Home » , , , , , , , , , , , , , , , , , » Tirai Musim Baru EPL 2014/15 Bakal Bermula Dengan Piala Perisai Komuniti 2014

Tirai Musim Baru EPL 2014/15 Bakal Bermula Dengan Piala Perisai Komuniti 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

PERANG PSIKOLOGI BERMULA


Jadual Live Streaming Arsenal vs Manchester City [Klik]

Piala Perisai Komuniti FA atau FA Community Shield merupakan perlawanan tahunan melibatkan juara EPL musim lepas menentang juara Piala FA. Umum sudah tahu kelab Manchester City membuktikan mereka masih gah dengan pembelian pemain berstatus bintang dan pemilihan Manuel Pellegrini selaku pengurus pasukan. Kemenangan juara EPL 2013/2014 memang tidak dapat dinafikan.



Liverpool yang tidak diletakkan harapan pada awalnya, hampir-hampir saja menamatkan kemarau 24 tahun kejuaraan liga. Ternyata persembahan Luis Suarez, Sturridge dan Sterling dibantu pula dengan taktikal Brendan Rodgers yang mantap membawa mereka muncul naib juara EPL. Chelsea dan Arsenal terpaksa berpuas hati di tempat ke-3 dan ke-4.



Arsenal sebaliknya mendapat tuah dalam pertandingan Piala FA Inggeris 2013/14. Kemarau trofi 9 tahun anak buah Arsene Wenger berakhir apabila mereka menewaskan Hull City dalam masa tambahan perlawanan tersebut.



Manchester City bakal membuat penampilan ke-10 dalam Piala Perisai Komuniti 2014 manakala Arsenal sudah menjangkau kali ke-20. Untuk rekod, City hanya pernah menang 4 kali dan Arsenal 12 kali. Namun keadaan sekarang mungkin berbeza kerana kali terakhir kedua pasukan bertemu pada 1934 yang pada ketika itu dimenangi Arsenal 4-0.



Arsenal membawa masuk pemain-pemain baru seperti Alexis Sanchez, David Ospina, Debuchy Calum Chambers. Mereka juga kehilangan tonggak pertahanan Bacary Sagna yang bertukar arah keManchester City. Manuel Pellegrini pula membeli penjaga gol baru, Caballero, Fernando dan juga meminjam Frank Lampard dari NY City FC.



Kita bakal lihat beberapa pemain baru ini beraksi dalamperlawanan Piala Perisai Komuniti 2014 pada 10 Ogos jam 10 malam.



Format pertandingan Piala Perisai Komuniti mungkin sedikit berbeza dengan pertandingan lain.

Perlawanan akan dimainkan selama 90 minit.

Sepakan penalti jika kedua pasukan terikat pada jaringan yang sama selepas 90 minit

7 pemain simpanan 

6 pertukaran sahaja dibenarkan



Kebiasaannya perlawanan Perisai Komuniti ini sebagai permainan psikologi kepada pasukan yang akan menjuarainya. Sekurang-kurangnya para pemain dan pihak pengurusan kelab dapat menaikkan moral sebelum perlawanan pertama EPL pada minggu 16 Ogos 2014 nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Tirai Musim Baru EPL 2014/15 Bakal Bermula Dengan Piala Perisai Komuniti 2014 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets