Showing posts with label league cup. Show all posts

 

Jadual Keputusan Suku Akhir Capital One Cup 2015/2016 Waktu Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

TINGGAL CITY DAN LIVERPOOL



Kekalahan mengejut Chelsea, Arsenal dan Manchester United di psuingan ke-4 Piala Capital One 2015/2016 memberi peluang kepada pasukan pilihan Manchester City dan Liverpool merangkul trofi pertama musim ini. Perlawanan minggu ini akan menjadi penentu pasukan mana yang akan layak ke pusingan separuh akhir.



Manchester City mendapat undian paling mudah dengan bermain di laman sendiri menentang pasukan divisyen bawah Hull City. Namun dalam pertandingan seumpama ini, pasukan elit terutamanya tidak boleh mengambil mudah cabaran pasukan kerdil ini kerana sejarah telah menyaksikan banyak kejutan berlaku lebih-lebih lagi di final.



Liverpool yang semakin meningkat di bawah kendalian pengurus Jerman, Klopp berpeluang mara ke pusingan seterusnya jika melepasi halangan di Stadium St. Mary's bertemu Southampton. Dua lagi perlawanan antara Stoke dan Sheffield serta Middlesbrough dengan Everton.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Penuh Perlawanan Piala Capital One 2015/2016 | Pusingan 3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

CHELSEA JUARA BERTAHAN



Piala Capital One telah memasuki pusingan ketiga awal pagi tadi. Sebanyak 32 pasukan yang telah layak akan merebut 16 tempat ke pusingan seterusnya. Lupakan sejenak perlawanan EPL yang bakal bersambung hujung minggu nanti. Perlawanan ini akan dijadikan medan peluang untuk pemain-pemain simpanan dan remaja kelab untuk menunjukkan bakat mereka.



Perlawanan tumpuan untuk pusingan ini akan menemukan musuh setempat London antara Arsenal dan Totteham. Salah satu akan tersingkir awal dan mempunyai masa yang lebih untuk fokus pada pertandingan lain. Antara kelab EPL yang telah mara ke pusingan 4 adalah Manchester City, Everton, Bournemouth, Aston Villa, Stoke dan Leicester.



8 lagi perlawanan akan berlangsung awal pagi esok. Rujuk jadual waktu perlawanan di sini. Chelsea, Arsenal, Liverpool dan Manchester United dijangka mampu meneruskan saingan dan menewaskan lawan masing-masing.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Pusingan Ke-3 Piala Liga Inggeris 2015/16 | 3rd Round Capital One Cup

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

ARSENAL SEKALI LAGI DAPAT UNDIAN SUKAR



Undian yang berlangsung pagi tadi lebih terarah kepada pertembungan musuh setempat antara Arsenal dan Tottenham Hotspur. Benar kata orang, dalam pusingan kalah mati anda perlukan nasib untuk mengelak dari bertemua dengan pasukan kuat di pusingan awal selain mengharapkan perlawanan di laman sendiri.



Ini bermakna dalam pertandingan Piala Capital One 2015/2016 sama ada Arsenal atau Tottenham akan tersingkir lebih awal. Tottenham merupakan pasukan naib juara kejohanan musim lalu sebelum tewas kepada pasukan juara, Chelsea 0-2. Dalam undian lain, Manchester United yang diaibkan kelab bawahan dalam pusingan ke-2, MK Dons akan melayan kunjungan Ipswich Town di Old Trafford.



Chelsea akan bertandang ke Walsall dan Manchester City diundi menentang Sunderland dalam satu lagi pertemuan kelab EPL. Liverpool pula akan menanti kehadiran kelab bawahan Carlisle. Menjadi kebiasaan kepada kelab-kelab besar untuk menamakan skuad kedua dalam perlawanan Piala Liga Inggeris kerana komitmen yang lebih tinggi diperlukan dalam kejohanan Eropah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Final Capital One Cup 2015 | Chelsea vs Tottenham

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

MOURINHO BURU TROFI KETIGA

FINAL AKHIR CHELSEA VS TOTTENHAM 1 MAC 2015

Keputusan akhir : Chelsea 2-0 Tottenham

Jose Mourinho dan Piala Liga atau Capital One Cup memang agak sinonim. Beliau merupakan pakar dalam memenangi trofi ke-4 terpenting dalam ranking bola sepak England. Sebelum ini Chelsea pernah menjulang trofi Piala Liga dua kali bersama Mourinho pada tahun 2005 dan 2007. Kali ini mereka berjaya melayakkan ke final Piala Capital One untuk bertemu Tottenham.



Sewaktu peninggalan Mourinho pada penghujung 2007, Avram Grant berjaya membawa Chelsea ke perlawanan akhir namun tewas kepada Tottenham dalam masa tambahan. Kali ini mereka berpeluang untuk membalas dendam kekalahan tersebut di bawah pimpinan Mourinho pula.



Chelsea menewaskan Bolton (3rd round), Shrewsbury (4th round), Derby (5th round) dan Liverpool (semi final) untuk sampai ke final. Tottenham pula menundukkan Nottingham Forest (3rd round), Brighton (4th round), Newcastle (5th round) dan Sheffield United (semi final).
 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Pusingan Ke-3 Piala Capital One 2013/14 | 3rd Round Capital One Cup

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

CHELSEA DAPAT LALUAN MUDAH


LIVE MAN UTD VS LIVERPOOL LEAGUE CUP 2013 2014 ASTRO



Manchester United diundi bertemu Liverpool dalam perlawanan pusingan ke-3 Piala Capital One awal pagi tadi. Perlawanan yang berlangsung di Old Trafford dijangkakan pada 24/25 September 2013 (akan dikemaskini). Luis Suarez yang sedang menjalani baki penggantungan perlawanan mungkin akan membuat penampilan pertama musim ini.



Dalam undian lain, Chelsea nampaknya sekali lagi mendapat laluan mudah apabila diundi bertemu Swindon (Divisyen 2). Manchester City pula harus berdepan dengan Wigan Athletic (Divisyen 1) yang pernah menggagalkan usaha mereka untuk memenangi Piala FA Inggeris (rujuk entri ini)


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Final Capital One Cup 2013 | Swansea City vs Bradford City

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

SWANSEA CITY MAMPU LAKAR SEJARAH

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN AKHIR PIALA LIGA LEAGUE CUP PIALA CAPITAL ONE CUP 2013 SWANSEA VS BRADFORD CITY,WAKTU MALAYSIA ASTRO

Updates : Keputusan Perlawanan Akhir Piala Capital One [Klik]

Kedua pasukan ini tidak pernah menjangkakan untuk berada di pentas akhir Piala Capital One musim 2012 / 2013. Hakikatnya Stadium Wembley bakal menyaksikan salah satu pasukan ini pulang dengan Trofi Capital One.


Bradford City sudah merasai  pengalaman beraksi di pentas final FA Cup pada tahun 1911 dan menewaskan Newcastle 1-0 ketika itu. Bagi Swansea ini merupakan kali pertama mereka layak ke perlawanan akhir kejohanan besar sejak 100 tahun penubuhan kelab.
 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

PIALA CAPITAL ONE : Jadual Perlawanan Peringkat SEPARUH AKHIR 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

PASUKAN YANG LAYAK KE PUSINGAN SEPARUH AKHIR

JADUAL SEPARUH AKHIR PIALA CAPITAL ONE 2012 2013


Chelsea akhirnya menjadi pasukan terakhir layak ke separuh akhir League Cup apabila menewaskan Leed United 5-1 di Elland Road. Rafa Benitez berjaya mempertahankan posisinya selaku pengurus Chelsea yang dilihat agak goyah selepas kalah kepada kelab Brazil, Corinthians dalam perlawanan akhir FIFA Club WOrld Club 2012.


Turut mengiringi ke separuh akhir Piala Capital One 2012/2013 ialah pasukan Swansea, Bradford dan Aston Villa. Bradford yang kini berada di liga divesyen 3 mencatat kemenangan bermakna ke atas pasukan gergasi EPL, Arsenal menerusi sepakan penalti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Capital One Cup : Chelsea Bersungguh Layak Menang | Manchester United Hebat

Penulis: Que | Kategori: , ,

Hebat.. Kedua pasukan mempamerkan komitmen yang tinggi untuk memenangi perlawanan Piala Capital One Pusingan ke-4 awal pagi tadi. 

Chelsea akhirnya menang 5-4 dengan perlawanan ditamatkan selepas 120 minit. Revenge ?? Desperate??  Mungkin ;)


Keputusan Piala Liga Capital One Carling Cup League Cup 2012 2013 Manchester United vs Chelsea,Highlight perlawanan Chelsea vs Manchester united,piala capital one pusingan kelima,waktu malaysia


Manchester United melakukan 10 pertukaran dalam first 11 dengan Giggs mengetuai skuad ke-2 United yang dibarisi Lindegaard, Rafael, Keane, Wootton, Buttner, Nani, Anderson, Welbeck, Fletcher dan Chicharito.

Banyak perkara yang boleh didapati dalam perlawanan Piala Liga 4th round antara Chelsea dan Manchester United.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/