Showing posts with label bola. Show all posts

 

Manchester United Pecah Rekod Untuk Bawa Juan Mata Dari Chelsea ?

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

PENYELAMAT MUSIM?



Adakah perpindahan Juan Mata ke Manchester United akan menjadi realiti? Sumber dari England mengatakan United dan Chelsea telah bersetuju untuk membawa Mata ke Old Trafford dengan harga 37 Juta Euro. Jika ini berlaku maka United akan memecah rekod baru perpindahan pemain yang sebelum ini dipegang Dimitar Berbatov pada harga 30.7 Juta Euro.



Mata merupakan tonggak utama Chelsea yang memenangi UEFA Champions League 2011/2012 dan Europa League 2012/2013. Tetapi sejak kehadiran Mourinho, kelibat Mata semakin jarang kelihatan dalam kesebelasan utama. Mourinho lebih gemar menurunkan Hazard, Oscar dan Ramires di belakang penyerang.



Chelsea pada mulanya mengharapkan pertukaran pemain dengan Rooney menyertai mereka di Stamford Bridge tetapi mungkin agak sukar kerana perpindahan musim sejuk biasanya tidak berkesan melainkan keadaan memaksa.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Teka-teki : Bilakah Kali Terakhir ARSENAL Menang Piala @ Trofi ??

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

KE MANA PERGINYA SENGAT ARSENAL?





Masih ingatkah anda pada pasukan Invincible 2003-2004? Mereka mencipta rekod EPL dengan menghabiskan 38 perlawanan tanpa kalah dalam satu musim. Dengan 26 kemenangan dan 12 seri menjadikan keseluruhan 90 mata untuk Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris pada waktu itu. Mereka juga menjadi pasukan yang mengutip jumlah jaringan paling banyak (75 gol) dan bolos yang paling sedikit (26 gol).



Tidak cukup dengan itu, Arsenal meneruskan rekod tanpa kalah hingga 49 perlawanan (rekod baru EPL) sehinggalah mereka tewas kepada Manchester United 2-0 pada musim berikutnya. Zaman itu merupakan zaman kegemilangan Arsene Wenger bersama Arsenal. Thierry Henry menjadi ayam tambatan. Kerjasama dan taktikal counter attack sememangnya menarik untuk ditonton.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

LIVE : EL CLASICO REAL MADRID VS BARCELONA | SEMI FINAL COPA DEL REY 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN SEPARUH AKHIR COPA DEL REY @ ASTRO

jadual copa del rey 2013,real madrid vs barcelona 2013 malaysia time,SIARAN LANGSUNG EL CLASICO REAL MADRID VS BARCELONA VS REAL MADRID SEMI FINAL SEPARUH AKHIR COPA DEL RAY 2013, ASTRO LIVE STREAMING WAKTU MALAYSIA, JADUAL PERLAWANAN EL CLASICO 2013

Updates : Keputusan El Clasico Semi Final 1st Leg [Klik]


Pertembungan klasik 2 gergasi bola sepak Sepanyol kembali lagi di tahun 2013. Walaupun jarak dalam La Liga membezakan 15 mata antara kedua pasukan, namun perlawanan ini mempunyai sejarah dan kekuatan tersendiri.


Dalam pertemuan liga tahun lalu perlawanan berkesudahan 2-2 di mana Ronaldo (2 gol) dan Messi (2 gol) mencuri tumpuan dengan gol masing-masing. Namun Real Madrid gagal meneruskan konsistensi musim ini selepas merampas kejuaraan La Liga dari musuh ketat mereka musim lalu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

PIALA AFF SUZUKI 2012 : MALAYSIA VS THAILAND | SEPARUH AKHIR 1

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN MALAYSIA VS THAILAND | 9 DISEMBER 2012

GAMBAR HARIMAU MALAYA VS GAJAH PERANG PUTIH, MALAYSIA VS THAILAND AFF SUZUKI 2012,BERITA PERLAWANAN MALAYSIA VS THAILAND 9 DISEMBER 2012 BUKIT JALIL

Update Analisis : Malaysia 1-1 Thailand [Klik]

Esok merupakan hari penting buat skuad Harimau Malaya. Mereka akan turun ke stadium bagi mempertahankan PIALA AFF SUZUKI yang dimenangi 2 tahun lalu. Lawan kali ini bukan calang-calang. THAILAND - satu-satunya pasukan yang mempunyai rekod 100% kemenangan dalam kempen kali ini.


Atas kertas, pasukan GAJAH PUTIH ini ada kelebihan berbanding pasukan negara yang dilanda masalah kecederaan. Pemain bintang, Wan Zack Haikal terpaksa direhatkan dalam perlawanan penting malam esok dan juga Selasa nanti untuk perlawanan timbal balik di Thailand.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

FA CUP : KEPUTUSAN UNDIAN PIALA FA PUSINGAN KETIGA MUSIM 2012/2013

Penulis: Que | Kategori: , , ,

JADUAL PERLAWANAN FA CUP 2012/2013 3RD ROUND | PUSINGAN KETIGA

JADUAL PERLAWANAN PIALA FA CUP 2012 2013 PUSINGAN KETIGA KE-3 3RD ROUND,JADUAL PERLAWANAN PIALA FA 2012 2013 PUSINGAN KETIGA,BILA TARIKH PERLAWANAN,SIARAN LANGSUNG PIALA FA

Updates : Keputusan Penuh Piala FA 2013 [Klik]

Manchester United telah diundi menentang West Ham di London untuk perlawanan Piala FA musim 2012/2013. Semua perlawanan dijadualkan pada 5 dan 6 Januari 2013.


Kali terakhir Manchester United menang Piala FA pada tahun 2004. Musim lalu, United diundi bertemu Manchester City dalam pusingan ke-3 dan menang 3-2 di Etihad selepas dibelasah 1-6 di Old Trafford. Kemudian United disingkirkan Liverpool 1-2 di pusingan ke-4 ditempat lawan.


Perlawanan Piala FA bergantung kepada nasib undian. Ada kalanya team kuat akan lawan team kuat di pusingan awal. Salah satu pasti akan keluar. Ada masanya team anda dapat undian di tempat sendiri yang memberi kelebihan psikologi.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

EPL : READING 3 - 4 MANCHESTER UNITED | PERTAHANAN LONGGAR

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

KEPUTUSAN PERLAWANAN READING VS MANCHESTER UNITED | 2 DIS 2012


 
Perlawanan yang gila! Reading dan Manchester United berbalas gol dalam masa 30 minit pertama. Pertahanan United Rafael, Ferdinand, Evans dan Evra nampak goyah apabila gagal mengeluarkan bola hantaran lintang dan sepakan sudut memberikan Reading 3 gol.

 
Anderson, Rooney dan Van Persie menyelamatkan 3 mata berharga buat United sebelum menentang City minggu depan. Kemasukan Smalling menggantikan Rafael amat bijak sekali kerana faktor ketinggian dan fizikalnya namun keputusan  meletakkan Phil Jones di bahagian midfield mengundang tanda tanya pemain United walhal Cleverley masih ada di bangku simpanan.

Top of the league dengan 3 mata! GGMU
 
Keputusan lain ada di sini [Klik]

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/