Home » , , , , , , , , , , » Tips bagaimana nak tau bila anda patut tukar ke lorong kiri

Tips bagaimana nak tau bila anda patut tukar ke lorong kiri

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

Dah lama rasa tak post pasal tabiat orang Malaysia masa bawak kereta. Entri lama pasal Tabiat pemandu jalan raya Part 1 dan Part 2. Boleh la baca untuk perkongsian pengalaman. Hari-hari aku menghabiskan masa 3 jam atas jalan raya. Maklumlah duduk kat KL ni. Sesak der..


Teorinya mudah aje. Semakin jauh anda tinggal dari tempat kerja semakin banyak kilometer dan jarak jalan yang anda anda akan lalu juga bertambah. Kebarangkalian untuk berlaku kemalangan dan kerosakan kereta pasti tinggi. Kalau lambat keluar seminit maka nada akan sampai lewat 3 minit. Begitulah perkiraannya untuk minit ke-5 dan seterusnya. Darab sahaja.



sumber : anekdot


Isu penggunaan lorong yang betul memang dah lama. Mungkin silibus sekolah memandu masih kurang berkesan. Sikap pemandu yang pentingkan diri sendiri (SELFISH) semakin merebak. Dalam bandar yang serba kalut dan pantas ni semua nak cepat tanpa memikirkan adab dan nilai murni ketika memandu.


Sebenarnya yang paling penting sikap toleransi atau tolak ansur. Kes yang biasa terjadi bila lorong kanan yang dikhaskan untuk memotong dijadikan lorong bersiar-siar atau lorong pemandu L (lembap).


Tips mudah bagaimana nak tau bila anda patut tukar lorong kiri.

1) Simpang kiri

Bila anda dah tau akan belok ke kiri lagi 1 kilometer di hadapan, tolonglah tukar lorong awal-awal jika ada ruang. SIGNAL JANGAN LUPA. Dalam silibus dah nyatakan bagi isyarat 3 saat lebih awal. Bukan terus masuk ke lorong kiri macam jalan tu bapak dia yang buat.






2) Kereta tengah bersusun di belakang

Tu dia.. Beratur panjang macam nak buat konvoi. Korang tak tengok cermin belakang @ tepi ke? Pemandu yang berhemah akan lihat setiap 5 saat untuk pastikan keadaan selamat di sekeliling kita. Especially untuk kereta yang blind spot. Sangat membantu. Dah tau macam tu silalah ke tepi wahai pemandu yang budiman. Bagi laluan pada kereta yang boleh pergi lebih laju dari kereta anda. Dah lepas tu masuklah balik kalau dah minat sangat ikut lorong kanan.



3) Kelajuan sama antara dua lorong

Ni pun biasa berlaku. Dia ingat perarakan kereta berhias ke apa nak jalan seiringan. Konon nak potong la. Tapi kereta tu maksimum speed 110 km/j aje. Agak-agak la kan nak potong. Tolong ke tepi jugak.Tak luak pun ikut belakang kereta yang sama speed dengan korang.





4) Lampu high beam berkelip-kelip

Untuk kereta high performance ni dorang tak  kan bawak slow punya. Paling kurang 160 km/j dalam tangan. Brek memang susah nak tekan. So dari jauh dorang dah bagi isyarat lampu tinggi untuk kosongkan lorong ala-ala kereta VVIP kena escort gitu. Kadang-kadang bila ada yang tak reti bahasa terpaksa lah dorang potong ikut lane kiri atau emergency lane.



5) Pertama kali lalu 

Bila first time lalu kawasan tu, kita mesti nak tengok signboard atau cari landmark sebelum sampai ke destinasi. Bagi yang pakai Waze atau GPS mungkin tak kan hadapi masalah begini. Jangan menyusahkan orang lain kalau kita tak suka disusahkan.





6) Makan angin

Kalau naik kereta nak makan angin sambil tengok pemandangan ciptaan Ilahi better gunakan lorong kiri. Tak de lah orang belakang kena hon, nyalakan lampu tinggi dan potong ikut lane kiri.



7) Kemalangan kecil

Kadang-kadang selalu perasan lepas jem tetiba ada la 2 kereta tengah berhenti kat lorong kanan. Padahal langgar sikit je pun. Duk bermesyuarat pulak dorang. Apa salahnya bawak ke tepi dulu. Setel baik-baik. Orang lain pun tak mara.



Tu je kot yang aku dapat listkan. Kalau ada kes lain boleh la share ye.


Kesimpulannya, orang yang tak reti bahasa bila masa dan keadaan nak pakai  lorong kanan ni memang dilahirkan degil. Kurang prihatin terhadap pemandu lain. Ada sebahagian kemalangan berpunca dari kereta slow yang memandu di lorong kanan.



JADILAH PEMANDU BERHEMAH , JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Tips bagaimana nak tau bila anda patut tukar ke lorong kiri "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets