Showing posts with label arsene wenger. Show all posts

 

Arsenal Juara Piala FA Inggeris 2015 | Catat Rekod Baru

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ARSENE WENGER PAKAR PIALA FA



Tahniah pasukan Arsenal yang berjaya dinobatkan sebagai juara Piala FA Inggeris buat 2 tahun berturut-turut. Kejayaan menewaskan Aston Villa 4-0 mencatatkan Arsenal pemegang rekod kelab terbanyak memenangi kejohanan kalah mati tertua di dunia itu sebanyak 12 kali. Sebelum ini Arsenal dan Manchster United berkongsi 11 kejuaraan.



Arsene Wenger juga mencatat sejarah tersendiri menyamai rekod George Ramsay (pengurus Aston Villa 1884 - 1926) dengan 6 Piala FA Inggeris meninggalkan Sir Alex Ferguson dengan 5 piala sahaja. Disebabkan beliau masih bersama Arsenal, Wenger berpeluang melebarkan rekod dan meletakkan dirinya sebagai pengurus terhebat dalam pertandingan Piala FA.



Bak kata orang, menang kali pertama lebih mudah dari mempertahankan kejuaraan. Terbukti pasukan Arsenal kini mempunyai pemain yang hebat untuk memberi saingan dalam semua pertandingan musim depan. Cuma elemen konsistensi perlu ditingkatkan dan Wenger perlu membeli seorang penyerang prolifik yang mampu menyudahkan gerakan cantik yang direncanakan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Manchester United vs Arsenal | Suku Akhir English FA Cup 10 Mac 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

MUSUH TRADISI


Keputusan Akhir : Man Utd 1-2 Arsenal

Bahang pertemuan dua kelab ternama Inggeris semakin dirasai. Manchester United kemarau kejuaraan Piala FA Inggeris sejak tahun 2004. Arsenal pula menamatkan badi trofi dengan menjuarai Piala FA tahun 2014. Kedua-dua kelab ini juga bersaing merebut 2 tempat ke kejohanan UEFA Champions League musim depan.



Disebabkan Piala FA Inggeris sahaja yang dilihat realistik untuk dimenangi, Louis Van Gaal dan Arsene Wenger memberikan fokus penuh terhadap perlawanan awal pagi esok. Pasukan yang menang bakal mendapat suntikan semangat dan kelebihan psikologi untuk memburu trofi dan meneruskan momentum dalam saingan liga.



Arsenal bagaimanapun tidak mempunyai rekod baik menentang United. Dalam tujuh (7) perlawanan terdahulu, United menang 5 kali dan seri 2 termasuk kemenangan besar 8-2 di Old Trafford. Prestasi terkini menunjukkan Arsenal berada pada tahap yang baik dengan 3 kemenangan berturut-turut dalam liga dan hanya tewas 2 kali dalam tahun 2015.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Keputusan Arsenal vs Manchester City | Perisai Komuniti 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

CITY TERIMA PADAH



Keputusan akhir : Arsenal 3-0 Manchester City


Ketiadaan pemain utama dan kesilapan percaturan Manuel Pellegrini akhirnya menyaksikan pasukan juara EPL 2013/14 Manchester City dibelasah 0-3 oleh Arsenal dalam perlawanan Perisai Komuniti 2014. Arsene Wenger menurunkan kebelasan terbaiknya dengan menyenaraikan pemain bintang Alexis Sanchez dan Calum Chambers mengisi tempat Mertesacker yang direhatkan selepas kempen Piala Dunia 2014.



City kehilangan khidmat kapten pasukan Kompany, Zabaleta, Aguero, Demichelis, Fernadinho, dan Negredo. Boyata yang diturunkan di posisi pertahanan nampak goyah dan kekalutan itu digunakan sebaiknya oleh Arsenal. Mereka lebih mengusai permainan dan berhak untuk menang Perisai Komuniti kali ini.



Kejayaan ini akan menaikkan moral pemain-pemain Arsenal sebelum perlawanan EPL minggu depan. Buat City dan Pellegrini, musim ini bakal menjanjikan cabaran yang lebih sukar dari musim lalu. Gol-gol perlawanan dijaringkan Cazorla (21'), Ramsey (42') dan Giroud (60').

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tirai Musim Baru EPL 2014/15 Bakal Bermula Dengan Piala Perisai Komuniti 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

PERANG PSIKOLOGI BERMULA


Jadual Live Streaming Arsenal vs Manchester City [Klik]

Piala Perisai Komuniti FA atau FA Community Shield merupakan perlawanan tahunan melibatkan juara EPL musim lepas menentang juara Piala FA. Umum sudah tahu kelab Manchester City membuktikan mereka masih gah dengan pembelian pemain berstatus bintang dan pemilihan Manuel Pellegrini selaku pengurus pasukan. Kemenangan juara EPL 2013/2014 memang tidak dapat dinafikan.



Liverpool yang tidak diletakkan harapan pada awalnya, hampir-hampir saja menamatkan kemarau 24 tahun kejuaraan liga. Ternyata persembahan Luis Suarez, Sturridge dan Sterling dibantu pula dengan taktikal Brendan Rodgers yang mantap membawa mereka muncul naib juara EPL. Chelsea dan Arsenal terpaksa berpuas hati di tempat ke-3 dan ke-4.



Arsenal sebaliknya mendapat tuah dalam pertandingan Piala FA Inggeris 2013/14. Kemarau trofi 9 tahun anak buah Arsene Wenger berakhir apabila mereka menewaskan Hull City dalam masa tambahan perlawanan tersebut.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Suku Akhir Piala FA Inggeris 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

ARSENAL ATAU MAN CITY



Arsenal dan Manchester City meneruskan pemburuan trofi mereka di dalam Piala FA Inggeris 2013/2014. 8 musim lalu, trofi terakhir yang dimenanangi Arsenal ialah Piala FA. Mungkinkah musim kesembilan ini tuah akan kembali bersama mereka?



Arsenal menewaskan Liverpool 2-1 dalam perlawanan pusingan ke-5 awal pagi tadi. Sehari sebelum itu, Manchester City membalas dendam kekalahan kepada Chelsea dalam EPL dengan kemenangan bergaya 2-0 untuk melayakkan diri ke suku akhir Piala FA Inggeris.



Setakat hari ini, Manchester City merupakan satu-satunya kelab yang masih berpeluang memenangi 4 trofi (Piala Capital One, Piala FA, EPL dan UEFA Champions League). Minggu ini kita akan saksikan pertarungan hebat antara Manchester City dan Barcelona manakala Arsenal pula akan melayan Bayern Munich.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan UEFA Champions League 2013/14 Matchday 2 | 2 Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

WENGER VS BENITEZ


JADUAL PERLAWANAN ARSENAL VS NAPOLI UCL 2 OKTOBER 2013, KEPUTUSAN ARSENAL VS NAPOLI UEFA CHAMPIONS LEAGUE LIGA JUARA EROPAH 2 OKT 2013

Jadual Perlawanan UCL 2013/14 @ Astro [Klik]


Perlawanan tumpuan awal pagi esok menemukan dua 'sahabat lama', Arsene Wenger dan Rafa Benitez. Benitez pernah menjadi pengurus Liverpool dan Chelsea sebelum ini. Beliau tentu sudah masak mengenai corak permainan Arsenal. Selain itu, kita juga boleh saksikan dua bekas pemain Real Madrid yang berhijrah ke kelab baru iaitu Mesut Ozil (Arsenal) dan Gonzalo Higuain (Napoli) berentap sesama sendiri.



Kedua pasukan ini pernah bertarung dalam Piala Emirates dengan keputusan akhir seri 2-2. Pastinya perlawanan awal pagi esok menjanjikan saingan yang lebih sengit. Tambahan pula, kumpulan F merupakan salah satu kumpulan maut dengan finalis UCL 2012/13 Dormund dan naib juara Liga Perancis, Marseille melengkapkan kuota. Masing-masing cuba mencuri mata sebanyak yang mungkin.



Mengenai sejarah dalam UCL, Benitez pernah menang sekali pada musim 2004/05 bersama Liverpool. Arsenal pula hampir saja dapat menewaskan Barcelona sewaktu final 2006/07.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

EPL : Ozil Pecah Rekod Arsenal | United Dapat Fellaini

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

SEKITAR HARI TERAKHIR PERPINDAHAN PEMAIN


PERPINDAHAN MESUT OZIL FELLAINI, KE ARSENAL MANCHESTER UNITED, HARGA PERPINDAHAN MESUT OZIL FELLAINI 2013



Arsenal memecah rekod pembelian pemain dengan kehadiran Mesut Ozil dari Real Madrid yang dianggarkan bernilai 42.5 juta Pound. Sebelum ini Jose Antonio Reyes yang dibawa masuk dengan harga 17.5 juta Pound dari Sevilla memegang rekod pemain paling mahal yang pernah dibeli pasukan Arsenal. Keputusan ini nyata melegakan peminat Arsenal yang dahagakan pemain berstatus bintang beraksi untuk kelab kesayangan mereka.



Beralih ke Old Trafford, David Moyes akhirnya berjaya mendapatkan khidmat bekas pemainnya di Everton, Marouane Fellaini yang dilepaskan dengan harga 27.5 juta Pound. Fellaini pernah berkerjasama dengan Moyes selama 5 tahun. Kekuatan fizikal dan tandukan set pieces dilihat bakal menjadi senjata baru membantu United mempertahankan trofi EPL musim ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Teka-teki : Bilakah Kali Terakhir ARSENAL Menang Piala @ Trofi ??

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

KE MANA PERGINYA SENGAT ARSENAL?





Masih ingatkah anda pada pasukan Invincible 2003-2004? Mereka mencipta rekod EPL dengan menghabiskan 38 perlawanan tanpa kalah dalam satu musim. Dengan 26 kemenangan dan 12 seri menjadikan keseluruhan 90 mata untuk Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris pada waktu itu. Mereka juga menjadi pasukan yang mengutip jumlah jaringan paling banyak (75 gol) dan bolos yang paling sedikit (26 gol).



Tidak cukup dengan itu, Arsenal meneruskan rekod tanpa kalah hingga 49 perlawanan (rekod baru EPL) sehinggalah mereka tewas kepada Manchester United 2-0 pada musim berikutnya. Zaman itu merupakan zaman kegemilangan Arsene Wenger bersama Arsenal. Thierry Henry menjadi ayam tambatan. Kerjasama dan taktikal counter attack sememangnya menarik untuk ditonton.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Top 5 : Keputusan Terbaik Yang Pernah Dibuat Dalam Sukan Bola Sepak

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

SIR ALEX FERGUSON UNGGULI CARTA




Ketinggalan 1-0 oleh jaringan Basler seawal minit ke-6, United hampir-hampir menerima kekalahan dalam Final UEFA Champions League 1998/1999. Masa perlawanan masih berbaki 3 minit (masa tambahan). Sepakan penjuru Beckham disambar Teddy Sheringham. Stadium Nou Camp bergema dengan sorakan penyokong Manchester United. Gol!! United berjaya mengikat Bayern dengan kedudukan 1-1.


Selang 2 minit, United mendapat 1 lagi sepakan penjuru. Keadaan menjadi semakin mendebarkan. Beckham sekali lagi menghantar bola dan kali ini Ole Gunner Solskjaer pula meranapkan impian Bayern Munich. Kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/