Home » , , , , , , » Tips : 10 Cara Mudah Jimatkan Minyak Petrol Kereta | Paling Berkesan

Tips : 10 Cara Mudah Jimatkan Minyak Petrol Kereta | Paling Berkesan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

AL-KISAH 20 SEN

TIPS JIMATKAN MINYAK PETROL KERETA, CARA MUDAH NAK JIMATKAN MINYAK KERETA


Anda boleh dapat 20 sen bagi setiap iklan yang diklik [Jom daftar percuma]


Sempena kenaikan 20 sen harga pertrol RON 95 dan diesel hari ni, rasanya elok kalau kita berkongsi cara nak jimatkan penggunaan petrol kereta atau kenderaan lain. Sebenarnya perkara ni ramai yang dah tau. Cuma kita ni susah nak disiplinkan diri. Tak guna dah kita nak bising pasal harga petrol tu. Sekarang ni kita je yang mampu mengubah hidup kita untuk hari-hari mendatang.



20 sen memang tak BANYAK. Tapi ada ke yang isi minyak seliter je? Paling kurang pun tangki penuh dalam 30 liter = RM 0.20 x 30 = RM 6 kenaikan. Tu kalau penggunaan seminggu. Kalau sebulan darab la dengan 4 jadinya RM 24. Kalau setahun menjadikan RM 288 - RM 300. Ini adalah anggaran untuk kegunaan harian sahaja tidak termasuk balik kampung atau pun pergi melancong.



10 tips bagaimana anda boleh jimatkan penggunaan petrol dengan mudah. Muat turun tips pemuh di sini



1. Isi minyak pada waktu malam atau awal pagi (cuaca sejuk)

Tahap kepekatan petrol dalam tangki minyak stesen petrol meningkat ketika cuaca sejuk. Jumlah kuantiti liter adalah sama tapi jumlah jirim petrol bertambah pada waktu pagi dan malam menyebabkan kandungan tenaga dalam petrol bertambah.



2. Pandu kereta pada had laju yang konsisten (sekata)

Anda tidak digalakkan memecut dan membrek secara mengecut. Ini akan menyebabkan enjin kenderaan bekerja lebih untuk mencapai had laju yang tinggi dalam masa yang singkat. Pandu mengikut had laju yang ditetapkan juga boleh menjimatkan petrol dan mengelakkan saman PDRM atau JPJ.



3. Senggara kereta anda mengikut jadual 

Penyenggaraan berkala membolehkan kita menukar minyak pelincir dan juga mengesan kerosakan lebih awal sebelum menjadi lebih teruk. Enjin yang berfungsi dengan cekap akan menjimatkan petrol.



4. Pastikan angin tayar mencukupi

Ini satu lagi elemen penting untuk pemilik kenderaan. Berapa kerap anda periksa angin dalam tayar? Tahukah anda angin yang kurang akan menggunakan minyak yang lebih disebabkan beban yang bertambah? Tak tahu berapa kpa perlu isi? Bukak pintu sebelah pemandu dan lihat di tepi tempat duduk ada sticker mengenai tekanan tayar dalam keadaan penumpang sedikit dan penuh.



LOKASI TEKANAN ANGIN TAYAR, DI MANA NAK TENGOK TEKANAN ANGIN TAYAR



5. Isi minyak hingga tangki penuh

Minyak petrol akan cepat berkurang jika kapasiti tangki tidak penuh. Minyak petrol ini akan sentiasa meruap disebabkan suhu panas. Semakin besar ruang semakin banyak minyak petrol yang meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar enjin. Masa yang baik untuk mengisi penuh ketika meter tangki anda sudah berada pada paras setengah. Jangan tunggu hingga 'E' baru nak isi!



6. Gunakan pendingin hawa secara berhemah

Perjalanan di awal pagi atau malam tidak memerlukan pendingin hawa kerana cuaca sejuk. Anda boleh membuka sedikit tingkap unduk pengudaraan.



7. Elakkan membawa muatan berlebihan

Keluarkan barang-barang yang tidak perlu dari kenderaan anda. Semakin tinggi beban semakin banyak penggunaan minyak.



8. Panaskan enjin dalam masa 30 saat sahaja

Pemanasan enjin kereta lebih berkesan semasa kereta bergerak. Pandu terus sebaik enjin dihidupkan tapi pada kelajuan rendah kerana langkah itu membolehkan enjin lebih cepat panas dan pergerakan minyak enjin lebih baik.



9. Matikan enjin bila kenderaan tidak bergerak

Matikan enjin jika anda terpaksa berhenti atau menunggu seseorang dalam masa yang agak lama. Enjin yang pegun boleh menggunakan sehingga satu liter petrol setiap 10 minit.



10. Tukar ke gear tinggi dengan lebih cepat

Pemanduan dalam gear rendah dalam masa yang lama boleh mengakibatkan enjin menggunakan lebih petrol. Ini kerana memandu pada kelajuan 80 kilometer sejam (km/j) dengan gear kelima (putaran enjin 2,500 pusingan seminit) menggunakan kurang petrol berbanding 40 km/j pada gear ketiga (putaran enjin juga 2,500 pusingan seminit)



Entri : Tabiat Pemandu Di Malaysia [Jom baca]


TIPS JIMAT MINYAK PETROL TERKINI TERBARU MUDAH, CARA NAK JIMATKAN MINYAK KERETA


Petua nak jimat minyak kereta

1. Selepas solat Subuh, sebelum start enjin, baca Al-Fatihah (niat sedekah pada ibubapa)..
2. Panaskan enjin dan biarkan sehingga 5 minit..
3. Sebelum matikan  enjin, bacalah surah 3 Qul (niat sedekah pada ibubapa)..
4. Matikan enjin kereta ....................... pastu
5. Start motor dan pergi kerja terus. In Sya Allah jimat minyak kereta..



 ANDA MAMPU MENGUBAHNYA UNTUK KESELESAAN BERSAMA

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

4 Responses to " Tips : 10 Cara Mudah Jimatkan Minyak Petrol Kereta | Paling Berkesan "

  1. MalizaMah Says:

    isu hangat pasal minyak skrg ni

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    @Leeza dayasari [santai leeza] kan.. mmg hot topic

  3. bmnsolution Says:

    Menarik juga tips yg di beri. Tak sangka benda yang sangat mudah dan boleh buat sendiri. Nnti boleh praktikkan.

    Tapi kalau nak yang ekstrim sampai boleh kurang 20 - 30 % penggunaan minyak tiap bulan, mungkin saya boleh share satu produk yg saya nanpak di satu website ni. Produk "Fuel Shark" yang dipaternkan di Jepun.
    Nampak macam menarik dan boleh cuba. Pun tak mahal sangat.
    Kalau nak tengok boleh pergi ke website ni http://www.malaysiatrendshop.com.

    Tq

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  4. Jaja Says:

    Subhanallah bagus tipsnya di sini. No. 5 tu alamak saya tak buat, biasa isi minyak rm30 gitu je tak peduli pun penuh ke tak 😄

    Tips akhirrr sekali tu win 😂

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets