Home » , , , , » Kisah Si Tukang Ketuk Yang Dapat RM 20 Ribu | Kuasai Bidang Anda

Kisah Si Tukang Ketuk Yang Dapat RM 20 Ribu | Kuasai Bidang Anda

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

Salam kepada semua pembaca Blog Kafe Que. Selepas mengharungi hujung minggu yang hangat dengan perlawanan bola sepak Liverpool vs Manchester United , hari Isnin adalah hari paling bosan. Bosan sebab kena masuk pejabat lah.. Hehe.. Tiba-tiba rasa terpanggil nak buat entri pasal motivasi. Niat dah lama ada cuma nak menaip pasal bidang yang kurang mahir ni agak liat. Bab bola tak payah nak fikir susah-susah. Sume dalam kepala je (riak tu..insap)



tips motivasi di tempat kerja,buku hebat di pejabat karya ahmad sazmy,kisah si pembaiki kapal,kisah si tukang ketuk,si tukang yang kaya,teknik kuasai bidang ilmu anda,cerita motivasi diri




'Jangan membazirkan masa memikirkan bagaimana anda boleh melakukan kerja orang lain dengan lebih  baik daripadanya, sebaliknya fokuskan bagi melakukan kerja anda dengan lebih baik.'

- H.A. Schenfeld-


Aku bukan kelasi kapal, jauh sekali seorang mekanik. Tapi kisah di bawah ini bakal membuka mata anda betapa pentingnya ilmu dan kemahiran dalam sesuatu bidang itu. Jangan fikir kerja mekanik tak boleh hidup senang.



 Ceritanya bermula begini.....


Sebuah kapal tersadai di pelabuhan kerana masalah enjin. Puas si jurutera kapal cuba repair kerosakan itu namun masih lagi gagal. Kapten kapal yang bosan menunggu mengambil keputusan untuk memanggil soeorang pakar untuk meminta bantuan.



Tidak lama kemudian...


Muncul seorang lelaki bersama toolboxnya. Kapten kapal terus membawa lelaki itu ke tempat enjin tadi. Setelah mendengar masalah yang berlaku, lelaki tersebut terus mengeluarkan sebatang tukul besi dari toolboxnya. Beliau pun mengetuk enjin yang rosak tadi beberapa kali.

 

"Bos, cuba start enjin kapal jap," lelaki itu besuara.


" Vroommmm!" dengan sekali try je enjin kapal tadi berjaya dihidupkan semula. Kapten kapal itu sangat gembira kerana kapalnya dapat meneruskan pelayaran.



Lelaki tadi pun nak baliklah. Tak kan dia nak ikut belayar pulak kan. So sebelum pulang si tukang ketuk ni bagilah sekeping resit untuk bayaran membaiki enjin kapal.


"Aik?? Kenapa sampai RM 20,000?? Kamu hanya mengetuk-ngetuk enjin itu je," Kapten tadi bertanya dengan nada yang emo.

"Saya perlukan detail bill dulu, kemudian baru saya bayar." tambahnya lagi.

"Baiklah bos, nanti saya hantar ye," jawab si tukang ketuk itu dengan selamba.



Selang beberapa minggu....


Setelah kembali dari pelayarannya, kapten kapal masuk ke pejabat dan melihat bil dari si tukang ketuk tempoh hari. Sesudah membaca dengan teliti, kapten itu geleng kepala seperti sukar mempercayai apa yang tertulis di atas kertas. Beliau segera mengarahkan anak buahnya menyediakan cek bayaran kepada si tukang ketuk itu.


Korang nak tau apa yang tertera di atas bil itu???


Jeng..jeng..jeng



tips motivasi di tempat kerja,buku hebat di pejabat karya ahmad sazmy,kisah si pembaiki kapal,kisah si tukang ketuk,si tukang yang kaya,teknik kuasai bidang ilmu anda,cerita motivasi diri,contoh bil baiki kereta kapal motor,cara menulis bil




Harga ketuk-ketuk murah je. Tapi servis charge untuk tahu tempat mana yang nak diketuk tu yang mahal. Oleh itu, walau kerja apa sekali pun yang kita lakukan, mahirkan lah. Walaupun hanya sekadar pembuat tauhu. Jika betul-betul hebat tauhu korang tu akan terkenal dan laris sehingga mendapat keuntungan yang lumayan.



Kenapa si tukang ketuk tu boleh demand? Kerana kemahiran yang dia miliki sangat tinggi. Sebab itu beliau dipanggil setelah jurutera kapal sendiri gagal menyelesaikan masalah itu. Berbalik kepada kata-kata pujangga nun di atas tadi, jangan kita duk sibuk fikir macam mana nak buat kerja orang lebih baik daripada mereka, sebaliknya fikirkan bagaimana kita boleh lakukan kerja kita dengan lebih baik. InsyaAllah ada keberkatan di situ. Usaha itu tangga kejayaan.



Tips Minggu Ini : "Kuasai Bidang Anda!"



Entri : Tabiat manusia di tempat kerja

Entri : Jangan mengumpat di tempat kerja


Diolah dari buku 'Hebat Di Pejabat'
Karya Ahmad Sazmy Abd Aziz

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

1 Response to " Kisah Si Tukang Ketuk Yang Dapat RM 20 Ribu | Kuasai Bidang Anda "

  1. Unknown Says:

    :)

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets