Showing posts with label copa amerika 2015. Show all posts

 

KEPUTUSAN AKHIR JUARA COPA AMERICA 2015 | CHILE

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

ARGENTINA KECEWA LAGI


Keputusan penuh Copa America 2015 [Klik]

Sejarah besar terlakar di Stadium Santiago sebentar tadi apabila Chile yang juga bertindak selaku tuan rumah dinobatkan selaku juara Piala Copa America 2015! Alexis Sanchez menjadi wira negaranya apabila menyudahkan sepakan penentuan penalti dengan penuh bergaya menewaskan Romero.


Perlawanan agak hambar dengan insiden kecederaan Di Maria ketika permainan baru memasuki minit ke-29 mengubah rentak permainan Argentina. Messi yang dikawal ketat tiada ruang untuk merencanakan gerakan. Kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat 90 minit apabila peluang keemasan disia-siakan Higuain dalam masa kecederaan.



Masuk masa tambahan 30 minit kedua pasukan bermain dengan lebih hati-hati. Peluang terbaik diperolehi Alexis yang mengambil kesempatan di atas kesilapan Mascherano. Rembatan penyerang Arsenal itu bagaimanapun sedikit tersasar. Tiada jaringan dan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung FINAL COPA AMERICA 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

ARGENTINA VS CHILE


Keputusan Lengkap Perlawanan Copa America 2015 [Klik]

Argentina bakal menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai pertandingan Copa America 2015 yang juga merupakan edisi ke-44 hujung minggu ini. Diperkuatkan dengan pemain handalan seperti Messi (Barcelona), Aguero (Manchester City) dan Di Maria (Manchester United), mereka mempunyai peluang cerah menjuarainya sekaligus mengubati kekecewaan di final Piala Dunia 2014.



Dalam pusingan separuh akhir Argentina membelasah Paraguay 6-1 dengan Di Maria kembali menunjukkan taring sebenar beliau yang hilang ketika berada di England. Sebelum ini di peringkat kumpulan kedua pasukan seri 2-2 setelah Argentina mendahului 2-0 pada satu ketika. Chile yang menewaskan Peru akan mengharapkan pemain utama mereka Alexis Sanchez untuk mencipta peluang dan menjaringkan gol.



Kali terakhir Argentina muncul juara Copa America pada tahun 1993 dan layak ke final dalam edisi 2004 dan 2007 sebelum tewas kepada musuh tradisi Brazil. Chile pula bakal melakar sejarah jika menang dalam perlawanan akhir nanti. Rekod pertemuan jelas memihak kepada Argentina tetapi kelebihan Chile beraksi di hadapan penyokong sendiri mungkin akan menjadikan saingan lebih sengit.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Separuh Akhir COPA AMERICA 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

BRAZIL TERKANDAS



Brazil gagal menepati ramalan layak ke pusingan separuh akhir Copa America 2015. Tanpa kapten mereka Neymar, Brazil kurang menyengat di bahagian serangan. Juara bertahan Uruguay juga menerima nasib yang sama apabila terpaksa bermain 9 orang sebelum tewas 0-1 kepada pasukan tuan rumah Chile.



Argentina kini menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai pertandingan Copa America 2015 setelah layak menerusi sepakan penalti yang penuh mendebarkan. Walaupun menguasai permainan, ketangkasan penjaga gol Colombia dan Arsenal David Ospina menepis percubaan demi percubaan berbahaya.



Di separuh akhir nanti, Chile akan berdepan Peru manakala Argentina menentang wakil kumpulan yang sama iaitu Paraguay. Pusingan separuh akhir akan bermula pagi esok. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Suku Akhir COPA AMERICA 2015 | Senarai Pasukan Yang Layak

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

BRAZIL DAN ARGENTINA TEPATI RAMALAN




Brazil dan Argentina masing-masing menepati ramalan layak ke suku akhir Copa America 2015 dengan menjuarai kumpulan B dan C. Chile selaku tuan rumah juga layak setelah menjuarai kumpulan A. Dari 12 negara mengambil bahagian hanya 8 pasukan yang terpilih untuk meneruskan saingan dari 3 kumpulan.



Format pemilihan ke suku akhir di Copa Amerika 2015 sedikit berbeza dengan pertandingan lain yang anda pernah lihat. Secara logiknya, dari 3 kumpulan hanya 6 pasukan yang akan layak secara automatik dengan syarat mereka menduduki 2 tempat teratas. Baki 2 pasukan terpaksa ditentukan dengan kaedah lain.



3 pasukan terbaik di tempat ke-3 setiap kumpulan akan dikumpul dalam liga berasingan untuk menentukan 2 pasukan teratas yang akan layak ke pusingan suku akhir Copa America 2015. Pasukan yang menamatkan saingan di tempat tercorot pula akan tersingkir secara automatik.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Terkini Piala Copa Amerika 2015 Waktu Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

BRAZIL & ARGENTINA SIAP SEDIA



Demam bola sepak kembali lagi. Kejohanan Copa Amerika bakal bermula awal pagi esok. Pasukan manakah menjadi pilihan anda? Argentina, Brazil, Colombia, Uruguay atau Jamaica? Buat mereka yang tidak pernah mendengar tentang Copa Amerika, di sini ada sedikit info untuk anda. Copa America 2015 merupakan pertandingan bola sepak terbesar benua Amerika Selatan. Ianya membabitkan 12 negara yang mana 10 berasal dari benua Amerika Latin itu manakala 2 lagi menjadi pasukan jemputan.



Chile telah dipilih selaku penganjur untuk edisi ke-44 ini yang akan berlangsung pada 12 Jun hingga 5 Julai 2015. Uruguay turun selaku penyandang juara dan berita kurang enak didengar mengenai pemain terbaik kejohanan 2011, Luis Suarez tidak akan beraksi ekoran masih lagi menjalani penggantungan perlawanan kerana kesalahan menggigit pemain Italy di Piala Dunia 2014.



Melihat kepada prestasi semasa, dua kuasa besar Amerika Selatan Argentina dan Brazil menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai Copa America 2015. Kedua-dua negara itu bakal diketuai penyerang Barcelona Lionel Messi dan Neymar. Negara manakah bakal juara?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Kejohanan Copa America 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

BRAZIL ATAU ARGENTINA


Jadual lengkap perlawanan Copa Amerika 2015 [Klik sini]

Kejohanan Copa America bakal berlangsung bulan ini bermula 11 Jun hingga 4 Julai 2015. Edisi ke-44 ini merupakan kejohanan terbesar bagi benua Amerika Selatan dan Chile dipilih selaku tuan rumah. Ianya akan dikelolakan oleh CONMEBOL, persatuan bola sepak bagi rantau Amerika Selatan. Pertandingan ini diadakan 4 tahun sekali dan Uruguay merupakan juara bertahan untuk edisi Copa Amerika 2011.



Sebanyak 12 pasukan akan berentap di mana 10 negara berasal dari Amerika Selatan kecuali Mexico (Amerika Utara) dan Jamaica (Jemputan). Pemenang Copa Amerika 2015 akan melayakkan diri ke Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2017 di Russia. Brazil dan Argentina masing-masing diletakkan sebagai pasukan pilihan.



Dalam undian peringkat kumpulan yang telah dijalankan pada November tahun lepas, 12 pasukan akan dibahagikan dalam 3 kumpulan. Ini bermakna setiap kumpulan mengandungi 4 negara. 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak secara automatik ke separuh akhir. 3 pasukan tempat ketiga setiap kumpulan akan merebut slot 2 terakhir mengikut jumlah mata, perbezaan jaringan dan jumlah jaringan terbanyak.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/