Showing posts with label suku akhir. Show all posts

 

Jadual dan Keputusan Badminton Piala Thomas & Piala Uber 2016 | Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

SEJARAH 1992 DALAM KENANGAN



Datuk Lee Chong Wei bakal beraksi di pentas terakhir Piala Thomas pada tahun ini. Paling menyedihkan apabila kita gagal menggunakan kelebihan beliau sebagai pemain nombor dua dunia untuk kembali merampas Piala Thomas yang didominasi oleh Indonesia (5 kali) dan China (5 kali) sejak tahun 1992.



Puncanya kerana Malaysia tiada pasukan pelapis yang boleh menyaingi pemain pelapis China dan pasukan elit lain seperti Korea Selatan dan mungkin juga Jepun yang semakin meningkat naik. Beregu negara semakin tenggelam dan terus mempamerkan persembahan yang kurang konsisten.



Memandangkan Piala Thomas ini merupakan pertandingan dalam bentuk kumpulan, jadi kekuatan seimbang amat perlu bagi sesebuah negara untuk menjuarainya. Mengikut format tegrkini, setiap negara perlu membariskan 3 pemain perseorangan dan 2 beregu yang akan menentukan 5 mata untuk satu-satu perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Suku Akhir Capital One Cup 2015/2016 Waktu Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

TINGGAL CITY DAN LIVERPOOL



Kekalahan mengejut Chelsea, Arsenal dan Manchester United di psuingan ke-4 Piala Capital One 2015/2016 memberi peluang kepada pasukan pilihan Manchester City dan Liverpool merangkul trofi pertama musim ini. Perlawanan minggu ini akan menjadi penentu pasukan mana yang akan layak ke pusingan separuh akhir.



Manchester City mendapat undian paling mudah dengan bermain di laman sendiri menentang pasukan divisyen bawah Hull City. Namun dalam pertandingan seumpama ini, pasukan elit terutamanya tidak boleh mengambil mudah cabaran pasukan kerdil ini kerana sejarah telah menyaksikan banyak kejutan berlaku lebih-lebih lagi di final.



Liverpool yang semakin meningkat di bawah kendalian pengurus Jerman, Klopp berpeluang mara ke pusingan seterusnya jika melepasi halangan di Stadium St. Mary's bertemu Southampton. Dua lagi perlawanan antara Stoke dan Sheffield serta Middlesbrough dengan Everton.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Suku Akhir Lee Chong Wei vs Chen Long Badminton Terbuka Hong Kong 20 November 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

ULANGAN FINAL?


Set 1 : LCW 13-21 CL
Set 2 : LCW 21-19 CL
Set 3 : LCW 21-15 CL

Cabaran getir menanti Datuk Lee Chong Wei malam ini apabila dipaksa bertemu dengan Chen Long seawal pusingan suku akhir. Undian laluan ternyata tidak menyebelahi nasib Chong Wei disebabkan hanya mampu berada pada kedudukan ranking ke-6 dunia. Mampukah beliau mengulangi kecemerlangan di Terbuka China tempoh hari?



Jika menang malam ini, laluan Chong Wei ke final lebih mudah. Dalam pusingan kedua, Datuk mudah menewaskan wakil Germany dalam straight set manakala Chen Long terpaksa bertarung dalam rubber set menewaskan wakil Thailand. Jadual penuh di sini.



Melihat pada rekod pertemuan dari 22 perlawanan, Cheng Long memiliki kelebihan 12 kemenangan berbanding Chong Wei 10. Jom sama-sama kita beri sokongan  padu kepada Datuk untuk memperbaiki ranking dan melakar kemenangan ke atas Chen Long.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Badminton Terbuka Hong Kong 2015 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

PENINGKATAN CHONG WEI



Datuk Lee Chong Wei kembali meneruskan usaha memperbaiki ranking badminton beliau yang kini berada di tangga ke-6 dunia. Kejayaan di bumi China tempoh hari menyuntik semangat untuk memburu kejuaraan kali ini. Namun laluan ke final tidak semudah yang disangka.



Datuk Lee Chong Wei berkemungkinan berdepan dengan Chen Long seawal pusingan suku akhir disebabkan kedudukan ranking yang berubah. Jika berjaya, beliau mungkin akan menentang juara bertahan dari Korea Selatan Shon Wan-Ho. Dalam perlawanan malam ini, Datuk akan melayan wakil dari Germany Marc Zwiebler.



Setakat pusingan kedua, hanya tinggal 4 wakil negara yang masih kekal meneruskan perjuangan. 2 wakil masing-masing untuk kategori perseorangan dan berkumpulan lelaki. Semoga usaha pemain negara akan memberi berita gembira sekali lagi untuk peminat badminton tempatan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Jepun 2015 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

LALUAN SUKAR



Datuk Lee Chong Wei kembali meneruskan usaha memperbaiki ranking badminton beliau yang kini berada di tangga ke-28 dunia. Biarpun masih dibayangi kekalahan di final Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu, Chong Wei perlu terus fokus untuk Olimpik 2016. Laluan kejuaraan Siri Super Terbuka Jepun 2015 minggu ini lebih sukar.



Kejohanan bermula pada 8 hingga 13 September 2015 di Tokyo Jepun. Undian kali ini bakal mempertemukan Lee Chong Wei dan Lin Dan seawal pusingan kedua dan jika berjaya melepasi musuh tradisi dari China itu, Datuk akan menentang Chen Long di pusingan suku akhir. Kenapa boleh jadi begitu?



Semuanya bergantung pada ranking. Kalau ada yang cakap ranking itu tidak penting jangan percaya. Orang itu mungkin tidak tahu menahu tentang sukan. Nasib Datuk kurang baik kali ini kerana ranking ke-28 tidak menjanjikan laluan mudah berbanding ranking nombor 1.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan BADMINTON DUNIA 2015 | Pemain Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

BWF WORLD CHAMPIONSHIPS 2015 , JAKARTA INDONESIA



Minggu ini bermula Kejohanan Badminton Dunia 2015 yang berlangsung pada 10 hingga 16 Ogos bertempat di Jakarta Indonesia. Datuk Lee Chong Wei yang beraksi atas tiket 'wild card' akan berdepan cabaran sukar kali ini kerana hanya mampu berada pada kedudukan ranking ke-46. Musuh utama beliau Chen Long yang juga juara bertahan edisi 2014 dan Lin Dan bakal menjadi penghalang.



Dalam kategori lain, Malaysia juga menghantar beregu wanita dan lelaki untuk cuba mara ke pusingan suku akhir. Tahun lalu, pingat perak yang dimenangi Lee Chong Wei telah ditarik balik kerana kesalahan penyalahgunaan bahan terlarang. Beliau sudah pasti ingin menebus kekecewaan dalam edisi kali ini.



Jika dilihat laluan ke final, Datuk Lee Chong Wei dijangka bertemu bekas juara dunia Lin Dan di pusingan separuh akhir. Pertemuan ini sudah pasti sengit apatah lagi Lin Dan kini berada pada prestasi terbaik beliau. Mampukah Lee Chong Wei melakukan kejutan??

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Perlawanan Liga Hoki Dunia 2015 Malaysia vs India di Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

SUKU AKHIR LIGA HOKI DUNIA 2015



Keputusan akhir : Malaysia 2-3 India

Buat pertama kali Blog Kafe Que akan memberi liputan berkaitan sukan hoki. Kebiasaan blog ini dipenuhi dengan artikel bola sepak dan badminton kerana itu adalah kepakaran sejak sekian lama. Tetapi atas sebab sokongan moral, kami akan memberi yang terbaik untuk sukan Malaysia.



Awal pagi esok jam 00.00 am pasukan negara akan menentang juara Asia, India dalam saingan suku akhir kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2015. Ini merupakan perlawanan penting buat negara di mana dengan kemenangan Malaysia akan layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil.



Speedy Tigers perlu menggunakan peluang terbaik ini untuk layak secara automatik. Setakat ini hanya 4 pasukan sudah mengesahkan tempat di Olimpik iaitu India, Jerman, Belanda dan Argentina. Kalai terakhir Malaysia layak ke Olimpik pada tahun 2000 di Sydney. Rekod pertemuan dua perlawanan terakhir nampak seimbang masing-masing dengan 1 kemenangan. Peluang masih terbuka untuk pasukan negara untuk membuktikan sesuatu. Ayuh Malaysia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Suku Akhir COPA AMERICA 2015 | Senarai Pasukan Yang Layak

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

BRAZIL DAN ARGENTINA TEPATI RAMALAN




Brazil dan Argentina masing-masing menepati ramalan layak ke suku akhir Copa America 2015 dengan menjuarai kumpulan B dan C. Chile selaku tuan rumah juga layak setelah menjuarai kumpulan A. Dari 12 negara mengambil bahagian hanya 8 pasukan yang terpilih untuk meneruskan saingan dari 3 kumpulan.



Format pemilihan ke suku akhir di Copa Amerika 2015 sedikit berbeza dengan pertandingan lain yang anda pernah lihat. Secara logiknya, dari 3 kumpulan hanya 6 pasukan yang akan layak secara automatik dengan syarat mereka menduduki 2 tempat teratas. Baki 2 pasukan terpaksa ditentukan dengan kaedah lain.



3 pasukan terbaik di tempat ke-3 setiap kumpulan akan dikumpul dalam liga berasingan untuk menentukan 2 pasukan teratas yang akan layak ke pusingan suku akhir Copa America 2015. Pasukan yang menamatkan saingan di tempat tercorot pula akan tersingkir secara automatik.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Terkini Piala Copa Amerika 2015 Waktu Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

BRAZIL & ARGENTINA SIAP SEDIA



Demam bola sepak kembali lagi. Kejohanan Copa Amerika bakal bermula awal pagi esok. Pasukan manakah menjadi pilihan anda? Argentina, Brazil, Colombia, Uruguay atau Jamaica? Buat mereka yang tidak pernah mendengar tentang Copa Amerika, di sini ada sedikit info untuk anda. Copa America 2015 merupakan pertandingan bola sepak terbesar benua Amerika Selatan. Ianya membabitkan 12 negara yang mana 10 berasal dari benua Amerika Latin itu manakala 2 lagi menjadi pasukan jemputan.



Chile telah dipilih selaku penganjur untuk edisi ke-44 ini yang akan berlangsung pada 12 Jun hingga 5 Julai 2015. Uruguay turun selaku penyandang juara dan berita kurang enak didengar mengenai pemain terbaik kejohanan 2011, Luis Suarez tidak akan beraksi ekoran masih lagi menjalani penggantungan perlawanan kerana kesalahan menggigit pemain Italy di Piala Dunia 2014.



Melihat kepada prestasi semasa, dua kuasa besar Amerika Selatan Argentina dan Brazil menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai Copa America 2015. Kedua-dua negara itu bakal diketuai penyerang Barcelona Lionel Messi dan Neymar. Negara manakah bakal juara?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Suku Akhir Malaysia vs Korea Selatan Piala Sudirman | 14 Mei 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

PISANG BERBUAH DUA KALI?


Keputusan Akhir : Malaysia 1-3 South Korea 

Jutaan peminat badminton Malaysia bakal mengharapkan magis kedua ketika menentang pasukan pilihan Korea Selatan dalam pusingan suku akhir  malam ini. Setelah mencatatkan keputusan mengejut 3-2 dalam perlawanan peringkat kumpulan, Malaysia sekali lagi diundi bersama Korea Selatan semalam. Format pertandingan Piala Sudirman hanya memisahkan balang juara dan naib juara kumpulan sahaja tanpa ada batasan untuk kumpulan yang sama.



Jika dilihat dari keputusan tempoh hari, Malaysia menang dalam set beregu lelaki, perseorangan lelaki dan beregu campuran. Manakala perseorangan dan beregu wanita agak lemah. Semuanya bakal bergantung kepada perlawanan pertama antara Goh V Shem / Tan Wee Kion vs Lee Yong Dae / Yoo Yeon Seong.



Jika menang, Malaysia ada harapan untuk menewaskan Korea Selatan. Jika tewas, harapan agak tipis dan kita perlu mengharapkan wanita untuk menyumbangkan sekurang-kurangnya 1 mata. Menanti di pusingan separuh akhir adalah pemenang antara pasukan Jepun dan Denmark.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Separuh Akhir Piala FA Inggeris 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

TINGGAL ARSENAL DAN LIVERPOOL

SEPARUH AKHIR PIALA ENGLISH ENGLAND 2015, PIALA FA PUSINGAN SEMI FINAL ASTRO WAKTU MALAYSIA


Pasukan Arsenal dan Liverpool tidak akan bermain perlawanan EPL hujung minggu ini kerana komitmen mereka dalam Piala FA Inggeris yang sudah memasuki pusingan separuh akhir. Kejayaan Arsenal menewaskan Manchester United di pusingan suku akhir memberikan kelebihan kepada mereka untuk mempertahankan satu-satunya piala yang dimenangi dalam tempoh 9 tahun itu.



Liverpool pula dipaksa untuk bermain dalam 2 perlawanan menentang Blackburn disebabkan keputusan seri 0-0 di Anfield. Coutinho menjadi wira Liverpool dengan gol tunggal dalam perlawanan ulangan di Eword Park sekaligus memberi harapan satu piala musim ini. Dalam sesi undian yang diadakan sebelum ini menyaksikan kedua pasukan Liverpool dan Arsenal terpisah dalam saingan separuh akhir nanti.



Arsenal yang juga juara bertahan akan menentang kelab divisyen 2, Reading manakala Liverpool mendapat undian kelab EPL, Aston Villa. Jangkaan peminat bola sepak semestinya mengharapkan Arsenal dan Liverpool berentap di final Piala FA Inggeris untuk membuktikan pasukan mana lebih handal. Perlawanan semi final nanti akan diadakan di Stadium Wembley (neutral).

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

TIADA WAKIL ENGLAND



Prestasi kelab-kelab EPL menunjukkan penurunan sejak 4 tahun kebelakangan ini. Kegagalan ini menyamai rekod pada tahun 2013 di mana tiada satu pun wakil EPL beraksi di pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah. Biarpun jendela perpindahan di England tampak meriah dengan kehadiran ramai pemain bintang, namun corak permainan fizikal dan pantas menjadi punca ramai antara mereka gagal menyerlah.



Ramai yang menyalahkan jadual padat dalam bulan Disember hingga Januari menjadi punca kelab-kelab Inggeris mengalami kejatuhan sebaik sahaja kejohanan Eropah bersambung pada bulan Februari. Jika di negara lain seperti Spain, Germany dan Italy, liga tempatan direhatkan 2 minggu supaya pemain dapat bercuti menyambut perayaan Krismas bersama keluarga.



Di England, mereka masih meneruskan 'Boxing Day' yang mana perlawanan liga tetap diteruskan selepas Krismas. Komitmen tinggi ini menyebabkan ramai pemain yang bukan berasal dari liga tempatan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Nasib Kelab EPL Dalam UEFA Champions League 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

 TINGGAL SATU LAGI


Terkini : Manchester City juga gagal mara ke suku akhir [Klik]

Liga Perdana Inggeris berdepan risiko berkemungkinan kehilangan wakil di pusingan suku akhir UEFA Champions League 2015 jika Manchester City seri atau tewas kepada Barcelona awal pagi esok. Malang menimpa Chelsea dan Arsenal kerana mereka disingkirkan berdasarkan peraturan gol di tempat lawan biarpun agregat berkesudahan 3-3.



Liverpool seperti diketahui umum gagal melepasi peringkat kumpulan dengan Real Madrid dan FC Basel melayakkan diri ke pusingan 16 terakhir. Musim lalu, Manchester United dan Chelsea menjadi wakil England dan hanya Chelsea sahaja yang mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada Atletico Madrid.



Pencapaian buruk ini sedikit sebanyak mencalarkan imej EPL yang begitu gah dihebahkan menerusi saluran televisyen. Manchester City ketinggalan 1-2 kepada Barcelona dan mereka perlu menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol untuk mara ke suku akhir. Setakat hari ini, 6 pasukan sudah mengesahkan tempat ke suku akhir. Rujuk entri terdahulu di sini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Manchester United vs Arsenal | Suku Akhir English FA Cup 10 Mac 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

MUSUH TRADISI


Keputusan Akhir : Man Utd 1-2 Arsenal

Bahang pertemuan dua kelab ternama Inggeris semakin dirasai. Manchester United kemarau kejuaraan Piala FA Inggeris sejak tahun 2004. Arsenal pula menamatkan badi trofi dengan menjuarai Piala FA tahun 2014. Kedua-dua kelab ini juga bersaing merebut 2 tempat ke kejohanan UEFA Champions League musim depan.



Disebabkan Piala FA Inggeris sahaja yang dilihat realistik untuk dimenangi, Louis Van Gaal dan Arsene Wenger memberikan fokus penuh terhadap perlawanan awal pagi esok. Pasukan yang menang bakal mendapat suntikan semangat dan kelebihan psikologi untuk memburu trofi dan meneruskan momentum dalam saingan liga.



Arsenal bagaimanapun tidak mempunyai rekod baik menentang United. Dalam tujuh (7) perlawanan terdahulu, United menang 5 kali dan seri 2 termasuk kemenangan besar 8-2 di Old Trafford. Prestasi terkini menunjukkan Arsenal berada pada tahap yang baik dengan 3 kemenangan berturut-turut dalam liga dan hanya tewas 2 kali dalam tahun 2015.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton All England 3 - 8 2015 | Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

FOKUS LIN DAN



Kejohanan Badminton All England sedang berlangsung bermula 3 hingga 8 Mac 2015. Tahun ini merupakan tahun paling malang dan mencabar buat pasukan Malaysia yang kehilangan khidmat bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang digantung dari menyertai sebarang pertandingan sehingga kes penyalahgunaan bahan terlarang selesai.



Akibatnya sehingga malam tadi, tiada satu wakil Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir. Beregu harapan negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong tewas kepada pasangan Denmark dalam straight set 15-21,13-21. Dalam beregu wanita pula, pasangan Tan Aik Quan/Lai Pei Jing terpaksa akur kepada kehebatan pilihan pertama dari China juga dalam straight set.



Kini tumpuan terarah kepada bekas juara 5 kali, Lin Dan yang berjaya ke suku akhir setelah menarik diri dari 2 kejohanan lalu. Menanti di separuh akhir nanti, pemain nombor satu dunia ketika ini Chen Long. Salah seorang terpaksa memberi laluan kepada pemenang untuk meneruskan kemaraan memburu pingat untuk negara China.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Suku Akhir Piala FA Inggeris 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

REBUTAN 3 KELAB ELIT

SUKU AKHIR PIALA ENGLISH ENGLAND 2015, PIALA FA PUSINGAN 6 ASTRO WAKTU MALAYSIA


Hujung minggu ini tiada perlawanan EPL untuk memberi laluan kepada Piala FA Inggeris pusingan suku akhir. Jadi perlawanan EPL bersambung kembali pada minggu depan (boleh rujuk jadual di sini). Hanya tinggal 3 kelab elit liga perdana yang bakal berjuang merebut 4 tempat terakhir dalam English FA Cup 2014/2015.



Manchester United berazam untuk menamatkan badi kejuaraan Piala FA yang kali terakhir dimenangi pada tahun 2004. Tugas itu tidak mudah kerana mereka bakal menerima kunjungan juara bertahan tahun lalu, Arsenal di Old Trafford awal pagi Selasa depan. Liverpool dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan cabaran kelab divisyen bawah, Blackburn Rovers di Anfield.



Biar pun diundi dengan lawan lebih mudah, kelab-kelab elit harus berwaspada dengan kejutan lawan masing-masing kerana mereka tiada tekanan untuk menang. Jika seri, perlawanan ulangan akan diadakan dan mengganggu jadual asal perlawanan Liga Perdana.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pasukan Negara Yang Layak Ke Suku Akhir Piala Asia AFC 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

PASUKAN PILIHAN MARA



8 negara telah berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati Piala Asia AFC 2015. Juara dan naib juara setiap kumpulan mara dengan format silang untuk perlawanan peringkat suku akhir nanti. Jepun telah memenangi 4 kejuaraan Piala Asia dalam 6 kejohanan terakhir. Juara 3 kali Arab Saudi bagaimanapun terkandas di peringkat kumpulan.



Berikut adalah senarai juara dan naib juara kumpulan Piala Asia 2015:




Jadual Live Streaming Perlawanan Suku Akhir Piala Asia 2015 [Klik Sini]


Suku Akhir 1 : Korea Selatan vs Uzbekistan 

Suku Akhir 2 : Iran vs Iraq

Suku Akhir 3 : China vs Australia

Suku Akhir 4 : Jepun vs Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Suku Akhir Piala Capital One 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

CHELSEA PILIHAN




Setelah berakhir perlawanan UCL dan EPL minggu lalu, saingan Piala Capital One akan bersambung di peringkat suku akhir. Hanya 5 kelab EPL yang masih bertahan iaitu Chelsea, Newcastle, Southampton, Liverpool, dan Tottenham. Chelsea dilihat sebagai calon pilihan untuk memenangi trofi setelah kembalinya Mourinho. Capital One Cup ini merupakan kejuaraan pertama beliau di England pada musim 2004/05.



Southampton yang begitu hebat di awal saingan EPL kini sudah tewas 4 perlawanan berturut-turut (Man City, Arsenal, Man Utd & Burnley) dan kini menghuni di tangga ke-5. Susunan jadual dan kecederaan pemain akan menjadi faktor kejatuhan sesebuah kelab. Nasib yang sama dirasai oleh Liverpool yang kehilangan khidmat Sturridge selama 3-4 bulan. Tanpa Suarez dan Sturridge Liverpool kembali ke tempat asal mereka (10th).



Tottenham masih lagi dalam proses peralihan di bawah kendalian pengurus baru. Keputusan tidak konsisten menyaksikan mereka berada di tempat ke-7. Newcastle United berada pada prestasi terbaik dengan 10 perlawanan tanpa kalah (9 kemenangan) termasuk kejayaan menewaskan Chelsea 2-1 di EPL dan Manchester City di saingan pusingan 4 Piala Capital One. Namun disebabkan penggantungan seorang pemain, Sissoko, mereka tewas 1-4 kepada Arsenal. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan PIALA AFF SUZUKI 2014 | Siaran Langsung Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

MALAYSIA BUKAN PILIHAN

jadual perlawanan dan tarikh aff suzuki 2014, aff piala suzuki 2014 tv 3

Dapatkan tiket Piala AFF Suzuki 2014 di sini [Klik]

Piala AFF Suzuki 2014 bakal bermula pada 22 November hingga 20 Disember 2014Singapura yang juga juara bertahan bersama Vietnam akan menjadi tuan rumah untuk edisi ke-10 ini. Kejohanan tertinggi peringkat Asia Tenggara ini bakal disertai sebanyak 8 negara.



Malaysia bakal berdepan tugas sukar untuk mara ke pusingan separuh akhir apabila diletakkan bersama tuan rumah Singapura dan jaguh serantau Thailand. Melengkapkan kumpulan B ialah negara Myanmar yang semakin meningkat naik.



Kumpulan A pula terdiri daripada Vietnam, Filipina, Indonesia dan Laos. Juara dan naib juara kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir. Melihat kepada prestasi tidak menentu skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh, kita memerlukan keajaiban untuk melangkah ke semi final.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Undian Suku Akhir Piala Capital One 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

JUARA BERTAHAN TERSUNGKUR


Keputusan saingan pusingan ke-4 Piala Capital One [Klik]

Menjelang pertemuan Manchester Derby hujung minggu ini, City menerima tamparan paling hebat apabila tewas mengejut di laman sendiri kepada Newcastle dalam pusingan ke-4 Piala Capital One. Bagi menambah derita juara bertahan itu, mereka bakal kehilangan khidmat David Silva dan Yaya Toure yang mengalami kecederaan dalam perlawanan awal pagi tadi.



5 kelab EPL yang masih bertahan dalam saingan Piala Capital One ialah Chelsea, Newcastle, Southampton, Liverpool, dan Tottenham. Dalam undian peringkat suku akhir awal pagi tadi menyaksikan Chelsea, Liverpool dan Southampton bakal berkunjung menentang kelab divisyen bawahan manakala Tottenham dan Newcastle melengkapkan saingan kelab EPL.



Persoalannya kelab manakah bakal dinobatkan selaku juara baru pada edisi Piala Capital One 2014/2015? Ramai meramalkan musim ini bakal menjadi milik kelab Chelsea di bawah kendalian Jose Mourinho yang merupakan pakar menjuarai sekecil-kecil pertandingan. Mungkin juga Liverpool bakal menikmati nasib baik sekali lagi di saingan suku akhir?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/