Home » , , , , , , , , , , , , , , , , » Jadual Pusingan Separuh Akhir Piala Dunia 2014 | FIFA World Cup Brazil

Jadual Pusingan Separuh Akhir Piala Dunia 2014 | FIFA World Cup Brazil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

BRAZIL & ARGENTINA KE SEMI FINAL


Keputusan terkini perlawanan Piala Dunia 2014 [Klik]


Piala Dunia 2014 kini sudah memasuki pusingan separuh akhir atau semi final. Hanya selangkah saja lagi untuk 4 negara ini melayakkan diri ke pusingan akhir. Antara Brazil (tuan rumah) atau Jerman dan Argentina atau Belanda, pasukan manakah lebih bertuah? Ramalan awal pertemuan jiran setempat benua Amerika Latin masih lagi mempunyai harapan. Brazil dan Argentina masing-masing perlu menewaskan pencabar dari Eropah untuk mara ke final.



Namun usaha mereka bakal diharungi tanpa kelibat pemain utama. Brazil kehilangan Neymar dalam aksi suku akhir menentang Colombia. Terjahan keras Zuniga mencederakan tulang belakang Neymar yang terpaksa melupakan baki perlawanan di Piala Dunia 2014. Begitu juga dengan Angel Di Maria yang dijangka berehat panjang ekoran kecederaan yang dialami di awal perlawanan dengan Belgium.



Sejarah menunjukkan belum ada negara Eropah yang menjulang Piala Dunia ketika diadakan di benua Amerika Utara dan Selatan. Apakah sejarah baru bakal tercipta untuk edisi kali ini? Jerman mempunyai kekuatan tersendiri. Neuer antara penjaga gol terbaik dunia yang mampu menggagalkan percubaan Brazil ke gawang Jerman.



Belanda antara negara yang tidak diletakkan harapan tinggi kerana ramai pemain muda yang kurang berpengalaman dibawa bersama oleh Van Gaal. Namun mereka berjaya membuat kejutan dengan kemenangan bergaya 5-1 ke atas juara bertahan Sepanyol. Paling menarik ketika perlawanan suku akhir menentang Costa Rica yang berkesudahan 0-0 selepas masa tambahan. Louis Van Gaal memasukkan penjaga gol simpanan Tim Krul menggantikan Cillessen hanya kerana kelebihan fizikal beliau untuk menghadapi sepakan penalti.



Belanda mara ke separuh akhir apabila menyudahkan 4 sepakan penalti dan Tim Krul menjadi wira menyelamatkan 2 sepakan penalti Costa Rica.






Jadual Penuh Pusingan Separuh Akhir Piala Dunia 2014
Tarikh              Masa (waktu Malaysia) Perlawanan
9 Jul 2014              04.00 am                              Brazil vs Germany
10 Jul 2014              04.00 am Holland vs Argentina





Anda boleh saksikan siaran langsung perlawanan di Astro dan RTM

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

1 Response to " Jadual Pusingan Separuh Akhir Piala Dunia 2014 | FIFA World Cup Brazil "

  1. KamilSalleh Says:

    Brazil ( 1. ) vs ( 0 ) Jerman

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets