Home » , , , , , , , , , , , , , , , , , » Siaran Langsung Final Piala Thomas Malaysia vs Jepun | 25 Mei 2014 di Astro dan RTM

Siaran Langsung Final Piala Thomas Malaysia vs Jepun | 25 Mei 2014 di Astro dan RTM

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

PELUANG AKHIRI PENANTIAN 22 TAHUN


Jepun menang 3-2. Tahniah!

Seluruh negara kini semakin berdebar menantikan siaran langsung perlawanan akhir badminton Piala Thomas 2014 antara pasukan Malaysia dan Jepun petang ini. Kali terakhir Malaysia mara ke final pada tahun 2002 namun tewas 2-3 kepada Indonesia. Mampukah sejarah terukir di bumi India?



China yang merupakan kuasa besar dunia badminton menerima tamparan hebat apabila tewas mengejut 0-3 kepada Jepun di separuh akhir. Bagaimanapun pasukan Piala Uber China berjaya melebarkan penguasaan mereka untuk kategori wanita. Mereka mudah menewaskan tuan rumah India yang menunjukkan peningkatan pada edisi kali ini.



Malaysia layak ke peringkat akhir dengan mengetepikan cabaran Indonesia 3-0. Persembahan beregu utama negara semakin nampak peningkatan apabila berjaya menewaskan beregu nombor 1 dunia Mohammad Ahsan/ Hendra Setiawan dalam rubber set.



Jepun melakar sejarah melayakkan diri ke final Piala Thomas buat pertama kali tahun ini. Pada tahun 2012 mereka hanya mampu ke separuh akhir sebelum tewas kepada China. Lihat bagaimana cepat perkembangan pemain Jepun dalam tempoh 5 tahun.





Siaran Langsung Perlawanan Akhir Piala Thomas 2014

Malaysia vs Japan

25 Mei 2014 (Ahad)

5.30 pm waktu Malaysia

Live @ Astro Supersport (809) HD (829) Astro Arena & TV1
Visual Live Score [Click here]



Malaysia tidak boleh bermain sambil lewa kerana Jepun merupakan pasukan yang sukar diduga. Semangat luar biasa pemain-pemain mereka menjadi senjata rahsia yang menumbangkan pasukan China. Datuk Lee Chong Wei dan rakan-rakan perlu fokus dan bermain mati-matian untuk kita tamatkan kemarau Piala Thomas yang sudah menjangkau 22 tahun.



Barisan kemungkinan Malaysia vs Jepun | Final Piala Thomas 25 Mei 2014

1. Lee Chong Wei vs Kenichi Tago

2. Tan Boon Heong / Hoo Thien How vs Kenichi Hayakawa / Hiroyuki Endo

3. Chong Wei Feng vs Kento Momota

4. Goh V Shem / Tan Wee Kiong vs Keigo Sanoda / Takeshi Kamura

5. Liew Daren vs Sho Sasaki



Jom kita imbau kembali detik kemenangan skuad Piala Thomas 1992



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

1 Response to " Siaran Langsung Final Piala Thomas Malaysia vs Jepun | 25 Mei 2014 di Astro dan RTM "

  1. Unknown Says:

    tutun

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets