NO COMMENTS
Tarikh Terkini Pembayaran Bonus 2015 Kakitangan Awam Pesara Kerajaan
Penulis: Que | Kategori: bonus , gaji , goverment , isu semasa , jadual , kakitangan awam , kerajaan , kerja , motivasi , penjawat awam
BONUS DIAWALKAN
Sejak bencana banjir melanda negara, tiba-tiba timbul banyak khabar angin mengenai pembayaran bonus yang sepatutnya dijadualkan pada 22 Januari 2015 diawalkan ke 5 Januari 2015. Ternyata viral itu adalah tidak benar sama sekali. Kini maklumat sahih yang baru dipetik dari akhbar Berita Harian Online hari ini menyatakan kerajaan telah bersetuju supaya bonus 2015 dibayar pada 15 Januari 2015.
Keputusan ini dibuat memandangkan kerajaan prihatin terhadap penjawat awam yang menjadi mangsa banjir dan juga membantu mereka menyediakan semula kelengkapan persekolahan anak-anak yang dijangkakan pada 11 dan 12 Januari 2015. Bencana yang melanda telah merosakkan harta benda dan kebanyakan mereka yang terlibat terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.
Kepada mereka yang tidak terlibat dengan bencana ini bolehlah menggunakan 1% dari bonus yang diperolehi untuk membantu mereka yang memerlukan. Kerajaan sebelum ini telah bersetuju untuk memberi imbuhan tahunan 2014 atau bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq