Jadual Pusingan 16 Terakhir Piala Dunia 2014 | FIFA World Cup Brazil
Penulis: Que | Kategori: 16 terakhir , 2013-2014 , analisis , argentina , astro arena , astro supersport , bola sepak , brazil , germany , jadual , keputusan perlawanan , piala dunia 2014 , rtm 1 , siaran langsung , sukan , waktu malaysia
KUASA BESAR EROPAH TERSINGKIR
Keputusan terkini perlawanan Piala Dunia 2014 [Klik]
Kejutan demi kejutan berlaku di Piala Dunia 2014. Siapa sangka Costa Rica mampu layak ke pusingan kedua atau 16 terakhir? Algeria pula mengiringi Nigeria sebagai wakil benua Afrika yang masih bertahan dalam kempen kali ini. Malang bagi benua Asia yang tiada wakil dalam pusingan seterusnya selepas persembahan mengecewakan di peringkat kumpulan.
Peminat bola sepak Asia mengharapkan Jepun atau Korea Selatan pergi lebih jauh kali ini. Antara kuasa besar Eropah yang tersingkir awal adalah Sepanyol, Italy, England dan Portugal. Turun selaku juara dunia 2010, Sepanyol menjadi korban taktikal jurulatihnya yang meletakkan Diego Costa (pemain kelahiran Brazil) sebagai penyerang utama.
Di Altelico Madrid, Diego Costa merupakan penyerang berbisa setaraf Ronaldo dan Messi. Kenapa persembahan di liga domestik semata-mata menjadi ukuran kepada Vicente Del Bosque? Adakah beliau lupa Sepanyol bermain 'tiki-taka' yang bertentangan dengan cara permainan Diego Costa? Pemilihan David Villa dan Torres mungkin lebih bijak kerana mereka lebih faham tradisi Sepanyol.
England dan Italy menjadi mangsa kumpulan maut yang turut diwakili negara Costa Rica dan Uruguay. Nyata keadaan cuaca yang agak panas menjejaskan prestasi pemain mereka. Ekoran dari penyingkiran ini jurulatih Italy meletak jawatan serta merta kerana merasakan beliau bertanggungjawab terhadap kegagalan negara itu. Tetapi jurulatih England masih lagi kekal bersama skuad sehingga Euro 2016. Hmm pelik kan.
Portugal pula gagal bangkit dari kekalahan besar 0-4 kepada Jerman. Ramai menganggap jumlah bolos tidak memberi kesan. Tapi itu yang berlaku apabila USA dan Portugal terikat pada mata yang sama namun perbezaan jaringan memihak kepada USA yang layak kepusingan 16 terakhir.
Tarikh | Masa (waktu Malaysia) | Perlawanan |
29 Jun 2014 | 00.00 am | Brazil vs. Chile |
29 Jun 2014 | 04.00 am | Colombia vs. Uruguay |
30 Jun 2014 | 00.00 am | Netherlands vs. Mexico |
30 Jun 2014 | 04.00 am | Costa Rica vs. Greece |
1 Julai 2014 | 00.00 am | France vs. Nigeria |
1 Julai 2014 | 04.00 am | Germany vs. Algeria |
2 Julai 2014 | 00.00 am | Argentina vs. Switzerland |
2 Julai 2014 | 04.00 am | Belgium vs. USA |
Anda boleh saksikan siaran langsung perlawanan di Astro dan RTM
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..