Home » , , » Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor 2011 | Program Tanggungjawab Sosial Korporat

Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor 2011 | Program Tanggungjawab Sosial Korporat

Penulis: Que | Kategori: , ,

Salam 1 Malaysia.. Hari ni aku ditugaskan untuk promote satu program yang sangat murni oleh syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) bagi membantu siswazah-siswazah dari negeri Selangor menyediakan diri mereka masuk ke alam pekerjaan dan keusahawanan. Maklumlah ramai student-student IPT yang dah konvo.. Syabas dan tahniah diucapkan.


Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor 2011

kumpulan perangsang selangor sdn bhd,program tanggungjawab sosial,rangsangan kerjaya siswazah selangor 2011,aturcara majlis program rangsangan kerjaya siswazah selangor,senarai kursus dan latihan rangsangan kerjaya selangor,peta lokasi majlis pelancaran program rangsangan kerjaya siswazah selangor 2011,objektif rangsangan siswazah selangor,auditorium jubli perak sultan salahuddin abdul aziz shah map,program rangsangan kerjaya selangor 30 september 2011,muat turun borang pendaftaran program rangsangan kerjaya siswazah selangor 2011,brosur program
 Borang Pendaftaran [Klik]


Objektif utama program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, nilai diri dan keyakinan siswazah dari negeri Selangor dalam mendapatkan pekerjaan atau memulakan usaha perniagaan sendiri. Menarik?? Jom teruskan explorasi anda..


Apa yang anda akan dapat??

1.Kursus dan Latihan
2. On-Job Training
3.Recommendation kepada syarikat yang relevan
4.Insentif untuk perniagaan





Program ini bermula dengan penyediaan kursus dan latihan yang strategik dan diteruskan dengan penyediaan Latihan di Tempat Kerja (On-Job Training) dan usaha untuk membuat recommendation kepada majikan-majikan yang relevan bagi siswazah-siswazah yang telah menamatkan kursus. Dan bagi siswazah yang mengikuti kursus usahawan, insentif khas akan diusahakan untuk membantu siswazah memulakan perniagaan.



PROGRAM-PROGRAM LATIHAN DAN KURSUS YANG DITAWARKAN 


Program Pengetahuan/Kemahiran
Sijil Program Pembangunan Kemahiran Siswazah Kemahiran sebagai eksekutif dan pentadbir.
Pengurusan diri yang berkesan di tempat kerja.
Sijil Pembangunan Usahawan Muda Kemahiran sebagai usahawan yang berdedikasi, bersemangat waja, berfikiran jauh dan mempunyai daya saing tinggi.
Sijil Perbankan dan Kewangan Islam Pengetahuan asas dalam perbankan dan kewangan Islam.
Sijil Pentadbir IT (IT Administrator) Kemahiran dalam pengurusan hardware (server, switches, routers dll), web design dsb.
Sijil Keselamatan & Selenggara LAN Kemahiran dalam pengurusan server, network design & security dan troubleshooting.
Sijil Analisa Data &Kualiti Kemahiran dalam pengurusan data dan analisa, SPC software dan prosedur kualiti.
Sijil Pentadbiran Pencemaran dan Bahan Buang Kemahiran dalam pengurusan pencemaran, peraturan dan prosedur.
Sijil Fiber Ke Rumah Untuk Juruteknik Kemahiran dalam pengendalian kabel fiber optic dan network.
Sijil Membaiki Komputer Kemahiran membaiki dan trouble shooting (hardware & software).
Sijil Aplikasi dan Pembangunan LED Pengetahuan tentang LED dan semiconductor.
Sijil Penilaian Bunyi Industri dan Alam Sekitar Pengetahuan dalam pengurusan bunyi dan penilaian bunyi.
Sijil Pembantu Perubatan Kemahiran pemeriksaan ibu mengandung dan bayi.
Sijil Kreativiti Dan Inovasi Pengetahuan tentang kreativiti dan inovasi.
Sijil Pengurusan & Operasi Halal Pengetahuan tentang pengurusan pengsijilan halal Malaysia.



MASA DAN TEMPOH KURSUS

Semua kursus di atas akan bermula pada bulan Oktober 2011 dan tempoh kursus adalah berbeza mengikut program (sila rujuk brosur program di bawah ini). Untuk maklumat lanjut berkenaan tarikh kursus boleh hubungi pihak penyelaras.




Klik brosur untuk imej yang lebih jelas




PESERTA PROGRAM

Program ini disasarkan kepada semua siswazah dari negeri Selangor (update: rakyat negeri lain pun boleh join, asalkan ada maklumat tempat tinggal di Selangor ) yang memegang ijazah dan diploma dalam apa juga bidang yang bersesuaian dengan kursus yang ditawarkan.





MAJLIS PELANCARAN

Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor ini akan dirasmikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 30 September 2011 (Jumaat)

Masa : 9.45 pagi

Tempat : Auditorium, Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.


Peta Lokasi




 Lihat Pelancaran Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor [klik] dengan lebih jelas


Untuk lihat aturcara Majlis Pelancaran boleh semak di [Perangsang CSR Event]



JOM PAKAT PERGI RAMAI-RAMAI


Share dengan kawan-kawan sekali yer.. Thanx!! 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor 2011 | Program Tanggungjawab Sosial Korporat "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets