Home » , , , » MOTIVASI : PERBEZAAN ANTARA BOS DAN PEMIMPIN | TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

MOTIVASI : PERBEZAAN ANTARA BOS DAN PEMIMPIN | TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

Penulis: Que | Kategori: , , ,

PERKHIDMATAN AWAM LEBIH RAMAI BOS DARI PEMIMPIN

PERBEZAAN BOS DAN PEMIMPIN DI TEMPAT KERJA, PENILAIAN 360 DARJAH DEGREE DALAM SEKTOR AWAM,INTEGRITI PENJAWAT AWAM MASIH RENDAH,BOS YANG TAK GUNA,BOSS IS NOT ALWAYS RIGHT


Salam hormat kepada pembaca blog Kafeque. Kali ini aku akan menyambung entri Motivasi untuk mereka yang bekerja makan gaji. Aku pasti ada antara pembaca di sini merupakan mereka yang berjawatan tinggi di pejabat masing-masing. Sudah tentu perkataan 'BOS' biasa didengar apabila seorang staf memanggil ketuanya.


Pengalaman bekerja di sektor kerajaan telah mengajar aku kenal banyak jenis dan ragam orang. Yang paling ketara ialah makan dan benda FREE. Kalau di kerajaan ni ramai yang kejar pangkat tapi tanggungjawab ditinggalkan di jawatan lama. Sebab apa? Bila pangkat tinggi, gaji pun banyak, kerja pulak kurang sebab ramai anak buah.


Tugas BOS yang malas hanya perlu masuk pejabat kemudian minit surat-surat dan arahkan staf untuk buat kerja. Meeting pulak ikut mood. Kalau rajin dan ada kepentingan baru masuk. Kalau tau nak kena tembak suruh anak buah ganti. Kalau kerja lambat siap dia akan salahkan orang bawah. Kalau kerja bagus dia dapat nama. Pendek kata TANGGUNGJAWAB memang takde. 


Lain cerita dengan PEMIMPIN (Leader). Mereka akan berkerjasama dengan anak buah. Membahagikan tugas sama rata dan paling penting ada bimbingan dalam melakukan sesuatu perkara. Tiada arahan secara melulu. Mereka akan berbincang dengan staf mengenai sesuatu perkara untuk mencari penyelesaian terbaik. Ingat, tidak semestinya anak buah kita tiada idea yang bernas dan lebih baik. PENGALAMAN manusia berbeza!



BEZA BOS DAN LEADER,PENJAWAT AWAM MALAS



Bukan semua boleh jadi ketua yang baik. Semakin tinggi pangkat semakin tinggi ego. Ada juga yang memang tak layak jadi ketua. Tapi disebabkan kenaikan pangkat mengikut senioriti mereka terpaksa naik walaupun kualiti kepimpinan tiada. Dalam kerajaan, Gred 48 ke atas sudah boleh menjadi ketua unit. Mengapa tiada usaha dari pihak kerajaan untuk menghantar ketua yang tidak profesional dan kurang integriti menjalani latihan intensif seperti kursus induksi sewaktu awal kemasukan dahulu?

Kadang kala Allah beri rezeki kepada hambaNya bukan dalam bentuk wang ringgit. Boleh jadi dengan nikmat kesihatan, hadiah, diskaun, anak yang soleh dll.


Mungkin sudah tiba masa untuk melakukan perubahan dalam perkhidmatan awam. Penilaian tahunan perlu dilakukan secara 360 degree supaya INTEGRITI penjawat awam meningkat seterusnya memperkasakan perkhidmatan awam secara amnya. Jika sekarang ada antara BOS yang menggunakan kuasa veto mereka untuk menilai dan menghukum pekerja bawahan yang tidak menurut perintah mereka.



penilaian 360 penjawat awam,beza bos dan pemimpin,apa itu bos,apa itu pemimpin



Bagi yang kurang jelas tentang penilaian 360 darjah, seseorang pekerja akan dinilai dari segenap sudut. Mereka akan dinilai oleh penyelia, rakan sekerja, staf bawahan dan mungkin juga orang luar yang pernah berhubung dengan mereka di tempat kerja. Aku rasa penilaian ini lebih terbuka dan tiada istilah "BOSS IS ALWAYS RIGHT". Aku selalu bangkang yang tiada manusia yang sempurna. BOS juga manusia biasa.


Pendapat aku, mungkin sebab kerajaan terlalu bermurah hati dan sangat susah nak buang orang. Sebab tu ada yang naik lemak. Kesian tengok orang kat luar yang ramai nak join goverment tapi tak dapat. Yang dah dapat tak pernah bersyukur dan kerja sambil lewa. Perkhidmatan awam tidak akan maju selagi sistem sedia ada tidak diubah. Motto sesetengah penjawat awam "ALA KALAU TAK BUAT KERJA PUN GAJI MASUK". "KERJA LEBIH PUN BUKAN NAIK PANGKAT"



Fikirkan apa yang kita boleh sumbangkan kepada organisasi bukan apa yang organisasi boleh sumbang kepada kita



Renungkan bersama. Pangkat dan harta semua sementara. Apa yang penting keberkatan dalam mencari rezeki. Baca jugak entri "Tabiat di Tempat Kerja"


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " MOTIVASI : PERBEZAAN ANTARA BOS DAN PEMIMPIN | TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM "

  1. skuterlady.blogspot.my Says:

    menarik.. minta kebenaran untuk dipanjangkan entry ini ke blog saya...^_^ :

    http://skuterlady.blogspot.com/

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    @lady scooter silakan.

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets