Showing posts with label axiata cup. Show all posts

 

Cara Penentuan Pemenang Piala Axiata 2014 | Format Kiraan Mata

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

AXIATA CUP FORMAT

THAILAND JUARA PIALA AXIATA 2014, CARA KIRA MATA PERLAWANAN PIALA AXIATA, FORMAT SEBENAR PIALA AXIATA


Seperti yang telah dijanjikan, entri kali ini akan merungkaikan isu penentuan juara hingga ke penentuan tempat ke-3/4 dalam Kejohanan Piala Axiata 2014. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Malaysia menduduki tempat ke-4 walaupun seri 2-2 dengan Pilihan Asia. Kenapa Thailand muncul juara walaupun Indonesia juga menang 4 set?



Sebelum itu, anda semua perlu tahu yang format Piala Axiata sememangnya berbeza dengan kejohanan seperti Piala Thomas atau pun kategori berpasukan dalam Sukan Asia dan Sukan SEA. Dalam sesuatu perlawanan Piala Axiata, setiap pasukan akan berentap dalam 4 kategori iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki serta beregu campuran.



Ini bermakna mata setiap perlawanan dihadkan kepada 4. Boleh jadi akan ada pasukan yang menang 4-0, 3-1 atau pun seri 2-2. Kalau menang mudah lah nak ditentukan pemenang. Tetapi jika berlaku seri akan ada sedikit masalah kerana format Piala Axiata perlu melihat kepada bilangan set yang dimenangi atau bilangan mata keseluruhan dalam semua set.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Thailand Juara Badminton Piala Axiata 2014 | Malaysia Ke-4

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

PENENTUAN YANG SENGIT



Naib juara tahun lalu, Thailand melakar sejarah tersendiri dalam kejohanan badminton Piala Axiata 2014 malam ini. Mereka menewaskan Indonesia dengan kelebihan mata set biarpun perlawanan terikat dengan keputusan 2-2. Format yang sedikit berbeza mungkin mengelirukan anda. Tapi kita akan membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut dalam entri lain.



Malaysia yang juga juara bertahan terpaksa berpuas hati di tempat ke-4 apabila tewas dengan kiraan mata set setelah perlawanan dengan Asia All Star berkesudahan 2-2. Sesuatu harus dilakukan oleh BAM kerana prestasi pasukan negara dilihat agak ketinggalan berbanding pasukan Thailand dan Indonesia ketika ini.



Belum lagi bercerita tentang kekuatan China, Jepun dan India yang semakin jauh di depan. Ketiadaan Lee Chong Wei nyata memberi impak kepada skuad negara. Sampai bila kita perlu bergantung kepada seorang pemain sahaja? Tahniah Thailand yang membawa pulang hadiah lumayan USD 400,000.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Malaysia vs Indonesia Separuh Akhir Badminton Axiata Cup 6 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MISI BALAS DENDAM


Keputusan akhir : Malaysia 2-2 Indonesia
Indonesia layak ke final dengan kelebihan set keseluruhan

Malaysia telah diundi bertemu pasukan pilihan Indonesia dalam acara separuh akhir Piala Axiata 2014 semalam. Dalam satu lagi pertemuan, Thailand akan menentang pasukan pilihan Asia untuk menentukan slot ke final esok. Sebelum ini Malaysia mudah diratah Indonesia di pusingan awal dengan skor 0-4.



Perlawanan petang ini sudah pasti menjadi peluang terbaik pasukan negara untuk menyingkirkan Indonesia dari perlawanan akhir. Malaysia tampak goyah dengan ketiadaan Datuk Lee Chong Wei yang digantung dari menyertai sebarang kejohanan. Bermain di Stadium Badminton Cheras bakal memberi kelebihan kepada mereka.



Pihak pengurusan harus bijak memilih perseorangan lelaki yang akan mewakili pasukan negara. Chong Wei Feng atau Liew Daren perlu menang dalam kategori ini kerana Indonesia lebih kuat dalam acara beregu. Perseorangan wanita juga perlu cuba mencuri mata untuk membei harapan yang lebih cerah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Semi Final & Final Piala Axiata 2014 Di Stadium Badminton Cheras Kuala Lumpur

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

MALAYSIA LAYAK KE SEPARUH AKHIR


Jadual Piala Axiata 2014 Kuala Lumpur [Klik]

Malaysia akhirnya melangkah ke separuh akhir yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 6-7 Disember apabila mengesahkan kedudukan ke-4 dalam carta liga Piala Axiata 2014 . Indonesia yang menjadi tuan rumah pusingan awal gah di tangga pertama dengan 24 mata. Pasukan Pilihan Asia di tempat ke-2 (19 mata) dan Thailand di tempat ke-3 (19 mata).



Pasukan Pilihan Asia memiliki kelebihan dari bilangan mata dalam set ke atas Thailand. Hari ini undian pusingan separuh akhir akan dijalankan di mana pasukan juara dan naib juara akan diasingkan dari pasukan di tempat ke-3 & ke-4. Ini bermakna Malaysia akan menentang sama ada Indonesia atau Pilihan Asia.



Bagi mereka yang ingin menonton secara langsung di Stadium Badminton Cheras bolehlah mendapatkan tiket secara online di sini. Harga tiket untuk dewasa antara RM 23 - RM 33 dan kanak-kanak RM 13.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Piala Axiata 2014 | Jakarta & Kuala Lumpur

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

AXIATA CUP 2014 | TEAM MALAYSIA



Dalam kesibukan kita mengikuti perkembangan sukan bola sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura, mesti ada yang tidak sedar tentang Piala Axiata 2014. Korang boleh rujuk entri lama berkenaan Piala Axiata 2013 untuk dapatkan sedikit gambaran awal. Malaysia merupakan juara bertahan menewaskan Thailand 3-1 di perlawanan akhir tahun lalu.



Baru-baru ini, dunia badminton negara dikejutkan dengan kes Datuk Lee Chong Wei yang dikaitkan dengan penyalahgunaan bahan terlarang. Disebabkan itu, negara kita akan kehilangan seorang pemain berpengalaman untuk mempertahankan kejuaraan yang menawarkan hadiah 1 Juta USD (RM 3.3 juta).



Format kali ini masih sama dengan melibatkan 8 buah pasukan yang terdiri dari 6 negara dan 2 pasukan jemputan mewakili Asia dan Eropah. Negara-negara yang terlibat adalah Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam, Filipina & Thailand. Kejohanan Badminton Piala Axiata 2014 akan berlangsung selama 11 hari bermula dari 27 November 2014 hingga 7 Disember 2014

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Akhir Piala Axiata 2013 - Malaysia juara!

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

TEAM MALAYSIA DAPAT BANTUAN LEE CHONG WEI



Malaysia mendapat tonik di saat akhir apabila Datuk Lee Chong Wei menyertai pasukan di peringkat final Piala Axiata 2013 menentang Thailand. Bermain di hadapan penyokong sendiri sudah pasti beliau ingin melihat pasukan Malaysia menang. Tahniah! Semoga kemenangan ini dapat memberi semangat kepada pemain negara di Piala Sudirman nanti.


Kemenangan sulung ini memberi peluang kepada pemain muda menimba pengalaman sebagai pelapis pemain utama. Di peringkat separuh akhir Malaysia tiada masalah untuk menundukkan Asia All Star 3-0. Semalam Malaysia menumpaskan Thailand 3-1.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Separuh Akhir Badminton Piala Axiata 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

UNDIAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PIALA AXIATA 2013


jadual semi final piala axiata cup 2013


Malaysia menutup tirai pusingan awal Kejohanan Piala Axiata 2013 dengan kemenangan penting 3-1 ke atas pencabar hebat dari pasukan Asia All Stars. Sonia memberi mata pertama untuk pasukan negara apabila menewaskan pemain ranking ke-9 perseorangan wanita, Tai Tzu Ying. Liew Daren gagal meneruskan momentum kemenangan apabila tunduk dalam 3 set kepada pemain Korea, Lee Hyun Il.


Terikat pada kedudukan 1-1, tekanan kepada Malaysia untuk mengelakkan diundi bersama Indonesia pada separuh akhir nanti. Bagaimana pun acara beregu campuran dan lelaki memberi mata berharga kepada pasukan negara untuk berada di belakang Indonesia dalam kedudukan pusingan awal Piala Axiata 2013.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

JADUAL PERLAWANAN BADMINTON PIALA AXIATA 2013 | PERINGKAT AWAL

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

AXIATA CUP 2013 | TEAM MALAYSIA


JADUAL PIALA AXIATA 2013 CUP MALAYSIA,KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA AXIATA 2013

Updates : Jadual Separuh Akhir Axiata Cup 2013 [Klik]

Piala Axiata kembali lagi untuk tahun 2013. Tahun 2012 format pertandingan sedikit berbeza dengan pendekatan kelab badminton. Kali ini pihak penganjur menetapkan 6 negara di Asia Tenggara untuk menyertai kejohanan ini dengan pasukan Asia dan Eropah sebagai jemputan. Antara negara yang turut serta adalah Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam, Filipina, Thailand, Asia dan Eropah.


Kejohanan Badminton Piala Axiata 2013 akan berlangsung selama 25 hari bermula dari 21 Mac 2013 hingga 14 April 2013. Setakat ini 4 hari sudah berlalu dengan pasukan Thailand mendahului carta liga dalam peringkat awal. Hadiah bernilai 1 Juta USD bakal menjadi rebutan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/