Showing posts with label badminton. Show all posts

 

Jadual dan Keputusan Badminton Piala Thomas & Piala Uber 2016 | Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

SEJARAH 1992 DALAM KENANGAN



Datuk Lee Chong Wei bakal beraksi di pentas terakhir Piala Thomas pada tahun ini. Paling menyedihkan apabila kita gagal menggunakan kelebihan beliau sebagai pemain nombor dua dunia untuk kembali merampas Piala Thomas yang didominasi oleh Indonesia (5 kali) dan China (5 kali) sejak tahun 1992.



Puncanya kerana Malaysia tiada pasukan pelapis yang boleh menyaingi pemain pelapis China dan pasukan elit lain seperti Korea Selatan dan mungkin juga Jepun yang semakin meningkat naik. Beregu negara semakin tenggelam dan terus mempamerkan persembahan yang kurang konsisten.



Memandangkan Piala Thomas ini merupakan pertandingan dalam bentuk kumpulan, jadi kekuatan seimbang amat perlu bagi sesebuah negara untuk menjuarainya. Mengikut format tegrkini, setiap negara perlu membariskan 3 pemain perseorangan dan 2 beregu yang akan menentukan 5 mata untuk satu-satu perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Suku Akhir Lee Chong Wei vs Chen Long Badminton Terbuka Hong Kong 20 November 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

ULANGAN FINAL?


Set 1 : LCW 13-21 CL
Set 2 : LCW 21-19 CL
Set 3 : LCW 21-15 CL

Cabaran getir menanti Datuk Lee Chong Wei malam ini apabila dipaksa bertemu dengan Chen Long seawal pusingan suku akhir. Undian laluan ternyata tidak menyebelahi nasib Chong Wei disebabkan hanya mampu berada pada kedudukan ranking ke-6 dunia. Mampukah beliau mengulangi kecemerlangan di Terbuka China tempoh hari?



Jika menang malam ini, laluan Chong Wei ke final lebih mudah. Dalam pusingan kedua, Datuk mudah menewaskan wakil Germany dalam straight set manakala Chen Long terpaksa bertarung dalam rubber set menewaskan wakil Thailand. Jadual penuh di sini.



Melihat pada rekod pertemuan dari 22 perlawanan, Cheng Long memiliki kelebihan 12 kemenangan berbanding Chong Wei 10. Jom sama-sama kita beri sokongan  padu kepada Datuk untuk memperbaiki ranking dan melakar kemenangan ke atas Chen Long.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Badminton Terbuka Hong Kong 2015 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

PENINGKATAN CHONG WEI



Datuk Lee Chong Wei kembali meneruskan usaha memperbaiki ranking badminton beliau yang kini berada di tangga ke-6 dunia. Kejayaan di bumi China tempoh hari menyuntik semangat untuk memburu kejuaraan kali ini. Namun laluan ke final tidak semudah yang disangka.



Datuk Lee Chong Wei berkemungkinan berdepan dengan Chen Long seawal pusingan suku akhir disebabkan kedudukan ranking yang berubah. Jika berjaya, beliau mungkin akan menentang juara bertahan dari Korea Selatan Shon Wan-Ho. Dalam perlawanan malam ini, Datuk akan melayan wakil dari Germany Marc Zwiebler.



Setakat pusingan kedua, hanya tinggal 4 wakil negara yang masih kekal meneruskan perjuangan. 2 wakil masing-masing untuk kategori perseorangan dan berkumpulan lelaki. Semoga usaha pemain negara akan memberi berita gembira sekali lagi untuk peminat badminton tempatan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Final Lee Chong Wei vs Chen Long Badminton Terbuka China 15 November 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

PELUANG CHONG WEI AKHIRI BADI


Set 1 : LCW 21-15 CL
Set 2 : LCW 21-11 CL

Tahniah Datuk Lee Chong Wei kerana masih menjadi wakil tunggal negara ke perlawanan akhir Kejohanan Terbuka China 2015. Dalam pusingan separuh akhir semalam Lee Chong Wei mengejutkan musuh tradisi tuan rumah, Lin Dan dalam rubber set 17-21 21-19 21-19. Siapa sangka Datuk berjaya menamatkan badi 5 perlawanan tanpa kemenagan ke atas jaguh badminton kidal itu.



Petang ini seperti biasa, Datuk Lee Chong Wei perlu melepasi halangan terakhir menentang Chen Long dalam final Terbuka China 2015. Klai terkahir wakil Malaysia menjuarai kategori perseorangan lelaki di China pada tahun 2002 menerusi Wong Choong Han. Adakah Datuk mampu melakukan satu lagi kejutan?



Melihat pada rekod pertemuan dari 21 perlawanan, Cheng Long memiliki kelebihan 12 kemenangan berbanding Chong Wei 9. Datuk masih gagal menewaskan Chen Long dalam 4 perlawanan terakhir. Jom sama-sama kita beri sokongan  padu kepada Datuk untuk memperbaiki ranking dan menamatkan badi menentang Chen Long.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan akhir Lee Chong Wei vs Lin Dan Terbuka China 14 November 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

SEPARUH AKHIR


Keputusan akhir: Lee Chong Wei menang 17-21, 21-19, 21-19 vs Lin Dan

Laluan sukar Datuk Lee Chong Wei dalam kejohanan Badminton Siri Super Terbuka China 2015 menanti di pusingan separuh akhir apabila beliau bakal berdepan musuh tradisi dari China, Lin Dan petang ini. Perlawanan musuh ketat ini akan menjadi tumpuan tatkala Chen Long dan Son Wan Ho bersaing dalam merebut satu lagi slot ke final.



Chong Wei menjadi wakil tunggal Malaysia dan juga Asia Tenggara yang mara sehingga tahap ini yang jelas didominasi pemain-pemain tuan rumah. Walaupun prestasi Chong Wei tidak begitu memuaskan disebabkan faktor usia, beliau tetap fokus pada sasaran untuk layak ke Olimpik 2016.



Melihat dari rekod perlawanan Lee Chong Wei vs Lin Dan, dari 34 pertemuan Chong Wei hanya menang 9 kali. Datuk juga tidak pernah menang dalam 5 perlawanan terakhir dan perkara ini amat membimbangkan apatah lagi kelebihan Lin Dan sebagai pemain kidal dan mempunyai kekuatan mental yang lebih baik.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Astro Jadual Perlawanan Akhir Badminton Terbuka Perancis | FINAL Lee Chong Wei 25 Oktober 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

KOO KIEN KEAT / TAN BOON HEONG KE FINAL



Keputusan akhir : Lee Chong Wei 21-13, 21-18 Chou Tien Chen

Datuk Lee Chong Wei menebus kehampaan tersingkir awal dalam kejohanan Terbuka Denmark dengan melangkah ke pusingan akhir badminton Terbuka Perancis 2015. Ketiadaan jaguh China seperti Lin Dan dan Chen Long memudahkan laluan Chong Wei.



Dalam pusingan separuh akhir semalam, Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain muda China Wang Zheng Ming dengan straight set 21-7, 21-13. Lawannya pada final malam ini adalah pemain Taiwan Chou Tien Chen.



Tiada rekod pertemuan antara kedua pemain ini. Lee Chong Wei berada pada ranking ke-19 manakala Chou Tien Chen di kedudukan ke-5. Dari segi pengalaman jelas memihak kepada Datuk Lee Chong Wei yang sedang berusaha memperbaiki kedudukan ranking sebelum kejohanan Olimpik 2016.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Lee Chong Wei vs Lin Dan Terbuka Jepun 10 September 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

HALANGAN PUSINGAN KEDUA


Keputusan akhir : Lee Chong Wei kalah 17-21,10-21 kepada Lin Dan

Laluan sukar Datuk Lee Chong Wei dalam kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun 2015 menjadi realiti apabila beliau bakal berdepan musuh tradisi dari China, Lin Dan petang ini. Kedudukan ranking terkini di bawah 10 terbaik meletakkan beliau sebagai pemain bukan pilihan dan berdepan risiko tersingkir seawal pusingan ke-2.



Hanya 3 wakil negara melepasi pusingan pertama semalam. Antara kejutan besar berlaku pagi tadi apabila jaguh badminton China yang juga juara dunia, Chen Long terkandas dan tewas kepada pemain muda dari negara yang sama. Peluang Lee Chong Wei untuk bergelar juara amat cerah jika berjaya melepasi halangan paling mencabar ini.



Melihat dari rekod perlawanan Lee Chong Wei vs Lin Dan, dari 33 pertemuan Chong Wei hanya menang 9 kali. Datuk juga tidak pernah menang dalam 4 perlawanan terakhir dan perkara ini amat membimbangkan apatah lagi kelebihan Lin Dan sebagai pemain kidal dan mempunyai kekuatan mental yang lebih baik.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Jepun 2015 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

LALUAN SUKAR



Datuk Lee Chong Wei kembali meneruskan usaha memperbaiki ranking badminton beliau yang kini berada di tangga ke-28 dunia. Biarpun masih dibayangi kekalahan di final Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu, Chong Wei perlu terus fokus untuk Olimpik 2016. Laluan kejuaraan Siri Super Terbuka Jepun 2015 minggu ini lebih sukar.



Kejohanan bermula pada 8 hingga 13 September 2015 di Tokyo Jepun. Undian kali ini bakal mempertemukan Lee Chong Wei dan Lin Dan seawal pusingan kedua dan jika berjaya melepasi musuh tradisi dari China itu, Datuk akan menentang Chen Long di pusingan suku akhir. Kenapa boleh jadi begitu?



Semuanya bergantung pada ranking. Kalau ada yang cakap ranking itu tidak penting jangan percaya. Orang itu mungkin tidak tahu menahu tentang sukan. Nasib Datuk kurang baik kali ini kerana ranking ke-28 tidak menjanjikan laluan mudah berbanding ranking nombor 1.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Final Badminton Dunia 16 Ogos 2015 | Lee Chong Wei vs Chen Long

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

PELUANG CHONG WEI AKHIRI BADI


Set 1 : LCW 14-21 CL
Set 2 : LCW 17-21 CL

Tahniah Datuk Lee Chong Wei kerana masih menjadi wakil tunggal negara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia 2015. Dalam pusingan separuh akhir semalam Lee Chong Wei menewaskan pemain  Denmark, Jan O Jorgensen dengan straight set 21-7 21-19. Ramai yang meramalkan perlawanan semalam antara beliau dan Lin Dan. Tetapi sebaliknya berlaku apabila musuh ketat dari China itu terkandas di pusingan suku akhir.



Petang ini seperti tahun lalu, Datuk Lee Chong Wei perlu melepasi halangan terakhir menentang Chen Long dalam final Badminton Dunia 2015. Kemarau pingat emas Kejohanan Badminton Dunia perlu ditamatkan segera kerana usia Chong Wei semakin meningkat. Chen Long kini memegang gelaran pemain nombor 1 dunia ketika ini manakala Chong Wei hanya berada di tangga ke-44.



Jika dalam kepercayaan masyarakat Cina, angka 4 akan memberi petanda kurang baik. Diharapkan perkara itu tidak berlaku kali ini. Melihat pada rekod pertemuan dari 20 perlawanan, Cheng Long memiliki kelebihan 11 kemenangan berbanding Chong Wei 9. Jom sama-sama kite beri sokongan  padu kepada Datuk untuk membawa pulang pingat emas pertama dalam sejarah badminton Malaysia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan BADMINTON DUNIA 2015 | Pemain Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

BWF WORLD CHAMPIONSHIPS 2015 , JAKARTA INDONESIA



Minggu ini bermula Kejohanan Badminton Dunia 2015 yang berlangsung pada 10 hingga 16 Ogos bertempat di Jakarta Indonesia. Datuk Lee Chong Wei yang beraksi atas tiket 'wild card' akan berdepan cabaran sukar kali ini kerana hanya mampu berada pada kedudukan ranking ke-46. Musuh utama beliau Chen Long yang juga juara bertahan edisi 2014 dan Lin Dan bakal menjadi penghalang.



Dalam kategori lain, Malaysia juga menghantar beregu wanita dan lelaki untuk cuba mara ke pusingan suku akhir. Tahun lalu, pingat perak yang dimenangi Lee Chong Wei telah ditarik balik kerana kesalahan penyalahgunaan bahan terlarang. Beliau sudah pasti ingin menebus kekecewaan dalam edisi kali ini.



Jika dilihat laluan ke final, Datuk Lee Chong Wei dijangka bertemu bekas juara dunia Lin Dan di pusingan separuh akhir. Pertemuan ini sudah pasti sengit apatah lagi Lin Dan kini berada pada prestasi terbaik beliau. Mampukah Lee Chong Wei melakukan kejutan??

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung FINAL Badminton Individu Sukan SEA 2015 | Pemain Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

2 EMAS DALAM TANGAN



Kejutan besar terjadi di gelanggang badminton semalam apabila kedua-dua perseorangan lelaki negara mara ke final seterusnya memastikan kutipan emas dalam acara tersebut. Chong Wei Feng menewaskan pemain Thailand dalam 3 set sebelum Mohamad Arif menumbangkan wakil tuan rumah dengan straight set.



Dalam acara beregu wanita, Vivian dan Woon menepati ramalan ke final dan mereka ditemani rakan seperjuangan Amelia dan Soong untuk menentukan pingat emas dan perak. Malaysia berpeluang meraih emas ketiga jika beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying berjaya mengetepikan cabaran beregu Indonesia.



Ayuh rakyat Malaysia kita beri sokongan padu kepada pemain kita walaupun 2 emas sudah dalam genggaman. Tahniah kontinjen badminton negara yang berjaya melepasi kutipan pingat dalam Sukan SEA yang lalu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Final Badminton Sukan SEA 2015 | Malaysia vs Thailand

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

PERAK DALAM TANGAN


Keputusan akhir : Malaysia 0-3 Thailand

Kejutan pasukan wanita negara menewaskan pasukan pilihan Indonesia 3-1 di pusingan separuh akhir memberi khabar gembira dari kem badminton Malaysia. Kecemerlangan itu bagaimanapun gagal disusuli oleh pasukan lelaki yang tewas 2-3 kepada musuh yang sama semalam. Hari ini mereka bakal berdepan satu lagi tugas berat menentang Thailand yang semakin menunjukkan peningkatan.



Persorangan wanita pertama Thailand, Ratchanok Intanon kini menduduki ranking ke-5 dunia. Ini sedikit menyukarkan pemain kita untuk mencuri mata permulaan. Harapan kita menerusi acara beregu Vivian Kah Mun/Woon Khe Wei untuk menyamakan kedudukan. Seterusnya perlawanan agak seimbang dan pasukan mana lebih bersemangat dan mampu menangani tekanan ada kelebihan.



Apa yang agak menarik mengenai pasukan Malaysia adalah perseorangan ketiga negara, Goh Jin Wei yang hanya berusia 15 tahun. Beliau sebelum ini membantu pasukan negara menewaskan Vietnam 3-2 dengan memenangi perlawanan 3 set. Harapan besar seluruh rakyat Malaysia untuk melihat pasukan negara merangkul pingat emas pertama acara badminton hari ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Perlawanan Badminton Malaysia di Sukan SEA 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

HARAPAN EMAS



Masalah demi masalah yang melanda kem badminton negara memperlihatkan kemerosotan sejak akhir-akhir ini. Dek kerana itu tiada harapan diletakkan kepada pasukan badminton negara untuk meraih banyak emas dalam edisi Sukan SEA 2015. Dari 7 kategori yang dipertandingkan harapan mungkin tertumpu pada kategori berpasukan lelaki dan beregu lelaki yang diperkuatkan oleh pemain no.1 negara Datuk Lee Chong Wei.



Di samping itu juga, harapan negara bergantuing kepada beregu wanita selaku pemegang pingat emas Sukan SEA 2013 dan beregu campuran yang disasarkan layak ke final untuk cuba merampas emas dari pasukan Indonesia. Jumlah 4 pingat emas dilihat cukup baik jika dibandingkan dengan pencapaian 1 pingat emas ketika di Myanmar.



Namun begitu, pemain Malaysia harus berhati-hati dengan pencabar utama Indonesia, Thailand dan Singapura yang juga mempunyai kekuatan masing-masing. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Akhir Final Badminton Piala Sudirman China vs Jepun | 17 Mei 2015 di Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

CHINA BURU GELARAN KE-10


Keputusan akhir : China 3-0 Jepun

China menepati ramalan layak ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2015. Selaku tuan rumah, China bakal memburu gelaran ke-10 dan ke-6 berturut dalam sejarah. Mereka melepasi halangan dengan mengetepikan cabaran pasukan Germany dan Indonesia. Lawan mereka di final nanti merupakan pasukan Jepun yang menunjukkan peningkatan sejak menjuarai Piala Thomas 2014.



China ketika itu diaibkan Jepun dalam saingan separuh akhir dengan keputusan 3-0. Walaupun Piala Thomas hanya melibatkan pemain lelaki dan berbeza dengan format berpasukan Piala Sudirman, sudah pasti luka tersebut masih dirasai. Pentas petang ini bakal menjadi medan bagi China untuk mempamerkan kekuatan sebenar.



Jepun mengejutkan Korea Selatan yang menjadi naib juara dalam edisi sebelum ini. Perlawanan yang berlangsung lebih 4 jam itu berakhir dengan keputusan 3-2 memihak kepada negara matahari terbit itu. Jepun mungkin bukan pasukan pilihan kerana mereka buat pertama kali layak ke perlawanan akhir Piala Sudirman. Namun China harus berhati-hati dan memberi sepenuh tumpuan supaya trofi Piala Sudirman kekal menjadi milik mereka.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Suku Akhir Malaysia vs Korea Selatan Piala Sudirman | 14 Mei 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

PISANG BERBUAH DUA KALI?


Keputusan Akhir : Malaysia 1-3 South Korea 

Jutaan peminat badminton Malaysia bakal mengharapkan magis kedua ketika menentang pasukan pilihan Korea Selatan dalam pusingan suku akhir  malam ini. Setelah mencatatkan keputusan mengejut 3-2 dalam perlawanan peringkat kumpulan, Malaysia sekali lagi diundi bersama Korea Selatan semalam. Format pertandingan Piala Sudirman hanya memisahkan balang juara dan naib juara kumpulan sahaja tanpa ada batasan untuk kumpulan yang sama.



Jika dilihat dari keputusan tempoh hari, Malaysia menang dalam set beregu lelaki, perseorangan lelaki dan beregu campuran. Manakala perseorangan dan beregu wanita agak lemah. Semuanya bakal bergantung kepada perlawanan pertama antara Goh V Shem / Tan Wee Kion vs Lee Yong Dae / Yoo Yeon Seong.



Jika menang, Malaysia ada harapan untuk menewaskan Korea Selatan. Jika tewas, harapan agak tipis dan kita perlu mengharapkan wanita untuk menyumbangkan sekurang-kurangnya 1 mata. Menanti di pusingan separuh akhir adalah pemenang antara pasukan Jepun dan Denmark.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Piala Sudirman 2015 Malaysia Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

14TH SUDIRMAN CUP | CHINA 2015



Bermula 10 Mei - 17 Mei 2015 pasukan Malaysia akan menyertai Piala Sudirman 2015 yang diadakan di negara China. Kehadiran semula bekas pemain nombor satu dunia bakal menyemarakkan kem Malaysia yang agak suram sejak akhir-akhir ini. Malaysia telah diundi dalam kumpulan 1D bersama Korea Selatan dan India.



Kejohanan Badminton Piala Sudirman ini merupakan kejohanan terbesar dalam kalendar tahun 2015. Diadakan setiap 2 tahun, sudah pasti setiap negara ingin turut mengambil bahagian. Format pertandingan hampir sama dengan Piala Thomas di mana kiraan mata berpasukan dalam 5 kategori iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran.



Edisi ke-14 tahun ini dijangka berlangsung sengit dengan peningkatan semasa pasukan Jepun dan India. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir. China sudah pasti ingin mempertahan kejuaraan yang mereka menangi sejak tahun 2005. Malaysia hanya pernah melangkah ke separuh akhir pada tahun 2009 sebelum tunduk kepada China.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tempoh Penggantungan Datuk Lee Chong Wei Tamat Pada 30 April 2015

Penulis: Que | Kategori: , , ,

LEE CHONG WEI DIGANTUNG 8 BULAN

TEMPOH GANTUNG LEE CHONG WEI



Penantian itu satu penyeksaan. Itulah yang dialami bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang dilarang menyertai sebarang kejohanan sejak akhir tahun lalu. Beliau didapati bersalah menggunakan bahan terlarang jenis dexamethasone ketika Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark pada Ogos 2014. Sepanjang ketiadaannya, Malaysia mengalami zaman kejatuhan kerana tiada pelapis yang setanding dengan Chong Wei.



Selepas sesi pendengaran rayuan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bersama tiga ahli panel bebas pada 11 April 2015, Lee Chong Wei menunggu hingga ke hari ini dan mendapati beliau menerima hukuman penggantungan 8 bulan. Nasib menyebelahi beliau apabila tarikh penggantungan di ambil bermula 30 Ogos 2014.



Ini bermakna tempoh 8 bulan itu akan tamat pada 30 April 2015 dan membolehkan beliau bersaing dalam tiga kejohanan utama yang akan datang iaitu Piala Sudirman di Dongguan dari 10-17 Mei, Sukan SEA di Singapura pada Jun dan Kejohanan Dunia di Jakarta pada Ogos 2015 nanti. Selamat kembali Datuk!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Lin Dan vs Chen Long Semi Final Badminton All England 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

BISA LIN DAN



Biarpun hanya berada pada ranking ke-6 dunia, Lin Dan merupakan jaguh badminton yang masih perlu diberi perhatian. Untuk mengekalkan ranking, setiap pemian perlu aktif menyertai pertandingan super series. Tetapi bagi Lin Dan itu semua bukan lagi sasaran utama beliau kerana sudah memenangi kesemua peringkat tertinggi dalam sukan badminton.



Chen Long harus bermain dengan penuh berhati-hati jika mahu merampas semula takhta juara persoerangan lelaki badminton All England 2015. Tahun lalu, Datuk Lee Chong Wei berjaya memenangi kategori ini buat kali-3 menewaskan Chen Long dalam straight set.



Mengikut rekod, dalam 6 pertemuan sebelum ini, Chen Long masih belum pernah menang dengan Lin Dan. Kali terakhir mereka bertemu di suku akhir Kejohanan Badminton Dunia 2013 yang dimenangi Lin Dan dengan straight set 21-13, 22-20.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton All England 3 - 8 2015 | Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

FOKUS LIN DAN



Kejohanan Badminton All England sedang berlangsung bermula 3 hingga 8 Mac 2015. Tahun ini merupakan tahun paling malang dan mencabar buat pasukan Malaysia yang kehilangan khidmat bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang digantung dari menyertai sebarang pertandingan sehingga kes penyalahgunaan bahan terlarang selesai.



Akibatnya sehingga malam tadi, tiada satu wakil Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir. Beregu harapan negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong tewas kepada pasangan Denmark dalam straight set 15-21,13-21. Dalam beregu wanita pula, pasangan Tan Aik Quan/Lai Pei Jing terpaksa akur kepada kehebatan pilihan pertama dari China juga dalam straight set.



Kini tumpuan terarah kepada bekas juara 5 kali, Lin Dan yang berjaya ke suku akhir setelah menarik diri dari 2 kejohanan lalu. Menanti di separuh akhir nanti, pemain nombor satu dunia ketika ini Chen Long. Salah seorang terpaksa memberi laluan kepada pemenang untuk meneruskan kemaraan memburu pingat untuk negara China.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Cara Penentuan Pemenang Piala Axiata 2014 | Format Kiraan Mata

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

AXIATA CUP FORMAT

THAILAND JUARA PIALA AXIATA 2014, CARA KIRA MATA PERLAWANAN PIALA AXIATA, FORMAT SEBENAR PIALA AXIATA


Seperti yang telah dijanjikan, entri kali ini akan merungkaikan isu penentuan juara hingga ke penentuan tempat ke-3/4 dalam Kejohanan Piala Axiata 2014. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Malaysia menduduki tempat ke-4 walaupun seri 2-2 dengan Pilihan Asia. Kenapa Thailand muncul juara walaupun Indonesia juga menang 4 set?



Sebelum itu, anda semua perlu tahu yang format Piala Axiata sememangnya berbeza dengan kejohanan seperti Piala Thomas atau pun kategori berpasukan dalam Sukan Asia dan Sukan SEA. Dalam sesuatu perlawanan Piala Axiata, setiap pasukan akan berentap dalam 4 kategori iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki serta beregu campuran.



Ini bermakna mata setiap perlawanan dihadkan kepada 4. Boleh jadi akan ada pasukan yang menang 4-0, 3-1 atau pun seri 2-2. Kalau menang mudah lah nak ditentukan pemenang. Tetapi jika berlaku seri akan ada sedikit masalah kerana format Piala Axiata perlu melihat kepada bilangan set yang dimenangi atau bilangan mata keseluruhan dalam semua set.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/