Showing posts with label undian. Show all posts

 

Jadual Keputusan Perlawanan Piala FA Cup Inggeris 2015/2016 Pusingan 4

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

KELAB ELIT MASIH SELAMAT



Hujung minggu ini akan berlangsung perlawanan pusingan 4 Piala FA Inggeris 2015/2016. Kesemua kelab elit England masih terselamat dari kejutan pusingan terdahulu. Arsenal yang juga juara bertahan mendapat undian di tempat sendiri menentang Burnley.



Manchester United yang semakin bermasalah akan berkunjung ke Derby County untuk meneruskan kemaraan dalam pusingan kalah mati. Manchester City akan menentang Aston Villa dan Chelsea akan menentang MK Dons.



Liverpool  yang baru sahaja layak ke psuingan akhir Piala Capital One akan melayan West Ham di Anfield. Keputusan seri akan membawa kepada perlawanan ulangan di tempat lawan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Perlawanan Piala FA Cup Inggeris 2015/2016 Pusingan 3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

DOMINASI ARSENAL



Minggu ini akan bermula perlawanan Piala FA Inggeris musim 2015/2016. Seperti biasa tiada perlawanan EPL sepanjang minggu dan hanya akan bersambung pada pertengahan minggu depan. Arsenal juara bertahun 2 kali berturut-turut akan melayan kunjungan Sunderland. Manchester United mendapat undian mudah di laman sendiri menentang Sheffield United.



Manchester City akan bertandang ke Carrow Road selepas kekalahan separuh akhir pertama Piala Liga awal pagi tadi kepada Everton. Adakah nasib Pellegrini bakal berakhir hujung musim ini? Semuanya bergantung kepada prestasi semasa mereka.



Liverpool dan Chelsea masing mengharapkan pertandingan sebegini untuk meraih sesuatu kejuaraan di kala prestasi kelab mereka dalam EPL yang agak terumbang ambing. Semua perlawanan akan berlangsung pada 9 - 11 Januari 2015. Perlawanan pilihan akan disiarkan Astro.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Pusingan 16 Terakhir Kalah Mati UEFA Champions League 2015/16

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

HANYA UNITED TERSINGKIR



Manchester United menjadi satu-satunya kelab England yang gagal melepasi peringkat kumpulan untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Ketiadaan penyerang prolifik nyata menyukarkan mereka mencari gol di peringkat Eropah. Secara amnya, pasukan yang ingin mara ke pusingan 16 terakhir perlu memiliki 10 mata dan United hanya mampu mengutip 8 mata dari 6 perlawanan.



Arsenal bangkit pada saat akhir ketika mereka memerlukan kemenangan lebih dari 3 gol dan misi itu menjadi kenyataan ketika beraksi di tempat lawan menentang Olympiacos. Manchester City pula menjadi pasukan pertama dari England yang mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati. Mereka berjaya menjadi juara kumpulan mengetepikan cabaran kuat dari Juventus, juara Serie A.



Chelsea walaupun mempamerkan prestasi tidak konsisten dalam EPL, berjaya layak dengan menjadi juara kumpulan. Ini bermakna mereka bersama Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich bakal mengelak dari bertemu juara kumpulan lain.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Kejohanan Piala EURO 2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

BELGIUM DALAM KUMPULAN MAUT



Acara cabutan undian peringkat kumpulan kejohanan EURO 2016 di Perancis tahun depan berakhir pagi Ahad dengan jayanya. Sebanyak 24 pasukan yang layak dari pusingan kelayakan dan play-off telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Dalam edisi sebelum ini, hanya 16 pasukan sahaja yang dipilih ke pusingan akhir EURO.



Undian paling menarik dalam kumpulan E di mana pasukan nombor satu dunia, Belgium diundi bersama bekas juara dunia dan Eropah, Italy bersama-sama Sweden dan Ireland. Sementara itu, tuan rumah Perancis mendapat undian mudah bersama Romania, Albania dan Switzerland.



Juara bertahan Sepanyol berada dalam kumpulan D bersama negara Czech Republic, Turkey dan Croatia. England pula diletakkan dalam kumpulan B dengan Russia, Wales dan Slovakia. Juara dan naib juara kumpulan akan layak ke pusingan kedua. Tambahan 4 lagi pasukan tempat ketiga terbaik akan melengkapkan senarai 16 pasukan ke peringkat seterusnya.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Suku Akhir Capital One Cup 2015/2016 Waktu Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

TINGGAL CITY DAN LIVERPOOL



Kekalahan mengejut Chelsea, Arsenal dan Manchester United di psuingan ke-4 Piala Capital One 2015/2016 memberi peluang kepada pasukan pilihan Manchester City dan Liverpool merangkul trofi pertama musim ini. Perlawanan minggu ini akan menjadi penentu pasukan mana yang akan layak ke pusingan separuh akhir.



Manchester City mendapat undian paling mudah dengan bermain di laman sendiri menentang pasukan divisyen bawah Hull City. Namun dalam pertandingan seumpama ini, pasukan elit terutamanya tidak boleh mengambil mudah cabaran pasukan kerdil ini kerana sejarah telah menyaksikan banyak kejutan berlaku lebih-lebih lagi di final.



Liverpool yang semakin meningkat di bawah kendalian pengurus Jerman, Klopp berpeluang mara ke pusingan seterusnya jika melepasi halangan di Stadium St. Mary's bertemu Southampton. Dua lagi perlawanan antara Stoke dan Sheffield serta Middlesbrough dengan Everton.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Capital One Cup 2015/2016 | Pusingan 4

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

UNITED DAPAT UNDIAN MUDAH



Manchester United berjaya melepasi halangan pertama dalam pertandingan Piala Capital One yang menyaksikan mereka mara ke pusingan ke-4 bersama-sama beberapa kelab elit England yang lain. Kemenangan ini sangat diperlukan apatah lagi setelah kekecewaan akibat tersingat seawal pusingan ke-2 musim lalu kepada pencabar kelab divisyen 3 MK Dons.



Louis Van Gaal menurunkan kesebelasan terbaik dengan hanya Andreas Perreira sahaja pemain remaja yang tersenarai. Pengajaran dari episod duka itu nyata memberi gambaran baru kepada beliau bagaimana kejutan boleh berlaku kepada kelab besar dalam perlawanan kalah mati. Kebanyakan kelab elit hanya menurunkan barisan kedua untuk memberi masa bermain kepada pemain lain.



Setakat ini Chelsea (juara bertahan), Manchester City, Arsenal dan Liverpool masih terselamat dan mengiringi United ke pusingan seterusnya. Dalam undian Piala Liga Inggeris ini, kebanyakan pasukan berharap untuk bermain di tempat sendiri dan bertemu pasukan yang kurang ternama untuk mencerahkan peluang.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Undian Peringkat Kumpulan UEFA Champions League 2015/16 | Liga Juara-Juara Eropah

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

TIADA KELIBAT LIVERPOOL

JADUAL UNDIAN BALANG KUMPULAN LIGA JUARA EROPAH 2015



Sesi undian peringkat kumpulan malam ini dijangka hebat dengan buat pertama kalinya format pengasingan balang dibuat berdasarkan pemenang liga-liga utama Eropah. Sebelum ini penyusunan dilakukan mengikut ranking coefficient Eropah. Ini bermakna juara liga Sepanyol, Italy, England, Germany, Portugal, Perancis, Russia dan juara bertahan akan berada dalam balang 1.



Namun disebabkan juara liga Sepanyol dan juara UCL adalah pasukan yang sama iaitu Barcelona, maka juara liga Belanda akan mengambil tempat juga dalam balang 1. Kelab elit lain seperti Real Madrid, Arsenal, Manchester City, Manchester United dan Atletico Madrid pula diletakkan dalam balang 2.



Kemungkinan besar malam ini kita dapat melihat kumpulan maut yang mengumpulkan kelab-kelab elit dengan syarat bukan dari liga tempatan yang sama. Chelsea yang juga juara England tidak dibenarkan diundi bersama Arsenal, Manchester City dan Manchester United. Begitu juga Barcelona dengan Real Madrid, Atletico Madrid, Valencia dan Sevilla.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Pusingan Ke-3 Piala Liga Inggeris 2015/16 | 3rd Round Capital One Cup

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

ARSENAL SEKALI LAGI DAPAT UNDIAN SUKAR



Undian yang berlangsung pagi tadi lebih terarah kepada pertembungan musuh setempat antara Arsenal dan Tottenham Hotspur. Benar kata orang, dalam pusingan kalah mati anda perlukan nasib untuk mengelak dari bertemua dengan pasukan kuat di pusingan awal selain mengharapkan perlawanan di laman sendiri.



Ini bermakna dalam pertandingan Piala Capital One 2015/2016 sama ada Arsenal atau Tottenham akan tersingkir lebih awal. Tottenham merupakan pasukan naib juara kejohanan musim lalu sebelum tewas kepada pasukan juara, Chelsea 0-2. Dalam undian lain, Manchester United yang diaibkan kelab bawahan dalam pusingan ke-2, MK Dons akan melayan kunjungan Ipswich Town di Old Trafford.



Chelsea akan bertandang ke Walsall dan Manchester City diundi menentang Sunderland dalam satu lagi pertemuan kelab EPL. Liverpool pula akan menanti kehadiran kelab bawahan Carlisle. Menjadi kebiasaan kepada kelab-kelab besar untuk menamakan skuad kedua dalam perlawanan Piala Liga Inggeris kerana komitmen yang lebih tinggi diperlukan dalam kejohanan Eropah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Undian Pusingan Play Off UCL 2015/2016 : Nasib Manchester United Petang Ini

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

SIAPA LAWAN UNITED?


Updates : Manchester United vs Club Brugge

Nasib United dalam laluan ke peringkat kumpulan Kejohanan Liga Juara-Juara Eropah akan diketahui petang ini. Kejayaan menamatkan Liga Perdana Inggeris di tangga ke-4 hanya mengesahkan slot ke pusingan play-off sahaja. Kemudian mereka akan bertarung dalam 2 perlawanan timbal balik dan keputusan agregat menentukan pasukan yang layak untuk diundi dalam peringkat kumpulan UCL.



Disebabkan kutipan mata yang tinggi dalam ranking kelab Eropah, Manchester United diasingkan dari pencabar kuat yang lain. Hanya 5 kelab sahaja yang boleh diundi antaranya Monaco, Lazio, CSKA Moscow, Club Brugge atau Rapid Vienna. Undian dijangka pada jam 6.00 pm 7 Ogos 2015 dan anda boleh saksikan siaran langsung di laman web UEFA.



Dari 5 kelab itu, Lazio, Monaco dan CSKA Moscow merupakan lawan yang agak sukar untuk Manchester United. Peminat-peminat sudah tentu mengharapkan supaya United mendapat lawan yang lebih mudah untuk memberi peluang lebih cerah ke Liga Juara-Juara Eropah 2015/2016. Perlawanan timbal balik dijadualkan pada 19/20 dan 26/27 Ogos nanti.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Undian Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Eropah

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

ENGLAND DALAM BAHAYA



England akan mengetahui nasib mereka dalam undian kumpulan kelayakan Piala Dunia 2018 malam ini. Pencapaian mereka dalam Kelayakan EURO 2016 dengan 6 kemenangan berturut-turut melonjakkan mereka ke ranking 10 teratas. Ini bermakna dalam Zon Eropah, England akan berada dalam balang 1 bersama juara dunia Germany, Belgium, Holland, Romania, Wales, Portugal, Spain dan Croatia.



Walaupun begitu, England masih belum selamat kerana Italy dan France berada di dalam balang 2 dan boleh diundi bersama dalam 1 kumpulan. Dalam balang 3, Sweden akan menjadi pencabar paling kuat manakala Ireland antara saingan yang menanti dalam balang 4. 



Setiap negara akan diundi dalam kumpulan 6 dan 5 pasukan bergantung kepada penentuan penyiaran siaran langsung. Bagi mereka yang berminat untuk melihat secara langsung undian malam ini boleh berbuat demikian seperti butiran maklumat di bawah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siapa Lawan Manchester United di Play Off UEFA Champions League 2015/2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

LAZIO DAN MONACO MENANTI



Manchester United belum boleh menarik nafas lega walaupun berjaya menduduki tempat ke-4 EPL kerana perlawanan pusingan play off UEFA Champions League bakal bermula bulan Ogos depan. Mereka masih perlu melepasi halangan ini untuk melayakkan diri dalam undian peringkat kumpulan UCL 2015/2016.



Sebagai persediaan, Louis Van Gaal telah mengatur jadual perlawanan pemanas badan pra musim di Amerika Syarikat pada 1 Syawal ini hingga hujung bulan. Antara lawan yang bakal menguji kekuatan United adalah Club America dari Mexico, San Jose EarthQuakes (USA), Barcelona (Spain) dan Paris Saint German (France).



Peminat United seluruh dunia pastinya mahu kelab mereka kembali ke UEFA Champions League setelah setahun 'direhatkan'. Kehadiran pemain baru seperti Depay, Darmian & kemungkinan Schneiderlin dilihat mampu memperkuatkan serangan dan pertahanan United.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Kejohanan Copa America 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

BRAZIL ATAU ARGENTINA


Jadual lengkap perlawanan Copa Amerika 2015 [Klik sini]

Kejohanan Copa America bakal berlangsung bulan ini bermula 11 Jun hingga 4 Julai 2015. Edisi ke-44 ini merupakan kejohanan terbesar bagi benua Amerika Selatan dan Chile dipilih selaku tuan rumah. Ianya akan dikelolakan oleh CONMEBOL, persatuan bola sepak bagi rantau Amerika Selatan. Pertandingan ini diadakan 4 tahun sekali dan Uruguay merupakan juara bertahan untuk edisi Copa Amerika 2011.



Sebanyak 12 pasukan akan berentap di mana 10 negara berasal dari Amerika Selatan kecuali Mexico (Amerika Utara) dan Jamaica (Jemputan). Pemenang Copa Amerika 2015 akan melayakkan diri ke Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2017 di Russia. Brazil dan Argentina masing-masing diletakkan sebagai pasukan pilihan.



Dalam undian peringkat kumpulan yang telah dijalankan pada November tahun lepas, 12 pasukan akan dibahagikan dalam 3 kumpulan. Ini bermakna setiap kumpulan mengandungi 4 negara. 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak secara automatik ke separuh akhir. 3 pasukan tempat ketiga setiap kumpulan akan merebut slot 2 terakhir mengikut jumlah mata, perbezaan jaringan dan jumlah jaringan terbanyak.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

DEBARAN SEPARUH AKHIR


Semak jadual UEFA Champions League 2014/2015 [Klik]

Berikut adalah senarai pasukan yang akan diundi dalam pusingan semi final 24 April 2015

REAL MADRID
BARCELONA
JUVENTUS
BAYERN MUNICH

Keputusan Undian Separuh Akhir UCL 2014/2015

Real Madrid vs Juventus
Bayern Munich vs Barcelona

Ikuti Siaran Langsung Undian Separuh Akhir UEFA Champions League

24 April 2015 (Jumaat)

6.00 pm waktu Malaysia

Live @ Astro SuperSport (810) HD (831)

Live Streaming [Klik]

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pasukan Yang Layak Ke Separuh Akhir UEFA Champions League 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

TIADA KEJUTAN

JADUAL SEMI FINAL LIGA JUARA-JUARA EROPAH 2015



Hanya tinggal 4 pasukan sahaja dalam saingan UEFA Champions League musim ini. Seperti dijangka kesemua pasukan pilihan berjaya melepasi halangan suku akhir yang penuh dramatik. Bayern Munich terpaksa bangkit dari ketinggalan 1-3 dari perlawanan pertama untuk menang 6-1 dalam perlawanan kedua.



Barcelona meyekat kemaraan PSG dengan kemenangan selesa 5-1 secara aggregat. Juventus pula berjaya mempertahankan kubu mereka dari dibolosi oleh kelab Monaco dalam 2 perlawanan dengan kemenangan tipis 1-0. Real Madrid memerlukan masa 178 minit untuk menjaringkan gol tunggal ke atas musuh setempat Atletico Madrid untuk layak ke separuh akhir.



Undian pusingan separuh akhir dijadualkan pada petang esok. Nantikan infomasi terkini dari Blog Kafe Que. Ramai yang akan menantikan kelab mana yang akan mendapat undian lebih mudah. Real Madrid dengan gelaran juara bertahan. Juventus akhirnya berjaya melepasi hingga ke separuh akhir setelah lebih 10 tahun gagal. Barcelona dan Bayern Munich agak konsisten dalam pusingan kalah mati.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Calon-Calon Pemenang Anugerah Pemain Terbaik EPL Musim 2014/2015 | PFA

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

HAZARD CALON PILIHAN



Enam pemain English Premier League telah disenarai pendek sebagai pemenang PFA Players' Player Of The Year tahun 2015. Pemilihan ini berdasarkan undian yang dilakukan oleh semua pemain yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.



Mereka adalah Diego Costa dan Eden Hazard (Chelsea), Alexis Sanchez (Arsenal), Philippe Coutinho (Liverpool), Harry Kane (Tottenham) dan David De Gea (Manchester United). Musim lalu penjaring terbanyak EPL, Luis Suarez memenangi anugerah tersebut.



Sergio Aguero yang menjaringkan 20 gol setakat ini gagal tersenarai dan penampilan sulung yang mantap dipamerkan Harry Kane dalam EPL berjaya memikat undian pemain. Keputusan akan diumumkan pada 26 April 2015. Coutinho, De Gea, Hazard and Kane juga dalam senarai anugerah Young Player Of The Year bersama Thibaut Courtois dan Raheem Sterling.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Separuh Akhir Piala FA Inggeris 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

TINGGAL ARSENAL DAN LIVERPOOL

SEPARUH AKHIR PIALA ENGLISH ENGLAND 2015, PIALA FA PUSINGAN SEMI FINAL ASTRO WAKTU MALAYSIA


Pasukan Arsenal dan Liverpool tidak akan bermain perlawanan EPL hujung minggu ini kerana komitmen mereka dalam Piala FA Inggeris yang sudah memasuki pusingan separuh akhir. Kejayaan Arsenal menewaskan Manchester United di pusingan suku akhir memberikan kelebihan kepada mereka untuk mempertahankan satu-satunya piala yang dimenangi dalam tempoh 9 tahun itu.



Liverpool pula dipaksa untuk bermain dalam 2 perlawanan menentang Blackburn disebabkan keputusan seri 0-0 di Anfield. Coutinho menjadi wira Liverpool dengan gol tunggal dalam perlawanan ulangan di Eword Park sekaligus memberi harapan satu piala musim ini. Dalam sesi undian yang diadakan sebelum ini menyaksikan kedua pasukan Liverpool dan Arsenal terpisah dalam saingan separuh akhir nanti.



Arsenal yang juga juara bertahan akan menentang kelab divisyen 2, Reading manakala Liverpool mendapat undian kelab EPL, Aston Villa. Jangkaan peminat bola sepak semestinya mengharapkan Arsenal dan Liverpool berentap di final Piala FA Inggeris untuk membuktikan pasukan mana lebih handal. Perlawanan semi final nanti akan diadakan di Stadium Wembley (neutral).

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Kelayakan Piala Dunia 2018 Dan Piala Asia 2019 Zon AFC | Nasib Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

DOLLAH HARAPKAN KEAJAIBAN



Petang ini nasib Malaysia bakal diketahui dengan pasukan manakah kita akan diletakkan dalam undian Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia. Dari 40 buah negara Asia (AFC) yang disenarai pendek, Malaysia berada dalam balang ke-5 atau  balang terakhir mengikut ranking semasa. Mungkinkah kekalahan kepada Oman tempoh hari akan membawa tuah dalam penentuan kumpulan nanti?



Jika dilihat dari sudut kebarangkalian, Malaysia boleh diundi bersama majoriti pasukan dari rantau Asia Tenggara kerana balang 2 hingga 4 terdapat wakil seperti Vietnam (balang 2), Filipina dan Thailand (Balang 3), Myanmar, Indonesia dan Singapura (balang 4). Semuanya bergantung kepada sejauh mana nasib Malaysia sama ada bertuah atau sebaliknya.



40 negara ini akan dibahagikan kepada 8 kumpulan dengan 5 negara masing-masing untuk setiap kumpulan. Juara setiap kumpulan serta 4 pasukan terbaik ditempat kedua akan bermain di pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018. 3 pasukan teratas dari 12 pasukan ini akan layak ke Piala Dunia 2018 secara automatik, manakala pasukan keempat bermain playoff bertemu juara Zon Oceania. 12 pasukan terakhir ini juga layak secara automatik ke Piala Asia 2019.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

TIADA WAKIL ENGLAND



Prestasi kelab-kelab EPL menunjukkan penurunan sejak 4 tahun kebelakangan ini. Kegagalan ini menyamai rekod pada tahun 2013 di mana tiada satu pun wakil EPL beraksi di pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah. Biarpun jendela perpindahan di England tampak meriah dengan kehadiran ramai pemain bintang, namun corak permainan fizikal dan pantas menjadi punca ramai antara mereka gagal menyerlah.



Ramai yang menyalahkan jadual padat dalam bulan Disember hingga Januari menjadi punca kelab-kelab Inggeris mengalami kejatuhan sebaik sahaja kejohanan Eropah bersambung pada bulan Februari. Jika di negara lain seperti Spain, Germany dan Italy, liga tempatan direhatkan 2 minggu supaya pemain dapat bercuti menyambut perayaan Krismas bersama keluarga.



Di England, mereka masih meneruskan 'Boxing Day' yang mana perlawanan liga tetap diteruskan selepas Krismas. Komitmen tinggi ini menyebabkan ramai pemain yang bukan berasal dari liga tempatan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Terkini Pasukan Yang Layak Ke Suku Akhir UEFA Champions League 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

CHELSEA TERSINGKIR


Siaran Langsung Undian Suku Akhir UCL 2015 [Klik]

Saingan Piala UEFA Champions League awal pagi tadi menyaksikan pasukan Chelsea bimbingan Jose Mourinho disingkirkan oleh PSG menerusi penentuan gol ditempat lawan. Dalam perlawanan pertama di Perancis, kedua pasukan terikat 1-1. Namun PSG bangkit di saat akhir dalam perlawanan kedua untuk mengikat keputusan seri 2-2 di Stamford Bridge.



Jika mengikut kelebihan gol, PSG mempunyai 2 gol tempat lawan sekaligus mengetepikan saingan Chelsea yang berakhir di pusingan 16 sahaja. Pencapaian ini dikira merosot kerana musim lalu Chelsea mara hingga ke separuh akhir. Mengiringi PSG setakat hari ini ialah Bayern Munich yang menang besar ke atas Shakhtar.



Real Madrid turut layak walaupun kalah dalam pertemuan dengan Schalke pagi semalam. Mereka layak dengan agregat 5-4. Porto mara ke suku akhir setelah menewaskan FC Basel dalam 2 perlawanan timbal balik. 4 lagi slot akan ditentukan minggu hadapan. Rujuk jadual UCL 2015 di sini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Separuh Akhir Piala FA Inggeris 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

UNITED TERUS KEMPUNAN


Jadual Siaran Langsung Semi Final Piala FA Inggeris [Klik]

Manchester United gagal menamatkan badi kejuaraan Piala FA Inggeris setelah tewas 1-2 kepada Arsenal awal pagi tadi. Gol-gol Arsenal dijaringkan Monreal (25') dan Welbeck (61') manakala gol United dijaringkan Wayne Rooney (29'). Valencia yang beraksi selaku bek kanan seharusnya dipersalahkan terhadap kedua-dua gol Arsenal.



Seperti perlawanan derby, pertembungan ini tidak lari dari dicemari dengan beberapa insiden yang agak buruk. Beberapa terjahan keras memaksa pengadil melayangkan kad kuning kepada pemain kedua pasukan. Taktik melayangkan badan atau diving oleh Di Maria dan Januzaj agak memalukan. Di Maria yang dilayangkan kad kuning bertindak agresif dengan menarik baju pengadil dan diarah keluar padang setelah menerima kad kuning kedua.



Tindakan kurang bijak itu menyebabkan United terpaksa beraksi 10 orang untuk baki 13 minit perlawanan. Kepulangan Welbeck ke Old Trafford menjadi mimpi ngeri untuk penyokong tuan rumah apabila Arsenal layak ke separuh akhir nanti yang akan diadakan di Stadium Wembley.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/