Showing posts with label germany. Show all posts

 

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Kejohanan Piala EURO 2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

BELGIUM DALAM KUMPULAN MAUT



Acara cabutan undian peringkat kumpulan kejohanan EURO 2016 di Perancis tahun depan berakhir pagi Ahad dengan jayanya. Sebanyak 24 pasukan yang layak dari pusingan kelayakan dan play-off telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Dalam edisi sebelum ini, hanya 16 pasukan sahaja yang dipilih ke pusingan akhir EURO.



Undian paling menarik dalam kumpulan E di mana pasukan nombor satu dunia, Belgium diundi bersama bekas juara dunia dan Eropah, Italy bersama-sama Sweden dan Ireland. Sementara itu, tuan rumah Perancis mendapat undian mudah bersama Romania, Albania dan Switzerland.



Juara bertahan Sepanyol berada dalam kumpulan D bersama negara Czech Republic, Turkey dan Croatia. England pula diletakkan dalam kumpulan B dengan Russia, Wales dan Slovakia. Juara dan naib juara kumpulan akan layak ke pusingan kedua. Tambahan 4 lagi pasukan tempat ketiga terbaik akan melengkapkan senarai 16 pasukan ke peringkat seterusnya.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Pusingan Kelayakan Bola Sepak EURO 2016 | Peringkat Kumpulan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

23 TEMPAT UNTIK DIISI



Pusingan Kelayakan Kejohanan EURO 2016 sudah bermula sejak bulan September lalu. Perancis telah dipilih selaku tuan rumah. UEFA kali ini telah melakukan sedikit perubahan pada tarikh perlawanan EURO 2016 di mana ia melibatkan 3 hari bagi setiap pusingan perlawanan. Bermakna satu hari akan melibatkan 3 kumpulan sahaja.



Untuk pengetahuan mereka yang pernah mengikuti kejohanan EURO sebelum ini, edisi 2016 akan menempatkan 24 buah negara berbeza dengan 16 sahaja di EURO 2012. Ada pertambahan 8 lagi tempat. Ramai yang mempersoalkan keputusan itu yang dilihat mencemarkan persaingan sengit antara 4 kumpulan maut.



Juara bertahan, Sepanyol bakal menerima cabaran kuat dari juara dunia yang baru, iaitu pasukan Jerman. Belgium juga mempunyai skuad yang agak mantap ketika ini dan mampu melakukan kejutan. Belanda pula agak merosot setelah pengurusan baru mengambil alih. Itali dan England perlu menguatkan pasukan dalam masa setahun supaya mampu menyaingi Jerman.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Akhir Pemenang Anugerah Piala Dunia 2014 | FIFA World Cup Brazil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

ARGENTINA ATAU JERMAN?
 

Keputusan terkini perlawanan Piala Dunia 2014 [Klik]


Piala Dunia 2014 sudah hampir melabuhkan tirainya. Banyak keputusan yang mengejutkan peminat bola sepak. Antaranya penyingkiran awal juara bertahan Sepanyol di peringkat kumpulan. Kegagalan pasukan England untuk menang sebarang pelawanan sepanjang kempen kali ini juga menjadi topik perbualan hangat.



Kekentalan pasukan Algeria nyaris-nyaris menewaskan pasukan Germany di pusingan kalah mati. Belanda yang tidak diletakkan harapan awal akhirnya dinobatkan sebagai pemenang tempat ke-3. Rekod demi rekod baru dicatatkan.



Germany mencatatkan rekod jaringan terbesar di separuh akhir menewaskan Brazil 7-1. Belanda pula menjadi pasukan pertama yang menurunkan kesemua 23 pemain dalam sesebuah kejohanan. Miroslav Klose menjadi penjaring terbanyak Piala Dunia dengan 16 gol meleburkan rekod Ronaldo dari Brazil.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Final Piala Dunia 2014 | FIFA World Cup Brazil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

BRAZIL GAGAL KE PUSINGAN AKHIR

JADUAL PERLAWANAN FINAL PIALA DUNIA 2014, JADUAL ARGENTINA VS GERMANY ASTRO FIFA WORLD CUP 2014

Keputusan terkini perlawanan Piala Dunia 2014 [Klik]


Pertembungan Final Piala Dunia 2014 bakal mengimbau kenangan 24 tahun yang lalu. Sewaktu Piala Dunia 1990, Jerman yang ketika itu dikenali sebagai Jerman Barat menewaskan Argentina yang diketuai Diego Maradona selaku juara bertahan. Pemain Jerman dibarisi nama-nama hebat seperti Klinsman, Lothar Matthaeus dan Rudi Voeller.



Sepakan penalti yang dihadiahkan kepada Jerman pada minit ke-85 meranapkan impian Argentina untuk menjadi negara pertama yang berjaya mempertahankan gelaran Piala Dunia 2 kali berturut-turut. Apakah episod duka tersebut bakal berulang di saat Messi mencapai zaman kemuncak beliau.



Jerman seperti yang kita tahu sudah membelasah Brazil 7-1 di peringkat separuh akhir. Ketiadaan Neymar dan Thiago Silva nyata memberi impak besar kepada pasukan Brazil. Mungkin kekalahan besar tersebut dapat dielakkan jika Scolari membuat tindakan pantas mengeluarkan Marcelo yang banyak melakukan kesilapan di benteng pertahanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Miroslav Klose Dari Jerman Pemegang Rekod Penjaring Terbanyak Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

REKOD RONALDO LEBUR

Sumber : DailyMail

Miroslav Klose akhirnya berjaya mencatatkan nama beliau selaku penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia ketika ini. Satu gol ketika membantu Jerman membelasah Brazil 7-1 awal pagi tadi sudah cukup untuk memintas jumlah rekod 15 gol yang dipegang Ronaldo (Brazil) sejak 2006.



Empat edisi Piala Dunia (2002, 2006, 2010, 2014) nyata memberi kelebihan kepada Klose. Di usia 36 tahun bisa Klose masih dirasai. Penyudahnya memberi 1 mata berharga untuk Jerman di peringkat kumpulan yang ketinggalan 1-2 ketika menentang Ghana. Gol itu merupakan gol ke-15 menyamai rekod Ronaldo.



Joachim Low bijak menggunakan khidmat penyerang veteran itu di saat genting dan perlawanan penting. 16 gol dalam 23 penampilan Piala Dunia mungkin sukar dicapai. Namun begitu, kelibat Thomas Muller harus diberi perhatian kerana diusia 24 tahun beliau sudah menjaringkan 10 gol di Piala Dunia. Secara logiknya masih ada 2 kempen Piala Dunia yang boleh disertai beliau.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Pusingan Separuh Akhir Piala Dunia 2014 | FIFA World Cup Brazil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

BRAZIL & ARGENTINA KE SEMI FINAL


Keputusan terkini perlawanan Piala Dunia 2014 [Klik]


Piala Dunia 2014 kini sudah memasuki pusingan separuh akhir atau semi final. Hanya selangkah saja lagi untuk 4 negara ini melayakkan diri ke pusingan akhir. Antara Brazil (tuan rumah) atau Jerman dan Argentina atau Belanda, pasukan manakah lebih bertuah? Ramalan awal pertemuan jiran setempat benua Amerika Latin masih lagi mempunyai harapan. Brazil dan Argentina masing-masing perlu menewaskan pencabar dari Eropah untuk mara ke final.



Namun usaha mereka bakal diharungi tanpa kelibat pemain utama. Brazil kehilangan Neymar dalam aksi suku akhir menentang Colombia. Terjahan keras Zuniga mencederakan tulang belakang Neymar yang terpaksa melupakan baki perlawanan di Piala Dunia 2014. Begitu juga dengan Angel Di Maria yang dijangka berehat panjang ekoran kecederaan yang dialami di awal perlawanan dengan Belgium.



Sejarah menunjukkan belum ada negara Eropah yang menjulang Piala Dunia ketika diadakan di benua Amerika Utara dan Selatan. Apakah sejarah baru bakal tercipta untuk edisi kali ini? Jerman mempunyai kekuatan tersendiri. Neuer antara penjaga gol terbaik dunia yang mampu menggagalkan percubaan Brazil ke gawang Jerman.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Pusingan Suku Akhir Piala Dunia 2014 | FIFA World Cup Brazil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

BRAZIL DAN ARGENTINA MASIH SELAMAT


Keputusan terkini perlawanan Piala Dunia 2014 [Klik]


Persaingan pusingan kedua atau 16 terakhir berkesudahan dengan penuh dramatik. Dari 8 perlawanan, 2 berakhir dengan sepakan penalti dan 3 berakhir dalam masa tambahan. Hanya 3 perlawanan sahaja yang berjaya ditamatkan dalam masa 90 minit. Sangat sengit dan kesemua negara yang layak ke pusingan kedua bukan calang-calang.



Brazil yang juga pasukan pilihan perlu berterima kasih kepada penjaga gol mereka Julio Cesar yang menyelamatkan 2 sepakan penalti pemain Chile setelah kedudukan berakhir 1-1 dalam masa tambahan. Colombia pula mudah menyingkirkan Uruguay yang kehilangan 'Si Gigi' Luis Suarez 2-0.



Belanda pula hampir-hampir tersingkir ketika menentang Mexico dan memerlukan gol di akhir permainan untuk mara. Dalam perlawanan itu buat pertama kalinya waktu rehat atau 'cooling break' diperkenalkan. Cuaca panas di Brazil menyebabkan perlawanan yang dilangsung pada jam 1 petang (waktu tempatan) terpaksa dihentikan seketika ekoran proses hidrasi yang begitu pantas.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Pusingan 16 Terakhir Piala Dunia 2014 | FIFA World Cup Brazil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

KUASA BESAR EROPAH TERSINGKIR


Keputusan terkini perlawanan Piala Dunia 2014 [Klik]

Kejutan demi kejutan berlaku di Piala Dunia 2014. Siapa sangka Costa Rica mampu layak ke pusingan kedua atau 16 terakhir? Algeria pula mengiringi Nigeria sebagai wakil benua Afrika yang masih bertahan dalam kempen kali ini. Malang bagi benua Asia yang tiada wakil dalam pusingan seterusnya selepas persembahan mengecewakan di peringkat kumpulan.



Peminat bola sepak Asia mengharapkan Jepun atau Korea Selatan pergi lebih jauh kali ini. Antara kuasa besar Eropah yang tersingkir awal adalah Sepanyol, Italy, England dan Portugal. Turun selaku juara dunia 2010, Sepanyol menjadi korban taktikal jurulatihnya yang meletakkan Diego Costa (pemain kelahiran Brazil) sebagai penyerang utama.



Di Altelico Madrid, Diego Costa merupakan penyerang berbisa setaraf Ronaldo dan Messi. Kenapa persembahan di liga domestik semata-mata menjadi ukuran kepada Vicente Del Bosque? Adakah beliau lupa Sepanyol bermain 'tiki-taka' yang bertentangan dengan cara permainan Diego Costa? Pemilihan David Villa dan Torres mungkin lebih bijak kerana mereka lebih faham tradisi Sepanyol.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Perlawanan Persahabatan England vs Germany | 20 November 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

KISAH 3 TAHUN LALU


Keputusan akhir : England 0-1 Germany

Buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun, kita bakal saksikan perlawanan antara pasukan England vs Germany. Kali terakhir mereka bertemu ketika pusingan ke-2 Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan yang penuh kontroversi. Isunya di sini, bola cubaan Frank Lampard sudah masuk ke dalam gawang Germany tetapi melantun keluar sekaligus gagal di kesan pengadil perlawanan.



Jika gol itu dikira mungkin keputusan akhir akan berbeza. Germany berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir pada kejohanan itu sebelum tewas kepada Spain. Sejak insiden itu kedua pasukan ini tidak pernah bertemu. Perlawanan persahabatan minggu ini akan menjadi medan untuk menguji sejauh mana kekuatan mereka sebelum ke Brazil tahun depan.



Germany berada pada ranking ke-2 FIFA manakala England di tempat ke-10. Kebarangkalian mereka untuk diundi dalam kumpulan yang sama tetap ada kerana England gagal menjadi pasukan pilihan 8 terbaik. Baca entri kesan ranking FIFA pada undian kumpulan Piala Dunia 2014 di sini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/