Showing posts with label visual live score. Show all posts

 

Jadual Keputusan Badminton Terbuka Hong Kong 2015 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

PENINGKATAN CHONG WEI



Datuk Lee Chong Wei kembali meneruskan usaha memperbaiki ranking badminton beliau yang kini berada di tangga ke-6 dunia. Kejayaan di bumi China tempoh hari menyuntik semangat untuk memburu kejuaraan kali ini. Namun laluan ke final tidak semudah yang disangka.



Datuk Lee Chong Wei berkemungkinan berdepan dengan Chen Long seawal pusingan suku akhir disebabkan kedudukan ranking yang berubah. Jika berjaya, beliau mungkin akan menentang juara bertahan dari Korea Selatan Shon Wan-Ho. Dalam perlawanan malam ini, Datuk akan melayan wakil dari Germany Marc Zwiebler.



Setakat pusingan kedua, hanya tinggal 4 wakil negara yang masih kekal meneruskan perjuangan. 2 wakil masing-masing untuk kategori perseorangan dan berkumpulan lelaki. Semoga usaha pemain negara akan memberi berita gembira sekali lagi untuk peminat badminton tempatan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Astro Jadual Perlawanan Akhir Badminton Terbuka Perancis | FINAL Lee Chong Wei 25 Oktober 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

KOO KIEN KEAT / TAN BOON HEONG KE FINAL



Keputusan akhir : Lee Chong Wei 21-13, 21-18 Chou Tien Chen

Datuk Lee Chong Wei menebus kehampaan tersingkir awal dalam kejohanan Terbuka Denmark dengan melangkah ke pusingan akhir badminton Terbuka Perancis 2015. Ketiadaan jaguh China seperti Lin Dan dan Chen Long memudahkan laluan Chong Wei.



Dalam pusingan separuh akhir semalam, Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain muda China Wang Zheng Ming dengan straight set 21-7, 21-13. Lawannya pada final malam ini adalah pemain Taiwan Chou Tien Chen.



Tiada rekod pertemuan antara kedua pemain ini. Lee Chong Wei berada pada ranking ke-19 manakala Chou Tien Chen di kedudukan ke-5. Dari segi pengalaman jelas memihak kepada Datuk Lee Chong Wei yang sedang berusaha memperbaiki kedudukan ranking sebelum kejohanan Olimpik 2016.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Jepun 2015 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

LALUAN SUKAR



Datuk Lee Chong Wei kembali meneruskan usaha memperbaiki ranking badminton beliau yang kini berada di tangga ke-28 dunia. Biarpun masih dibayangi kekalahan di final Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu, Chong Wei perlu terus fokus untuk Olimpik 2016. Laluan kejuaraan Siri Super Terbuka Jepun 2015 minggu ini lebih sukar.



Kejohanan bermula pada 8 hingga 13 September 2015 di Tokyo Jepun. Undian kali ini bakal mempertemukan Lee Chong Wei dan Lin Dan seawal pusingan kedua dan jika berjaya melepasi musuh tradisi dari China itu, Datuk akan menentang Chen Long di pusingan suku akhir. Kenapa boleh jadi begitu?



Semuanya bergantung pada ranking. Kalau ada yang cakap ranking itu tidak penting jangan percaya. Orang itu mungkin tidak tahu menahu tentang sukan. Nasib Datuk kurang baik kali ini kerana ranking ke-28 tidak menjanjikan laluan mudah berbanding ranking nombor 1.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan BADMINTON DUNIA 2015 | Pemain Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

BWF WORLD CHAMPIONSHIPS 2015 , JAKARTA INDONESIA



Minggu ini bermula Kejohanan Badminton Dunia 2015 yang berlangsung pada 10 hingga 16 Ogos bertempat di Jakarta Indonesia. Datuk Lee Chong Wei yang beraksi atas tiket 'wild card' akan berdepan cabaran sukar kali ini kerana hanya mampu berada pada kedudukan ranking ke-46. Musuh utama beliau Chen Long yang juga juara bertahan edisi 2014 dan Lin Dan bakal menjadi penghalang.



Dalam kategori lain, Malaysia juga menghantar beregu wanita dan lelaki untuk cuba mara ke pusingan suku akhir. Tahun lalu, pingat perak yang dimenangi Lee Chong Wei telah ditarik balik kerana kesalahan penyalahgunaan bahan terlarang. Beliau sudah pasti ingin menebus kekecewaan dalam edisi kali ini.



Jika dilihat laluan ke final, Datuk Lee Chong Wei dijangka bertemu bekas juara dunia Lin Dan di pusingan separuh akhir. Pertemuan ini sudah pasti sengit apatah lagi Lin Dan kini berada pada prestasi terbaik beliau. Mampukah Lee Chong Wei melakukan kejutan??

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Akhir Final Badminton Piala Sudirman China vs Jepun | 17 Mei 2015 di Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

CHINA BURU GELARAN KE-10


Keputusan akhir : China 3-0 Jepun

China menepati ramalan layak ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2015. Selaku tuan rumah, China bakal memburu gelaran ke-10 dan ke-6 berturut dalam sejarah. Mereka melepasi halangan dengan mengetepikan cabaran pasukan Germany dan Indonesia. Lawan mereka di final nanti merupakan pasukan Jepun yang menunjukkan peningkatan sejak menjuarai Piala Thomas 2014.



China ketika itu diaibkan Jepun dalam saingan separuh akhir dengan keputusan 3-0. Walaupun Piala Thomas hanya melibatkan pemain lelaki dan berbeza dengan format berpasukan Piala Sudirman, sudah pasti luka tersebut masih dirasai. Pentas petang ini bakal menjadi medan bagi China untuk mempamerkan kekuatan sebenar.



Jepun mengejutkan Korea Selatan yang menjadi naib juara dalam edisi sebelum ini. Perlawanan yang berlangsung lebih 4 jam itu berakhir dengan keputusan 3-2 memihak kepada negara matahari terbit itu. Jepun mungkin bukan pasukan pilihan kerana mereka buat pertama kali layak ke perlawanan akhir Piala Sudirman. Namun China harus berhati-hati dan memberi sepenuh tumpuan supaya trofi Piala Sudirman kekal menjadi milik mereka.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Suku Akhir Malaysia vs Korea Selatan Piala Sudirman | 14 Mei 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

PISANG BERBUAH DUA KALI?


Keputusan Akhir : Malaysia 1-3 South Korea 

Jutaan peminat badminton Malaysia bakal mengharapkan magis kedua ketika menentang pasukan pilihan Korea Selatan dalam pusingan suku akhir  malam ini. Setelah mencatatkan keputusan mengejut 3-2 dalam perlawanan peringkat kumpulan, Malaysia sekali lagi diundi bersama Korea Selatan semalam. Format pertandingan Piala Sudirman hanya memisahkan balang juara dan naib juara kumpulan sahaja tanpa ada batasan untuk kumpulan yang sama.



Jika dilihat dari keputusan tempoh hari, Malaysia menang dalam set beregu lelaki, perseorangan lelaki dan beregu campuran. Manakala perseorangan dan beregu wanita agak lemah. Semuanya bakal bergantung kepada perlawanan pertama antara Goh V Shem / Tan Wee Kion vs Lee Yong Dae / Yoo Yeon Seong.



Jika menang, Malaysia ada harapan untuk menewaskan Korea Selatan. Jika tewas, harapan agak tipis dan kita perlu mengharapkan wanita untuk menyumbangkan sekurang-kurangnya 1 mata. Menanti di pusingan separuh akhir adalah pemenang antara pasukan Jepun dan Denmark.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Piala Sudirman 2015 Malaysia Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

14TH SUDIRMAN CUP | CHINA 2015



Bermula 10 Mei - 17 Mei 2015 pasukan Malaysia akan menyertai Piala Sudirman 2015 yang diadakan di negara China. Kehadiran semula bekas pemain nombor satu dunia bakal menyemarakkan kem Malaysia yang agak suram sejak akhir-akhir ini. Malaysia telah diundi dalam kumpulan 1D bersama Korea Selatan dan India.



Kejohanan Badminton Piala Sudirman ini merupakan kejohanan terbesar dalam kalendar tahun 2015. Diadakan setiap 2 tahun, sudah pasti setiap negara ingin turut mengambil bahagian. Format pertandingan hampir sama dengan Piala Thomas di mana kiraan mata berpasukan dalam 5 kategori iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran.



Edisi ke-14 tahun ini dijangka berlangsung sengit dengan peningkatan semasa pasukan Jepun dan India. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir. China sudah pasti ingin mempertahan kejuaraan yang mereka menangi sejak tahun 2005. Malaysia hanya pernah melangkah ke separuh akhir pada tahun 2009 sebelum tunduk kepada China.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Lin Dan vs Chen Long Semi Final Badminton All England 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

BISA LIN DAN



Biarpun hanya berada pada ranking ke-6 dunia, Lin Dan merupakan jaguh badminton yang masih perlu diberi perhatian. Untuk mengekalkan ranking, setiap pemian perlu aktif menyertai pertandingan super series. Tetapi bagi Lin Dan itu semua bukan lagi sasaran utama beliau kerana sudah memenangi kesemua peringkat tertinggi dalam sukan badminton.



Chen Long harus bermain dengan penuh berhati-hati jika mahu merampas semula takhta juara persoerangan lelaki badminton All England 2015. Tahun lalu, Datuk Lee Chong Wei berjaya memenangi kategori ini buat kali-3 menewaskan Chen Long dalam straight set.



Mengikut rekod, dalam 6 pertemuan sebelum ini, Chen Long masih belum pernah menang dengan Lin Dan. Kali terakhir mereka bertemu di suku akhir Kejohanan Badminton Dunia 2013 yang dimenangi Lin Dan dengan straight set 21-13, 22-20.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton All England 3 - 8 2015 | Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

FOKUS LIN DAN



Kejohanan Badminton All England sedang berlangsung bermula 3 hingga 8 Mac 2015. Tahun ini merupakan tahun paling malang dan mencabar buat pasukan Malaysia yang kehilangan khidmat bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang digantung dari menyertai sebarang pertandingan sehingga kes penyalahgunaan bahan terlarang selesai.



Akibatnya sehingga malam tadi, tiada satu wakil Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir. Beregu harapan negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong tewas kepada pasangan Denmark dalam straight set 15-21,13-21. Dalam beregu wanita pula, pasangan Tan Aik Quan/Lai Pei Jing terpaksa akur kepada kehebatan pilihan pertama dari China juga dalam straight set.



Kini tumpuan terarah kepada bekas juara 5 kali, Lin Dan yang berjaya ke suku akhir setelah menarik diri dari 2 kejohanan lalu. Menanti di separuh akhir nanti, pemain nombor satu dunia ketika ini Chen Long. Salah seorang terpaksa memberi laluan kepada pemenang untuk meneruskan kemaraan memburu pingat untuk negara China.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Piala Axiata 2014 | Jakarta & Kuala Lumpur

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

AXIATA CUP 2014 | TEAM MALAYSIA



Dalam kesibukan kita mengikuti perkembangan sukan bola sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura, mesti ada yang tidak sedar tentang Piala Axiata 2014. Korang boleh rujuk entri lama berkenaan Piala Axiata 2013 untuk dapatkan sedikit gambaran awal. Malaysia merupakan juara bertahan menewaskan Thailand 3-1 di perlawanan akhir tahun lalu.



Baru-baru ini, dunia badminton negara dikejutkan dengan kes Datuk Lee Chong Wei yang dikaitkan dengan penyalahgunaan bahan terlarang. Disebabkan itu, negara kita akan kehilangan seorang pemain berpengalaman untuk mempertahankan kejuaraan yang menawarkan hadiah 1 Juta USD (RM 3.3 juta).



Format kali ini masih sama dengan melibatkan 8 buah pasukan yang terdiri dari 6 negara dan 2 pasukan jemputan mewakili Asia dan Eropah. Negara-negara yang terlibat adalah Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam, Filipina & Thailand. Kejohanan Badminton Piala Axiata 2014 akan berlangsung selama 11 hari bermula dari 27 November 2014 hingga 7 Disember 2014

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Final Lee Chong Wei Vs Chen Long | Kejohanan Badminton Dunia 31 Ogos 2014 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

SELANGKAH LAGI


Keputusan akhir : Lee Chong Wei  kk Chen Long 19-21, 19-21

Tinggal selangkah buat Datuk Lee Chong Wei melakar sejarah Malaysia memenangi pingat emas di Kejohanan Badminton Dunia 2014. Ketiadaan jaguh dunia Lin Dan memberi harapan besar kepada Chong Wei kali ini setelah beberapa kali terkandas di final. Malam ini Chen Long akan manjadi halangan terakhir impian Datuk.



Semalam Lee Chong Wei menang mudah ke atas pemain tuan rumah, Viktor Axelsen dengan straight set 21-9, 21-7. Chen Long juga menepati ramalan menewaskan Tommy Sugiarto dari Indonesia. Perlawanan sengit malam ini bakal menyaksikan juara dunia yang baru. Tahun 2011 & 2013 milik Lin Dan yang memegang rekod juara terbanyak 5 kali.



Dari 17 perlawanan, Lee Chong Wei menang 9 kali manakala Chen Long menang 8 kali. Dalam pertemuan tahun ini Datuk Lee Chong Wei menang kedua-dua perlawanan termasuk di Kejohanan All England 2014 bulan Mac lalu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Semi Final Badminton Dunia 2014 | Lee Chong Wei vs Viktor Axelsen

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

HARAPAN PINGAT EMAS SULUNG NEGARA



Hanya tinggal Datuk Lee Chong Wei sebagai wakil tunggal pemain Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia 2014. Semalam beregu negara tewas kepada pasangan Korea Selatan dengan straight set 18-21, 13-21. Hari ini dalam pusingan separuh akhir, Lee Chong Wei akan menentang pemain tuan rumah Denmark Viktor Axelsen yang juga pilihan ke-14 kejohanan.



Sebelum ini Datuk Lee Chong Wei menang mudah ke atas pemain muda China, Wang Zhengming 21-8 , 21-11. Menanti pemenang di final nanti adalah pilihan ke-2 Chen Long atau Tommy Sugiarto dari Indonesia. Rekod pertemuan kedua pemain Lee Chong Wei vs Viktor Axelsen nyata memihak kepada pemain nombor satu dunia itu.



Dari 5 perlawanan, Lee Chong Wei menang semua dalam straight set dan kali terakhir mereka bertemu di Kejohanan Super Series Terbuka Denmark Oktober 2013. Seperti yang diketahui umum, edisi Badminton Dunia kali ini tiada penglibatan jaguh China Lin Dan. Jadi tumpuan peminat Malaysia terarah kepada Datuk Lee Chong Wei untuk membawa pulang pingat emas pertama negara dalam sejarah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Perlawanan & Keputusan BADMINTON DUNIA 2014 | Pemain Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

BWF WORLD CHAMPIONSHIPS 2014 , COPENHAGEN DENMARK

JADUAL BADMINTON DUNIA 2014


Esok merupakan hari yang penting buat kontinjen negara ke Kejohanan Badminton Dunia 2014 di Copenhagen, Denmark. Tumpuan dunia kini terarah kepada pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang dijangka mampu melakar sejarah buat Malaysia. Lin Dan yang merupakan juara bertahan gagal melayakkan diri kerana kekurangan mata perlawanan badminton super series.



Kejohanan ini akan berlangsung pada 25 hingga 31 Ogos 2014 bermula dengan pusingan 64 hingga perlawanan akhir. Harapan Malaysia pastinya diletakkan kepada Lee Chong Wei untuk mengutip pingat emas pertama negara dalam sejarah kejohanan badminton dunia. Kita juga mengharapkan beregu emas Sukan Komanwel 2014 Goh V Shem / Lim Kim Wah untuk mara ke final.



Jika dilihat laluan ke final, Datuk Lee Chong Wei dijangka bertemu jaguh tuan rumah, Jan O Jorgenson atau Simon Santoso di separuh akhir. Halangan terakhir sudah pasti Chen Long yang diletakkan selaku pilihan ke-2 kejohanan. Walaupun tiada kelibat Lin Dan kali ini, Chong Wei perlu berhati-hati dengan kejutan pemain lain yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Indonesia 2014 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

JUARA BERTAHAN



Datuk Lee Chong Wei yang baru sahaja menggunguli Terbuka Jepun Ahad lalu akan cuba mempertahankan status juara bertahan Kejohanan Badminton Djarum Terbuka Indonesia 2014. Kejohanan ini telah bermula pada 17 Jun lalu dan akan berakhir pada 22 Jun di Stadium Istora, Jakarta.



Sebelum ini Lee Chong Wei sudah 5 kali menjuarai Terbuka Indonesia (2007,2009,2010,2011,2013). Sudah pasti pemain nombor satu dunia itu tiada masalah dengan tekanan dari penyokong tempatan. Datuk Lee Chong Wei dijangka bertemu Kenichi Tago atau Simon Santoso sekiranya berjaya mara ke pusingan separuh akhir.



Selain Datuk Lee Chong Wei, harapan negara juga tertumpu kepada Chong Wei Feng dan beregu Tan Boon Heong/Tan Wee Kiong untuk mara ke pusingan seterusnya. Dalam kesibukan demam bola sepak Piala Dunia 2014, jangan ketinggalan untuk dapatkan infomasi terkini tentang  badminton Malaysia di blog ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Jepun 2014 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

LIN DAN MAHU TEBUS KEKECEWAAN



Bekas juara dunia, Lin Dan nampaknya begitu bersemangat untuk menebus kekecewaan China dalam Kejohanan Piala Thomas tempoh hari. Beliau yang diletakkan selaku perseorangan ke-3 tidak dapat bermain di separuh akhir menentang Jepun kerana pasukannya sudah tewas 0-3. Strategi China nampaknya gagal membuahkan hasil kali ini.



Jepun pula mencatatkan sejarah selaku pasukan pertama yang berjaya memecah dominasi Malaysia, Indonesia dan China yang pernah menjuarai Piala Thomas. Kali ini di Kejohanan Badminton Super Series Jepun, pastinya pemain-pemain lawan ingin melunaskan dendam.



Malaysia diketuai Lee Chong Wei pastinya lebih merasai keperitan tewas di pusingan akhir dan gagal menamatkan penantian 22 tahun Piala Thomas. Mampukah Datuk Lee Chong Wei mara ke peringkat akhir yang memungkinkan pertemuan beliau dengan Lin Dan?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Final Piala Thomas Malaysia vs Jepun | 25 Mei 2014 di Astro dan RTM

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

PELUANG AKHIRI PENANTIAN 22 TAHUN


Jepun menang 3-2. Tahniah!

Seluruh negara kini semakin berdebar menantikan siaran langsung perlawanan akhir badminton Piala Thomas 2014 antara pasukan Malaysia dan Jepun petang ini. Kali terakhir Malaysia mara ke final pada tahun 2002 namun tewas 2-3 kepada Indonesia. Mampukah sejarah terukir di bumi India?



China yang merupakan kuasa besar dunia badminton menerima tamparan hebat apabila tewas mengejut 0-3 kepada Jepun di separuh akhir. Bagaimanapun pasukan Piala Uber China berjaya melebarkan penguasaan mereka untuk kategori wanita. Mereka mudah menewaskan tuan rumah India yang menunjukkan peningkatan pada edisi kali ini.



Malaysia layak ke peringkat akhir dengan mengetepikan cabaran Indonesia 3-0. Persembahan beregu utama negara semakin nampak peningkatan apabila berjaya menewaskan beregu nombor 1 dunia Mohammad Ahsan/ Hendra Setiawan dalam rubber set.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Lee Chong Wei vs Simon Santoso Terbuka Singapura 13 April 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

FINAL BADMINTON SINGAPORE OPEN 2014


Lee Chong Wei kalah 15-21,10-21

Datuk Lee Chong Wei seperti biasa menjadi wakil tunggal Malaysia yang layak ke perlawanan akhir Kejohanan Super Series Terbuka Singapura 2014. Semalam Lee Chong Wei terpaksa berhempas pulas untuk menang dalam rubber set menentang pemain muda India, K. Srikanth 17-21,21-14,21-19 di peringkat separuh akhir.



Dengan ketiadaan Chen Long, harapan China untuk mara ke final Singapore Open berkubur apabila wakil mereka Du Pengyu tewas kepada pemain Indonesia, Simon Santoso yang menjadi lawan Lee Chong Wei dalam perlawanan akhir petang ini.



Sebagai rekod, dari 10 pertemuan antara kedua pemain, Simon Santoso hanya pernah menang sekali ke atas Datuk Lee Chong Wei.. Itu pun ketika pertemuan di Terbuka Jepun 2009. Jadi tiada masalah untuk Lee Chong Wei melebarkan rekod kemenangan petang ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Lee Chong Wei vs Chen Long Final Badminton Terbuka India 6 April 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

#PRAYFORMH370



Lee Chong Wei mng 21-13,21-17


Datuk Lee Chong Wei seperti biasa menjadi wakil tunggal Malaysia yang layak ke perlawanan akhir Kejohanan Super Series Terbuka India 2014. Semalam Lee Chong Wei menang dalam rubber set menentang wakil China, Du Pengyu 21-17,19-21,21-14. Lawannya hari ini pemain nombor dua dunia juga dari China, Chen Long.



Hari ini genap 30 hari kehilangan pesawat MH370. Bulan lepas Datuk Lee Chong Wei menjuarai Terbuka All England dan menghadiahkan kemenangan itu kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya keluarga penumpang dan krew. Diharapkan sukan badminton akan terus merapatkan hubungan dua hala antara Malaysia-China.



Sebagai rekod, dari 16 pertemuan antara kedua pemain, kedua pemain berkongsi 8 kemenangan. Lee Chong Wei menang dalam pertemuan terakhir pada Kejohanan All England 2014.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Lee Chong Wei vs Chen Long Final Badminton All England 9 Mac 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

#PRAYFORMH370



Datuk Lee Chong Wei dipaksa bermain 3 set dalam pusingan separuh akhir semalam menentang pemain kurang ternama dari Korea, Son Wan Ho. Dikejutkan dalam set pertama, Lee Chong Wei bangkit untuk menang set kedua dan ketiga. Apakah peristiwa #MH370 memberi kesan terhadap tumpuan permainan Datuk?



Nak dijadikan cerita, pertembungan dengan Chen Long malam ini ada kaitan secara langsung dengan peristiwa kehilangan pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sukan biasanya sinonim dengan menyatukan rakyat dan wakil yang bertanding. Simbolik malam ini mungkin lebih terarah kepada nasib yang menimpa keluarga mangsa yang terlibat.



Sebagai rekod, dari 15 pertemuan antara kedua pemain, Chen Long mempunyai kelebihan 1 kemenangan 8 berbalas 7. Dalam 4 pertemuan terakhir semua dimenangi Chen Long. Melihat kepada prestasi semasa agak sukar untuk Lee Chong Wei menyaingi pemain China itu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton All England 2014 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MISI SEKAT CHEN LONG



Dari zaman penyerahan kuasa Lin Dan kepada Chen Long, Malaysia masih lagi mengekalkan Lee Chong Wei sebagai pesaing utama mereka. Bayangkan jika Datuk Lee Chong Wei menyatakan hasrat untuk menggantung raket beliau. Sudah pasti pihak yang paling panik ialah BAM dan Menteri Belia & Sukan, KJ.



Tapi kita harus menyalahkan diri sendiri kerana tidak mencontohi China dalam melahirkan barisan pelapis berkualiti. Yang kita kejar hanya status pemain nombor 1 dunia. Sebab itu dalam edisi All England kali ini hanya 4 wakil Malaysia yang layak ke pusingan ke-2.



Malang buat Chong Wei Feng kerana terpaksa berdepan Datuk Lee Chong Wei awal pagi esok. Malaysia juga masih mempunyai wakil dalam acara beregu lelaki dan wanita. Tahun lalu, pencapaian terbaik kita menerusi Datuk Lee Chong Wei yang tewas di final kepada Chen Long. Besar harapan supaya tahun ini menjadi milik Malaysia pula.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/