Analisis Perlawanan Liverpool 1 - Manchester United 1 | Gamble Line Up Berhasil
Penulis: Que | Kategori: bola sepak , EPL , manchester united , sukan
Tengok je line up aku dah risau.. Mana Rooney yang dah score 9 league goals setakat ini.. Mana si anak rusa Nani dengan skill gentel tak ingatnya.. Mana Anderson yang rajin kejar bola.. Dilabelkan sebagai 'game of the season' oleh media, Sir Alex Ferguson nampak tenang apabila hanya membariskan skuad understrength menentang Liverpool, gergasi bola sepak Inggeris suatu masa dahulu.
Agak menarik apabila pandangan peminat mengenai peranan Jones sebagai defensive midfielder akhirnya tanpa disangka menjadi realiti dalam perlawanan malam tadi. Formasi yang diramal 4-5-1 juga diguna pakai untuk menyekat kemaraan Liverpool. Vidic pula tidak diturunkan kerana masih kurang cergas dan hampir pasti bermain dalam perlawanan UCL menentang Otelul Galati Rabu nanti.
Apakah faktor disebalik line up gamble Sir Alex Ferguson malam tadi?? Menurut tilikan serta pemerhatian yang dilakukan, jawapannya sila dapatkan di bawah ini.
Keputusan Akhir Perlawanan Liverpool vs Manchester United | 15 Oktober 2011
Liverpool : Steven Gerrard (68') Man Utd : Chicharito (81')
1. Perlawanan Antarabangsa
Semua dah tau minggu lepas EPL, Serie A , Bundesliga, La Liga, Ligue 1 dan lain-lain berehat seketika bagi memberi laluan kepada perlawanan persahabatan, kelayakan EURO 2012 dan kelayakan World Cup 2014. Ramai di antara pemain United yang terpaksa travel jauh untuk bermain bersama negara mereka. Nani berhempas pulas sebelum Portugal tewas kepada Denmark. Chicharito baru tiba beberapa hari dari Mexico. Rooney pula dengan kontroversi kad merahnya. Ferguson mahukan line up yang lebih fresh. Giggs dan Park masing-masing telah bersara dari pasukan negara mendapat kepercayaan.
2. Kepincangan Pertahanan
3 gol dilepaskan ketika menentang FC Basel walaupun mendahului 2 gol pada suatu ketika. Nampak kelam kabut sewaktu bertemu Norwich City dan hampir meleburkan rekod kemenangan di Old Trafford. Mengetahui bahaya yang akan menanti, Sir Alex buat pertama kali menukar formasi kepada 4-5-1. Jones pemain pertahanan yang versatil diarahkan mengisi posisi defensive midfielder disebabkan kebolehannya membaca gerakan serta mempunyai kekuatan fizikal bagi menyukarkan gerakan lawan.
Seorang defensive midfielder bertindak sebagai cover kepada pertahanan pasukan dan juga sebagai pemain yang memulakan gerakan kepada bahagian serangan. Tugas defensive midfielder untuk memberi tekanan kepada pemain tengah lawan supaya melakukan kesilapan. Sentiasa peka pada tempo permainan dan berada di belakang sebagai langkah berjaga-jaga.
Kredit : google
3. Pengorbanan
Permainan bola sepak bukan semata-mata bergantung kepada mencari kemenangan dalam 1 perlawanan. Tetapi bagaimana anda mengurus pasukan untuk menguasai sesuatu kejohanan yang disertai. Rahsia kejayaan United di bawah pengurusan Ferguson adalah kemampuan mereka mencuri mata berharga dalam perlawanan penting. Ada masanya kita boleh korbankan perlawanan (away @ harapan tipis) yang di mana masih ada peluang untuk cover balik selepas itu.
Contohnya : Perlawanan vs Liverpool di Anfield merupakan yang ke-8 dari jumlah keseluruhan 38. Ferguson tahu bahawa United masih ada baki 30 perlawanan untuk menyusun strategi bagi mengekalkan penguasaan liga jika tewas sekalipun. Macam-macam boleh jadi dalam tempoh 7 bulan. Dalam kes ini, beliau berani gamble supaya setiap pemain berada dalam keadaan terbaik sebelum menentang Otelul Galati (must win game) dan Manchester City minggu depan.
4. Must win game vs Otelul Galati
Siapa Otelul Galati ni ?? Pada mereka yang blur lagi, Otelul Galati merupakan salah sebuah kelab bola sepak Romania. Mereka menjuarai liga Romania buat pertama kali pada musim lalu sekaligus melayakkan mereka beraksi buat julung kalinya di kejohanan UEFA Champions League 2011/2012. United hanya mengumpul 2 mata dari 2 perlawanan. Berada pada kedudukan ke-3 kumpulan C tidak menyakinkan untuk melayakan diri ke pusingan kalah mati.
Perlawanan Otelul Galati menjadi tumpuan. FC Basel bakal melayan Benfica dan salah 1 pasukan akan drop points. Justeru, kemenangan pagi Rabu ini sangat diperlukan. Pastinya rombakan pemain sekali lagi bakal dilakukan dengan Vidic, Valencia, Anderson, Owen, Berbatov dan Carrick masing-masing direhatkan ketika menentang Liverpool.
Kredit : google
5. Manager Pasukan Manchester United
Sir Alex Ferguson memang unggul. Rekod kejuaraan membuktikan segalanya. Beliau lebih mengetahui kemampuan pemainnya. Apa yang pasti beliau hanya seorang insan biasa yang kadang-kadang masih melakukan kesilapan. Normal. Rivalry antara Liverpool vs Manchester United sememangnya ramai peminat. Kunjungan 3 kali terakhir ke Anfield mengecewakan beliau. Dan kali ini dengan persediaan dan pemain baru, beliau datang dengan 1 misi. TIDAK KALAH. Ya, formasi yang digunakan tidak menunjukkan permainan Manchester United yang sebenar.
Tetapi timing gol pertama Liverpool oleh kapten Gerrard merosakkan plan. Nani dan Rooney sedang menunggu giliran untuk dibawa masuk. Giggs yang ditugaskan menjadi benteng membuat aksi tarian Africa sekaligus membuka ruang kepada rembatan sepakan percuma Gerrard singgah ke jaring. Panik akan kehilangan rekod tanpa kalah musim ini, Ferguson menghantar Chicharito yang aku labelkan sebagai 'super sub' terbaik United ketika ini. Dan hanya 5 minit diperlukan pemain berjersi no.14 itu untuk menyamakan kedudukan. Liat jugak nak tengok United kalah kan..Hehe
Gol Chicharito vs Liverpool dalam masa kecederaan | 6 Mac 2011
Menyingkap kembali perlawanan di stadium yang sama awal tahun ini, Chicharito menjaringkan gol saguhati juga menerusi tandukan. Perlawanan separuh masa pertama malam tadi agak hambar dengan kedua pasukan menpamerkan corak permainan berhati-hati. Sehingga gol Gerrard dan kemasukan bintang United Rooney dan Nani, barulah perlawanan bertukar rancak dengan insiden rivalry sejati.
Liverpool mungkin berhak menang manakala United berhak mendapat satu mata atas usaha mereka di Anfield. Tahniah Manchester United. Satu mata berharga ini bakal menjadi pemisah bagi menentukan siapa juara EPL musim 2011/2012.
Kredit : google
Sebelum terlupa, wira Manchester United sepanjang 90 minit ialah David de Gea. Berapa banyak save aku tak kira pulak. Yang aku sempat recall dia save shot dari Suarez masa 1st half, Kuyt 2nd half dan last Henderson pada minit-minit akhir. Top class saves wa cakap sama lu. Mula-mula datang dah kena kritik. "Man Utd rugi beli mamat ni harga mahal, bola senang pun tak leh tangkap". Sekarang bunyi langau tu dah hilang. Mungkin dorang pulak berbisik dalah hati "Ceh nasib je dia save, aku pun boleh buat ... dalam game PES". Moral of the story, jangan menilai seseorang pemain itu terlalu awal.
Ingat apa terjadi pada waktu mula-mula Vidic dan Evra datang ke Manchester United. Pada awalnya mereka dikritik kerana menyumbang kepada kekalahan United. Tengok sekarang apa jadi?? Vidic sangat kebal bertahan. Evra pula ligat overlaping dari sebelah kiri. Sebagai seorang pemain luar dari England, mereka perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran, gaya permainan dalam liga baru, bahasa pertuturan seharian dan macam-macam lagi. Tidak adil untuk kita menghukum kesilapan mereka secepat itu kerana pemain bola sepak juga seorang manusia.
Saksikan Siaran Langsung
Perlawanan Kumpulan C UEFA Champions League 2011/12
Perlawanan Kumpulan C UEFA Champions League 2011/12
Otelul Galati vs Manchester United
02.30 am waktu Malaysia , 19 Oktober 2011 (Rabu)
Live @ Astro ESPN (812) HD (832)
Aduh, panjang sangat pulak entri ni. Kan senang kalau aku tulis result pastu letak video je..Hehe.. Tapi benda 2 dah ramai blogger buat.. Penulisan aku hanya untuk berkongsi pandangan serta mendidik peminat bola sepak supaya menghargai seni permainan ini.. Bukan dek kerana terlalu fanatik kepada satu-satu pasukan membuatkan kita 'buta' fakta dan statistik. Kita mudah untuk kritik tapi kita tidak mahu kaji mengapa ianya terjadi sebegitu. Kafe Que akan membuka minda anda untuk melihat bola sepak dari sudut yang berbeza.
Entri 4 jam di depan TV
Penulis : Que
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..