Showing posts with label anugerah. Show all posts

 

Senarai Keputusan Pemenang FIFA Ballon d'Or 2015 | Lionel Messi Terbaik Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

MESSI RANGKUL ANUGERAH KE-5



Lionel Messi melebarkan rekod pemain terbanyak memenangi pemain terbaik dunia atau pun lebih dikenali dengan FIFA Baloon d'Or 2015. Kejayaan Messi itu memang sudah dijangka menewaskan Ronaldo di tempat kedua dan Neymar ketiga. Perebutan antara Ronaldo dan Messi sejak tahun 2008 berlarutan sehingga 7 tahun.



Messi menambah gelaran terbaru kepada angka 5 manakala Ronaldo dengan 3 gelaran. Kemenangan Messi didorong dengan kejayaan Barcelona merangkul 5 kejuaraan sepanjang 2015 dan pencapai anperibadi dengan menjaringkan 52 gol dan 26 assists dalam 61 penampilan.



Sementara itu pengurus Barcelona, Luis Enrique dinobatkan sebagai jurulatih terbaik menewaskan Pep Guardiola (Bayern Munich) dan Jorge Sampaoli (Chile). Beliau berjaya membawa pasukan Barca menjuarai La Liga, Copa del Rey, UEFA Champions LEague, UEFA Super Cup dan FIFA Club World Cup Championship.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Penuh Manchester United Player Of The Year Awards 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

DAVID DE GEA MENANG LAGI



Walaupun pelbagai spekulasi mengenai perpindahan beliau ke Real Madrid, itu tidak menghalang dari para pemain dan peminat untuk mengundi beliau selaku pemain terbaik pasukan Manchester United bagi musim 2014/2015. Tanpa ketangkasan David De Gea menyelamatkan beberapa percubaan bahaya ke kubu United, mungkin mereka tidak akan berada pada kedudukan 4 teratas ketika ini. Justeru tiada apa lagi yang boleh menyangkal bahawa beliau merupakan pemain terbaik Manchester United!



Berikut adalah keputusan penuh malam anugerah pemain terbaik Manchester United 2015


Fans' Player of the Year - David De Gea

Players' Player of the Year - David De Gea

Goal of the season - Juan Mata (vs Liverpool)

Denzil Haroun Under-21s Player of the Year - Andreas Pereira

Jimmy Murphy Under-18s Player of the Year - Axel Tuanzebe


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pemenang English Premier League PFA Award 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

HAZARD DAN KANE MENANG



Eden Hazard menepati ramalan merangkul anugerah pemain terbaik EPL musim 2014/2015 mengetepikan saingan 5 lagi pemain semalam. Hazard setakat ini sudah menjaringkan 18 gol dalam semua pertandingan dan menjuaraikan Piala Capital One bersama Chelsea Mac lalu. Chelsea juga di ambang kejuaraan EPL sejak tahun 2010.



Hary Kane dinobatkan sebagai pemenang PFA Young Player Of  The Year, anugerah yang dipegang oleh Hazard musim lalu. Dengan 30 gol setakat ini, Kane menjadi penyerang utama Tottenham sejak November dan dipilih mewakili England bulan lalu. Beliau juga membantu Tottenham untuk mara ke final Piala Capital One sebelum tewas kepada Chelsea.



Di dalam senarai PFA Premier League Team Of The Year, Chelsea mendominasi dengan 6 pemain terdiri daripada John Terry, Branislav Ivanovic, Gary Cahill, Nemanja Matic, Eden Hazard dan Diego Costa. Baki masing-masing 1 wakil dari kelab Manchester United (David De Gea), Southampton (Ryan Bertrand), Liverpool (Philippe Coutinho), Arsenal (Alexis Sanchez) dan Tottenham (Hary Kane).

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Calon-Calon Pemenang Anugerah Pemain Terbaik EPL Musim 2014/2015 | PFA

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

HAZARD CALON PILIHAN



Enam pemain English Premier League telah disenarai pendek sebagai pemenang PFA Players' Player Of The Year tahun 2015. Pemilihan ini berdasarkan undian yang dilakukan oleh semua pemain yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.



Mereka adalah Diego Costa dan Eden Hazard (Chelsea), Alexis Sanchez (Arsenal), Philippe Coutinho (Liverpool), Harry Kane (Tottenham) dan David De Gea (Manchester United). Musim lalu penjaring terbanyak EPL, Luis Suarez memenangi anugerah tersebut.



Sergio Aguero yang menjaringkan 20 gol setakat ini gagal tersenarai dan penampilan sulung yang mantap dipamerkan Harry Kane dalam EPL berjaya memikat undian pemain. Keputusan akan diumumkan pada 26 April 2015. Coutinho, De Gea, Hazard and Kane juga dalam senarai anugerah Young Player Of The Year bersama Thibaut Courtois dan Raheem Sterling.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pendedahan : Peratus Undian Yang Menjadikan Ronaldo Pemenang Ballon d'Or 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

RONALDO PILIHAN RAMAI

Kredit : Goal.com

Kemenangan Cristiano Ronaldo sudah dijangka jika dilihat kepada pencapaian mengagumkan sepanjang tahun 2014 walaupun tanpa medal Piala Dunia. Ini merupakan kemenangan Ballon d'Or kedua berturut-turut dan ketiga secara keseluruhan sejak tahun 2009 dengan peratus undian sebanyak 37.66%. Lionel Messi terpaksa berpuas hati ditempat kedua hanya dibezakan 0.04% dengan Manuel Neuer di tempat ketiga.



Pemenang anugerah Ballon d'Or ditentukan oleh ketua pasukan, jurulatih dan wartawan setiap negara yang bernaung di bawah FIFA. Ronaldo dan Messi masing-masing merupakan kapten negara  Portugal dan Argentina seterusnya melayakkan mereka mengundi kecuali diri mereka sendiri.



Strategi semasa proses undian amat penting kerana setiap markah bernilai untuk menentukan pemenang. Setiap wakil dibenarkan memilih tiga (3) calon sahaja dari tempat pertama (5 mata), kedua (3 mata) dan ketiga (1 mata). Kebanyakan kapten memilih rakan sepasukan sama ada di peringkat kelab atau negara. Semakin banyak seseorang pemain itu mendapat pilihan pertama, semakin tinggi peluang untuk bergelar juara.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Keputusan Pemenang FIFA Ballon d'Or 2014 | 13 Januari 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

DEBARAN CALON AKHIR




Awal pagi esok bakal menentukan nasib semua calon akhir dan juga penerima anugerah beberapa kategori utama sempena FIFA Ballon d'Or 2014 di Zurich, Switzerland. Paling ditunggu-tunggu pastinya perebutan pemain terbaik dunia di antara Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Manuel Neuer. Lihat pencapaian hebat mereka di sini.



Anugerah Jurulatih Terbaik Dunia bakal menjadi persaingan antara Carlo Ancelotti (Real Madrid), Joachim Loew (Germany) dan Diego Simeone (Atletico Madrid). Ancelotti membawa Real Madrid menjulang Piala UEFA Champions League buat kali ke-10 di samping kejayaan mereka merangkul European Super Cup dan FIFA Club World Cup Championship 2014.



Joachim Loew meraih gelaran tertinggi dunia di Brazil Julai lalu sekaligus menjadikan negara Jerman juara Piala Dunia pertama di Amerika Selatan. Diego Simeone pula melakukan kejutan apabila menyingkirkan Real Madrid dan Barcelona untuk menjuarai La Liga yang dikuasai dua gergasi Sepanyol sejak 2005.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

3 Calon Finalis Pemenang Anugerah FIFA Ballon d'Or 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

RONALDO & MESSI BERENTAP LAGI



Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi bakal membuat perhitungan siapa lebih layak dianugerahkan pemain terbaik dunia 2014. Mampukah Ronaldo mempertahankan gelaran yang dimenanginya pada tahun 2013. Seorang lagi calon yang tidak disangka-sangka adalah penjaga gol Jerman, Manuel Neuer, pemenang Piala Dunia 2014. Siapa antara mereka yang menjadi pilihan anda?



Dari senarai 23 pemain yang disenarai pendek sebelum ini, mereka diundi oleh jurulatih dan kapten pasukan kebangsaan juga wartawan dari seluruh dunia. Undian asalah berdasarkan pencapaian sepanjang tahun 2014. Ketiga-tiga finalis telah mempamerkan persembahan konsisten dalam merangkul trofi dan memecahkan rekod demi rekod dalam liga.



Neuer beraksi cemerlang bersama Bayern Munich dan menjuarai Bundeliga dan DFB-Pokal. Kemudian beliau mengawal benteng terakhir Jerman di Piala Dunia 2014 yang menamatkan badi menjadi pasukan Eropah pertama memenanginya di benua Amerika.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Gol Tercantik Piala Dunia 2014 - James Rodriguez

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

GOL RODRIGUEZ DAPAT UNDIAN TERTINGGI



Pemenang kasut emas Piala Dunia 2014 menerima penganugerahan sekali lagi menerusi pemilihan gol terbaik kejohanan. Gol tersebut dijaringkan oleh James Rodriguez ketika menentang Uruguay di pusingan kedua kempen Piala Dunia yang lalu.



Undian di laman web rasmi FIFA meletakkan gol jaringan Rodriguez di tangga teratas mengetepikan jaringan tandukan terbang Robin Van Persie ketika menentang Spain dalam perlawanan pembukaan kumpulan B.



Pemain tengah Colombia itu mengawal tandukan dari rakan sepasukan, Juan Cuardado dengan dada sebelum melepaskan sepakan volley hanya sedikit di bawah palang gol yang dikawal Muslera. Colombia mendahului 1-0 pada minit ke-28 dan James menambah satu lagi jaringan di separuh masa kedua untuk memberikan kemenangan 2-0.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Akhir Pemenang Anugerah Piala Dunia 2014 | FIFA World Cup Brazil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

ARGENTINA ATAU JERMAN?
 

Keputusan terkini perlawanan Piala Dunia 2014 [Klik]


Piala Dunia 2014 sudah hampir melabuhkan tirainya. Banyak keputusan yang mengejutkan peminat bola sepak. Antaranya penyingkiran awal juara bertahan Sepanyol di peringkat kumpulan. Kegagalan pasukan England untuk menang sebarang pelawanan sepanjang kempen kali ini juga menjadi topik perbualan hangat.



Kekentalan pasukan Algeria nyaris-nyaris menewaskan pasukan Germany di pusingan kalah mati. Belanda yang tidak diletakkan harapan awal akhirnya dinobatkan sebagai pemenang tempat ke-3. Rekod demi rekod baru dicatatkan.



Germany mencatatkan rekod jaringan terbesar di separuh akhir menewaskan Brazil 7-1. Belanda pula menjadi pasukan pertama yang menurunkan kesemua 23 pemain dalam sesebuah kejohanan. Miroslav Klose menjadi penjaring terbanyak Piala Dunia dengan 16 gol meleburkan rekod Ronaldo dari Brazil.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/