Home » , , , , , , , , , , , , , , , , , » Jadual Final Piala Dunia 2014 | FIFA World Cup Brazil

Jadual Final Piala Dunia 2014 | FIFA World Cup Brazil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

BRAZIL GAGAL KE PUSINGAN AKHIR

JADUAL PERLAWANAN FINAL PIALA DUNIA 2014, JADUAL ARGENTINA VS GERMANY ASTRO FIFA WORLD CUP 2014

Keputusan terkini perlawanan Piala Dunia 2014 [Klik]


Pertembungan Final Piala Dunia 2014 bakal mengimbau kenangan 24 tahun yang lalu. Sewaktu Piala Dunia 1990, Jerman yang ketika itu dikenali sebagai Jerman Barat menewaskan Argentina yang diketuai Diego Maradona selaku juara bertahan. Pemain Jerman dibarisi nama-nama hebat seperti Klinsman, Lothar Matthaeus dan Rudi Voeller.



Sepakan penalti yang dihadiahkan kepada Jerman pada minit ke-85 meranapkan impian Argentina untuk menjadi negara pertama yang berjaya mempertahankan gelaran Piala Dunia 2 kali berturut-turut. Apakah episod duka tersebut bakal berulang di saat Messi mencapai zaman kemuncak beliau.



Jerman seperti yang kita tahu sudah membelasah Brazil 7-1 di peringkat separuh akhir. Ketiadaan Neymar dan Thiago Silva nyata memberi impak besar kepada pasukan Brazil. Mungkin kekalahan besar tersebut dapat dielakkan jika Scolari membuat tindakan pantas mengeluarkan Marcelo yang banyak melakukan kesilapan di benteng pertahanan.



David Luiz yang dipilih sebagai kapten gantian gagal memimpin pasukan dengan baik. Generasi pemain Brazil kali ini sangat mengecewakan, lebih-lebih lagi bermain di tempat sendiri. Kekalahan ini kembali membuka ruang kepada pasukan Eropah untuk memecahkan rekod selaku juara Piala Dunia di benua Amerika.



Lain pula ceritanya dalam perlawanan keesokan harinya. Argentina dipaksa menunggu hingga ke penentuan sepakan penalti menentang Belanda di separuh akhir ke-2. Taktik Van Gaal sewaktu di suku akhir mengejutkan ramai pihak. Pertukaran penjaga gol amat jarang kita lihat dalam sesuatu perlawanan kecuali disebabkan prestasi buruk atau kecederaan.






Tim Krul muncul wira ketika menentang Costa Rica tetapi tidak dapat dimasukkan dalam pertemuan menentang Argentina kerana Belanda sudah melakukan 3 pertukaran. Cillessen gagal menyelamatkan kesemua 4 tendangan pemain Argentina. Susunan pemain melakukan tendangan penalti untuk pasukan Belanda dipersoal. Kenapa pemain pertahanan Ron Vlaar yang dipilih sebagai penyepak pertama? Akibatnya Belanda tersingkir dari pusingan akhir dan terpaksa berpuas hati  untuk perlawanan tempat ketiga dan keempat.



Acara tayangan perdana Final Piala Dunia 2014 @ Dataran Merdeka [Klik]


Jadual Penentuan Tempat Ke-3/4 Piala Dunia 2014
Tarikh              Masa (waktu Malaysia) Perlawanan
13 Jul 2014              04.00 am                              Brazil vs Holland









Jadual Pusingan Akhir Piala Dunia 2014
Tarikh              Masa (waktu Malaysia) Perlawanan
14 Jul 2014              03.00 am                              Germany vs Argentina


Anda boleh saksikan siaran langsung perlawanan di Astro dan RTM

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Jadual Final Piala Dunia 2014 | FIFA World Cup Brazil "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets