Home » , , , , , » PIALA AFF SUZUKI 2012 : THAILAND VS MALAYSIA | SEPARUH AKHIR 2 | 13 DISEMBER 2012

PIALA AFF SUZUKI 2012 : THAILAND VS MALAYSIA | SEPARUH AKHIR 2 | 13 DISEMBER 2012

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

PENENTUAN PASUKAN MANA AKAN LAYAK KE PERINGKAT AKHIR | 13 DISEMBER 2012

LIVE STREAMING PERLAWANAN BOLA SEPAK THAILAND VS MALAYSIA SEMIFINALS AFF SUZUKI CUP 2012 SEPARUH AKHIR KE-2,BILA PERLAWANAN THAILAND VS MALAYSIA PIALA AFF SUZUKI 2012,SENARAI PEMAIN,JADUAL PERLAWANAN,TAKTIK PERLAWANAN THAILAND VS MALAYSIA,PASUKAN YANG LAYAK KE FINAL AKHIR PIALA AFF SUZUKI 2012

Updates : Thailand 2 - 0 Malaysia

Cabaran getir bakal menanti anak buah Datuk K.Rajagobal malam ini. Tuan rumah Thailand, yang juga juara 3 kali akan melayan juara bertahan, Malaysia di Stadium Supachalai, Bangkok.


Kontroversi timbul apabila pihak FA Thailand memberi layanan kurang mesra kepada kem Malaysia di sana. Isu padang bola untuk latihan yang teruk menjejaskan persediaan skuad Harimau Malaya. Lebih menyedihkan, kita melayan mereka dengan baik di Kuala Lumpur.


Mungkin ini antara perang awal psikologi oleh Thailand untuk mengganggu mental pemain Malaysia. Sesuailah dengan gelaran Gajah Perang!


Perlawanan separuh akhir 1 di Stadium Bukit Jalil berakhir dengan keputusan 1-1. Taktik dan corak permainan nampak mantap dari seawal minit hinggalah pertukaran pemain dilakukan. Pujian harus diberikan kepada Harimau Malaya kerana menyekat pemain Thailand dari melakukan gerakan berbahaya.


PERLAWANAN MALAYSIA VS THAILAND WAKTU MALAYSIA MASA CHANNEL ASTRO RTM 1


Cuma ada beberapa kesilapan kecil yang dilakukan pihak pengurusan Harimau Malaya.


1) Taktik 4-4-1-1 berjaya mematahkan bahagian tengah pasukan Gajah Perang. Tetapi ketaksuban Datuk K.Rajagobal mencari gol kedua membawa padah.


2) Kemasukan Safee mengubah formasi kepada 4-4-2 dan ini memberi ruang lebih kepada Thailand untuk masuk ke dalam kawasan Malaysia.


3) Kadang-kadang pertaruhan (gamble) yang dibuat akan merugikan pasukan. Tapi sebagai coach, anda juga akan melakukan perkara yang sama dengan kelebihan bermain di tempat sendiri.


4) Memberi Thailand 1 away goal menyukarkan peluang kita untuk mara ke final. Namun itu bukan mustahil kerana dalam perlawanan bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Malaysia tiada pilihan lain kecuali menang atau paling kurang seri dengan jaringan lebih dari 1 (2-2, 3-3, 4-4). Seri 0-0 Thailand layak. Seri 1-1 kita akan teruskan ke masa tambahan.






Sepanjang kempen Piala AFF Suzuki 2012, jaringan Malaysia banyak berpunca dari gerakan sebelah kanan. Sama ada melalui Mahali atau Wan Zack. Jika ini kekuatan kita, gunakan pada perlawanan penting hidup dan mati malam ini.


1) Banyakkan larian dari bahagian kanan ketika melakukan counter attack. Mahali dan Wan Zack (jika diturunkan) boleh menghantar bola untuk penyerang kita.


2) Guna formasi 4-4-1-1 seperti bermain di Bukit Jalil supaya rentak permainan dapat dikekalkan. Midfield Thailand kena kunci untuk kita menguasai permainan. Namun jika gagal berfungsi bolehlah ditukar kepada 4-4-2 untuk mencari gol.


3) Mat Yo mampu mengucar-kacirkan pertahanan Thailand terutama di tepi garisan padang. Pastikan pemain kita bersedia di dalam kotak penalti untuk menyambut hantaran lintang yang dilakukan.


4) Pertahanan perlu bijak mengawal penyerang Thailand. Jangan naik terlalu tinggi dan mantapkan offside line. Thailand banyak buat thru pass dari kawasan tengah.


Jika mara ke perlawanan akhir, Malaysia akan bertemu Singapura dan skrip 2010 akan berulang. Kalah perlawanan pertama dan menang perlawanan akhir!





SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN PIALA AFF SUZUKI 2012

SEPARUH AKHIR KE-2

THAILAND VS MALAYSIA




13 DISEMBER 2012 (KHAMIS)

8.00 PM WAKTU MALAYSIA

LIVE @ RTM 1 ASTRO STAR SPORTS (813) HD (832)


Link Live Streaming Piala AFF Suzuki 2012 [Klik]

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " PIALA AFF SUZUKI 2012 : THAILAND VS MALAYSIA | SEPARUH AKHIR 2 | 13 DISEMBER 2012 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets