Showing posts with label pemain. Show all posts

 

Jadual dan Keputusan Badminton Piala Thomas & Piala Uber 2016 | Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

SEJARAH 1992 DALAM KENANGAN



Datuk Lee Chong Wei bakal beraksi di pentas terakhir Piala Thomas pada tahun ini. Paling menyedihkan apabila kita gagal menggunakan kelebihan beliau sebagai pemain nombor dua dunia untuk kembali merampas Piala Thomas yang didominasi oleh Indonesia (5 kali) dan China (5 kali) sejak tahun 1992.



Puncanya kerana Malaysia tiada pasukan pelapis yang boleh menyaingi pemain pelapis China dan pasukan elit lain seperti Korea Selatan dan mungkin juga Jepun yang semakin meningkat naik. Beregu negara semakin tenggelam dan terus mempamerkan persembahan yang kurang konsisten.



Memandangkan Piala Thomas ini merupakan pertandingan dalam bentuk kumpulan, jadi kekuatan seimbang amat perlu bagi sesebuah negara untuk menjuarainya. Mengikut format tegrkini, setiap negara perlu membariskan 3 pemain perseorangan dan 2 beregu yang akan menentukan 5 mata untuk satu-satu perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Nama 23 Pemain Malaysia vs Laos dan Timor Leste Oktober 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ONG KIM SWEE JURULATIH TERBAIK



Pengendali sementara pasukan Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan pemilihan 23 pemain yang akan bermain menentang Laos pada 8 Oktober dan Timor Leste pada 13 Oktober depan. JDT mendahului senarai dengan 7 orang wakil diikuti Pahang (4), Kelantan (3), Terengganu (2), Felda United (2), Harimau Muda B (2) serta masing-masing seorang wakil dari Selangor, Kedah dan Perak.



Insiden kekecohan di Shah Alam tempoh hari menjadi titik klimaks kepada permasalahan yang berlaku pada pasukan negara. Agak malang apabila perkara sedemikian terjadi di kala tugas jurulatih diambil alih oleh Datuk Ong Kim Swee. Pada pendapat aku, beliau merupakan calon paling sesuai memimpin pasukan Malaysia.



Biarpun tiada rekod menakjubkan sebelum ini selain juara Sukan SEA, tetapi potensi OKS menampakkan karisma beliau selaku jurulatih berkaliber. Dari pemilihan pemain yang telus mengikut prestasi semasa dan posisi serta susunan strategi yang bijak menjadikan beliau calon terbaik untuk mengisi kekosongan itu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pemain Manchester United Musim 2015/2016 | Nombor Jersi Terkini

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

GANDINGAN TENGAH TERHEBAT?




Musim EPL 2015/2016 akan bermula bulan depan. Sudah pasti ramai peminat Manchester United tidak sabar untuk melihat gandingan pemain baru yang dibeli. United sekadar mampu menamatkan saingan liga di tempat ke-4 dan layak bermain dalam play-off UEFA Champions League 2015/2016.



Louis Van Gaal dilihat mempunyai pengaruh yang sangat kuat untuk membawa nama besar ke Old Trafford. Status beliau selaku antara pengurus terbaik dunia berjaya menarik minat pemain seperti Memphis Depay, Matteo Darmian, Morgan Schneiderlin, Bastian Schweinsteiger dan Sergio Romero menyarung jersi United. Bermula 1 Ogos 2015 kontrak bersama Adidas akan menggantikan Nike. Sama-sama kita nantikan bagaimana rupa jersi baru tersebut.



Jika ada pemain baru yang masuk mesti akan ada yang keluar untuk mengimbangi kewangan kelab. Antara pemain utama yang telah berhijrah ke kelab lain ialah Nani (Fenerbahce), Robin Van Persie (Fenerbahce) dan Tom Cleverley (Everton). Radamel Falcao yang tamat tempoh pinjaman kini berada di Chelsea. Angel Di Maria juga bakal meninggalkan kelab jika PSG menyelesaikan yuran perpindahan dalam masa terdekat.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pemain Manchester United ke USA Tour Perlawanan Pra Musim 2015/2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

MUKA BARU BAKAL BERAKSI



Skuad Manchester United akan memulakan sesi latihan sempena perlawanan pra musim US Tour 2015 minggu ini. 4 muka baru Depay, Darmian, Schweinsteiger dan Schneiderlin sudah menyertai skuad dan bakal beraksi dalam perlawanan pembukaan menentang Club America pada 18 Julai nanti. Pengurus pasukan, Louis Van Gaal telah menamakan 26 pemain bagi menghadapi 4 perlawanan di International Champions Cup yang dimenangi United musim lalu.



Angel Di Maria dan Marcos Rojo yang terlibat dengan komitmen Copa America 2015 direhatkan sehingga skuad pulang ke England. Victor Valdes dan Rafael keduanya tidak dibawa bersama dan masih menjadi misteri. 



Manchester United akan menentang Club America (18 Julai), San Jose Earthquakes (22 Julai), Barcelona (26 Julai) dan Paris Saint German (30 Julai). Peminat United sudah tentu tidak sabar untuk menyaksikan kelibat Memphis Depay, Matteo Darmian, Bastian Schweinsteiger dan Morgan Schneiderlin dalam barisan utama nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Sah] Bastian Schweinsteiger, Morgan Schneiderlin, Matteo Darmian Milik Manchester United 2015/2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

BAHANG EPL SEMAKIN TERASA



Berita gembira untuk semua peminat kelab Manchester United!! 3 lagi pemain baru bakal mewarnai kancah Liga Perdana Inggeris bersama United. Selepas pembelian awal Memphis Depay di penghujung musim lalu, Louis Van Gaal membawa masuk Matteo Darmian, Bastian Schweinsteiger dan Morgan Scheneiderlin ke Old Trafford untuk memperkuatkan skuad sedia ada.



Kali ini semua pembelian berjaya dimuktamadkan sebelum mereka berlepas ke Amerika Syarikat untuk siri jelajah perlawanan pemanas badan dan International Champions Cup 2015. Akhirnya United bakal mempunyai gandingan barisan tengah antara yang terkuat dalam EPL selepas pemergian Roy Keane dan Paul Scholes. Pengalaman Bastian dan komitmen Schneiderlin membolehkan United mengawal bola dan bertahan lebih baik.



Matteo Darmian akan menggantikan tempat Rafael dan Valencia yang terpaksa beraksi di bek kanan hampir keseluruhan musim lepas. Kemampuan Darmian untuk bertahan dan menyerang akan mengembalikan kegemilangan lagenda Gary Neville. Tahniah United kerana bersiap awal untuk musim yang penuh mencabar nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pemain Pilihan Malaysia vs Liverpool 24 Julai 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

GILIRAN LIVERPOOL UJI HARIMAU MALAYA


LIVE : Malaysia XI vs Liverpool FC 24.7.2015 [Klik]

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai pasukan pilihan Malaysia yang akan menentang kelab elit Liga Perdana Inggeris, Liverpool pada 24 Julai 2015. Seperti sebelum ini ketika menentang Tottenham, 5 pemain import akan diturunkan untuk memperkuatkan barisan kebangsaan. Maklumlah pasukan negara baru saja dibelasah 0-6 oleh Palestin  tempoh hari.



Liverpool dalam siri jelajah Asia untuk perlawanan pemanas badan sebelum bermula kempen Liga Perdana Inggeris bulan depan. Malaysia merupakan destinasi terakhir sebelum mereka pulang ke England.



Peminat Liverpool di negara ini boleh mendapatkan tiket perlawanan di laman web ticketpro. Beberapa muka baru yang dibawa masuk turut sama menyertai siri jelajah itu nanti. Mampukah Malaysia dengan bantuan awang import mengekang asakan anak buah Brendan Rodgers??

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Perlawanan Badminton Malaysia di Sukan SEA 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

HARAPAN EMAS



Masalah demi masalah yang melanda kem badminton negara memperlihatkan kemerosotan sejak akhir-akhir ini. Dek kerana itu tiada harapan diletakkan kepada pasukan badminton negara untuk meraih banyak emas dalam edisi Sukan SEA 2015. Dari 7 kategori yang dipertandingkan harapan mungkin tertumpu pada kategori berpasukan lelaki dan beregu lelaki yang diperkuatkan oleh pemain no.1 negara Datuk Lee Chong Wei.



Di samping itu juga, harapan negara bergantuing kepada beregu wanita selaku pemegang pingat emas Sukan SEA 2013 dan beregu campuran yang disasarkan layak ke final untuk cuba merampas emas dari pasukan Indonesia. Jumlah 4 pingat emas dilihat cukup baik jika dibandingkan dengan pencapaian 1 pingat emas ketika di Myanmar.



Namun begitu, pemain Malaysia harus berhati-hati dengan pencabar utama Indonesia, Thailand dan Singapura yang juga mempunyai kekuatan masing-masing. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Penuh Manchester United Player Of The Year Awards 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

DAVID DE GEA MENANG LAGI



Walaupun pelbagai spekulasi mengenai perpindahan beliau ke Real Madrid, itu tidak menghalang dari para pemain dan peminat untuk mengundi beliau selaku pemain terbaik pasukan Manchester United bagi musim 2014/2015. Tanpa ketangkasan David De Gea menyelamatkan beberapa percubaan bahaya ke kubu United, mungkin mereka tidak akan berada pada kedudukan 4 teratas ketika ini. Justeru tiada apa lagi yang boleh menyangkal bahawa beliau merupakan pemain terbaik Manchester United!



Berikut adalah keputusan penuh malam anugerah pemain terbaik Manchester United 2015


Fans' Player of the Year - David De Gea

Players' Player of the Year - David De Gea

Goal of the season - Juan Mata (vs Liverpool)

Denzil Haroun Under-21s Player of the Year - Andreas Pereira

Jimmy Murphy Under-18s Player of the Year - Axel Tuanzebe


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Akhir Final Badminton Piala Sudirman China vs Jepun | 17 Mei 2015 di Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

CHINA BURU GELARAN KE-10


Keputusan akhir : China 3-0 Jepun

China menepati ramalan layak ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2015. Selaku tuan rumah, China bakal memburu gelaran ke-10 dan ke-6 berturut dalam sejarah. Mereka melepasi halangan dengan mengetepikan cabaran pasukan Germany dan Indonesia. Lawan mereka di final nanti merupakan pasukan Jepun yang menunjukkan peningkatan sejak menjuarai Piala Thomas 2014.



China ketika itu diaibkan Jepun dalam saingan separuh akhir dengan keputusan 3-0. Walaupun Piala Thomas hanya melibatkan pemain lelaki dan berbeza dengan format berpasukan Piala Sudirman, sudah pasti luka tersebut masih dirasai. Pentas petang ini bakal menjadi medan bagi China untuk mempamerkan kekuatan sebenar.



Jepun mengejutkan Korea Selatan yang menjadi naib juara dalam edisi sebelum ini. Perlawanan yang berlangsung lebih 4 jam itu berakhir dengan keputusan 3-2 memihak kepada negara matahari terbit itu. Jepun mungkin bukan pasukan pilihan kerana mereka buat pertama kali layak ke perlawanan akhir Piala Sudirman. Namun China harus berhati-hati dan memberi sepenuh tumpuan supaya trofi Piala Sudirman kekal menjadi milik mereka.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Penuh Pemain Harimau Muda Malaysia B-23 Ke Sukan SEA 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

MISI BALAS DENDAM



Datuk Ong Kim Swee telah menyenaraikan barisan terkuat untuk skuad Malaysia B-23 ke Sukan SEA 2015 yang bakal diadakan pada 30 Mei hingga 15 Jun nanti. Singapura yang dipilih selaku tuan rumah merupakan pasukan yang mengecewakan pasukan Harimau Muda untuk penentuan tempat ke-3/4 dalam edisi sebelum ini.



Malaysia telah diundi dalam kumpulan B bersama juara Sukan SEA 2013 (Thailand), Vietnam, Laos, Brunei dan Timor-Leste. 6 buah negara ini akan merebut 2 tempat teratas ke pusingan separuh akhir. Apa yang menariknya, kumpulan A yang menempatkan Singapura hanya mempunyai 5 negara. 



Ini bermakna sekiranya Harimau Muda layak ke semifinal dan ditakdirkan bertemu tuan rumah, mereka bermain lebih 1 perlawanan dari Singapura. Malaysia B-23 bakal membuat persiapan dengan perlawanan persahabatan menentang Sabah FA (15 Mei) dan Indonesia B-23 (21 Mei) untuk menguji keserasian dan proses pemilihan 20 pemain ke Sukan SEA 2015 nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Suku Akhir Malaysia vs Korea Selatan Piala Sudirman | 14 Mei 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

PISANG BERBUAH DUA KALI?


Keputusan Akhir : Malaysia 1-3 South Korea 

Jutaan peminat badminton Malaysia bakal mengharapkan magis kedua ketika menentang pasukan pilihan Korea Selatan dalam pusingan suku akhir  malam ini. Setelah mencatatkan keputusan mengejut 3-2 dalam perlawanan peringkat kumpulan, Malaysia sekali lagi diundi bersama Korea Selatan semalam. Format pertandingan Piala Sudirman hanya memisahkan balang juara dan naib juara kumpulan sahaja tanpa ada batasan untuk kumpulan yang sama.



Jika dilihat dari keputusan tempoh hari, Malaysia menang dalam set beregu lelaki, perseorangan lelaki dan beregu campuran. Manakala perseorangan dan beregu wanita agak lemah. Semuanya bakal bergantung kepada perlawanan pertama antara Goh V Shem / Tan Wee Kion vs Lee Yong Dae / Yoo Yeon Seong.



Jika menang, Malaysia ada harapan untuk menewaskan Korea Selatan. Jika tewas, harapan agak tipis dan kita perlu mengharapkan wanita untuk menyumbangkan sekurang-kurangnya 1 mata. Menanti di pusingan separuh akhir adalah pemenang antara pasukan Jepun dan Denmark.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Biodata Penuh Memphis Depay Pemain Baru Manchester United 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

PERMATA BARU OLD TRAFFORD


Kelab PSG ketika itu sedang merancang perpindahan pemain muda Belanda ini ke Perancis. Mujur Louis Van Gaal pantas bertindak dengan mempengaruhi Depay untuk menandatangani perjanjian di Old Trafford bernilai 25 juta pound. Persoalannya di sini mengapa 2 kelab ini memburu Depay sebelum musim liga tamat? Apakah potensi pemain sebenar pemain ini?



Umum sudah mengetahui hubungan rapat antara Memphis Depay dan Louis Van Gaal. LVG bertanggungjawab membawa Depay ke Piala Dunia 2014 di Brazil kerana percaya bakat yang dimiliki beliau. Walaupun diletakkan selaku pemain simpanan, Depay berjaya membantu menjaringkan 2 gol penting ketika Belanda bertemu Australia dan Chile.



Apa yang menarik, kedua-dua gol itu dijaringkan ketika Depay bermain sebagai pemain gantian. Musim ini sahaja bersama PSV, Depay telah menjaringkan 28 gol dari 39 perlawanan menjadikan nisbah gol per perlawanan kepada 0.71 yang agak tinggi jika mengambil kira beliau bermain di posisi sayap.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Calon-Calon Pemenang Anugerah Pemain Terbaik EPL Musim 2014/2015 | PFA

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

HAZARD CALON PILIHAN



Enam pemain English Premier League telah disenarai pendek sebagai pemenang PFA Players' Player Of The Year tahun 2015. Pemilihan ini berdasarkan undian yang dilakukan oleh semua pemain yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.



Mereka adalah Diego Costa dan Eden Hazard (Chelsea), Alexis Sanchez (Arsenal), Philippe Coutinho (Liverpool), Harry Kane (Tottenham) dan David De Gea (Manchester United). Musim lalu penjaring terbanyak EPL, Luis Suarez memenangi anugerah tersebut.



Sergio Aguero yang menjaringkan 20 gol setakat ini gagal tersenarai dan penampilan sulung yang mantap dipamerkan Harry Kane dalam EPL berjaya memikat undian pemain. Keputusan akan diumumkan pada 26 April 2015. Coutinho, De Gea, Hazard and Kane juga dalam senarai anugerah Young Player Of The Year bersama Thibaut Courtois dan Raheem Sterling.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Penuh Perpindahan Pemain EPL Januari 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

MAN CITY DAN CHELSEA BERBELANJA BESAR



Jendela perpindahan pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir 2 Februari lalu. Kesempatan ini digunakan oleh kelab-kelab yang ingin memperkuatkan skuad utama dan juga melepaskan pemain simpanan. Chelsea sebagai pendahulu liga membawa masuk Juan Cuardado dari Fiorentina dengan yuran perpindahan 27 juta pound dan melepaskan Andre Schurrle pada harga 24 juta pound kepada Wolfsburg. 



Manchester City mendapatkan khidmat Wilfried Bony dari Swansea City untuk digandingkan bersama Sergio Aguero di barisan hadapan. Arsenal pula terdesak mencari pengganti Thomas Vermaelen dengan menawarkan kontrak kepada Gabriel Paulista dari Villareal pada harga 11.2 juta pound.



Manchester United menandatangi bekas penjaga gol Barcelona Victor Valdes sebagai pesaing David De Gea. Mereka turut melepaskan Darren Fletcher, Wilfried Zaha dan Micheal Keane kerana tidak diperlukan oleh pengurus baru Louis Van Gaal. Liverpool bagaimana pun tidak melakukan sebarang pembelian.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pemain EPL ke Piala Asia dan Piala Africa 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

KOMITMEN NEGARA



Kelab-kelab EPL pastinya resah kerana penganjuran dua kejohanan besar ini diadakan semasa musim liga memasuki fasa kedua. Setelah mengharungi bulan Disember yang padat dengan perlawanan, mereka perlu meneruskan momentum untuk mengutip mata sebanyak yang mungkin dalam liga dan menghadapi saingan kalah mati dalam Piala FA Inggeris atau Piala Capital One.



Kehilangan pemain utama untuk jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif bagi sesetengah pasukan. Piala Asia berlangsung selama 23 hari bermula 9 Januari dan pemain terlibat akan dipanggil 2 minggu sebelum untuk melakukan persiapan. Begitu juga dengan Piala Afrika yang bakal bermula pada 17 Januari nanti.



Antara nama besar yang terpaksa meninggalkan kelab EPL mereka ialah Yaya Toure dari Manchester City. Seramai 19 orang pemain yang menyertai Piala Asia dan Piala Afrika berdepan kemungkinan terlepas 5 hingga 6 perlawanan bergantung kepada sejauh mana penglibatan negara mereka wakili dalam kejohanan tersebut.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Keputusan Pemenang FIFA Ballon d'Or 2014 | 13 Januari 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

DEBARAN CALON AKHIR




Awal pagi esok bakal menentukan nasib semua calon akhir dan juga penerima anugerah beberapa kategori utama sempena FIFA Ballon d'Or 2014 di Zurich, Switzerland. Paling ditunggu-tunggu pastinya perebutan pemain terbaik dunia di antara Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Manuel Neuer. Lihat pencapaian hebat mereka di sini.



Anugerah Jurulatih Terbaik Dunia bakal menjadi persaingan antara Carlo Ancelotti (Real Madrid), Joachim Loew (Germany) dan Diego Simeone (Atletico Madrid). Ancelotti membawa Real Madrid menjulang Piala UEFA Champions League buat kali ke-10 di samping kejayaan mereka merangkul European Super Cup dan FIFA Club World Cup Championship 2014.



Joachim Loew meraih gelaran tertinggi dunia di Brazil Julai lalu sekaligus menjadikan negara Jerman juara Piala Dunia pertama di Amerika Selatan. Diego Simeone pula melakukan kejutan apabila menyingkirkan Real Madrid dan Barcelona untuk menjuarai La Liga yang dikuasai dua gergasi Sepanyol sejak 2005.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

12 Pemain Manchester United Dalam Senarai Cedera Menjelang Pertemuan Dengan Arsenal

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

LOUIS VAN GAAL PENING



Louis Van Gaal pening memikirkan masalah kecederaan pemain yang membelenggu kelab barunya itu. Menjelang pertemuan dengan Arsenal hujung minggu ini, seramai 12 pemain utama dijangka terlepas aksi perlawanan penting itu. Daripada 12, 5 pemain tercedera dalam minggu perlawanan antarabangsa baru-baru ini.



Secara rasminya, Manchester United mendahului carta kecederaan pemain diikuti Newcastle United (11) dan Everton (10). Ramai orang mempersoalkan kenapa United hanya mampu berada di tangga ke-7 tetapi tidak ramai yang mampu menkaji apa punca masalah tersebut kerana rata-rata peminat hanya melihat kepada keputusan perlawanan.



David De Gea, Michael Carrick, Daley Blind, Luke Shaw dan Angel Di Maria menambah derita United yang menagih khidmat mereka untuk memenangi perlawanan di Emirates. Nasib malang yang menimpa kelab menggangu rentak kemenangan dan usaha untuk kembali ke kedudukan 4 teratas.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Terkini 22 Pemain Kebangsaan Malaysia Ke Piala AFF Suzuki 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

BARISAN HARIMAU MALAYA PILIHAN DOLLAH


Jadual & Keputusan Piala AFF Suzuki 2014 [Klik]

Selepas 5 perlawanan persahabatan antarabangsa di bawah kendaliannya, Dollah Salleh akhirnya memuktamadkan 22 pemain Harimau Malaya yang akan di bawa ke Piala AFF Suzuki 2014. Walaupun hanya mampu menang sekali, Dollah kesuntukan masa untuk melakukan persediaan rapi sebelum kejohanan bermula.



Masalah kecederaan dan keserasian pemain menjadi isu yang perlu diatasi segera. Kehilangan Aidil Zafuan dan Gopinathan amat dirasai. Safiq Rahim bagaimanapun kekal dalam senarai kerana Dollah masih menagih khidmat beliau dalam situasi 'set piece' yang mampu menghasilkan gol.



Melihat kepada 'highlight' pertemuan dengan Vietnam tempoh hari, skuad Harimau Malaya mempunyai banyak peluang tetapi gagal disempurnakan kerana kelemahan di bahagian serangan. Gandingan Amri dan Mat Yo perlu bijak menyudahkan peluang terhidang kerana belum tentu ianya akan datang semula. Akhirnya skuad negara tewas 1-3 walaupun mendahului di separuh masa pertama.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai pendek 23 calon pemenang anugerah FIFA Ballon d'Or 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

PEMAIN ENGLAND TERPINGGIR

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH PEMAIN TERBAIK FIFA BALLON D OR 2014



England kini ketandusan pemain bertaraf dunia. Ini terbukti apabila tiada seorang pun pemain berasal dari negara itu ketika FIFA menyenaraikan 23 calon pemenang anugerah Ballon d'Or untuk tahun 2014. Juara dunia 2014, Jerman menjadi negara yang mempunyai paling ramai pemain tercalon sebanyak 6 pemain dan 2 jurulatih. Toni Kroos, Philipp Lahm, Manuel Neuer, Bastian Schweinsteiger, Thomas Muller dan Mario Gotze dijangka mampu menyaingi trofi yang dikuasai Messi dan Ronaldo sejak tahun 2008.



EPL hanya mempunyai 5 wakil dengan Eden Hazard, Thibaut Courtois, Diego Costa, Angel Di Maria dan Yaya Toure. La Liga terus unggul dengan senarai wakil paling banyak dengan 10 pemain (Real Madrid dan Barcelona) manakala Bundesliga dengan 6 wakil dari Bayern Munich.



Cristiano Ronaldo dilihat sebagai calon pilihan untuk memenangi anugerah buat kali ketiga setelah pencapaian yang membanggakan sepanjang tahun 2014 dengan membantu Real Madrid menjuarai UEFA Champions League 2013/2014. Undian akan dilakukan oleh kapten dan pengurus pasukan negara dan wakil media yang terpilih. Calon top 3 anugerah FIFA Ballon d'Or 2014 dijangka akan diketahui pada awal Disember nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pemain Kebangsaan Harimau Muda - Bawah 23 Tahun ke Sukan Asia 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

SASARAN KE SUKU AKHIR



Mungkin bunyinya seperti angan-angan kosong. Persoalan dari peminat nanti, mampukah Malaysia layak ke suku akhir? Tapi itulah keyakinan yang ditunjukkan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Incheon 2014. Beliau meletakkan sasaran berdasarkan mutu persembahan pemain muda negara.



Seramai 20 orang pemain termasuk 3 pemain senior akan menggalas cabaran negara dalam acara bola sepak Sukan Asia 2014. Malaysia diundi dalam kumpulan A bersama tuan rumah, Korea Selatan, Arab Saudi dan Laos.



Cabaran sengit sudah pasti menentang Korea Selatan dan Arab Saudi. Jika pasukan Harimau Muda mampu menang dalam salah satu perlawanan kita akan ada harapan. Laos akan menjadi penentu negara mana yang akan layak ke suku akhir atas tiket dua tempat teratas setiap kumpulan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/