10 Perkara Yang Biasa Anda Lihat di Jalan Raya - Part 2
Penulis: Que | Kategori: campaign , jalan raya , kemalangan , kesalahan trafik , pemandu berhemah , pendapat , saman , tabiat
Wah..Kenapa lah malas sangat nak update sekarang ni..Idea banyak tapi hanya berlegar2 di otak je..Kalaulah ada ipad 2 ke galaxy tab kan senang.. Tak beli-beli lagi.. Back to the topik okay.. Entri ni merupakan sambungan kepada Part 1. Bukan nak kondem, cuma aku sampaikan apa yang aku rasa. Maybe kita pun tak terfikir ada cara yang lebih mesra alam di atas jalan raya. Mudah dan tak perlu bayar pun.
Kredit poster JKJR & MOT
Jalan raya merupakan lokasi yang sangat berbahaya. Nyawa manusia boleh melayang begitu sahaja dek kerana kecuaian pemandu. Yang tak bersalah pun turut menjadi mangsa. Sikap pentingkan diri sendiri hanya akan membawa padah. Renung-renungkan lah. Nak mati biar mati sorang2. Ayat kejam.
Sambungan..
6. Kereta bersusun di belakang kenderaan berat
Keadaan ni biasa berlaku di kawasan pendalaman. Jalan pun 1 lorong je. Lori bersepah-sepah. Lagi-lagi time balik kampung. Apa yang berlaku ialah kereta yang berbaris di belakang dah panjang berjela. Nak potong pulak kereta dari arah bertentangan pun boleh tahan banyaknya. Double line lagi. Tapi lori yang kat depan ni wat tak tau je. Apa salahnya kalau cari lorong tepi sket untuk beri laluan untuk kereta-kereta yang memang boleh pegi lebih laju dari lori kita kan. Bertimbang rasalah. Cuba letakkan diri anda dalam tempat mereka. Sabar pun ada hadnya. Ye tak?
7. Memotong barisan di lorong kecemasan
Keadaan ni biasa berlaku di kawasan pendalaman. Jalan pun 1 lorong je. Lori bersepah-sepah. Lagi-lagi time balik kampung. Apa yang berlaku ialah kereta yang berbaris di belakang dah panjang berjela. Nak potong pulak kereta dari arah bertentangan pun boleh tahan banyaknya. Double line lagi. Tapi lori yang kat depan ni wat tak tau je. Apa salahnya kalau cari lorong tepi sket untuk beri laluan untuk kereta-kereta yang memang boleh pegi lebih laju dari lori kita kan. Bertimbang rasalah. Cuba letakkan diri anda dalam tempat mereka. Sabar pun ada hadnya. Ye tak?
Salah satu alternatif untuk mereka yang suka potong Q
7. Memotong barisan di lorong kecemasan
Ini pun tak payah terang. Semua orang penah saksikan adegan selamba badak ini. Lagi2 dekat highway. Time semua orang tengah tengah sangkut dalam jam. Tibe-tibe ada satu kereta start potong Q sebelah kiri@lorong kecemasan. Lepas tu berderet kereta lain ikut. Kita pun angin la kan. Berejam main speed 20km/j - 30km/j , kereta yang ikut emergency lane lebih laju dari kita. Dah sampai depan dorang nak masuk lane balik. Mana adil!! Bertimbang rasa lah sikit. Lambat buat lah cara lambat. Kalau tak nak jam naik flight tak pun cruise ship.
8. Salah faham akan maksud lampu isyarat
Lampu isyarat dicipta untuk membantu melancarkan lalu lintas di jalan raya. Aku pernah tulis pasal "Lampu Isyarat Warna Hijau Kena Jalan?" Semua angkara ada di antara kita kurang jelas akan maksud sebenar warna hijau, kuning dan merah itu. Tabiat orang kita memang suka buat perkara terlarang. Lampu merah pun kalau nak cepat dia langgar je. Yang penting sampai awal bukannya nyawa ;p Lampu kuning pulak bukannya sedia untuk berhenti tapi haruslah kita memecut selaju mungkin. Nak tau lanjut kliklah kat entri ini
9. Menukar lorong di kawasan tol
Tak tau lah korang biasa kena ke tak. Tapi aku selalu la sebab hari-hari lalu tol. Jenis orang yang tak sabar-sabar nak bayar tol. Tau lah duit tu banyak kan. Tapi make sure lah lorong mana yang korang perlu ikut. Smart Tag @ Touch & Go @ Tunai. Biasanya pemandu akan tukar di lorong tunai. Nampak barisan sebelah macam laju sket terus bagi signal nak masuk. Padahal kereta belakang dah standby nak baris dalam lorong tu. Apa salahnya tunggu sekejap sampai giliran kita dalam lorong mula-mula tu. Bezanya setakat 10-15 saat je. Kadang-kadang pakai Touch & Go lagi laju dari Smart Tag.. Hehe
Kredit poster JKJR & MOT
10. Memandu terlalu rapat dengan pemandu di hadapan
Nasiblah kalau anda berada atas jalan dengan kereta yang suka cucuk dari belakang. Dorang cool je. Tapi kita yang kat depan ni risau. Takut ada emergency break memang kena sondol la jawapnya. Yang salah?? Orang yang kat belakang lah. Isunya bukan nak cari salah siapa. Cuma kalau berlaku eksiden tu kena wat report yang leceh. Pada mereka yang suka memandu terlalu rapat, ingatlah bahawa langit tak selalu cerah dan malang tidak berbau. Pastikan jarak selamat kenderaan anda. Masa aku belajar dulu, cikgu tu selalu pesan. Bawak kereta pastikan nampak 2 biji tayar belakang kereta di depan. Kalau nampak 1 tayar je (Jeep 4wd) maknanya anda memandu terlalu rapat :)
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..