Showing posts with label bola sepak. Show all posts

 

Jadual Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2018 Waktu Malaysia | World Cup Russia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

JERMAN JUARA BERTAHAN

senarai kumpulan piala dunia 2018

Senarai Kumpulan Piala Dunia 2018

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi kejohanan bola sepak paling berprestij akan bermula. Piala Dunia tahun ini bakal berlangsung pada 14 Jun hingga 15 Julai 2018 di Rusia. Sebanyak 32 buah negara sudah melayakkan diri selepas berakhirnya pusingan kelayakan. 



Jerman merupakan juara bertahan dengan kejuaraan sebanyak 4 kali (tahun 1954, 1974, 1990 dan 2014). Semasa Piala Dunia 2014 di Brazil, Jerman membelasah tuan rumah 7-1 dalam pusingan separuh akhir. Adakah Brazil mampu bangkit dalam edisi kali ini? Atau England mampu melakar kejutan? Sama-sama kita nantikan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Pre Season Tour Manchester United 2016 / 2017 | Friendly Match

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

TOUR 2016/17 | MANCHESTER UNITED



Skuad Manchester United bakal memulakan aksi pemanas badan bersama pengurus baru Jose Mourinho hari ini. Kegagalan menamatkan kedudukan liga dalam kelompok 4 teratas memaksa pengurusan tertingi kelab memecat Louis Van Gaal.



Jose Mourinho yang dikenali dengan karektor tegas dan angkuh dilihat layak memikul tugas berat membawa semula United ke tahap sebelumnya. Ketibaan pemain-pemain seperti Zlatan Ibrahimovic dan Henrikh Mkhitaryan serta Eric Bailly membuktikan kepercayaan mereka pada kewibawaan Mourinho.



Mampukah Mourinho mengembalikan zaman kegemilangan United? Kita nantikan perlawanan persahabatan ini untuk menilai sejauh mana kekuatan United untuk bersaing dengan kelab-kelab terkemuka dunia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Perlawanan Piala FA Cup Inggeris 2015/2016 Pusingan 4

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

KELAB ELIT MASIH SELAMAT



Hujung minggu ini akan berlangsung perlawanan pusingan 4 Piala FA Inggeris 2015/2016. Kesemua kelab elit England masih terselamat dari kejutan pusingan terdahulu. Arsenal yang juga juara bertahan mendapat undian di tempat sendiri menentang Burnley.



Manchester United yang semakin bermasalah akan berkunjung ke Derby County untuk meneruskan kemaraan dalam pusingan kalah mati. Manchester City akan menentang Aston Villa dan Chelsea akan menentang MK Dons.



Liverpool  yang baru sahaja layak ke psuingan akhir Piala Capital One akan melayan West Ham di Anfield. Keputusan seri akan membawa kepada perlawanan ulangan di tempat lawan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Perlawanan Piala FA Cup Inggeris 2015/2016 Pusingan 3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

DOMINASI ARSENAL



Minggu ini akan bermula perlawanan Piala FA Inggeris musim 2015/2016. Seperti biasa tiada perlawanan EPL sepanjang minggu dan hanya akan bersambung pada pertengahan minggu depan. Arsenal juara bertahun 2 kali berturut-turut akan melayan kunjungan Sunderland. Manchester United mendapat undian mudah di laman sendiri menentang Sheffield United.



Manchester City akan bertandang ke Carrow Road selepas kekalahan separuh akhir pertama Piala Liga awal pagi tadi kepada Everton. Adakah nasib Pellegrini bakal berakhir hujung musim ini? Semuanya bergantung kepada prestasi semasa mereka.



Liverpool dan Chelsea masing mengharapkan pertandingan sebegini untuk meraih sesuatu kejuaraan di kala prestasi kelab mereka dalam EPL yang agak terumbang ambing. Semua perlawanan akan berlangsung pada 9 - 11 Januari 2015. Perlawanan pilihan akan disiarkan Astro.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Mourinho Dipecat Kali Kedua Sebagai Pengurus Chelsea 2013-2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

PAKAR PECAT?



Chelsea sekali lagi memecat pengurus terbaiknya dalam tempoh 7 tahun. Jose Mourinho nyata bukan pilihan pemilik kelab untuk menyelamatkan kedudukan terkini Chelsea di tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris. Pelik apabila kita kaitkan dengan status juara bulan Mei lalu. Bagaimana skuad dan pengurusan yang hampir sama gagal mengulangi cabaran seperti musim lepas?



Adakah skuad Chelsea semakin berusia atau penjualan Petr Cech ke Arsenal menjadi punca? Ataupun kecederaan penjaga gol nombor satu mereka dalam tempoh lama? Paling hangat diperkatakan adalah mengenai tindakan Mourinho mengkritik kerja doktor wanita kelab yang cuba merawat kecederaan Eden Hazard dalam perlawanan pertama musim ini.



Layanan buruk itu mungkin memberi kesan pada pemain-pemain lain menunjukkan rasa kurang hormat mereka kepada pengurus. Jose Mourinho terkenal sebagai seorang yang lantang dan gemar bermain psikologi minda. Beliau pernah menggelarkan Arsene Wenger sebagai pakar kegagalan. Sekarang beliau pula dilabel sebagai pakar dipecat. Khabar angin mengatakan, Guus Hiddink bakal menjadi julartih sementara Chelsea buat kali kedua. Takziah Chelsea.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Pusingan 16 Terakhir Kalah Mati UEFA Champions League 2015/16

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

HANYA UNITED TERSINGKIR



Manchester United menjadi satu-satunya kelab England yang gagal melepasi peringkat kumpulan untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Ketiadaan penyerang prolifik nyata menyukarkan mereka mencari gol di peringkat Eropah. Secara amnya, pasukan yang ingin mara ke pusingan 16 terakhir perlu memiliki 10 mata dan United hanya mampu mengutip 8 mata dari 6 perlawanan.



Arsenal bangkit pada saat akhir ketika mereka memerlukan kemenangan lebih dari 3 gol dan misi itu menjadi kenyataan ketika beraksi di tempat lawan menentang Olympiacos. Manchester City pula menjadi pasukan pertama dari England yang mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati. Mereka berjaya menjadi juara kumpulan mengetepikan cabaran kuat dari Juventus, juara Serie A.



Chelsea walaupun mempamerkan prestasi tidak konsisten dalam EPL, berjaya layak dengan menjadi juara kumpulan. Ini bermakna mereka bersama Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich bakal mengelak dari bertemu juara kumpulan lain.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Kejohanan Piala EURO 2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

BELGIUM DALAM KUMPULAN MAUT



Acara cabutan undian peringkat kumpulan kejohanan EURO 2016 di Perancis tahun depan berakhir pagi Ahad dengan jayanya. Sebanyak 24 pasukan yang layak dari pusingan kelayakan dan play-off telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Dalam edisi sebelum ini, hanya 16 pasukan sahaja yang dipilih ke pusingan akhir EURO.



Undian paling menarik dalam kumpulan E di mana pasukan nombor satu dunia, Belgium diundi bersama bekas juara dunia dan Eropah, Italy bersama-sama Sweden dan Ireland. Sementara itu, tuan rumah Perancis mendapat undian mudah bersama Romania, Albania dan Switzerland.



Juara bertahan Sepanyol berada dalam kumpulan D bersama negara Czech Republic, Turkey dan Croatia. England pula diletakkan dalam kumpulan B dengan Russia, Wales dan Slovakia. Juara dan naib juara kumpulan akan layak ke pusingan kedua. Tambahan 4 lagi pasukan tempat ketiga terbaik akan melengkapkan senarai 16 pasukan ke peringkat seterusnya.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Undian Perlawanan Separuh Akhir Capital One Cup 2015/16

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

LIVERPOOL PASUKAN PILIHAN?



Kehadiran Jurgen Klopp ternyata mengubah nasib pasukan Liverpool menjadi pasukan pilihan untuk memenangi Piala Capital One Cup musim 2015/2016. Kejayaan membenam Southampton 6-1 di tempat lawan membuka mata pengkritik bola sepak England. Pasukan yang dirundung masalah prestasi di awal musim dan kecederaan kepada pemain utama kini mempamerkan corak permainan menarik dan pantas.



Biarpun dikejutkan dengan gol awal Southampton ketika masa perlawanan baru memasuki 43 saat, namun semangat juang pemain Liverpool tidak pernah lutur. Begitulah impak pengurus berkarisma dari Jerman itu sehingga ada yang memberi harapan pasukan ini mampu mencabar gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.



Manchester City, Everton dan Stoke masing-masing layak ke pusingan separuh akhir Piala Capital One. Mereka perlu bermain dalam 2 perlawanan timbal balik bermula bulan Januari 2016. Mengikut pengalaman sebagai seorang pemain Football Manager, jadual perlawanan akan menjadi lebih padat dengan penambahan 2 perlawanan ini. Apatah lagi jika pasukan itu terlibat dalam pertandingan peringkat Eropah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Suku Akhir Capital One Cup 2015/2016 Waktu Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

TINGGAL CITY DAN LIVERPOOL



Kekalahan mengejut Chelsea, Arsenal dan Manchester United di psuingan ke-4 Piala Capital One 2015/2016 memberi peluang kepada pasukan pilihan Manchester City dan Liverpool merangkul trofi pertama musim ini. Perlawanan minggu ini akan menjadi penentu pasukan mana yang akan layak ke pusingan separuh akhir.



Manchester City mendapat undian paling mudah dengan bermain di laman sendiri menentang pasukan divisyen bawah Hull City. Namun dalam pertandingan seumpama ini, pasukan elit terutamanya tidak boleh mengambil mudah cabaran pasukan kerdil ini kerana sejarah telah menyaksikan banyak kejutan berlaku lebih-lebih lagi di final.



Liverpool yang semakin meningkat di bawah kendalian pengurus Jerman, Klopp berpeluang mara ke pusingan seterusnya jika melepasi halangan di Stadium St. Mary's bertemu Southampton. Dua lagi perlawanan antara Stoke dan Sheffield serta Middlesbrough dengan Everton.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai terkini kelab yang layak ke pusingan kalah mati UEFA Champions League 2015/2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

JUARA BERTAHAN MARA



Setakat 5 perlawanan yang baru berakhir awal pagi tadi, beberapa kelab elit Eropah mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir. Antaranya juara bertahan Barcelona, Bayern Munich, PSG dan Real Madrid. Manchester City pula menjadi pasukan pertama dari England yang layak ke pusingan kalah mati musim ini.



Nasib kelab Manchester United, Chelsea dan Arsenal hanya akan diketahui dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Hanya kemenangan sahaja yang dapat menjamin tempat mereka ke pusingan seterusnya. Walaubagaimanapun, peluang Arsenal dilihat lebih sukar kerana perlu menang tanpa bolos atau lebih daripada 4 jaringan.



Kelebihan akan memihak kepada pasukan yang mengesahkan status juara kerana akan mengelak dari bertemu juara kumpulan lain dan mendapat undian beraksi di laman sendiri dalam perlawanan kedua timbal balik.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Siaran Langsung Real Madrid vs Barcelona El Clasico 22 November 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

UJIAN BESAR BENITEZ


Keputusan akhir : Real Madrid 0-4 Barcelona

Rafa Benitez akan mengendali pasukan Real Madrid dalam siri El Clasico pertama musim ini. Setelah mengambil alih jawatan pengurus daripada Carlo Ancelotti, ramai yang kurang menyenangi taktik bertahan Real. Ketika ini mereka berada di belakang pendahulu liga Barcelona dengan 3 mata ekoran kekalahan kepada Sevilla.



Barcelona pula bakal mendapat semula khidmat penyerang berbisa mereka, Lionel Messi yang kembali pulih dari kecederaan sejak bulan September. Gandingan Messi bersama Neymar dan Suarez mampu mendatangkan masalah kepada pertahanan Real Madrid.



Rekod musim lepas agak seimbang dengan Real Madrid dan Barcelona memenangi perlawanan di gelanggang masing-masing. Kali ini jika Barcelona menang mereka akan terus menjarakkan kedudukan dengan Real Madrid kepada 6 mata. Jika Madrid menang, mereka akan kembali ke puncak La Liga dengan kelebihan jaringan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Siaran Langsung Malaysia vs UAE 17 November 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

PELUANG TEBUS MARUAH


Keputusan akhir : Malaysia 1-2 UAE


Misi berat bakal menanti anak buah Datuk Ong Kim Swee malam ini. Kekalahan besar pada Palestin minggu lepas memberi tamparan hebat kepada pemain dan peminat bola sepak tanah air. Tatkala harapan besar digalas dan isu lokasi perlawanan yang terpaksa diubah, Harimau Malaya jelas tidak bermaya menangkis serangan bertali arus pasukan timur tengah itu.



Masih ingatkah kekalahan 0-10 di tangan UAE yang membawa kepada perletakan jawatan Dollah Salleh? Mampukah kita mencapai kemenangan di hadapan penyokong sendiri? Moral pemain perlu dipulihkan segera jika Malaysia mengimpikan sekurang-kurangnya 1 mata.



Jika kita tidak mampu menyerang dengan baik, lebih baik fokus pada bahagian pertahanan untuk mengurangkan jumlah gol yang bakal dibolosi. Perancangan taktikal seperti menentang Arab Saudi masih boleh diguna pakai. Harapnya tiada lagi insiden amukan Ultras Malaya malam ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Siaran Langsung Perlawanan Amal Pasukan David Beckham vs Zinedine Zidane UNICEF | 14 November 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

BILA PEMAIN LAGENDA BERTEMU


Keputusan akhir : GB XI 3-1 World XI

Perlawanan amal UNICEF malam ini akan mempertemukan pemain-pemain lagenda dunia. Antaranya David Beckham, Zinedane Zidane, Michael Owen, David Seaman, Cafu, Luis Figo, Ronaldinho, Patrick Vieira dan ramai lagi. Kutipan dari jualan tiket akan disalurkan kepada UNICEF dalam usaha mereka membantu kanak-kanak yang malang.



Pasukan Great Britain dan Ireland yang diketuai Beckham akan dikendalikan oleh Sir Alex Ferguson. Majoriti pemain adalah mereka yang pernah bermain di Liga Perdana Inggeris dimonopoli pemain Manchester United. Lawan mereka adalah pasukan dunia yang diketuai Zidane dan diuruskan Carlo Ancelotti.



Bukan sahaja pemain lagenda yang akan memeriahkan perlawanan, tetapi pengadil sensasi Pierluigi Collina juga akan turut serta. Stadium Old Trafford akan kembali menyaksikan Sir Alex Ferguson dan pemain-pemain lagenda mereka beraksi malam ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Siaran Langsung Malaysia vs Palestin 12 November 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

HARIMAU SEMAKIN GARANG


Keputusan akhir : Malaysia 0-6 Palestin


Malaysia akhirnya mendapat kemenangan sulung dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 / Piala Asia 2019 di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee. Lebih menariknya keputusan tersebut diperoleh di tempat lawan ketika menentang Timor Leste. Sebenarnya pemain kita mempunyai semangat dan kehebatan tersendiri. Cuma taktikal perlu tepat.



Malam ini mereka akan melayan negara Palestin di tempat berkecuali atas permintaan kerana isu peperangan yang tercetus di bumi Palestin. Ketika ini pasukan Harimau Malaya berada di tempat ke-4 dengan 1 kemenangan, 1 seri dan 3 kekalahan dari 5 perlawanan. Peluang untuk layak ke Piala Dunia sudah tertutup hanya kelayakan play off Piala Asia yang boleh dicapai.



Dalam perlawanan siri pertama di Bukit Jalil, pasukan negara dibelasah 0-6 oleh Palestin yang menyebabkan para penyokong menyuarakan ketidakpuasan hati kepada FAM. Rentetan itu jurulatih Dolah Salleh meletak jawatan dan kini nasib pasukan Malaysia nampak lebih menyakinkan di bawah kendali Datuk OKS.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Final Piala AFC Kelab JDT vs FC Istiklol 31 Oktober 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

SEJARAH TERCIPTA 


Keputusan akhir : JDT 1-0 FC Istiklol
Johor Darul Takzim (JDT) melakar sejarah sebagai kelab pertama dari Asia Tenggara yang berjaya mara ke pusingan akhir Piala AFC malam ini. Biar pun hanya layak atas faktor luar jangkaan tetapi segalanya tidak akan berhasil tanpa usaha yang gigih. Penggantungan ke atas Persatuan Bola Sepak Kuwait menyaksikan dua wakil kelab mereka yang berjaya mara ke pusingan separuh akhir terpaksa dibatalkan.



JDT yang mewakili Malaysia tewas 1-3 kepada juara bertahan Qadsia manakala FC Istiklol ketinggalam 0-4 kepada Kuwait SC dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala AFC 2015. Malam ini merupakan pertemuan penting kedua pasukan dan FC Istiklol memiliki kelebihan kerana beraksi di laman sendiri.



Peminat pasukan Pahang sudah pasti tahu akan kekuatan FC Istiklol ketika membelasah pasukan mereka 4-0 di gelanggang yang sama. Malam ini seluruh rakyat Malaysia harus bersatu menyokong wakil negara untuk melakar sejarah pasukan pertama menjuarai Piala AFC 2015!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Penuh Perlawanan Piala Capital One 2015/2016 Pusingan 4 | Chelsea & Arsenal Kalah

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

JUARA BERTAHAN TERSINGKIR



Kejutan demi kejutan berlaku dalam bola sepak England sejak akhir-akhir ini. Awal pagi tadi, Chelsea dan Arsenal masing-masing tersingkir dari pertandingan Piala Capital One musim 2015/2016. Chelsea yang juga juara bertahan terpaksa akur dengan kekentalan pemain Stoke City biarpun bermain hanya 10 pemain dalam masa tambahan.



Dalam penentuan sepakan penalti, Eden Hazard pemenang pemain terbaik EPL musim lalu gagal menyempurnakan sepakan terakhir sekaligus memberi kemenangan kepada pasukan tuan rumah. Apa sudah jadi dengan pasukan Chelsea?? Jose Mourinho sudah pasti berada dalam keadaan tertekan ketika ini dengan Liverpool bakal menjadi perlawanan penentu masa depan beliau.



Pasukan muda Arsenal juga tumbang di tempat lawan ditambah dengan kecederaan Theo Walcott dan Alex Oxlade-Chamberlain. Arsene Wenger tidak wajar dipersalahkan kerana selaku pengurus yang mengendalikan pasukan yang bermain dalam pelbagai pertandingan sudah pasti beliau mahu merehatkan pemain utama di samping memberi peluang kepada pemain remaja.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Timor Leste 13 Oktober 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

HARIMAU MALAYA TERCOROT


Keputusan semasa : Malaysia 1-0 Timor Leste

Malaysia bakal meneruskan cabaran kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 biarpun harapan yang tinggal semakin tipis. Kekalahan 0-3 kepada Arab Saudi ekoran insiden memalukan tempoh hari lebih menyukarkan keadaan. Pusingan pertama berakhir dengan Harimau Malaya berada di tangga tercorot kumpulan A mengutip 1 mata.



Dalam perlawanan menentang Timor Leste Jun lalu, kita sekadar mampu seri 1-1 selepas gol masa kecederaan Timor Leste. Petang ini pasukan kebangsaan akan bermain di tempat lawan yang sebelum ini mengikat negara Palestin dengan keputusan 1-1. Datuk Ong Kim Swee masih yakin dengan kebolehan anak buah beliau walaupun Timor Leste memiliki fizikal dan teknikal yang lebih baik.



Diharapkan pasukan Malaysia bakal mencatat keputusan membanggakan untuk mencerahkan semula peluang mencuri tiket terakhir melalui slot play-off. Sayang seribu kali sayang kerana pemain sudah bermain dengan baik menentang Arab Saudi namun terpaksa ditamatkan ekoran kekecohan yang dirancang.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Nama 23 Pemain Malaysia vs Laos dan Timor Leste Oktober 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ONG KIM SWEE JURULATIH TERBAIK



Pengendali sementara pasukan Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan pemilihan 23 pemain yang akan bermain menentang Laos pada 8 Oktober dan Timor Leste pada 13 Oktober depan. JDT mendahului senarai dengan 7 orang wakil diikuti Pahang (4), Kelantan (3), Terengganu (2), Felda United (2), Harimau Muda B (2) serta masing-masing seorang wakil dari Selangor, Kedah dan Perak.



Insiden kekecohan di Shah Alam tempoh hari menjadi titik klimaks kepada permasalahan yang berlaku pada pasukan negara. Agak malang apabila perkara sedemikian terjadi di kala tugas jurulatih diambil alih oleh Datuk Ong Kim Swee. Pada pendapat aku, beliau merupakan calon paling sesuai memimpin pasukan Malaysia.



Biarpun tiada rekod menakjubkan sebelum ini selain juara Sukan SEA, tetapi potensi OKS menampakkan karisma beliau selaku jurulatih berkaliber. Dari pemilihan pemain yang telus mengikut prestasi semasa dan posisi serta susunan strategi yang bijak menjadikan beliau calon terbaik untuk mengisi kekosongan itu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Capital One Cup 2015/2016 | Pusingan 4

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

UNITED DAPAT UNDIAN MUDAH



Manchester United berjaya melepasi halangan pertama dalam pertandingan Piala Capital One yang menyaksikan mereka mara ke pusingan ke-4 bersama-sama beberapa kelab elit England yang lain. Kemenangan ini sangat diperlukan apatah lagi setelah kekecewaan akibat tersingat seawal pusingan ke-2 musim lalu kepada pencabar kelab divisyen 3 MK Dons.



Louis Van Gaal menurunkan kesebelasan terbaik dengan hanya Andreas Perreira sahaja pemain remaja yang tersenarai. Pengajaran dari episod duka itu nyata memberi gambaran baru kepada beliau bagaimana kejutan boleh berlaku kepada kelab besar dalam perlawanan kalah mati. Kebanyakan kelab elit hanya menurunkan barisan kedua untuk memberi masa bermain kepada pemain lain.



Setakat ini Chelsea (juara bertahan), Manchester City, Arsenal dan Liverpool masih terselamat dan mengiringi United ke pusingan seterusnya. Dalam undian Piala Liga Inggeris ini, kebanyakan pasukan berharap untuk bermain di tempat sendiri dan bertemu pasukan yang kurang ternama untuk mencerahkan peluang.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Penuh Perlawanan Piala Capital One 2015/2016 | Pusingan 3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

CHELSEA JUARA BERTAHAN



Piala Capital One telah memasuki pusingan ketiga awal pagi tadi. Sebanyak 32 pasukan yang telah layak akan merebut 16 tempat ke pusingan seterusnya. Lupakan sejenak perlawanan EPL yang bakal bersambung hujung minggu nanti. Perlawanan ini akan dijadikan medan peluang untuk pemain-pemain simpanan dan remaja kelab untuk menunjukkan bakat mereka.



Perlawanan tumpuan untuk pusingan ini akan menemukan musuh setempat London antara Arsenal dan Totteham. Salah satu akan tersingkir awal dan mempunyai masa yang lebih untuk fokus pada pertandingan lain. Antara kelab EPL yang telah mara ke pusingan 4 adalah Manchester City, Everton, Bournemouth, Aston Villa, Stoke dan Leicester.



8 lagi perlawanan akan berlangsung awal pagi esok. Rujuk jadual waktu perlawanan di sini. Chelsea, Arsenal, Liverpool dan Manchester United dijangka mampu meneruskan saingan dan menewaskan lawan masing-masing.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/