Showing posts with label kelayakan piala asia. Show all posts

 

Keputusan Siaran Langsung Malaysia vs UAE 17 November 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

PELUANG TEBUS MARUAH


Keputusan akhir : Malaysia 1-2 UAE


Misi berat bakal menanti anak buah Datuk Ong Kim Swee malam ini. Kekalahan besar pada Palestin minggu lepas memberi tamparan hebat kepada pemain dan peminat bola sepak tanah air. Tatkala harapan besar digalas dan isu lokasi perlawanan yang terpaksa diubah, Harimau Malaya jelas tidak bermaya menangkis serangan bertali arus pasukan timur tengah itu.



Masih ingatkah kekalahan 0-10 di tangan UAE yang membawa kepada perletakan jawatan Dollah Salleh? Mampukah kita mencapai kemenangan di hadapan penyokong sendiri? Moral pemain perlu dipulihkan segera jika Malaysia mengimpikan sekurang-kurangnya 1 mata.



Jika kita tidak mampu menyerang dengan baik, lebih baik fokus pada bahagian pertahanan untuk mengurangkan jumlah gol yang bakal dibolosi. Perancangan taktikal seperti menentang Arab Saudi masih boleh diguna pakai. Harapnya tiada lagi insiden amukan Ultras Malaya malam ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Siaran Langsung Malaysia vs Palestin 12 November 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

HARIMAU SEMAKIN GARANG


Keputusan akhir : Malaysia 0-6 Palestin


Malaysia akhirnya mendapat kemenangan sulung dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 / Piala Asia 2019 di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee. Lebih menariknya keputusan tersebut diperoleh di tempat lawan ketika menentang Timor Leste. Sebenarnya pemain kita mempunyai semangat dan kehebatan tersendiri. Cuma taktikal perlu tepat.



Malam ini mereka akan melayan negara Palestin di tempat berkecuali atas permintaan kerana isu peperangan yang tercetus di bumi Palestin. Ketika ini pasukan Harimau Malaya berada di tempat ke-4 dengan 1 kemenangan, 1 seri dan 3 kekalahan dari 5 perlawanan. Peluang untuk layak ke Piala Dunia sudah tertutup hanya kelayakan play off Piala Asia yang boleh dicapai.



Dalam perlawanan siri pertama di Bukit Jalil, pasukan negara dibelasah 0-6 oleh Palestin yang menyebabkan para penyokong menyuarakan ketidakpuasan hati kepada FAM. Rentetan itu jurulatih Dolah Salleh meletak jawatan dan kini nasib pasukan Malaysia nampak lebih menyakinkan di bawah kendali Datuk OKS.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Timor Leste 13 Oktober 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

HARIMAU MALAYA TERCOROT


Keputusan semasa : Malaysia 1-0 Timor Leste

Malaysia bakal meneruskan cabaran kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 biarpun harapan yang tinggal semakin tipis. Kekalahan 0-3 kepada Arab Saudi ekoran insiden memalukan tempoh hari lebih menyukarkan keadaan. Pusingan pertama berakhir dengan Harimau Malaya berada di tangga tercorot kumpulan A mengutip 1 mata.



Dalam perlawanan menentang Timor Leste Jun lalu, kita sekadar mampu seri 1-1 selepas gol masa kecederaan Timor Leste. Petang ini pasukan kebangsaan akan bermain di tempat lawan yang sebelum ini mengikat negara Palestin dengan keputusan 1-1. Datuk Ong Kim Swee masih yakin dengan kebolehan anak buah beliau walaupun Timor Leste memiliki fizikal dan teknikal yang lebih baik.



Diharapkan pasukan Malaysia bakal mencatat keputusan membanggakan untuk mencerahkan semula peluang mencuri tiket terakhir melalui slot play-off. Sayang seribu kali sayang kerana pemain sudah bermain dengan baik menentang Arab Saudi namun terpaksa ditamatkan ekoran kekecohan yang dirancang.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Nama 23 Pemain Malaysia vs Laos dan Timor Leste Oktober 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ONG KIM SWEE JURULATIH TERBAIK



Pengendali sementara pasukan Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan pemilihan 23 pemain yang akan bermain menentang Laos pada 8 Oktober dan Timor Leste pada 13 Oktober depan. JDT mendahului senarai dengan 7 orang wakil diikuti Pahang (4), Kelantan (3), Terengganu (2), Felda United (2), Harimau Muda B (2) serta masing-masing seorang wakil dari Selangor, Kedah dan Perak.



Insiden kekecohan di Shah Alam tempoh hari menjadi titik klimaks kepada permasalahan yang berlaku pada pasukan negara. Agak malang apabila perkara sedemikian terjadi di kala tugas jurulatih diambil alih oleh Datuk Ong Kim Swee. Pada pendapat aku, beliau merupakan calon paling sesuai memimpin pasukan Malaysia.



Biarpun tiada rekod menakjubkan sebelum ini selain juara Sukan SEA, tetapi potensi OKS menampakkan karisma beliau selaku jurulatih berkaliber. Dari pemilihan pemain yang telus mengikut prestasi semasa dan posisi serta susunan strategi yang bijak menjadikan beliau calon terbaik untuk mengisi kekosongan itu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Akhir Malaysia vs Arab Saudi 8 September 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MARUAH TERCALAR


Keputusan akhir : Malaysia 1-2 Arab Saudi

Kekalahan 0-10 kepada UAE membawa kepada peletakan jawatan Dollah Saleh yang sepatutnya dipecat lebih awal. Rekod beliau sendiri menunjukkan Malaysia masih berada ditakuk lama dengan 10 kekalahan dari 18 perlawanan. Antara kekalahan besar lain yang pernah dicatatkan di bawah kendalian beliau adalah (1-4 menentang Tajikistan), (0-6 menentang Oman) dan (0-6 menentang Palestin).


Secara jujurnya peminat Malaysia boleh menerima kekalahan jika tiada nasib ataupun pasukan lawan lebih berhak. Tetapi untuk menggunakan taktikal 2 penyerang di kala pasukan Malaysia tiada penyerang berkualiti menunjukkan jurulatih kurang bijak. Memang tiada siapa meletakkan harapan kita untuk menang lebih-lebih lagi beraksi di tempat lawan. Sekurangnya jangan lah sampai dibelasah teruk macam budak tadika main.



Malam ini merupakan perlawanan terakhir kita di laman sendiri. Peluang masih ada dengan syarat kita menang 4/5 baki perlawanan selepas ini. Mustahil bukan. Datuk Ong Kim Swee yang mengambil alih selaku jurulatih sementara mampu melakukan sesuatu. Kami mahu kembalikan semula maruah bola sepak kebangsaan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Malaysia vs UAE 3 September 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MASIHKAH ADA HARAPAN


Keputusan akhir : UAE 10-0 Malaysia

Dua dari tiga perlawanan di laman sendiri hanya mampu menghasilkan satu mata sahaja. Itulah nasib malang yang dialami oleh pasukan Harimau Malaya yang terpaksa berputih mata di saat akhir ketika seri 1-1 dengan Timor Leste sebelum dibelasah 0-6 oleh Palestin, sebuah negara yang bergelut dengan ancaman serangan Israel.



Apa sudah jadi dengan pemain-pemain bola sepak kebangsaan?? Di mana maruah negara ketika bendera Malaysia tersemat di dada jersi mereka?? Sesuatu yang tidak kena melanda dalam skuad negara. Kalau diikutkan dalam perlawanan di tempat sendiri sajalah peluang kita untuk mengutip mata penuh.



Malam ini jaguh bola sepak Asia Barat, UAE akan menanti kehadiran anak buah Dollah Salleh. Berapa pula jumlah gol yang akan dibolosi kali ini? Bukan mudah untuk beraksi di tempat lawan. Suhu dan suasana yang asing menyukarkan corak permainan. Jika tewas lagi, misi kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia semakin sukar. Terima sahaja dengan redha.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Malaysia vs Palestin 16 Jun 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

HARIMAU PERLU BANGKIT


Keputusan akhir : Malaysia 0-6 Palestin


Keputusan seri 1-1 dengan Timor Leste minggu lepas memberi tamparan hebat untuk skuad Malaysia. Sudahlah beraksi di tempat sendiri, tiba-tiba dengan permainan berbaki 2 minit masa kecederaan pintu gol negara dibolosi. Semuanya gara-gara hilang tumpuan di saat akhir.



Kelebihan 1 gol sebenarnya belum cukup selesa kerana dalam bola sepak apa-apa boleh berlaku. Tapi yang peliknya pasukan kita tidak pernah belajar dari kesilapan. Peluang yang banyak disia-siakan. Lawan hanya perlu satu peluang untuk dijaringkan dan mereka sudahkan dengan sempurna untuk mencuri 1 mata berharga dibawa pulang.



Malam ini tugas Malaysia lebih berat. Palestin pernah menewaskan Malaysia 2-0 pada tahun 2013 walaupun negara mereka ketika itu sedang bergelut dengan peperangan. Apa lagi yang boleh ditunjukkan oleh pasukan Malaysia? Seri atau kalah?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Malaysia vs Timor Leste 11 Jun 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

BURU 3 MATA


Keputusan akhir : Malaysia 1-1 Timor Leste

Misi Harimau Malaya bermula malam ini. Timor Leste bakal menjadi penanda aras sejauh mana kemampuan kita mengharungi cabaran kumpulan A bersama kuasa besar Asia. UAE, Arab Saudi dan Palestin dijangka memberi tentangan hebat dalam usaha Malaysia untuk cuba mendapatkan tiket automatik ke Piala Asia 2019.



Malaysia ketika ini berada di bawah Timor Leste mengikut ranking terbaru FIFA. Jika kita menang, peluang untuk melonjak ke ranking lebih tinggi agak cerah. Tambahan pula perlawanan malam ini akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kelebihan penyokong sendiri mungkin memberi sedikit kelebihan dengan syarat semua pemain memberi fokus 100%.



Tiada rekod pertemuan sebelum ini antara skuad senior Malaysia dan Timor Leste. Cuma perlawanan skuad bawah 23 tahun di Sukan SEA tempoh hari memihak kepada Malaysia. Dollah Salleh pasti mahu menajamkan bahagian serangan yang buntu ketika perlawanan persahabatan dengan Hong Kong yang berakhir 0-0.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Beli Tiket Online Malaysia vs Timor Leste 11 Jun 2015 | Kelayakan Piala Dunia 2018

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

DAPATKAN TIKET ONLINE SEKARANG


 Jadual perlawanan Malaysia di Kelayakan Piala Dunia 2018 [Klik]

Perlawanan pertama kumpulan A pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 akan bermula esok. Malaysia bakal menentang Timor Leste yang berada lebih tinggi jika mengikut ranking terkini FIFA. Bermain di laman sendiri seharusnya memberi kelebihan buat pasukan Harimau Malaya di samping berpeluang menaikkan semula ranking. 



Dengan sokongan padu rakyat Malaysia diharapkan para pemain kebangsaan akan berjuang mati-matian untuk 3 mata sebelum melayan Palestin minggu depan.



Malaysia vs Timor Leste | Kelayakan Piala Asia 2019

Tarikh : 11 Jun 2015 (Khamis)
Masa : 8.45 malam
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur
Harga Tiket : Dewasa (RM 30) Kanak-kanak (RM 5)
Tempah online : Klik sini

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Malaysia Di Kelayakan Piala Dunia 2018 & Piala Asia 2019

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

MISI BARU DOLLAH SALLEH



Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 bakal bermula minggu ini. Malaysia telah diundi bersama negara Palestin, UAE, Timor Leste dan Arab Saudi dalam kumpulan A. Jika dilihat dari ranking terkini Malaysia (162) berada dalam kelompok terbawah berbanding dengan pencabar lainnya. UAE menduhului senarai di tangga ke-73 dunia, diikuti Arab Saudi (98), Palestin (118) dan Timor Leste (146).



Kelayakan dua dalam satu ini wajar digunakan sepenuhnya oleh pasukan negara kerana ini peluang terbaik untuk mengumpul mata bagi menaikkan semula ranking yang kian merudum. Tidak perlu kita bercakap soal layak ke Piala Dunia jika pemain kita belum lagi menguasai pentas Asia Tenggara dan Asia. Syarat layak ke Piala Asia 2019 secara automatik, Malaysia perlu berada dalam kedudukan 12 terbaik sepanjang pusingan kelayakan berlangsung.



Ini bermakna pasukan Harimau Malaya perlu menjadi juara kumpulan atau di kalangan 4 slot tempat kedua terbaik yang telah disediakan untuk layak secara automatik. Jika tidak, sekurang-kurangnya kita perlu elakkan dari menghuni tangga tercorot kumpulan untuk ke pusingan kelayakan Piala Asia 2019. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Yaman 5 Mac 2014 Kelayakan Piala Asia | Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

SERAH PADA TAKDIR


Keputusan akhir : Malaysia 2-1 Yaman

Datuk Ong Kim Swee mampu menjadi penyelamat atas kesilapan besar FAM yang mempertaruhkan nasib Malaysia dalam edisi kelayakan Piala Asia 2015. Walaupun harapan untuk layak agak tipis, sekurang-kurangnya peminat sudah melihat perubahan jelas dalam pemilihan pemain pasukan kebangsaan dan taktikal baru OKS.



Baki satu perlawanan malam ini harus digunakan Harimau Malaya sebagai lembaran baru dan suntikan semangat untuk lebih banyak kejayaan selepas ini. Kumpulan ini mampu pergi lebih jauh di bawah bimbingan Datuk OKS. Dalam pertemuan dengan Filipina tempoh hari, peminat dapat menyaksikan peningkatan mutu permainan mereka. Cuma nasib tidak menyebelahi kita.



Yaman merupakan negara paling lemah dalam kumpulan D. Setakat 5 perlawanan, mereka masih gagal mengutip sebarang mata. Sebelum ini, Malaysia pernah menang 2-1 di Stadium Bukit Jalil dalam bulan Mac 2013.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Peluang Terakhir Malaysia Untuk Layak Ke Piala Asia 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

 HARAPAN TIPIS HARIMAU MALAYA



Kita seringkali memilih jalan sukar untuk memajukan bola sepak negara. FAM harus bertanggungjawab sepenuhnya atas isu ini jika Malaysia gagal layak ke Piala Asia 2015 sekalipun menang besar di Yaman malam ini. Tiket automatik ke Piala Asia sudah tertutup selepas tewas kepada Bahrain dan Qatar tahun lalu.



Kini yang tinggal hanyalah tiket terakhir menggunakan kouta tempat ketiga terbaik. Saingan sengit antara empat negara iaitu Iraq, Lebanon, Syria dan Malaysia. Namun Harimau Malaya wajib menang sambil mengharapkan kekalahan pasukan lain untuk layak. Ini masalahnya jika pengurusan FAM lambat bertindak.



Kenapa perlu tunggu kontrak Datuk K.Rajagobal tamat? Walhal kita boleh menukar jurulatih yang lebih baik untuk mencari mata dalam perlawanan menenatang Bahrain dan Qatar. 4 mata dari 5 perlawanan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Paling tidak kita sepatutnya tidak kalah dalam perlawanan di tempat sendiri.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video Gol] Keputusan Perlawanan Malaysia vs Qatar | 19 November 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

 HAJAT TAK KESAMPAIAN


Keputusan akhir : Malaysia 0-1 Qatar

Perlawanan terakhir Datuk K. Rajagobal berakhir dengan kekalahan seterusnya menghampakan jutaan peminat negara untuk melihat Malaysia layak ke Piala Asia 2015. Qatar menghukum pertahanan negara yang agak rapuh dek kerana taktikal jurulatih yang terlalu inginkan kemenangan. Jika tidak kerana persembahan cemerlang Apek, sudah pasti kita akan kalah teruk.



HARIMAU MALAYA KE PIALA ASIA 2015, PERLAWANAN TERAKHIR DATUK K RAJAGOBAL BERSAMA PASUKAN MALAYSIAHarimau Malaya nampak lebih bersemangat di awal permainan tetapi hantaran dan penyudah masih lemah. Kita tiada pemain yang bijak seperti Piya untuk mengemudi barisan tengah. Kita tiada pemain sayap seperti Gopi yang bijak melakukan hantaran lintang. Kenapa King Gobal tidak nampak kelemahan ini?



Kerana Safiq kapten pasukan negara, beliau tidak boleh digantikan dengan pemain lain? Apa-apa pun tahniah atas kejayaan pingat emas Sukan Sea 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010. Kami hormat pencapaian silam King Gobal tetapi itu tidak bermakna kamu boleh memperjudikan nasib pasukan selepas 3 tahun. Sayonara Datuk K.Rajagobal.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Qatar 19 November 2013 | Kelayakan Piala Asia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

WAJIB MENANG


Video Perlawanan Malaysia 0-1 Qatar [Klik]

Peluang Malaysia untuk layak ke Piala Asia 2015 akan bergantung kepada keputusan perlawanan malam ini. Jika menang, peluang kita kembali cerah. Seri masih ada peluang jika bernasib baik. Kalah? Pintu ke Australia sudah tertutup. Peminat bola sepak tempatan hanya mampu menyokong dari luar padang. Terpulanglah kepada jurulatih dan pemain untuk buktikan semangat dan bisa sebenar Harimau Malaya.



Qatar bukanlah pasukan belasahan. Mereka merupakan nama besar dalam bola sepak Asia. Dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan, Malaysia tewas 0-2. Beraksi di hadapan penyokong sendiri, diharapkan pasukan negara membalas dendam kekalahan tempoh hari.



Strategi yang tepat adalah kunci kejayaan malam ini. Ketika menentang Bahrain minggu lepas, Datuk K.Rajagobal terlupa yang kita masih ada pemain simpanan untuk mengubah permainan. Penyerang negara harus memanfaatkan peluang terhidang untuk memberi tekanan kepada Qatar.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Hanya satu kemenangan lagi Datuk K.Rajagobal | Kelayakan Piala Asia 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

TOLONGLAH KING GOBAL

PELUANG MALAYSIA LAYAK KE PIALA ASIA 2015, PERLU MENANG ATAU SERI LAWAN QATAR MALAM INI, ULASAN KELAYAKAN PIALA ASIA 2015 PASUKAN HARIMAU MALAYA


Aku menulis bagi menyampaikan hasrat jutaan penyokong pasukan Harimau Malaya. Kami inginkan kemenangan malam ini! Ya, kita tiada pilihan lain selain dari tiga mata menentang jagoan Asia Barat, Qatar. Setelah menharungi empat perlawanan peringkat kumpulan D, Malaysia hanya mampu meraih 4 mata dan menghuni tangga ke-3.



Untuk layak ke Piala Asia 2015 di Australia, Malaysia perlu mendapat sekurang-kurangnya 8 mata. Jadi dengan baki dua perlawanan (Qatar & Yaman) kita masih perlukan 4 mata. Kelebihan beraksi di laman sendiri malam ini harus dimanfaatkan sebaiknya oleh King Gobal dan barisan pemain kebangsaan. Kami para peminat tidak akan jemu menyokong kerana itu sahaja yang kami mampu.



Hasrat untuk melihat Tuan Presiden FAM letak jawatan agak mustahil buat masa ini. Bayangkan seorang artis popular turut mempertahankan beliau yang juga Sultan di negeri kelahirannya. Baca entri ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video Gol] Keputusan Perlawanan Malaysia vs Bahrain | 15 November 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

TAKTIKAL KING GOBAL DIPERSOAL

 kredit : sokernet.com

 Malaysia 0-1 Bahrain

Malaysia mensia-siakan beberapa peluang keemasan untuk mencuri satu mata berharga di Bahrain malam tadi. Datuk K.Rajagobal memilih taktik bertahan dan menunggu peluang untuk melancarkan serangan balas ke kubu pasukan lawan.



Malaysia berjaya mengikat kedudukan 0-0 sehingga minit ke-72 sebelum Bahrain berjaya melepasi pengawasan pertahanan negara yang bertindak cemerlang hampir keseluruhan perlawanan. Kesilapan Aidil menerjah terlalu awal menyebabkan Abdul Latif berjaya mencari ruang selesa sebelum melepaskan rembatan menewaskan Khairul Fahmi.



Menjadi persoalan hangat, bila mana King Gobal dilihat gagal menggunakan pemain simpanan walaupun kita sudah ketinggalan. Pertukaran yang sangat lambat tidak membantu pemain untuk mendapatkan rentak dan mengubah corak permainan. Mohon komen dan pendapat Dato Siti berkenaan isu ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Bahrain 15 November 2013 | Kelayakan Piala Asia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

TAK PERLU MENANG

KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS BAHRAIN 15 NOV 2013, LIVE STREAMING MALAYSIA VS BAHRAIN 15 OKT 2013 ASTRO ARENA, SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS BAHRAIN DI ASTRO ARENA 15 NOV 2013, SENARAI PEMAIN MALAYSIA VS BAHRAIN 15 OKT 2013

Video Gol Malaysia 0-1 Bahrain [Klik]

Apa? Tak perlu menang? Sebab apa? Datuk Siti jadi pengurus baru? Hehe. Tu cuma gimik saja. Dalam entri sebelum ini aku sudah mengulas peluang Malaysia untuk layak ke Piala Asia 2015 di sini. Perlawanan malam ini merupakan perlawanan keempat kedua pasukan dalam kumpulan D. Malaysia berada pada kedudukan ketiga di belakang Qatar dan Bahrain.



Sesungguhnya misi untuk mendapatkan 3 mata agak sukar tetapi tidak mustahil jika Datuk Siti dan Azhar Sulaiman turut berlepas ke Bahrain memberi kata-kata semangat untuk pemain negara. Dua hero dan heroin baru ini sudah mula mengambil berat tentang masalah bola sepak negara. Syukur. Baca entri Bila Datuk Siti Nak Ajar YB KJ.



Kehilangan 6 tonggak utama menjadi cabaran kepada jurulatih kebangsaan untuk menurunkan kesebelasan pemain malam ini. Sama-sama kita memberi sokongan dari jauh.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Peluang Malaysia Untuk Layak Ke Piala Asia 2015 | Analisis Kumpulan D

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

 Analisis #KelayakanPialaAsia2015


BOLEH KE MALAYSIA LAYAK KE PIALA ASIA 2015? PELUANG MALAYSIA KE PIALA ASIA 2015


Dua hari lepas seluruh peminat bola sepak tempatan bercakap mengenai peluang Malaysia ke Piala Asia 2015. Masihkah ada harapan untuk kita ke Australia? Sebelum aku meneruskan analisis selanjutnya, rasa belum terlambat untuk mengucapkan TAHNIAH kepada pemain Malaysia yang bekerja keras menentang Bahrain untuk mendapatkan satu mata yang sangat berharga ini.



Ada yang kata Malaysia sepatutnya boleh menang perlawanan itu. Memang ada benarnya kerana Bahrain dilihat kurang sengat dan kita beraksi di gelanggang sendiri. Jika kedudukan terikat 0-0 pada separuh masa, mungkin kita ada peluang untuk dapatkan tiga (3) mata.



Malangnya, Bahrain terlebih dahulu mendapat gol dalam minit terakhir sebelum pengadil meniup wisel penamat separuh masa pertama. Kelalaian sebegini tidak sepatutnya berlaku. Tiada seorang pun pemain negara yang cuba menghalang sepakan deras pemain Bahrain, Abdulla Saleh dan akhirnya melihat saja bola menerjah gawang. 1-0 Bahrain mendahului.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Bahrain | Kelayakan Piala Asia 15 Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

#KelayakanPialaAsia MAS VS BAH


KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS BAHRAIN 15 OKT 2013, LIVE STREAMING MALAYSIA VS BAHRAIN 15 OKT 2013 ASTRO ARENA, SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS BAHRAIN DI ASTRO ARENA 15 OKT 2013, SENARAI PEMAIN MALAYSIA VS BAHRAIN 15 OKT 2013

Keputusan Akhir : Malaysia 1-1 Bahrain

Detik yang dinantikan bakal tiba. Perlawanan ketiga peringkat kumpulan D antara Malaysia dan Bahrain jatuh pada Hari Raya Aidil Adha bersamaan 15 Oktober 2013. Mungkin inilah pengorbanan pemain pasukan negara untuk memastikan misi 3 mata dicapai dengan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.



Keupayaan Bahrain tidak boleh dipandang mudah. Mereka mendahului kumpulan dengan 2 kemenangan ke atas Yaman dan Qatar. Malaysia pula masih mencari rentak kemenangan setelah beberapa sesi perlawanan persahabatan yang tidak menampakkan sebarang peningkatan positif.



Apakah rancangan Datuk K. Rajagobal kali ini? Keputusan seri mungkin boleh dibanggakan tetapi tidak cukup untuk melayakkan Malaysia ke Piala Asia 2015. Untuk layak Malaysia perlu cuba menempatkan diri dalam kelompok 2 teratas peringkat kumpulan. Kita masih perlu ke Bahrain, Yaman dan melayan Qatar di Shah Alam.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs UAE | Perlawanan Persahabatan 9 Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

EKSPERIMEN TERAKHIR RAJAGOBAL


JADUAL SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS UAE 9 OKTOBER 2013, PUKUL BERAPA MALAYSIA VS UAE 2013, LIVE STREAMING MALAYSIA VS UAE 9 OKTOBER 2013

Keputusan Akhir : UAE 3-1 Malaysia (Safiq Rahim)

Malaysia bakal menguji kehebatan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Shenzen malam ini. Perlawanan ini pada asalnya dirancang sebagai perlawanan berstatus A tetapi akhirnya ditukar kepada perlawanan persahabatan biasa. Ini bermakna kekalahan atau kemenangan tidak akan memberi sebarang mata kepada ranking FIFA.



Pemilihan UAE mungkin kerana lawan seterusnya dalam kelayakan Piala Asia 2015 - Bahrain juga berasal dari negara Asia Barat. Dari segi fizikal dan juga corak permainan hampir sama. Tetapi UAE berada pada ranking ke-7 Asia manakala Bahrain di tempat ke-17.



Malaysia perlu meningkatkan prestasi kerana UAE mempunyai rekod cemerlang ketika ini dengan 13 perlawanan tanpa kalah. Manakala pasukan Harimau Malaysia yang kalah 9 dari 11 perlawanan bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/