DUKE, SKVE, KLK, LPT1, NPE, MEX, NNKSB, Besraya, SDE, LDP, SPRINT, LEKAS and BORR.


Rebat 20 % | PLUS

PLUS pula akan memberikan rebat 20% kepada pengguna kelas pertama yang menggunakan SmartTAG dan Touch n Go untuk 5 lebuhraya dari 29 Januari hingga 4 Februari 2014. Lebuhraya tersebut ialah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), PDH, ELITE, KLBK dan LINKEDUA.

Bagi lebuhraya di Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar terkecuali dari tawaran rebat ini.
 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Perlawanan Piala FA Inggeris 2014 Pusingan 5

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

4 KELAB BERTEMBUNG



Undian pusingan ke-5 Piala FA Inggeris 2013/2014 menyaksikan dua pertembungan hebat antara 4 kelab elit yang masih bertahan. Finalis musim lalu, Manchester City akan menentang pasukan Chelsea manakala Arsenal akan melayan Liverpool di Stadium Emirates.



Perlawanan ini akan diadakan pada 15 dan 16 Februari 2014. Arsenal dan Manchester City bakal menghadapi ujian getir kerana perlawanan Piala FA Inggeris dijadualkan hanya beberapa hari sebelum perlawanan UCL menentang Bayern Munich dan Barcelona.



Arsenal yang kali terakhir memenangi trofi pada tahun 2005 mengharapkan tuah Piala FA untuk menamatkan kemarau selama 8 tahun. Mampukah mereka mengharungi jadual padat bulan depan?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu Ke 28 | AJL 28 26 Januari 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

LAGU MANA AKAN JADI JUARA?


Tonton Klip Video Persembahan AJL 28 [Klik Sini]

Debaran Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL 28) hanya tinggal beberapa jam saja lagi. Stadium Putra Bukit Jalil kini semakin panas. 12 buah lagu akan berentap untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu untuk tahun 2013. Nantikan siaran langsung pada jam 9.00 malam di TV3.



Apa yang menarik kali ini ialah tema atau konsep persembahan yang diketengahkan iaitu 'Game On'. Mesti ada antara korang yang kurang pasti tentang konsep ini. Lebih kurang macam game jugak tapi lebih kepada teknologi digital. Sama-sama kita nantikan kejutan malam ini.



Jika sebelum ini, giliran persembahan peserta ditentukan melalui cabutan undi, tapi kali ini pihak penganjur telah menetapkan giliran mereka. Ada kelebihannya jugak kerana mood dan juga momentum sangat dipengaruhi oleh genre muzik. Jadi susunan sebegini dapat mengekalkan tempo supaya lebih bertenaga.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Piala FA Inggeris 2014 Pusingan 4 | Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

KELAB ELIT TERPISAH



Penyingkiran Manchester United seawal pusingan ke-3 memang tidak diduga. Tambahan pula prestasi di Old Trafford yang tidak menentu menggusarkan peminat. Mungkin ada baiknya mereka terkeluar dari saingan Piala FA Inggeris ni supaya boleh fokus untuk tempat ke-4 EPL.



Dalam pusingan ke-4, kesemua kelab elit mendapat undian yang selesa kecuali Chelsea yang terpaksa menentang pasukan Stoke City dari liga yang sama. Arsenal, Liverpool dan Manchester City masing-masing akan bertemu pasukan divisyen bawah.



Kesemua perlawanan akan berlangsung minggu ini dan keputusan seri membawa kepada perlawanan ulangan di tempat yang berlawanan. United akan ada masa seminggu untuk rehat sebelum melayan Cardiff dan Solksjaer Rabu depan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Manchester United Pecah Rekod Untuk Bawa Juan Mata Dari Chelsea ?

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

PENYELAMAT MUSIM?



Adakah perpindahan Juan Mata ke Manchester United akan menjadi realiti? Sumber dari England mengatakan United dan Chelsea telah bersetuju untuk membawa Mata ke Old Trafford dengan harga 37 Juta Euro. Jika ini berlaku maka United akan memecah rekod baru perpindahan pemain yang sebelum ini dipegang Dimitar Berbatov pada harga 30.7 Juta Euro.



Mata merupakan tonggak utama Chelsea yang memenangi UEFA Champions League 2011/2012 dan Europa League 2012/2013. Tetapi sejak kehadiran Mourinho, kelibat Mata semakin jarang kelihatan dalam kesebelasan utama. Mourinho lebih gemar menurunkan Hazard, Oscar dan Ramires di belakang penyerang.



Chelsea pada mulanya mengharapkan pertukaran pemain dengan Rooney menyertai mereka di Stamford Bridge tetapi mungkin agak sukar kerana perpindahan musim sejuk biasanya tidak berkesan melainkan keadaan memaksa.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Semua Pemohon PPA1M Putrajaya Akan Layak Dapat 1 Unit

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

TUNGGU GILIRAN ANDA



Anda salah seorang pemohon projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)? Dah semak keputusan tapi masih belum berjaya? Jangan risau kerana dikhabarkan sebanyak 10,639 unit PPA1M Putrajaya akan menanti 10,500 pemohon yang menepati kelayakan pendapat isi rumah di bawah RM 8000 sebulan.



Keputusan dan lokasi unit PPA1M akan diketahui oleh pemohon secara berperingkat melalui beberapa siri cabutan yang telah dirancang oleh kerajaan. Siri pertama telah berakhir pada bulan Ogos 2013. Siri kedua sudah dilaksanakan pada akhir Disember 2013. Siri ketiga dijangka pada bulan April 2014.



Isu kekurangan kuarters di Putrajaya menjadi topik hangat ketika ini. Maklumlah kuarters ni selesa dan murah. Penyenggaraan pulak ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Siapa yang nak keluar kan. Rumah sendiri disewakan pada orang lain dengan harga lebih tinggi dari bayaran bulanan menduduki kuarters.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 10 | JAMBU PULAK BOTTOM 3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

SHIRO POPULARKAN LAGU BINTANG MALAM INI




Persembahan Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 10 kembali menghiburkan. Minggu lalu suasana pentas terbuka memberi kesan terhadap kebanyakan kumpulan. Tema 'Radio' Sinar FM menjadi pilihan untuk episod minggu lepas. Antara persembahan yang boleh dikira mantap ialah kumpulan Sepahtu dan Shiro.



Datuk Yusof Haslam yang menjadi perintis mempopularkan lagu nostalgia 'Bintang Malam Ini' menjadi sumber inspirasi kumpulan Shiro. Memang terbaik lagu remix yang dipersembahkan. Punchline yang tak disangka dan fizikal komedi yang bersahaja.



Sepahtu yang menang kereta Perodua Alza baharu kembali bersemangat. Mereka mengambil pendekatan menceritakan sejarah penyerapan Rahim ke dalam Sepahtu. Seperti biasa, ahli yang baru akan selalu menjadi bahan lawak. Hehe.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Piala Sumbangsih Pahang vs Lions XII | 17 Januari 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

PAHANG KENA TUNTUT BELA

LIVE PAHANG VS LIONS XII SINGAPORE 17 JAN 2014 DI ASTRO, LIVE STREAMING PAHANG VS LIONS PIALA SUMBANGSIH 2014

Keputusan akhir : Pahang 1-0 Lions XII

Liga Malaysia (Liga-M) 2014 bakal membuka tirai minggu ini. Bagi menghangatkan saingan musim baru, kita akan disajikan dengan perlawanan Sumbangsih 2014 untuk merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Presiden FAM yang kita cintai. Negeri kelahiran Tuan Presiden dan kebanggaan Datuk Siti Nurhaliza, Pahang Darul Makmur yang menjadi Juara Piala Malaysia 2013 akan menentang Juara Liga Super Malaysia 2013, Lions XII dari Singapura.



Skuad Lions XII yang mendapat latihan di Liga Malaysia inilah juga yang menewaskan pasukan Harimau Muda kita di Sukan SEA 2013 yang lalu. Lebih menyedihkan apabila kita terpaksa berpuas hati di tempat ke-4 dan pulang tangan kosong. Bagi mengubat duka itu, Pahang perlu menuntut bela atas kekalahan tersebut.



Sebenarnya aku pun baru perasan yang Piala Sumbangsih ni bersekali dalam kalendar Liga Super Malaysia. Maksudnya pasukan yang menang dalam 90 minit akan dapat 3 mata. Kalau seri mereka akan bermain penentuan sepakan penalti untuk mencari pemenang Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

13 Tips Berguna & Menjimatkan Untuk Kehidupan Seharian Anda

Penulis: Que | Kategori: , ,

SOMETHING YOU MIGHT HAVE NOT KNOWN & NEED TO KNOW !!




Memang banyak masalah dalam dunia ni. Tapi semuanya ada cara nak selesaikan. Cuma sama ada kita perasan atau tak je. Ada kalanya kita tidak perlu beli peralatan baru pun untuk mencapai objektif yang kita nak. Itu dah kira penjimatan kan. Jom kita tengok beberapa situasi dan cara efektif untuk tanganinya. Maaf kerana tips dan tricks ini dalam English.



1. Ants Problem:
      
Ants hate Cucumbers.

"KEEP the skin of Cucumbers near the Place where they are or at Ant Hole.  

  


2. To Get Pure & Clean Ice :
       
"Boil Water first before placing in the Freezer"

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Badminton Terbuka Malaysia 2014 Maybank | Stadium Putra Bukit Jalil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

JOM PAKAT KE STADIUM

CARA NAK BELI TIKET ONLINE BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2014
Sumber

Menjelang cuti Hari Thaipusam pada 17 Januari 2014, para peminat badminton sekitar Lembah Klang bolehlah menonton secara langsung perlawanan Badminton Terbuka Maybank di Stadium Putra Bukit Jalil. Setakat pusingan kedua hari ini, Malaysia masih mempunyai 5 wakil termasuk Datuk Lee Chong Wei. Rujuk jadual lengkap di sini.



Jika menang perlawanan petang ini, Lee Chong Wei dijangka menentang Du Pengyu (China) dalam perlawanan suku akhir esok. Jika mara ke separuh akhir pada hari Sabtu, Datuk mungkin bertemu pemain Denmark, Jan O Jorgensen atau  Boonsak Ponsana dari Thailand.



Tiket-tiket boleh diperolehi di pintu masuk stadium atau secara online di Laman Web TicketPro. Harga bermula dari RM 20 - RM 65 seorang mengikut tempat duduk.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Malaysia 2014 Maybank | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

ANGKA 10 SASARAN DATUK LEE CHONG WEI

MAYBANK OPEN 2014, BADMINTON TERBUKA MAYBANK 2014


Semalam telah bermula Kejohanan Siri Super Premier Terbuka Malaysia 2014 anjuran Maybank. Kejohanan ini akan berlangsung dari 14 Januari hingga 19 Januari 2014 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil. Baru beberapa hari lepas kita menyaksikan kekalahan Datuk Lee Chong Wei di Final Terbuka Korea 2014. Nampaknya kuasa China dalam acara perseorangan masih sukar digugat.



Malaysia menghantar puluhan wakil dalam pertandingan kali ini. Namun kebanyakannya terkandas di pusingan awal. BAM perlu lakukan sesuatu untuk meningkatkan kualiti pelapis sedia ada jika masih mahu bersaing dengan negara China, Korea dan Denmark.



Harapan utama masih lagi diletakkan di bahu Lee Chong Wei. Beliau merupakan pemegang rekod kejuaraan 9 kali dalam edisi Terbuka Malaysia. Mampukah Datuk mencapai gelaran ke-10 tahun ini? Sama-sama kita memberi sokongan padu untuk pemain negara kita. Tiket online boleh didapati di sini.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Penuh Pemenang FIFA Ballon d'Or 2013 | Cristiano Ronaldo Terbaik

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

RONALDO PECAH DOMINASI MESSI

RONALDO MENANG BALLON D'OR 2013
Sumber

Akhirnya teka-teki selama dua bulan terjawab sudah. Cristiano Ronaldo dianugerahkan trofi FIFA Ballon d'Or 2013 awal pagi tadi sekaligus menamatkan penguasaan Lionel Messi yang memegang rekod 4 tahun berturut-turut. Ini merupakan kali kedua Ronaldo memenangi trofi FIFA Ballon d'Or. Kali pertama pada tahun 2008 bersama pasukan Manchester United.



Lionel Messi terpaksa berpuas hati di tempat ke-2 manakala Franck Ribery di tempat ke-3. Pun begitu masih ada peminat di laman sosial yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Mereka rata-ratanya peminat Messi atau haters. Aku pun tak faham apa masalah diorang ni. Nak pertikai kenapa Ronaldo tak menang trofi dengan Real Madrid tapi boleh menang FIFA Ballon d'Or



Kalau aku cakap diorang ni buta bola sepak kang marah. Setakat jadi keyboard warrior yang malas nak mengkaji. Untuk pengetahuan sekian kalinya, anugerah FIFA Ballon d'Or adalah undian pengurus dan kapten pasukan kebangsaan serta wartawan seluruh dunia. Ada masalah ke? Rujuk statistik tahun 2013 di sini untuk pencerahan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 9 | SEPAHTU MENANG ALZA

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

1 UTAMA HAVOC



Tahniah kumpulan Sepahtu yang telah berjaya membawa pulang sebuah kereta perodua Alza baharu pada persembahan Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu ke-9. Sebelum itu kita dikejutkan dengan keputusan anugerah 'Man Of The Match' kepada Rahim Sepahtu. Walaupun sebelum ini sering diperli tentang fungsinya dalam kumpulan, tetapi malam itu  nampaknya pengundi majoriti memilih Rahim.



Buat pertama kalinya, team produksi Maharaja Lawak Mega 2013 membuat siaran di luar Auditorium MBSA. Lokasi bertuah minggu lepas di perkarangan 1 Utama, Damansara. Bertemakan 'Bebas', para peserta dilihat kurang menyengat pada malam itu.



Mungkin perbezaan suasana mempengaruhi persembahan mereka. Kumpulan SYJ yang sebelum ini begitu konsisten dengan lawak yang segar juga kurang menjadi. Punchline yang agak suram dan jalan cerita yang bosan. Nabil pula lebih kepada terkinja-kinja macam pengacara Lawak Ke Der.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming : Keputusan Pemenang Anugerah FIFA Ballon d'Or 2013 | Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

RONALDO | MESSI | RIBERY

CALON FINALIS BALLON D'OR 2013, LIVE ASTRO FIFA BALLON D'OR, KEPUTUSAN PEMENANG BALLON D'OR 2013

FIFA Ballon d'Or 2013 : Cristiano Ronaldo | Keputusan Penuh Di sini


Pemenang anugerah paling berprestij akan diketahui awal pagi esok. Antara 3 calon finalis ini siapa lebih layak untuk merangkul FIFA Ballon d'Or 2013? Semua hebat-hebat belaka. Tapi ramai yang menjangkakan tahun ini anugerah itu akan menjadi milik Cristiano Ronaldo dari kelab Real Madrid dan negara Portugal.



Kenapa Ronaldo padahal dia tak menang trofi utama tahun 2013? Ribery dengan kejuraaan treble bersama kelab Bayern Munich termasuk trofi UCL. Messi pula berjaya memenangi La Liga bersama Barcelona



Kehebatan Ronaldo tidak berhenti di peringkat kelab. Beliau juga membantu Portugal untuk layak ke Piala Dunia dengan menjaringkan hatrick ketika menewaskan Sweden dalam play-off tahun lalu. Prestasinya dalam tahun 2013 memang tidak dapat disangkal. Mari kita lihat statistik di bawah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tema Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2014 | 1435H

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

JOM BERSELAWAT

poster maulidur rasul 14 jan 2014, TEMA MAULIDUR RASUL 2014

Antara aktiviti yang disediakan [Klik]


Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/ 2014M akan diadakan pada 14 Januari 2014 (Selasa) bertempat di Masjid Putra, Putrajaya. Semua muslimin muslimat dijemput hadir. Sambutan tahun ini masih mengekalkan tema yang sama iaitu " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah ". 



Apa itu Wasatiyyah? Wasatiyyah atau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan oleh Islam merangkumi segenap aspek kehidupan kita. Tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan.



Perarakan kali ini akan disertai 73 pasukan jabatan kerajaan, 28 badan berkanun, 20 swasta, 10 badan beruniform, 10 sekolah, enam institut pengajian tinggi serta empat kontinjen badan bukan kerajaan (NGO). Peserta akan berarak sejauh 1.7 kilometer bermula di depan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Persiaran Perdana menuju Masjid Putra.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Final Badminton Korea Open 2014 | Lee Chong Wei vs Chen Long

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

PUSINGAN AKHIR TERBUKA KOREA 2014


Lee Chong Wei kalah 14-21,15-21

Seperti biasa, Malaysia hanya ada seorang saja wakil di pusingan akhir badminton Siri Super Terbuka Korea 2014. Datuk Lee Chong Wei yang juga pemain nombor 1 dunia tiada masalah menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago dalam perlawanan separuh akhir semalam. Beliau menang staright set 21-17,21-17 dalam masa 51 minit.



Musuh utama beliau yang menanti di final hari ini ialah pemain China tinggi lampai, Chen Long yang menjinakkan Boonsak Ponsana semalam. Jika melihat kepada rekod pertemuan, dari 14 perlawanan, Lee Chong Wei dan Chen Long masing-masing sudah menang 7 kali.



Yang merisaukan peminat badminton tempatan, Lee Chong Wei tewas dalam 3 pertemuan terakhir mereka. Nak dijadikan cerita lebih panas semua kekalahan itu berlaku di pusingan akhir. Pertama di Hong Kong Open 2012, kemudian di All England 2013 dan terkahir di Denmark Open 2013.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Android : Aplikasi myJakim banyak membantu tentang kemusykilan agama

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

 APLIKASI JABATAN KERAJAAN

MYJAKIM ANDROID AND APPLE STORE


Jika anda mempunyai smartphone yang canggih, anda perlu download aplikasi ini. Lebih-lebih lagi kita yang beragama Islam. Tahniah kepada MAMPU dan JAKIM kerana menghasilkan satu aplikasi yang sangat bagus dan memudahkan urusan seharian kita. Seiring dengan kemajuan teknologi, adalah menjadi tanggungjawab agensi kerajaan menyampaikan maklumat yang tepat dan pantas kepada rakyat.



Apa dia myJakim ni? JAKIM adalah singkatan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Sebelum ini kita terpaksa menggunakan lebih dari satu aplikasi untuk info solat, surah Yassin dan Doa Harian. Tapi dalam aplikasi myJakim mereka menyediakan pelbagai infomasi dalam satu aplikasi sahaja.



Yang menariknya, siap ada koleksi Khutbah Jumaat dan Direkotri Halal. Memang boleh dapat dalam web. Tapi kalau guna smartphone atau tablet lebih mudah jika ada aplikasi begini. Anda juga boleh menyemak Fatwa Kebangsaan atau Negeri dan juga koleksi soalan dan jawapan berkaitan agama.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Final Pencetus Ummah Astro | 9 Januari 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

JOM UNDI PESERTA PILIHAN ANDA

JADUAL PENCETUS UMMAH ASTRO FINAL 2014

Keputusan Akhir : 1st PU Hafiz, 2nd PU Shahul, 3rd PU Yeop, 4th PU Rahmat | Video Final


Mimbar Pencetus Ummah sudah hampir ke penghujungnya. Selepas 7 minggu berhujah dan berdakwah, akhirnya tinggal empat orang peserta yang dipilih untuk ke peringkat akhir. Mereka adalah Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan (PU Rahmat), Yeop Mohd Zinudin Mohamed Zaini (PU Yeop), Shahrul Hameed MPH Seeni (PU Shahul) dan Muhammad Hafiz Mohd Haneefa (PU Hafiz).



PU Rahmat merupakan peserta paling muda yang baru berusia 20 tahun. Kagum melihat mereka bercakap dan mempunyai ilmu agama yang tinggi. Program seumpama ini seharusnya diperbanyakkan untuk mengimbangi program berbentuk hiburan yang ternyata mendominasi siaran kaca televisyen di zaman dunia tanpa sempadan.



Antara hadiah yang menanti pemenang Pencetus Ummah Pusingan Akhir

Juara : Wang Tunai RM50,000 dan sebuah kereta Toyota Prius C bernilai RM100,000
Naib Juara : Wang tunai bernilai RM30,000
Tempat ketiga dan Keempat : Wang tunai bernilai RM10,000 setiap seorang




Anda boleh saksikan siaran langsung Final Pencetus Ummah pada 9 Januari 2013 jam 9 malam di ASTRO OASIS (106) dan ASTRO MAYA HD (135). Info lanjut di Laman Web Rasmi Pencetus Ummah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Cara Mudah Nak Transfer Dan Keluar Duit Tanpa Kad ATM Maybank

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

MAYBANK JADI PERINTIS



Nampaknya dunia kita semakin canggih. Sekarang dah ada teknologi withdraw duit tanpa perlu pakai kad di mesin ATM. Maybank menjadi bank yang pertama menyediakan perkhidmatan yang mudah ni. Menarik kan.



Konsepnya, setiap pelanggan Maybank yang ada akaun Maybank2u boleh menghantar wang kepada sesiapa di negara ini sahaja menggunakan telefon bimbit. Penerima pula, boleh mengeluarkan tunai serta merta di mana-mana ATM Maybank tanpa perlu memiliki kad.



Maksudnya kalau parents duduk jauh yang nak transfer duit untuk anak mereka yang tinggal di asrama tapi takde kad ATM pun dah boleh sekarang. Kaedah ni berguna untuk kita yang mungkin berada di saat-saat kecemasan atau mungkin terlupa bawa kad ATM. Mintak tolong kawan ke siapa transfer duit dulu hehe..

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Piala FA Inggeris 2014 Pusingan 4

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

MANCHESTER UNITED TAK LEPAS


Keputusan Piala FA Inggeris 2013/14 Pusingan 3 [Klik]


Masalah di kem Manchester United semakin parah. Sejak ketiadaan Sir Alex Ferguson semangat dan prestasi pasukan semakin merudum. Paling menyedihkan bila satu demi satu rekod tanpa kalah dipecahkan di kubu keramat Old Trafford. Apa sudah jadi David Moyes? Nampaknya beliau merupakan insan yang paling malang kerana terpaksa menggantikan SAF yang sudah lebih 20 tahun membimbing kelab Manchester United menjulang pelbagai trofi.



Swansea City menjadi pasukan terbaru mencatatkan kemenangan pertama mereka di Old Trafford dan menyingkirkan juara Piala FA Inggeris 11 kali itu. Kekalahan 1-2 itu sekaligus menamatkan saingan United untuk merebut trofi Piala FA



Antara kejutan besar lain ialah kekalahan Newcastle United kepada kelab Stevenage (Divisyen 2). Nampaknya kelab EPL lain perlu berhati-hati dengan sebarang kemungkinan dari kelab bawahan ini. Dalam undian pusingan 4 tempoh hari hanya satu perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan dari EPL iaitu Chelsea vs Stoke.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Korea 2014 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

VICTOR KOREA OPEN 2014

BADMINTON TERBUKA KOREA 2014, JADUAL BADMINTON TERBUKA KOREA 2014


Super Series kembali lagi untuk tahun 2014 dengan Kejohanan Badminton Terbuka Korea 2014. Berlangsung selama 6 hari bermula 7 Januari hingga 12 Januari 2014 di Seoul. Malaysia hanya menghantar Datuk Lee Chong Wei mewakili pemain senior lain.


Beregu kedua negara Hoon Thien How/ Tan Wee Kiong bersama beberapa orang pelapis turut sama menyertai kejohanan kali ini. Datuk Lee Chong Wei merupakan juara bertahan dalam edisi Terbuka Korea tahun lalu dengan menewaskan Du Pengyu di final.



Kali ini cabaran lebih hebat dengan peningkatan prestasi Chen Long yang beberapa kali mengecewakan Chong Wei di pentas final tahun 2013. Kita masih menanti pelapis negara yang mampu menggalas harapan Malaysia sebelum Datuk Lee Chong Wei menggantung raket beliau.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 8 | SEPAHTU BANGKIT

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

GIMIK TIADA PENYINGKIRAN

MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU 8 ASTRO


Astro memang pandai buat gimik. Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 8 menyaksikan tiada penyingkiran. Bila kumpulan Shiro dan SYJ tiba-tiba dipanggil bersama-sama Wala sebagai bottom 3, ada penonton dan peminat yang mula risau. Tapi juri pantas menenangkan keadaan apabila mengumumkan yang minggu tersebut tiada penyingkiran.



Tema 'Rancangan TV' menjadi pilihan untuk minggu ke-8. Kesemua peserta sangat kreatif memilih bahan untuk parodi. Ada yang meniru rancangan Macam-Macam Aznil, Meletop, Fear Factor, AC Di Mana? dan Tom Tom Bak



Sepahtu yang beberapa kali dikritik hebat akibat persembahan yang mengecewakan, kembali bangkit minggu ini. Jep pula dipilih sebagai pemenang anugerah 'Man Of The Match'. Mampukah mereka mengekalkan prestasi hingga ke final?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Capital One Cup 2013/14

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

KELAB MANCHESTER DI FINAL?

JADUAL MAN UTD VS SUNDERLAND PIALA LIGA 2014, MAN CITY VS WEST HAM LEAGUE CUP JAN 2014, KEPUTUSAN PIALA CAPITAL ONE CUP SEMI FINAL SEPARUH AKHIR 2014


Minggu ini akan berlangsung perlawanan separuh akhir Piala Capital One Cup 2013/14. Tinggal 4 pasukan sahaja yang akan menentukan nasib mereka untuk ke final pada awal bulan Mac nanti. Di peringkat ini setiap perlawanan akan diadakan secara timbal balik dengan peraturan gol tempat lawan akan dikira.



Manchester United mengharapkan tuah dalam Piala Capital One selepas terlepas trofi FA Cup dan kesukaran mempertahankan kejuaraan EPL musim ini. Lawan mereka di separuh akhir nanti ialah pasukan Sunderland.



Dalam satu lagi perlawanan, jiran mereka Manchester City akan melayan kunjungan West Ham. Peluang City dilihat lebih cerah untuk ke final kerana kehebatan skuad yang dimiliki Pellegrini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Trofi Piala Dunia 2014 Di PWTC Kuala Lumpur | 5 Januari

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

JOM PAKAT KE PWTC!

GAMBAR TROFI PIALA DUNIA 2014 DI PWTC KUALA LUMPUR, BILA TROFI PIALA DUNIA SAMPAI DI PTWC BILA


Bagi menghangatkan bahang Piala Dunia 2014, Coca Cola selaku penaja rasmi menjelajah ke seluruh benua untuk memberi peluang kepada peminat bola sepak melihat sendiri secara langsung trofi pertandingan paling berprestij itu. Kuala Lumpur bertuah kerana dipilih oleh FIFA sebagai salah satu destinasi persinggahan trofi itu dalam Jelajah Trofi Piala Dunia FIFA 2014.



Hari ini para peminat sekalian boleh berkunjung ke Dewan Tun Hussein Onn, PWTC seawal jam 9.00 pagi untuk bergambar dan melihat dengan lebih dekat trofi yang bakal dijulang oleh bakal juara pada Julai nanti. Brazil selaku tuan rumah adalah pasukan pilihan bersama Argentina, Spain dan Germany.



Jangan lepaskan peluang ini! Kepada mereka yang merancang untuk berkahwin, Pameran Pengantin Malaysia 2014 turut diadakan di tempat yang sama. Sila rujuk entri ini untuk info lanjut.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Perlawanan Piala FA Inggeris Musim 2013/2014 | Pusingan Ke-3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ARSENAL MARA, CITY KENA IKAT




Arsenal menamatkan saingan Spurs dalam saingan Piala FA Inggeris 2013/2014 seawal pusingan ke-3 dengan kemenangan 2-0. Santi Cazorla dan Tomas Rosicky muncul wira The Gunners yang kini dilanda masalah kecederaan di bahagian serangan.



Dalam perlawanan lain, Manchester City dipaksa bermain dalam perlawanan ulangan apabila sekadar seri 1-1 menentang pasukan divisyen bawahan. Ini bermakna mereka akan melayan kunjungan Blackburn di Stadium Etihad pula dalam masa 2 minggu lagi.



Kejutan Ole Gunnar Solskjaer ke EPL yang menjadi pengurus baru pasukan Vincent Tan membuahkan hasil apabila Cardiff City membenam Newcastle United di laman mereka 2-1. Nampaknya bekas pemain Manchester United itu berjaya memenangi perlawanan pertama beliau di England.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pameran Pengantin Malaysia 3 - 5 Januari 2014 | PWTC Kuala Lumpur

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

MUSIM MENGAWAN 2014

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2014 DI PWTC, PAMERAN PENGANTIN 3 HINGGA 5 JANUARI 2014


Kepada bakal pengantin atau mereka yang merancang untuk menamatkan zaman bujang anda dijemput untuk menghadiri Pameran Pengantin Malaysia 2014 yang sedang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur bermula hari ini (3 Januari 2014). Pameran ini akan diadakan selama 3 hari dan akan berakhir pada 5 Januari 2014.



Anda boleh kunjungi Pameran Pengantin Malaysia 2014 seawal jam 10 pagi hingga jam 9 malam. Masuk adalah PERCUMA! Pelbagai pakej menarik ditawarkan. Cuma kita perlu bijak memilih mengikut bajet yang ada. Jangan terlalu membazir dan terpaksa buat pinjaman yang akan membebankan kita selepas berumahtangga nanti.



Tak tahu cara ke PWTC? Rujuk entri ini. Parking agak mahal dan jalan sudah pastinya sesak sempena Tahun Melawat Malaysia. Gunakan pengangkutan awam sebagai opsyen. Layari Facebook Pameran Pengantin dan UrbanVibe untuk maklumat lanjut. Adioss.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Perlawanan Piala FA Inggeris Musim 2013/2014 | 3rd Round @ Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

ARSENAL ATAU TOTTENHAM



Minggu ini akan bermula kempen Piala FA Inggeris Musim 2013/2014 dengan perlawanan tumpuan pusingan ketiga antara musuh tradisi Arsenal dan Tottenham. Dalam EPL, Arsenal kini menduduki tempat teratas liga manakala Tottenham di tempat ke-6. Pengurus sementara Tottenham, Tim Sherwood yang menggantikan Andre Villa Boas telah berjaya memberi nafas baru dan suntikan semangat kepada para pemain.



Tindakannya memanggil semula Adebayor ke dalam pasukan membawa kemenangan di Old Trafford menggunapakai formasi 4-4-2 yang tidak digemari Villa Boas. Arsenal yang dibelenggu masalah kecederaan memerlukan jaringan minit-minit akhir sebelum menewaskan Cardiff City pada Tahun Baru 2014.



Agak malang bagi kedua pasukan ini kerana hanya salah satu yang akan meneruskan cabaran dalam Piala FA Inggeris tahun ini. Arsenal walaupun mendahului liga, kekuatan skuad Arsene Wenger itu dipertikai dikala Manchester City dan Chelsea mampu menurunkan dua pasukan yang mempunyai kualiti yang sama.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/