Home » , , , , , , , , , , , , , , , » Senarai Keputusan Pemenang FIFA Ballon d'Or 2014 | 13 Januari 2015 Astro

Senarai Keputusan Pemenang FIFA Ballon d'Or 2014 | 13 Januari 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

DEBARAN CALON AKHIR




Awal pagi esok bakal menentukan nasib semua calon akhir dan juga penerima anugerah beberapa kategori utama sempena FIFA Ballon d'Or 2014 di Zurich, Switzerland. Paling ditunggu-tunggu pastinya perebutan pemain terbaik dunia di antara Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Manuel Neuer. Lihat pencapaian hebat mereka di sini.



Anugerah Jurulatih Terbaik Dunia bakal menjadi persaingan antara Carlo Ancelotti (Real Madrid), Joachim Loew (Germany) dan Diego Simeone (Atletico Madrid). Ancelotti membawa Real Madrid menjulang Piala UEFA Champions League buat kali ke-10 di samping kejayaan mereka merangkul European Super Cup dan FIFA Club World Cup Championship 2014.



Joachim Loew meraih gelaran tertinggi dunia di Brazil Julai lalu sekaligus menjadikan negara Jerman juara Piala Dunia pertama di Amerika Selatan. Diego Simeone pula melakukan kejutan apabila menyingkirkan Real Madrid dan Barcelona untuk menjuarai La Liga yang dikuasai dua gergasi Sepanyol sejak 2005.



Puskas Award atau Gol Tercantik menyaksikan seorang pemain wanita melakar sejarah menjadi wanita pertama yang disenarai pendek dalam anugerah tersebut. Penyerang Peamount United (Ireland), Stephanie Roche menjaringkan gol tersebut dengan teknik yang tertinggi apabila bola tersebut tidak menyentuh tanah  sebelum melepaskan sepakan 'volley' dan terus menerjah ke jaring lawan.



Gol itu akan bergantung kepada undian dua lagi pemain iaitu James Rodriguez (Colombia) dan Robin Van Persie (Holland) yang dijaringkan semasa Piala Dunia 2014. Bagi mereka yang ingin mengundi buat kali terakhir boleh layari laman ini.



FIFA World XI 2014 merupakan anugerah yang diberikan kepada 11 pemain terbaik bagi setiap posisi. Seorang (1) penjaga gol, empat (4) pertahanan, tiga (3) pemain tengah dan tiga (3) penyerang. Mereka diundi oleh pemain-pemain profesional.



FIFA Fair Play Award dan Persidental Award akan diumumkan awal pagi esok. Teruskan bersama Blog Kafe Que untuk keputusan penuh semua kategori anugerah Ballon d'Or 2014.




Siaran Langsung FIFA Ballon d'Or 2014

13 Januari 2015 (Selasa)

1.30 am waktu Malaysia


Live @ Astro Supersport (810) HD (831)





Senarai Pemenang Anugerah FIFA Ballon d'Or 2014


Ballon d'Or 2014

1. Cristiano Ronaldo
2. Lionel Messi
3. Manuel Neuer


World Coach

1. Joachim Loew
2. Carlo Ancelotti
3. Diego Simeone


Puskas Award 

1. James Rodriguez
2. Stephanie Roche
3. Robin Van Persie


FIFA FIFPro World XI

GAMBAR PEMENANG FIFA BALLON D'OR 2015 2014
1. Manuel Neuer
2. Philipp Lahm
3. Sergio Ramos
4. David Luiz
5. Thiago Silva
6. Angel Di Maria
7. Toni Kroos
8. Andres Iniesta
9. Cristiano Ronaldo
10. Lionel Messi
11. Arjen Robben


Fair Play Award

FIFA Tournament Volunteers

Presidential Award

Hiroshi Kagawa


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Senarai Keputusan Pemenang FIFA Ballon d'Or 2014 | 13 Januari 2015 Astro "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets