Home » , , , , , , , , » Senarai Nama 23 Pemain Malaysia vs Laos dan Timor Leste Oktober 2015

Senarai Nama 23 Pemain Malaysia vs Laos dan Timor Leste Oktober 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ONG KIM SWEE JURULATIH TERBAIK



Pengendali sementara pasukan Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan pemilihan 23 pemain yang akan bermain menentang Laos pada 8 Oktober dan Timor Leste pada 13 Oktober depan. JDT mendahului senarai dengan 7 orang wakil diikuti Pahang (4), Kelantan (3), Terengganu (2), Felda United (2), Harimau Muda B (2) serta masing-masing seorang wakil dari Selangor, Kedah dan Perak.



Insiden kekecohan di Shah Alam tempoh hari menjadi titik klimaks kepada permasalahan yang berlaku pada pasukan negara. Agak malang apabila perkara sedemikian terjadi di kala tugas jurulatih diambil alih oleh Datuk Ong Kim Swee. Pada pendapat aku, beliau merupakan calon paling sesuai memimpin pasukan Malaysia.



Biarpun tiada rekod menakjubkan sebelum ini selain juara Sukan SEA, tetapi potensi OKS menampakkan karisma beliau selaku jurulatih berkaliber. Dari pemilihan pemain yang telus mengikut prestasi semasa dan posisi serta susunan strategi yang bijak menjadikan beliau calon terbaik untuk mengisi kekosongan itu.



Berikut adalah senarai pemain kebangsaan Harimau Malaya untuk perlawanan bulan Oktober 2015:


Khairul Azhan (Pahang)
Azammudin Akil (Pahang)
Matthew Davies (Pahang)
Hafiz Kamal* (Pahang)
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Amirizdwan Taj (Kelantan)
Wan Zack Haikal (Kelantan)
Zubir Azmi* (Terengganu)
Ismail Faruqi* (Terengganu)
Shahrul Saad* (Felda United)
Christiee Jayaseelan* (Felda United)
Nazirul Naim (Harimau Muda B)
Adam Nor Azlin (Harimau Muda B)
Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)
Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Izham Tarmizi* (JDT)
S. Kunanlan (JDT)
Safiq Rahim (JDT)
Amri Yahyah (JDT)
Fadhli Shas (JDT)
Aidil Zafuan* (JDT)
Safee Sali* (JDT)
Nasir Basharuddin (Perak)

(* panggilan baru)


7 lagi nama akan diletakkan dalam senarai simpanan dan akan dipanggil jika berlaku kecederaan pada skuad utama iaitu Farhan Abu Bakar, Syahrul Azwari Harimau Muda B), Fazly Mazlan, S. Chanturu, Gary Steven Robbat (JDT), Ronny Harun (Sarawak) dan Azrif Nasrulhaq (Selangor).


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Senarai Nama 23 Pemain Malaysia vs Laos dan Timor Leste Oktober 2015 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets