Home » , , , » [Edisi EPL 2011/2012] Manchester City Bakal Jadi Pencabar Utama Manchester United

[Edisi EPL 2011/2012] Manchester City Bakal Jadi Pencabar Utama Manchester United

Penulis: Que | Kategori: , , ,

Haluu kepada peminat-peminat setia English Premier League (EPL). Ni entri pertama aku wat pasal EPL 2011/2012 (3 jam woo gua tulis). Jadual perlawanan setiap minggu boleh cek kat sini ye. Minggu pertama dah berlalu. Apa yang korang nampak? Banyak pasukan pilihan gagal mengutip mata penuh kecuali Manchester United dan Manchester City. Perlawanan Tottenham dan Everton pula terpaksa ditunda ekoran rusuhan yang melanda kota London.


analisis perlawanan epl musim 2011/2012,pencabar manchester united dalam epl,sejarah liverpool arsenal chelsea manchester city tottenham hotspur,jadual perlawanan siaran langsung epl musim 2011.2012,ulasan perlawanan epl musim 2011/2012,arsenal vs liverpool 2011/2012 epl astro,analisis bola sepak english premier league dalam bahasa melayu,penganalisi bebas epl sukan 2011/2012,shebby singh,pra perlawanan epl 2011/2012,rahsia kejayaan manchester united juara epl 19 kali,zaman kegemilangan chelsea arsenal liverpool
kredit gambar : klik


Manchester United memulakan misi mempertahankan gelaran juara EPL dengan kemenangan 2-1 ke atas West Brom (jadual penuh Manchester United 2011/2012 kat sini). Ashley Young menjadi wira pada perlawanan itu dengan merencanakan kedua-dua gol. Pemain muda seperti Cleverley Welbeck, Jones & Evans terus mendapat kepercayaan Sir Alex. Cuma yang menjadi masalah ialah kecederaan Vidic dan Ferdinand sedikit meresahkan penyokong The Red Devils


Jika ditanya apakah rahsia Manchester United terus unggul di dalam kancah EPL. Jawapannya kesinambungan pemain pelapis yang begitu ramai ditambah dengan pengalaman pemain veteran dan diperkuatkan pemain berkualiti yang dibawa masuk setiap musim. Acuan yang betul dapat menghasilkan pasukan yang mantap di samping kebijaksaan jurulatih serta pengurusnya, Sir Alex Ferguson. Bagi memastikan mereka kekal berada pada status salah satu kelab terbaik di dunia, Manchester United terus melahirkan pemain remaja dari akademi serta mencari bakat muda yang boleh digilap ke dalam skuad sedia ada.


analisis perlawanan epl musim 2011/2012,pencabar manchester united dalam epl,sejarah liverpool arsenal chelsea manchester city tottenham hotspur,jadual perlawanan siaran langsung epl musim 2011.2012,ulasan perlawanan epl musim 2011/2012,arsenal vs liverpool 2011/2012 epl astro,analisis bola sepak english premier league dalam bahasa melayu,penganalisi bebas epl sukan 2011/2012,shebby singh,pra perlawanan epl 2011/2012
kredit gambar : klik


Tidak seperti sesetengah pasukan yang lebih gemar berbelanja besar membeli pemain bertaraf bintang dengan harapan dapat memenangi kejuaraan dalam masa yang singkat. Memang boleh menang tapi mereka akan jatuh selepas usia pemain mereka meningkat dan hampir bersara. Chelsea umpamanya mengecapi zaman kegemilangan mereka pada tahun 2005- 2007. Lampard, Drogba, Cole, Robben, Essien Terry, Carvalho satu ketika dulu amat digeruni pemain EPL dan Mourinho antara pengurus terhebat yang pernah hadir di saat dominasi Arsenal dan Manchester United. 


kredit gambar : klik


Kini ramai antara mereka sudah melepasi usia 30an dan kualiti serta tenaga tidak lagi sama seperti 6 tahun lepas. Kejuaraan EPL terakhir mereka pada 2009/2010 hanya melebihi 1 mata dari Manchester United yang pada ketika itu mempunyai krisis di bahagian pertahanan yang sangat kritikal. Pertukaran pengurus yang begitu kerap juga tidak langsung membantu peningkatan kelab The Blues itu. Kemasukan Torres dalam sistem permainan 4-3-3 dan hantaran jauh masih tidak menampakkan kesan.  Andre Villas-Boas perlu cepat menyesuaikan diri untuk mendapatkan rentak kemenangan serta kejuaraan jika tidak mahu mengikuti jejak langkah 5 orang pengurus yang dipecat di bawah  naungan Abramovich.


Ferguson sendiri terpaksa menunggu 5-6 tahun sebelum berjaya memenangi trofi dan seterusnya mendominasi EPL untuk tempoh yang lama. Dan kini United menjadi pasukan yang memegang rekod 19 kali kejuaraan EPL. Pemain hebat datang dan pergi. Sir Alex masih bertahan sebagai pengurusnya.


analisis perlawanan epl musim 2011/2012,pencabar manchester united dalam epl,sejarah liverpool arsenal chelsea manchester city tottenham hotspur,jadual perlawanan siaran langsung epl musim 2011.2012,ulasan perlawanan epl musim 2011/2012,arsenal vs liverpool 2011/2012 epl astro,analisis bola sepak english premier league dalam bahasa melayu,penganalisi bebas epl sukan 2011/2012,shebby singh,pra perlawanan epl 2011/2012
kredit gambar : klik


Kini Manchester City pula hadir dengan misi yang sama. Memecah dominasi jirannya sejak sekian lama. Selepas Mark Hughes gagal dalam percubaannya memuaskan hati pemilik Abu Dhabi United Group, Roberto Mancini akhirnya menamatkan penantian sekian lama dengan trofi Piala FA 2010/2011. Dibarisi pemain bintang seperti Tevez, Silva, Milner, Barry, Lescott, Kompany, Johnson, Toure, de Jong, Joe Hart, Aguero, Balotelli dan Clichy inilah pencabar sebenar United pada ketika ini. Kenapa bukan Arsenal dan Liverpool?


analisis perlawanan epl musim 2011/2012,pencabar manchester united dalam epl,sejarah liverpool arsenal chelsea manchester city tottenham hotspur,jadual perlawanan siaran langsung epl musim 2011.2012,ulasan perlawanan epl musim 2011/2012,arsenal vs liverpool 2011/2012 epl astro,analisis bola sepak english premier league dalam bahasa melayu,penganalisi bebas epl sukan 2011/2012,shebby singh,pra perlawanan epl 2011/2012
kredit gambar : klik


Arsenal satu ketika menjadi pencabar hebat kepada United ketika kehadiran Arsene Wenger. Misi kelab The Gunners pada ketika itu jelas untuk menamatkan dominasi United. Namun selepas 10 tahun menguruskan Arsenal, Wenger beralih kepada polisi pemain muda dan tidak berbelanja besar untuk seorang pemain. Akibatnya? 6 musim tanpa trofi cukup pahit untuk ditelan pemain handalan mereka. Selepas Ashley Cole berhijrah ke kelab Chelsea, beliau memenangi 6 trofi selama 6 tahun. Sementara rakan lamanya di Arsenal berputih mata sekalipun hampir menamatkan kemarau pada final League Cup 2010/2011 menentang Birmingham.

kredit gambar : klik


Risiko untuk pemain muda ialah kekuatan mental dan juga persembahan yang tidak konsisten. Ini yang tidak dapat dilihat oleh Wenger yang tetap dengan pendiriannya menghasilkan sebuah pasukan muda dengan corak permainan menarik. Persoalannya sampai bila mereka perlu bermain dan menghiburkan peminat tanpa sebarang trofi? Permulaan kempen musim ini menyaksikan Arsenal kehilangan kapten yang berpengaruh, Fabregas. Tindakan bijak untuk kembali kepada pasukan yang pernah melatih beliau sewaktu remaja membuahkan hasil. Hanya perlu 2 hari, beliau telah memenagi Spanish Super Cup bersama Barcelona yang menewaskan Real Madrid 5-4 secara agregat (lihat highlight perlawanan di sini)


analisis perlawanan epl musim 2011/2012,pencabar manchester united dalam epl,sejarah liverpool arsenal chelsea manchester city tottenham hotspur,jadual perlawanan siaran langsung epl musim 2011.2012,ulasan perlawanan epl musim 2011/2012,arsenal vs liverpool 2011/2012 epl astro,analisis bola sepak english premier league dalam bahasa melayu,penganalisi bebas epl sukan 2011/2012,shebby singh,pra perlawanan epl 2011/2012
kredit gambar : klik


Lain pula ceritanya di Anfield. Kemasukan semula Kenny Dalglish memberi sinar baru kepada kelab Liverpool yang bercita-cita mengembalikan zaman kegemilangan mereka pada tahun 70an dan 80an. Penjualan Torres pada awal tahun ini dilihat sebagai detik suram kepada kelab The Reds. Namun persembahan Luis Suarez menutup mulut pengkritik bola sepak dengan aksi menyakinkan ketika menewaskan Manchester United 3-1. Musim ini, Kenny membawa masuk Charlie Adam, Stewart Downing, Jordan Henderson, Jose Enrique dan Doni. Namun kelemahan Liverpool di bahagian pertahanan akan menyukarkan perjuangan mereka untuk merebut takhta kejuaraan liga pada musim kali ini.


kredit pic : klik


Habis aku bercerita pasal pencabar Manchester United. Sebelum ketinggalan ada satu lagi pasukan yang boleh menggugat perjalanan United. Lawannya pada pagi Selasa nanti, Tottenham Hotspur juga tidak kurang hebatnya. Mungkin prestasi Gomez dan pertahanan mereka boleh diragui. Namun jika dilihat dari pemain bahagian serangan yang dimiliki Harry Redknapp seperti Lennon, Bale, Defoe, Van der Vaart dan Modric, mereka ini bisa menghukum kelekaan mana-mana pertahanan lawan. Kepantasan mereka melakukan counter attack cukup hebat. Ini terbukti apabila mereka mudah menewaskan pasukan Hearts dari Scotland dengan kemenangan bergaya 5-0 (lihat highlight di sini)


Ujian besar bakal dihadapi pemain muda United yang akan membarisi pertahanan tatkala kecederaan menghantui kapten pasukan, Vidic dan Ferdinand. Prestasi De Gea dalam 2 perlawanan sebelum ini masih lagi tidak memuaskan. Namun diharapkan kesemua pemain dapat membuktikan kekuatan sebenar United kali ini dihadapan penyokong tuan rumah.


kredit gambar : klik


Perlawanan pilihan minggu ini akan tertumpu di Stadium Emirates, di mana Arsenal yang dibelenggu dengan masalah kehilangan tonggak utama, kecederaan dan penggantungan pemain bakal berdepan Liverpool yang sudah pasti ingin menggunakan peluang mengutip 3 mata penuh selepas dipaksa berpuas hati dengan 1 mata dengan Sunderland.




Selamat menonton!! Live Streaming @ Kafe Que


Dari katil Que

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " [Edisi EPL 2011/2012] Manchester City Bakal Jadi Pencabar Utama Manchester United "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets