Showing posts with label jadual. Show all posts

 

Jadual Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2018 Waktu Malaysia | World Cup Russia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

JERMAN JUARA BERTAHAN

senarai kumpulan piala dunia 2018

Senarai Kumpulan Piala Dunia 2018

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi kejohanan bola sepak paling berprestij akan bermula. Piala Dunia tahun ini bakal berlangsung pada 14 Jun hingga 15 Julai 2018 di Rusia. Sebanyak 32 buah negara sudah melayakkan diri selepas berakhirnya pusingan kelayakan. 



Jerman merupakan juara bertahan dengan kejuaraan sebanyak 4 kali (tahun 1954, 1974, 1990 dan 2014). Semasa Piala Dunia 2014 di Brazil, Jerman membelasah tuan rumah 7-1 dalam pusingan separuh akhir. Adakah Brazil mampu bangkit dalam edisi kali ini? Atau England mampu melakar kejutan? Sama-sama kita nantikan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Pre Season Tour Manchester United 2016 / 2017 | Friendly Match

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

TOUR 2016/17 | MANCHESTER UNITED



Skuad Manchester United bakal memulakan aksi pemanas badan bersama pengurus baru Jose Mourinho hari ini. Kegagalan menamatkan kedudukan liga dalam kelompok 4 teratas memaksa pengurusan tertingi kelab memecat Louis Van Gaal.



Jose Mourinho yang dikenali dengan karektor tegas dan angkuh dilihat layak memikul tugas berat membawa semula United ke tahap sebelumnya. Ketibaan pemain-pemain seperti Zlatan Ibrahimovic dan Henrikh Mkhitaryan serta Eric Bailly membuktikan kepercayaan mereka pada kewibawaan Mourinho.



Mampukah Mourinho mengembalikan zaman kegemilangan United? Kita nantikan perlawanan persahabatan ini untuk menilai sejauh mana kekuatan United untuk bersaing dengan kelab-kelab terkemuka dunia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual dan Keputusan Badminton Piala Thomas & Piala Uber 2016 | Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

SEJARAH 1992 DALAM KENANGAN



Datuk Lee Chong Wei bakal beraksi di pentas terakhir Piala Thomas pada tahun ini. Paling menyedihkan apabila kita gagal menggunakan kelebihan beliau sebagai pemain nombor dua dunia untuk kembali merampas Piala Thomas yang didominasi oleh Indonesia (5 kali) dan China (5 kali) sejak tahun 1992.



Puncanya kerana Malaysia tiada pasukan pelapis yang boleh menyaingi pemain pelapis China dan pasukan elit lain seperti Korea Selatan dan mungkin juga Jepun yang semakin meningkat naik. Beregu negara semakin tenggelam dan terus mempamerkan persembahan yang kurang konsisten.



Memandangkan Piala Thomas ini merupakan pertandingan dalam bentuk kumpulan, jadi kekuatan seimbang amat perlu bagi sesebuah negara untuk menjuarainya. Mengikut format tegrkini, setiap negara perlu membariskan 3 pemain perseorangan dan 2 beregu yang akan menentukan 5 mata untuk satu-satu perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Perlawanan Piala FA Cup Inggeris 2015/2016 Pusingan 4

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

KELAB ELIT MASIH SELAMAT



Hujung minggu ini akan berlangsung perlawanan pusingan 4 Piala FA Inggeris 2015/2016. Kesemua kelab elit England masih terselamat dari kejutan pusingan terdahulu. Arsenal yang juga juara bertahan mendapat undian di tempat sendiri menentang Burnley.



Manchester United yang semakin bermasalah akan berkunjung ke Derby County untuk meneruskan kemaraan dalam pusingan kalah mati. Manchester City akan menentang Aston Villa dan Chelsea akan menentang MK Dons.



Liverpool  yang baru sahaja layak ke psuingan akhir Piala Capital One akan melayan West Ham di Anfield. Keputusan seri akan membawa kepada perlawanan ulangan di tempat lawan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Gaji dan Bonus Kakitangan Awam Kerajaan 2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

HARI PENTING PENJAWAT AWAM

jadual payday kerajaan malaysia 2015


Jadual Gaji dan Bonus Tahun 2016 Kakitangan Kerajaan. Secara teorinya pembayaran gaji penjawat awam akan dibuat pada setiap 25 hari bulan atau pun hari Khamis jika tarikh 25 jatuh pada hari cuti. Tetapi kadang-kadang kerajaan memberi gaji lebih awal apabila terdapat sesuatu perayaan besar dalam bulan tersebut.



Begitulah senario setiap tahun. Mereka lebih mudah membuat perancangan kerana jadual pembayaran sudah ditetapkan. Kadang-kadang baru dapat gaji bulanan selang seminggu sudah masuk gaji bulan baru. Lepas tu kena tunggu sebulan lebih untuk gaji seterusnya.



Pokok pangkalnya, perlu beringat kerana kemudahan yang diberikan bukan untuk menyusahkan kita kemudian hari. Jika sumber itu dari kerja kita yang ikhlas dan amanah, In Sya Allah keberkatan gaji itu ada walaupun tidak besar mana.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Perlawanan Piala FA Cup Inggeris 2015/2016 Pusingan 3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

DOMINASI ARSENAL



Minggu ini akan bermula perlawanan Piala FA Inggeris musim 2015/2016. Seperti biasa tiada perlawanan EPL sepanjang minggu dan hanya akan bersambung pada pertengahan minggu depan. Arsenal juara bertahun 2 kali berturut-turut akan melayan kunjungan Sunderland. Manchester United mendapat undian mudah di laman sendiri menentang Sheffield United.



Manchester City akan bertandang ke Carrow Road selepas kekalahan separuh akhir pertama Piala Liga awal pagi tadi kepada Everton. Adakah nasib Pellegrini bakal berakhir hujung musim ini? Semuanya bergantung kepada prestasi semasa mereka.



Liverpool dan Chelsea masing mengharapkan pertandingan sebegini untuk meraih sesuatu kejuaraan di kala prestasi kelab mereka dalam EPL yang agak terumbang ambing. Semua perlawanan akan berlangsung pada 9 - 11 Januari 2015. Perlawanan pilihan akan disiarkan Astro.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jumlah Kiraan Dividen Dan Bonus ASB 2015 | Pembayaran Januari 2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

DIVIDEN 7.25 % | BONUS 0.50 % 

Gambar : Astro Awani

Bagi pemegang saham Amanah Saham Bumiputera (ASB), anda akan menerima dividen sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit untuk tahun 2015. Jika dilihat dari rajah di atas, tahun 2015 ada sedikit penurunan dividen sebanyak 0.75 sen seunit. Jadi jumlah keseluruhan dividen dan bonus tahun 2015 adalah 7.75 sen seunit bersamaan 7.75 %.



Ramai yang sudah tertanya-tanya bila tarikh pembayaran atau pengeluaran bonus dividen untuk tahun 2015. Pengagihan akan dikredit secara automatik ke dalam akaun pemegang saham pada Januari 2016. Semua transaksi untuk ASB dibekukan sehingga 4 Januari 2016 untuk tujuan pengiraan dan pengagihan pendapatan.



Dalam keghairahan kita untuk mengeluarkan dividen dan bonus ASB jangan lupa zakat pendapatan 2.5% yang wajib dibayar. Kalau menyimpan di Tabung Haji perkara ini sudah dipotong awal-awal. Gaji penjawat awam akan dibayar pada 21 Januari 2016 (Khamis) dan dikhabarkan bantuan khas RM500 akan dimasukkan lebih awal.


Cara kiraan ABS sebenar : Klik sini 

Cara mudah kira dividen sahaja : Klik sini

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Pusingan 16 Terakhir Kalah Mati UEFA Champions League 2015/16

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

HANYA UNITED TERSINGKIR



Manchester United menjadi satu-satunya kelab England yang gagal melepasi peringkat kumpulan untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Ketiadaan penyerang prolifik nyata menyukarkan mereka mencari gol di peringkat Eropah. Secara amnya, pasukan yang ingin mara ke pusingan 16 terakhir perlu memiliki 10 mata dan United hanya mampu mengutip 8 mata dari 6 perlawanan.



Arsenal bangkit pada saat akhir ketika mereka memerlukan kemenangan lebih dari 3 gol dan misi itu menjadi kenyataan ketika beraksi di tempat lawan menentang Olympiacos. Manchester City pula menjadi pasukan pertama dari England yang mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati. Mereka berjaya menjadi juara kumpulan mengetepikan cabaran kuat dari Juventus, juara Serie A.



Chelsea walaupun mempamerkan prestasi tidak konsisten dalam EPL, berjaya layak dengan menjadi juara kumpulan. Ini bermakna mereka bersama Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich bakal mengelak dari bertemu juara kumpulan lain.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Undian Perlawanan Separuh Akhir Capital One Cup 2015/16

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

LIVERPOOL PASUKAN PILIHAN?



Kehadiran Jurgen Klopp ternyata mengubah nasib pasukan Liverpool menjadi pasukan pilihan untuk memenangi Piala Capital One Cup musim 2015/2016. Kejayaan membenam Southampton 6-1 di tempat lawan membuka mata pengkritik bola sepak England. Pasukan yang dirundung masalah prestasi di awal musim dan kecederaan kepada pemain utama kini mempamerkan corak permainan menarik dan pantas.



Biarpun dikejutkan dengan gol awal Southampton ketika masa perlawanan baru memasuki 43 saat, namun semangat juang pemain Liverpool tidak pernah lutur. Begitulah impak pengurus berkarisma dari Jerman itu sehingga ada yang memberi harapan pasukan ini mampu mencabar gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.



Manchester City, Everton dan Stoke masing-masing layak ke pusingan separuh akhir Piala Capital One. Mereka perlu bermain dalam 2 perlawanan timbal balik bermula bulan Januari 2016. Mengikut pengalaman sebagai seorang pemain Football Manager, jadual perlawanan akan menjadi lebih padat dengan penambahan 2 perlawanan ini. Apatah lagi jika pasukan itu terlibat dalam pertandingan peringkat Eropah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Suku Akhir Capital One Cup 2015/2016 Waktu Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

TINGGAL CITY DAN LIVERPOOL



Kekalahan mengejut Chelsea, Arsenal dan Manchester United di psuingan ke-4 Piala Capital One 2015/2016 memberi peluang kepada pasukan pilihan Manchester City dan Liverpool merangkul trofi pertama musim ini. Perlawanan minggu ini akan menjadi penentu pasukan mana yang akan layak ke pusingan separuh akhir.



Manchester City mendapat undian paling mudah dengan bermain di laman sendiri menentang pasukan divisyen bawah Hull City. Namun dalam pertandingan seumpama ini, pasukan elit terutamanya tidak boleh mengambil mudah cabaran pasukan kerdil ini kerana sejarah telah menyaksikan banyak kejutan berlaku lebih-lebih lagi di final.



Liverpool yang semakin meningkat di bawah kendalian pengurus Jerman, Klopp berpeluang mara ke pusingan seterusnya jika melepasi halangan di Stadium St. Mary's bertemu Southampton. Dua lagi perlawanan antara Stoke dan Sheffield serta Middlesbrough dengan Everton.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Suku Akhir Lee Chong Wei vs Chen Long Badminton Terbuka Hong Kong 20 November 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

ULANGAN FINAL?


Set 1 : LCW 13-21 CL
Set 2 : LCW 21-19 CL
Set 3 : LCW 21-15 CL

Cabaran getir menanti Datuk Lee Chong Wei malam ini apabila dipaksa bertemu dengan Chen Long seawal pusingan suku akhir. Undian laluan ternyata tidak menyebelahi nasib Chong Wei disebabkan hanya mampu berada pada kedudukan ranking ke-6 dunia. Mampukah beliau mengulangi kecemerlangan di Terbuka China tempoh hari?



Jika menang malam ini, laluan Chong Wei ke final lebih mudah. Dalam pusingan kedua, Datuk mudah menewaskan wakil Germany dalam straight set manakala Chen Long terpaksa bertarung dalam rubber set menewaskan wakil Thailand. Jadual penuh di sini.



Melihat pada rekod pertemuan dari 22 perlawanan, Cheng Long memiliki kelebihan 12 kemenangan berbanding Chong Wei 10. Jom sama-sama kita beri sokongan  padu kepada Datuk untuk memperbaiki ranking dan melakar kemenangan ke atas Chen Long.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Siaran Langsung Real Madrid vs Barcelona El Clasico 22 November 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

UJIAN BESAR BENITEZ


Keputusan akhir : Real Madrid 0-4 Barcelona

Rafa Benitez akan mengendali pasukan Real Madrid dalam siri El Clasico pertama musim ini. Setelah mengambil alih jawatan pengurus daripada Carlo Ancelotti, ramai yang kurang menyenangi taktik bertahan Real. Ketika ini mereka berada di belakang pendahulu liga Barcelona dengan 3 mata ekoran kekalahan kepada Sevilla.



Barcelona pula bakal mendapat semula khidmat penyerang berbisa mereka, Lionel Messi yang kembali pulih dari kecederaan sejak bulan September. Gandingan Messi bersama Neymar dan Suarez mampu mendatangkan masalah kepada pertahanan Real Madrid.



Rekod musim lepas agak seimbang dengan Real Madrid dan Barcelona memenangi perlawanan di gelanggang masing-masing. Kali ini jika Barcelona menang mereka akan terus menjarakkan kedudukan dengan Real Madrid kepada 6 mata. Jika Madrid menang, mereka akan kembali ke puncak La Liga dengan kelebihan jaringan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Badminton Terbuka Hong Kong 2015 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

PENINGKATAN CHONG WEI



Datuk Lee Chong Wei kembali meneruskan usaha memperbaiki ranking badminton beliau yang kini berada di tangga ke-6 dunia. Kejayaan di bumi China tempoh hari menyuntik semangat untuk memburu kejuaraan kali ini. Namun laluan ke final tidak semudah yang disangka.



Datuk Lee Chong Wei berkemungkinan berdepan dengan Chen Long seawal pusingan suku akhir disebabkan kedudukan ranking yang berubah. Jika berjaya, beliau mungkin akan menentang juara bertahan dari Korea Selatan Shon Wan-Ho. Dalam perlawanan malam ini, Datuk akan melayan wakil dari Germany Marc Zwiebler.



Setakat pusingan kedua, hanya tinggal 4 wakil negara yang masih kekal meneruskan perjuangan. 2 wakil masing-masing untuk kategori perseorangan dan berkumpulan lelaki. Semoga usaha pemain negara akan memberi berita gembira sekali lagi untuk peminat badminton tempatan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Siaran Langsung Malaysia vs UAE 17 November 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

PELUANG TEBUS MARUAH


Keputusan akhir : Malaysia 1-2 UAE


Misi berat bakal menanti anak buah Datuk Ong Kim Swee malam ini. Kekalahan besar pada Palestin minggu lepas memberi tamparan hebat kepada pemain dan peminat bola sepak tanah air. Tatkala harapan besar digalas dan isu lokasi perlawanan yang terpaksa diubah, Harimau Malaya jelas tidak bermaya menangkis serangan bertali arus pasukan timur tengah itu.



Masih ingatkah kekalahan 0-10 di tangan UAE yang membawa kepada perletakan jawatan Dollah Salleh? Mampukah kita mencapai kemenangan di hadapan penyokong sendiri? Moral pemain perlu dipulihkan segera jika Malaysia mengimpikan sekurang-kurangnya 1 mata.



Jika kita tidak mampu menyerang dengan baik, lebih baik fokus pada bahagian pertahanan untuk mengurangkan jumlah gol yang bakal dibolosi. Perancangan taktikal seperti menentang Arab Saudi masih boleh diguna pakai. Harapnya tiada lagi insiden amukan Ultras Malaya malam ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Final Lee Chong Wei vs Chen Long Badminton Terbuka China 15 November 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

PELUANG CHONG WEI AKHIRI BADI


Set 1 : LCW 21-15 CL
Set 2 : LCW 21-11 CL

Tahniah Datuk Lee Chong Wei kerana masih menjadi wakil tunggal negara ke perlawanan akhir Kejohanan Terbuka China 2015. Dalam pusingan separuh akhir semalam Lee Chong Wei mengejutkan musuh tradisi tuan rumah, Lin Dan dalam rubber set 17-21 21-19 21-19. Siapa sangka Datuk berjaya menamatkan badi 5 perlawanan tanpa kemenagan ke atas jaguh badminton kidal itu.



Petang ini seperti biasa, Datuk Lee Chong Wei perlu melepasi halangan terakhir menentang Chen Long dalam final Terbuka China 2015. Klai terkahir wakil Malaysia menjuarai kategori perseorangan lelaki di China pada tahun 2002 menerusi Wong Choong Han. Adakah Datuk mampu melakukan satu lagi kejutan?



Melihat pada rekod pertemuan dari 21 perlawanan, Cheng Long memiliki kelebihan 12 kemenangan berbanding Chong Wei 9. Datuk masih gagal menewaskan Chen Long dalam 4 perlawanan terakhir. Jom sama-sama kita beri sokongan  padu kepada Datuk untuk memperbaiki ranking dan menamatkan badi menentang Chen Long.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan akhir Lee Chong Wei vs Lin Dan Terbuka China 14 November 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

SEPARUH AKHIR


Keputusan akhir: Lee Chong Wei menang 17-21, 21-19, 21-19 vs Lin Dan

Laluan sukar Datuk Lee Chong Wei dalam kejohanan Badminton Siri Super Terbuka China 2015 menanti di pusingan separuh akhir apabila beliau bakal berdepan musuh tradisi dari China, Lin Dan petang ini. Perlawanan musuh ketat ini akan menjadi tumpuan tatkala Chen Long dan Son Wan Ho bersaing dalam merebut satu lagi slot ke final.



Chong Wei menjadi wakil tunggal Malaysia dan juga Asia Tenggara yang mara sehingga tahap ini yang jelas didominasi pemain-pemain tuan rumah. Walaupun prestasi Chong Wei tidak begitu memuaskan disebabkan faktor usia, beliau tetap fokus pada sasaran untuk layak ke Olimpik 2016.



Melihat dari rekod perlawanan Lee Chong Wei vs Lin Dan, dari 34 pertemuan Chong Wei hanya menang 9 kali. Datuk juga tidak pernah menang dalam 5 perlawanan terakhir dan perkara ini amat membimbangkan apatah lagi kelebihan Lin Dan sebagai pemain kidal dan mempunyai kekuatan mental yang lebih baik.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Siaran Langsung Malaysia vs Palestin 12 November 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

HARIMAU SEMAKIN GARANG


Keputusan akhir : Malaysia 0-6 Palestin


Malaysia akhirnya mendapat kemenangan sulung dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 / Piala Asia 2019 di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee. Lebih menariknya keputusan tersebut diperoleh di tempat lawan ketika menentang Timor Leste. Sebenarnya pemain kita mempunyai semangat dan kehebatan tersendiri. Cuma taktikal perlu tepat.



Malam ini mereka akan melayan negara Palestin di tempat berkecuali atas permintaan kerana isu peperangan yang tercetus di bumi Palestin. Ketika ini pasukan Harimau Malaya berada di tempat ke-4 dengan 1 kemenangan, 1 seri dan 3 kekalahan dari 5 perlawanan. Peluang untuk layak ke Piala Dunia sudah tertutup hanya kelayakan play off Piala Asia yang boleh dicapai.



Dalam perlawanan siri pertama di Bukit Jalil, pasukan negara dibelasah 0-6 oleh Palestin yang menyebabkan para penyokong menyuarakan ketidakpuasan hati kepada FAM. Rentetan itu jurulatih Dolah Salleh meletak jawatan dan kini nasib pasukan Malaysia nampak lebih menyakinkan di bawah kendali Datuk OKS.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Final Piala AFC Kelab JDT vs FC Istiklol 31 Oktober 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

SEJARAH TERCIPTA 


Keputusan akhir : JDT 1-0 FC Istiklol
Johor Darul Takzim (JDT) melakar sejarah sebagai kelab pertama dari Asia Tenggara yang berjaya mara ke pusingan akhir Piala AFC malam ini. Biar pun hanya layak atas faktor luar jangkaan tetapi segalanya tidak akan berhasil tanpa usaha yang gigih. Penggantungan ke atas Persatuan Bola Sepak Kuwait menyaksikan dua wakil kelab mereka yang berjaya mara ke pusingan separuh akhir terpaksa dibatalkan.



JDT yang mewakili Malaysia tewas 1-3 kepada juara bertahan Qadsia manakala FC Istiklol ketinggalam 0-4 kepada Kuwait SC dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala AFC 2015. Malam ini merupakan pertemuan penting kedua pasukan dan FC Istiklol memiliki kelebihan kerana beraksi di laman sendiri.



Peminat pasukan Pahang sudah pasti tahu akan kekuatan FC Istiklol ketika membelasah pasukan mereka 4-0 di gelanggang yang sama. Malam ini seluruh rakyat Malaysia harus bersatu menyokong wakil negara untuk melakar sejarah pasukan pertama menjuarai Piala AFC 2015!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Astro Jadual Perlawanan Akhir Badminton Terbuka Perancis | FINAL Lee Chong Wei 25 Oktober 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

KOO KIEN KEAT / TAN BOON HEONG KE FINAL



Keputusan akhir : Lee Chong Wei 21-13, 21-18 Chou Tien Chen

Datuk Lee Chong Wei menebus kehampaan tersingkir awal dalam kejohanan Terbuka Denmark dengan melangkah ke pusingan akhir badminton Terbuka Perancis 2015. Ketiadaan jaguh China seperti Lin Dan dan Chen Long memudahkan laluan Chong Wei.



Dalam pusingan separuh akhir semalam, Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain muda China Wang Zheng Ming dengan straight set 21-7, 21-13. Lawannya pada final malam ini adalah pemain Taiwan Chou Tien Chen.



Tiada rekod pertemuan antara kedua pemain ini. Lee Chong Wei berada pada ranking ke-19 manakala Chou Tien Chen di kedudukan ke-5. Dari segi pengalaman jelas memihak kepada Datuk Lee Chong Wei yang sedang berusaha memperbaiki kedudukan ranking sebelum kejohanan Olimpik 2016.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Timor Leste 13 Oktober 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

HARIMAU MALAYA TERCOROT


Keputusan semasa : Malaysia 1-0 Timor Leste

Malaysia bakal meneruskan cabaran kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 biarpun harapan yang tinggal semakin tipis. Kekalahan 0-3 kepada Arab Saudi ekoran insiden memalukan tempoh hari lebih menyukarkan keadaan. Pusingan pertama berakhir dengan Harimau Malaya berada di tangga tercorot kumpulan A mengutip 1 mata.



Dalam perlawanan menentang Timor Leste Jun lalu, kita sekadar mampu seri 1-1 selepas gol masa kecederaan Timor Leste. Petang ini pasukan kebangsaan akan bermain di tempat lawan yang sebelum ini mengikat negara Palestin dengan keputusan 1-1. Datuk Ong Kim Swee masih yakin dengan kebolehan anak buah beliau walaupun Timor Leste memiliki fizikal dan teknikal yang lebih baik.



Diharapkan pasukan Malaysia bakal mencatat keputusan membanggakan untuk mencerahkan semula peluang mencuri tiket terakhir melalui slot play-off. Sayang seribu kali sayang kerana pemain sudah bermain dengan baik menentang Arab Saudi namun terpaksa ditamatkan ekoran kekecohan yang dirancang.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/