Showing posts with label kerja. Show all posts

 

Tips Jimat : Pemilihan Cuti Panjang Bagi Tahun 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

JOM BERCUTI


Kalendar Cuti Am Seluruh Negeri di Malaysia [Klik]

Anda sedang merancang cuti tahunan 2015? Cuti tahunan selalu habis? Di sini ada tips pemilihan waktu cuti supaya anda boleh bercuti panjang tanpa mengambil cuti tahunan yang banyak. Cuti yang disenaraikan hanya cuti umum sahaja tidak melibatkan cuti negeri. Harap maklum.


SLOT #1 : 

Tarikh cuti pada 30 Januari hingga 3 Februari 2015. 5 Hari Cuti.

Nota : Ambil cuti pada 30 Januari 2015 (1 hari). 1 dan 2 Februari 2015 cuti hari wilayah. 3 Februari 2015 cuti umum Thaipusam. 


SLOT #2 : 

Tarikh cuti pada 18 Februari hingga 22 Februari 2015. 5 Hari Cuti.

Nota : Ambil cuti pada 18 Februari 2015 (1 hari). 19 dan 20 Februari 2015 cuti Tahun Baru Cina. 


SLOT #3 : 

Tarikh cuti pada 1 hingga 4 Mei 2015. 4 Hari Cuti.

Nota : Ambil cuti pada 4 Mei 2015 (1 hari). 1 Mei 2015 adalah cuti Hari Buruh.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tarikh Terkini Pembayaran Bonus 2015 Kakitangan Awam Pesara Kerajaan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

BONUS DIAWALKAN

JADUAL BAYARAN BONUS KERAJAAN JANUARI 2015


Sejak bencana banjir melanda negara, tiba-tiba timbul banyak khabar angin mengenai pembayaran bonus yang sepatutnya dijadualkan pada 22 Januari 2015 diawalkan ke 5 Januari 2015. Ternyata viral itu adalah tidak benar sama sekali. Kini maklumat sahih yang baru dipetik dari akhbar Berita Harian Online hari ini menyatakan kerajaan telah bersetuju supaya bonus 2015 dibayar pada 15 Januari 2015.



Keputusan ini dibuat memandangkan kerajaan prihatin terhadap penjawat awam yang menjadi mangsa banjir dan juga membantu mereka  menyediakan semula kelengkapan persekolahan anak-anak yang dijangkakan pada 11 dan 12 Januari 2015. Bencana yang melanda telah merosakkan harta benda dan kebanyakan mereka yang terlibat terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.



Kepada mereka yang tidak terlibat dengan bencana ini bolehlah menggunakan 1% dari bonus yang diperolehi untuk membantu mereka yang memerlukan. Kerajaan sebelum ini telah bersetuju untuk memberi imbuhan tahunan 2014 atau bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Pesara Kerajaan Bajet 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

BONUS DIBAYAR BERSAMA GAJI JANUARI 2015

JADUAL BAYARAN BONUS KERAJAAN JANUARI 2015

Update : Bonus 2015 akan dibayar pada 15 Januari 2015

Bonus kakitangan awam yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2015 bulan lalu akan dibayar bersama gaji Januari 2015. Walaupun terdapat gesaan dari CUEPACS supaya pembayaran dilaksanakan tahun ini, Ketua Setiausaha Negara memaklumkan ianya tidak dapat ditunaikan.



Faktor utama mereka meminta bonus diawalkan kerana bagi membolehkan penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak sekaligus meringankan beban kewangan mereka. Persoalannya adakah rayuan ini menunjukkan penjawat awam bergantung harap kepada kerajaan untuk perbelanjaan yang sememangnya dirancang saban tahun?



Sepatutnya mereka perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk anak-anak dan tidak bergantung kepada bonus sahaja. Apa akan jadi kalau bonus tidak diberi selepas ini? Adakah anak mereka tidak dapat ke sekolah lagi? Untuk pelajar sekolah kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan persekolahan sebanyak RM100.



Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam akan diterima pada 22 Januari 2015 (Khamis). Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MOTIVASI : PERBEZAAN ANTARA BOS DAN PEMIMPIN | TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

Penulis: Que | Kategori: , , ,

PERKHIDMATAN AWAM LEBIH RAMAI BOS DARI PEMIMPIN

PERBEZAAN BOS DAN PEMIMPIN DI TEMPAT KERJA, PENILAIAN 360 DARJAH DEGREE DALAM SEKTOR AWAM,INTEGRITI PENJAWAT AWAM MASIH RENDAH,BOS YANG TAK GUNA,BOSS IS NOT ALWAYS RIGHT


Salam hormat kepada pembaca blog Kafeque. Kali ini aku akan menyambung entri Motivasi untuk mereka yang bekerja makan gaji. Aku pasti ada antara pembaca di sini merupakan mereka yang berjawatan tinggi di pejabat masing-masing. Sudah tentu perkataan 'BOS' biasa didengar apabila seorang staf memanggil ketuanya.


Pengalaman bekerja di sektor kerajaan telah mengajar aku kenal banyak jenis dan ragam orang. Yang paling ketara ialah makan dan benda FREE. Kalau di kerajaan ni ramai yang kejar pangkat tapi tanggungjawab ditinggalkan di jawatan lama. Sebab apa? Bila pangkat tinggi, gaji pun banyak, kerja pulak kurang sebab ramai anak buah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tabiat orang Malaysia : Bila masa anda patut guna lif | Jangan jadi pemalas

Penulis: Que | Kategori: , , ,

Hari ni teringin nak cerita pasal lif. Kerja dalam bangunan tinggi memang ada yang terpaksa mengunakan lif setiap pagi dan petang. Biasanya jika bangunan lebih dari 4 tingkat memang akan ada lif.


Isunya sekarang yang selalu kita nampak kat lobi (katakan aras 1) bila pagi-pagi nak masuk kerja dan punch card. Kita pun tekan lah button lif. Masa tunggu tu ramai lah orang. Maklumlah waktu puncak. Bila lif dah terbukak semua masuk. Jeng..Jeng..Jeng.. Ada lah sorang makhluk pegi tekan aras 2. Alahai jauhnya dia nak pegi kan.



TABIAT ORANG MALAYSIA YANG MALAS NAIK TANGGA,1 TINGKAT PUN NAK NAIK LIF KE?


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Bonus Penjawat Awam Paling Tinggi | Bajet 2013 Kakitangan Kerajaan

Penulis: Que | Kategori: , ,

Salam,

Seronok tak dengar Bajet 2013 semalam? Walaupun mula agak lewat (biasanya pukul 3 pm) tapi seluruh rakyat setia menanti mendengar Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Antara intipati yang paling ditunggu oleh penjawat awam tentunya BONUS. Yang malas kerja @ curi tulang @ makan gaji buta pun setia menanti berapa tinggi bonus kali ini.

jumlah bonus kakitangan kerajaan penjawat awam bajet 2013,pemberian bonus paling tinggi penjawat awam cuepacs,apa maksud makna bonus,jadual bonus bajet 2013


Apakah maksud bonus ?

Maksud perkataan bonus adalah bayaran lebih, bonus, bayaran tambahan pada gaji dan diberi pada penghujung tahun.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Kisah Si Tukang Ketuk Yang Dapat RM 20 Ribu | Kuasai Bidang Anda

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

Salam kepada semua pembaca Blog Kafe Que. Selepas mengharungi hujung minggu yang hangat dengan perlawanan bola sepak Liverpool vs Manchester United , hari Isnin adalah hari paling bosan. Bosan sebab kena masuk pejabat lah.. Hehe.. Tiba-tiba rasa terpanggil nak buat entri pasal motivasi. Niat dah lama ada cuma nak menaip pasal bidang yang kurang mahir ni agak liat. Bab bola tak payah nak fikir susah-susah. Sume dalam kepala je (riak tu..insap)



tips motivasi di tempat kerja,buku hebat di pejabat karya ahmad sazmy,kisah si pembaiki kapal,kisah si tukang ketuk,si tukang yang kaya,teknik kuasai bidang ilmu anda,cerita motivasi diri




'Jangan membazirkan masa memikirkan bagaimana anda boleh melakukan kerja orang lain dengan lebih  baik daripadanya, sebaliknya fokuskan bagi melakukan kerja anda dengan lebih baik.'

- H.A. Schenfeld-

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor 2011 | Program Tanggungjawab Sosial Korporat

Penulis: Que | Kategori: , ,

Salam 1 Malaysia.. Hari ni aku ditugaskan untuk promote satu program yang sangat murni oleh syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) bagi membantu siswazah-siswazah dari negeri Selangor menyediakan diri mereka masuk ke alam pekerjaan dan keusahawanan. Maklumlah ramai student-student IPT yang dah konvo.. Syabas dan tahniah diucapkan.


Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor 2011

kumpulan perangsang selangor sdn bhd,program tanggungjawab sosial,rangsangan kerjaya siswazah selangor 2011,aturcara majlis program rangsangan kerjaya siswazah selangor,senarai kursus dan latihan rangsangan kerjaya selangor,peta lokasi majlis pelancaran program rangsangan kerjaya siswazah selangor 2011,objektif rangsangan siswazah selangor,auditorium jubli perak sultan salahuddin abdul aziz shah map,program rangsangan kerjaya selangor 30 september 2011,muat turun borang pendaftaran program rangsangan kerjaya siswazah selangor 2011,brosur program
 Borang Pendaftaran [Klik]


Objektif utama program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, nilai diri dan keyakinan siswazah dari negeri Selangor dalam mendapatkan pekerjaan atau memulakan usaha perniagaan sendiri. Menarik?? Jom teruskan explorasi anda..

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Kerja Itu Satu Amanah | Keberkatan Rezeki Paling Utama

Penulis: Que | Kategori: ,

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada yang datang dengan perasaan 'biasa' dan ada yang datang dengan perasaan serba tak kena .


Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.



Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan INSYALLAH.."



tabiat di tempat kerja,kerja yang berkat,keberkatan bekerja yang amanah,kerja yang diamanahkan,motivasi di tempat kerja,penjawat awam bekerja,perbuatan dilarang di tempat kerja,rezeki yang halal dari kerja yang berkat,tanggungjawab terhadap kerja,amanah dan tanggungjawab,motivasi dr fadzilah kamsah tentang kerja


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Terima Kasih | Ucapan Ringkas Tapi Penuh Makna

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

Seperti ada pihak pengurusan atasan membaca luahan isi hati aku terdahulu (perasan betol la).. Biasanya doa orang yang dianiaya ni dimakbulkan.. Hehehe.. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan JUTAAN terima kasih kerana merombak struktur unit baru.. Kini aku boleh  fokus lebih kepada kerjaya aku sebagai perunding ICT serta kerja-kerja yang melibatkan penghasilan karya kreatif.. Thanks a lot.. Minggu ni aku sangat bz sebab dapat job baru berprofil tinggi.. Ada jugak orang percaya pada bakat kurniaan Allah yang tak seberapa ni..



gambar terima kasih, gambar thank you comel, GAMBAR PERKATAAN TERIMA KASIH
Gambar : Google


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/