Home » , , , , » Keputusan Perlawanan Barcelona vs Real Madrid 2nd Leg Spanish Super Cup 2011

Keputusan Perlawanan Barcelona vs Real Madrid 2nd Leg Spanish Super Cup 2011

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

Wohooo...Menarik.. Ganas.. Pantas.. Pertembungan El Clasico awal pagi tadi mengumpul pemain bintang Sepanyol, Portugal, Argentina & Brazil. Perlawanan timbal balik 2nd leg itu berkesudahan dengan Barcelona 3-2 Real Madrid. Memang klasik dengan kedua pasukan saling berbalas serangan serta gol. Tackles keras tak dapat dipisahkan dalam pertemuan dua kelab gergasi bola sepak Spain ini.

keputusan siaran langsung barcelona vs real madrid spanish super cup 2nd leg el clasico 2011,video insiden pergaduhan pemain barcelona vs real madrid spanish super cup,kad merah marcelo ozil barcelona vs real madrid,penjaring gol barcelona vs real madrid spanish super cup 2011,video highlights barcelona vs real madrid el clasico spanish super cup,piala pertama fabregas sebagai pemain kelab barcelona,perpindahan fabregas ke barcelona 2011,line up barcelona vs real madrid spanish super cup 2011
kredit : google


Secara agregatnya Barcelona menang 5-4 selepas keputusan seri 2-2 di Santiago Bernabeu 4 hari lalu. Iniesta  menyudahkan hantaran cantik Messi pada minit ke-15 untuk meletakkan Barcelona di hadapan. Real Madrid harus menyalahkan pertahanan mereka yang cuba bermain high defensive line dan perangkap offsaid. Silap besar kerana pemain Barca pantas dan bijak mencari ruang di bahagian tengah.


Keputusan Perlawanan Barcelona vs Real Madrid  3-2| Video Highlights | Spanish Super Cup 2011




Barcelona : Iniesta (15') Messi (45' , 89') Real Madrid : Ronaldo (20') Benzema (82')


Ronaldo menyamakan kedudukan 5 minit kemudian walaupun pemain Barcelona cuba membantah keputusan pengadil ekoran gol yang nampak seperti offside. Ketika permainan separuh masa pertama hampir tamat dengan kedudukan 1-1, Messi menggamatkan suasana Nou Camp dengan jaringan cantik hasil hantaran backheel Pique. Halftime Barcelona 2-1 Real Madird.



keputusan siaran langsung barcelona vs real madrid spanish super cup 2nd leg el clasico 2011,video insiden pergaduhan pemain barcelona vs real madrid spanish super cup,kad merah marcelo ozil barcelona vs real madrid,penjaring gol barcelona vs real madrid spanish super cup 2011,video highlights barcelona vs real madrid el clasico spanish super cup,piala pertama fabregas sebagai pemain kelab barcelona,perpindahan fabregas ke barcelona 2011,line up barcelona vs real madrid spanish super cup 2011
kredit : google


Separuh masa kedua bermula agak perlahan. Tackles bersilih ganti. Kad kuning demi kad kuning dilayangkan. Kehangatan 'El Clasico' semakin dirasai... Percubaan Real Madrid akhirnya membuahkan hasil apabila Benzema mudah menolak masuk bola berpunca dari sepakan sudut Kaka yang gagal dikeluar dengan sempurna oleh pertahanan Barcelona pada minit ke-82. Pep Guardiola membawa masuk pemain baru yang dibeli murah dari Arsenal, Fabregas untuk menyuntik idea di bahagian tengah.



keputusan siaran langsung barcelona vs real madrid spanish super cup 2nd leg el clasico 2011,video insiden pergaduhan pemain barcelona vs real madrid spanish super cup,kad merah marcelo ozil barcelona vs real madrid,penjaring gol barcelona vs real madrid spanish super cup 2011,video highlights barcelona vs real madrid el clasico spanish super cup,piala pertama fabregas sebagai pemain kelab barcelona,perpindahan fabregas ke barcelona 2011,line up barcelona vs real madrid spanish super cup 2011
kredit : soccernet


Ketika ramai menjangkakan perlawanan akan memasuki masa tambahan, muncul sekali lagi pemain terbaik dunia yang gemar menjaringkan gol di saat-saat akhir perlawanan. Minit ke-89 gerakan one two Messi dan Adriano menamatkan usaha Real Madrid untuk mencari gol kemenangan. Sekali lagi Mourinho terpaksa akur dengan kehebatan Messi dan Barcelona. Insiden terjahan keras Marcelo ke atas Fabregas berlaku  minit akhir perlawanan. Two footed challenge itu memberikan kad merah dan membawa kepada pergaduhan di tepi padang antara pemain Barcelona dan Real Madrid. Ozil dan Villa yang telah dikeluarkan juga menerima kad merah akibat kekasaran yang dilakukan.


Insiden pergaduan Barcelona vs Real Madrid | 2nd Leg 18 Ogos 2011






Fabregas akhirnya berjaya memperolehi piala pertama beliau sebagai pemain kelab setelah beberapa hari menyertai Barcelona. Keputusan yang sangat bijak. Tiada pemain bola sepak ternama yang tidak mahu memenangi sebarang piala. Jika ada mungkin kerana kesetiaan pada sesuatu kelab ataupun cuba menidakkan kenyataan.


Line up FC Barcelona: Valdes, Alves, Pique, Mascherano, Abidal , Busquets (Keita), Xavi, Iniesta, Messi, Pedro (Fabregas), Villa (Adriano)


Line up Real Madrid: Casillas, Ramos, Pepe, Carvalho, Coentrao , Alonso, Khedira (Marcelo), Di Maria (Higuain), Ozil (Kaka), Cristiano, Benzema


Dari meja Que

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Keputusan Perlawanan Barcelona vs Real Madrid 2nd Leg Spanish Super Cup 2011 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets