Home » , , , , , , , , , , , » Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Kejohanan Copa America 2015

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Kejohanan Copa America 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

BRAZIL ATAU ARGENTINA


Jadual lengkap perlawanan Copa Amerika 2015 [Klik sini]

Kejohanan Copa America bakal berlangsung bulan ini bermula 11 Jun hingga 4 Julai 2015. Edisi ke-44 ini merupakan kejohanan terbesar bagi benua Amerika Selatan dan Chile dipilih selaku tuan rumah. Ianya akan dikelolakan oleh CONMEBOL, persatuan bola sepak bagi rantau Amerika Selatan. Pertandingan ini diadakan 4 tahun sekali dan Uruguay merupakan juara bertahan untuk edisi Copa Amerika 2011.



Sebanyak 12 pasukan akan berentap di mana 10 negara berasal dari Amerika Selatan kecuali Mexico (Amerika Utara) dan Jamaica (Jemputan). Pemenang Copa Amerika 2015 akan melayakkan diri ke Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2017 di Russia. Brazil dan Argentina masing-masing diletakkan sebagai pasukan pilihan.



Dalam undian peringkat kumpulan yang telah dijalankan pada November tahun lepas, 12 pasukan akan dibahagikan dalam 3 kumpulan. Ini bermakna setiap kumpulan mengandungi 4 negara. 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak secara automatik ke separuh akhir. 3 pasukan tempat ketiga setiap kumpulan akan merebut slot 2 terakhir mengikut jumlah mata, perbezaan jaringan dan jumlah jaringan terbanyak.



Berikut adalah keputusan undian peringkat kumpulan Piala Copa Amerika 2015


KUMPULAN COPA AMERICA 2015, JADUAL PERLAWANAN COPA AMERIKA 2015



Argentina dan Brazil dijangka tiada masalah melayakkan diri ke pusingan suku akhir dengan prestasi semasa penyerang mereka Messi dan Neymar. Uruguay juga mempunyai ayam tambatan tersendiri yang juga gandingan bersama Messi dan Neymar di Barcelona iaitu Suarez. Chile selaku tuan rumah bakal bergantung pada Alexis Sanchez. Persaingan Copa America 2015 pasti menjanjikan kepuasan bagi peminat bola sepak yang menonton!



Jadual lengkap perlawanan dalam waktu Malaysia akan dikeluarkan nanti. Bagi yang ingin melihat jadual perlawanan Copa America 2015 boleh rujuk di sini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Kejohanan Copa America 2015 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets