Home » , , , , , , » PIALA AFF SUZUKI 2012 : MALAYSIA VS THAILAND | SEPARUH AKHIR 1

PIALA AFF SUZUKI 2012 : MALAYSIA VS THAILAND | SEPARUH AKHIR 1

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN MALAYSIA VS THAILAND | 9 DISEMBER 2012

GAMBAR HARIMAU MALAYA VS GAJAH PERANG PUTIH, MALAYSIA VS THAILAND AFF SUZUKI 2012,BERITA PERLAWANAN MALAYSIA VS THAILAND 9 DISEMBER 2012 BUKIT JALIL

Update Analisis : Malaysia 1-1 Thailand [Klik]

Esok merupakan hari penting buat skuad Harimau Malaya. Mereka akan turun ke stadium bagi mempertahankan PIALA AFF SUZUKI yang dimenangi 2 tahun lalu. Lawan kali ini bukan calang-calang. THAILAND - satu-satunya pasukan yang mempunyai rekod 100% kemenangan dalam kempen kali ini.


Atas kertas, pasukan GAJAH PUTIH ini ada kelebihan berbanding pasukan negara yang dilanda masalah kecederaan. Pemain bintang, Wan Zack Haikal terpaksa direhatkan dalam perlawanan penting malam esok dan juga Selasa nanti untuk perlawanan timbal balik di Thailand.



Beliau yang dipanggil menyertai kesebelasan utama dalam perlawanan menentang Laos dan Indonesia menjadi watak penting dalam membantu Malaysia layak ke pusingan separuh akhir. Datuk K.Rajagobal terpaksa memikirkan back up plan siapa yang akan bermain di sayap kanan.


Tidak cukup dengan itu, Safee Sali dan Shakir Shaari juga dilaporkan cedera. Aidil Zafuan tidak dapat diturunkan kerana mengutip kad kuning ke-2. Segalanya tidak meneyebelahi pasukan Harimau Malaya buat masa ini.



wan zack haikal cedera injured safee sali injured shakir shaari injured,aidil zafuan kad kuning,rekod pertemuan malaysia vs thailand



Penyerang kita agak tumpul dalam 3 perlawanan peringkat kumpulan. Kita banyak bergantung kepada pemain tengah untuk menjaringkan gol. Ini perlu diubah ketika menentang Thailand yang mempunyai penyerang handalan Teerasil Dangda. Norshahrul Idlan Talaha harus lakukan sesuatu!


THAILAND menjadi pasukan pilihan untuk menang dalam edisi PIALA AFF SUZUKI 2012. Mereka antara pasukan yang konsisten tahun ini. Pasukan Malaysia juga pernah tewas dengan Thailand dalam perlawanan persahabatan awal bulan lepas.


Video Highlight Perlawanan Thailand vs Malaysia | 7 November 2012





Misi Malaysia malam esok agak sukar. Paling baik jika kita berjaya menang dengan keputusan 2-0 atau 3-0. Paling tidak pun seri 0-0. Kenapa?? Sebab Piala AFF Suzuki akan melihat pada kelebihan gol di tempat lawan. Kita tak nak tersingkir dengan sebab away goal.


Thailand sangat kuat di tempat mereka. Jadi Malaysia perlu elakkan bolos dan cuba untuk menang seberapa banyak di Bukit Jalil. Apa yang pasti, pasukan Harimau Malaya jangan terlalu tertekan dengan harapan peminat yang dijangka bakal memenuhi stadium malam esok. Mainlah seperti lawan Indonesia dan ambil peluang di hadapan pintu gol.


Jangan lupa temu janji kita malam esok!


SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PERTAMA


MALAYSIA VS THAILAND

9 DISEMBER 2012 (AHAD)

Stadium Nasional Bukit Jalil

8.00 PM (waktu Malaysia)

LIVE @ RTM 1 & ASTRO STAR SPORTS (813)

LINK LIVE STREAMING PIALA AFF SUZUKI 2012 [KLIK]


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " PIALA AFF SUZUKI 2012 : MALAYSIA VS THAILAND | SEPARUH AKHIR 1 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets