Tutorial : Cara Nak Install Permainan Angry Birds Rio versi 1.2.2 | New Patch Download PC Version
Penulis: Que | Kategori: ict , tutorial
Salam kepada pembaca setia blog Kafe Que. Sebagai menghargai jasa korang yang tak pernah jemu singgah sini, aku nak share game yang penah jadi fenomena suatu masa dulu. Angry Birds Rio dah keluar patch yang terbaru versi 1.2.2.. Jangan buat2 tak tau.. Kepada yang dah install version 1.1.0 korang boleh update (xperlu uninstall) dengan software yang baru ni untuk main stage seterusnya dan ade bonus!!
Aku mula2 pun malas nak layan game ni. Macam budak2 kot. Tapi bile tangan ni gatal nak install tak leh nak stop pulak. Sebenarnya game ni bagus untuk hilangkan ngantuk dan boring. Selain tu juga, Angry Birds ni dapat menajamkan otak kita sebab kena fikir strategi yang berlainan. Haha. Tak percaya? Jom try dulu. Asal ko tak masuk? Usha2 tapi tak masuk.
Pada yang nak download Angry Birds Rio versi 1.2.2 boleh la klik kat sini ye. [Download]
Soalan : "Kalau belum install versi yang lama boleh main tak?"
Jawapan : "Boleh ;) siap smiley lagi"
Dengan syarat ikut step ni sampai habis.
1. Unzip file Angry Birds Rio v 1.2.2 updated.rar (43.12 MB)
2. Install dengan klik file ini : AngryBirdsRioInstaller_1.2.2 (win xp,vista & 7)
3. Bila dah siap install sume JANGAN terus launch/run game dulu. Untick box 'Launch Angry Birds Rio' dan klik Finish
4. Masuk balik folder Angry Birds Rio v 1.2.2 updated dan cari folder patch yang disertakan. Pilih aplikasi Patch.exe hingga keluar gambar seperti di bawah
5. Klik menu Patch dalam aplikasi tadi dan cari lokasi/destinasi di mana anda install game Angry Birds Rio v 1.2.2 tadi. Contohnya C:\Program Files\Rovio\Angry Birds Rio\
6. Pilih file AngrybirdsRio.exe dan klik Open. Anda akan nampak status "Successfully patched!" seperti di bawah sekiranya tiada masalah.
7. Exit dan Start game Angry Birds Rio v 1.2.2 hingga anda jumpa laman utama seperti di bawah. JANGAN panik jika anda nampak "Activate Full Version" & "Redeem Code". Kami ada penyelesaiannya..
8. Open file notepad 'Serial@Key Activate Full Version & Redem Code' dalam folder patch tadi dan gunakan kunci yang diberikan untuk unlock game Angry Birds Rio anda. Klik pada link 'Activate Full Version' & 'Redeem Code' (dua2 same okay) dan masukkan serial. Tadaaa.. Dah ilang pun ;p Bijak2..
9. Setelah selesai anda akan dapat lihat 2 level/stage baru yang terdapat dalam Angry Birds Rio v 1.2.2 ini.
10. Dah la kot. Korang main la sebab dah siap pun.. Kene la start dari awal kalau nak main Level 4 (Carnival Upheaval). Tapi Stage 6 - Golden Beach Ball leh main terus je. Selamat berbuka puasa & beramal.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..