Home » , , , » EPL : Penangan 2 Super Sub Kelab Manchester | Chicharito & Dzeko

EPL : Penangan 2 Super Sub Kelab Manchester | Chicharito & Dzeko

Penulis: Que | Kategori: , , ,

Phew.. Satu lagi minggu yang penuh drama. Arsenal seri dengan Fulham 3-3. Manchester United bangkit dari ketinggalan 2 gol untuk menang 3-2 ke atas Aston Villa. Manchester City pula bangkit dari ketinggalan 1 gol untuk menang 2-1 ke atas Tottenham. Chelsea seri 1-1 dengan Liverpool.


Fokus entri kali ini berkisar tentang kekuatan bangku simpanan atau biasa kita panggil 'super sub'. 2 kelab Manchester masih mengekalkan penguasaan di persada liga selepas dipaksa bangkit dari  ketinggalan sebelum memenangi perlawanan masing-masing.


jaringan super sub chicharito edin dzeko epl musim 2012 2013,pemain super sub manchester united dan manchester city


Chicharito sekali lagi menjadi wira Manchester United menjaringkan 2 gol dan mencipta 1 lagi gol membolehkan United kekal sebagai pendahulu untuk minggu ini. Manchester City pula tidak kurang hebat dengan penyerang tinggi lampai Edin Dzeko yang masuk di akhir perlawanan sebelum menjaringkan gol kemenangan menentang Spurs.


Berada 2 mata di belakang, City diramal bakal menjadi pesaing kuat buat United musim ini. Walaupun persembahan yang tidak menentu di kejohanan Eropah, namun City menjadi pasukan tunggal yang masih belum tewas untuk musim EPL 2012/2013.


Rekod ini dibantu dengan kekuatan barisan simpanan dalam skuad kendalian Roberto Mancini. Salah seorang daripada mereka ialah penyerang antarabangsa Bosnia Edin Dzeko!






Dalam 3 perlawanan EPL musim ini Dzeko berjaya menjaringkan gol kemenangan dan memberi Manchester City 9 mata dari kedudukan seri.


Fulham vs Man City (Away)

Dzeko dimasukkan pada minit ke-85 menggantikan Garcia dan berjaya menjaringkan gol seminit kemudian.


West Brom vs Man City (Away)

Dzeko dimasukkan pada minti ke-78 menggantikan Barry dan menjaringkan 2 gol pada minit ke 80 dan 90+1


Man City vs Tottenham (Home)

Dzeko dimasukkan pada minit ke-72 menggantikan Tevez dan menjaringkan gol kemenangan 2 minit sebelum tamat perlawanan.





Beralih ke pasukan Manchester United yang memang mempunyai sejarah super sub yang terkenal sebelum ini. Ole Gunnar Solskjaer menjaringkan gol kedua dalam masa tambahan ketika perlawanan akhir Champions League 1999 sekaligus menjadikan Manchester United juara Treble dalam musim tersebut.






Sedekad selepas itu muncul pemain Mexico yang diberi gelaran 'The Little Pea' @ Chicharito ke Old Trafford. Musim ini menampakkan prestasi sebenar beliau selepas mendapat rehat yang cukup pada musim panas (dikecualikan dari kejohanan Olymipic U-23). Kariernya bersama United setakat ini telah menghasilkan 40 gol dalam 93 perlawanan.


Chelsea vs Man Utd (Away)

Chicharito dimasukkan pada minit ke-64 menggantikan Cleverley dan menjaringkan gol kontroversi pada minit ke-75 dan memberi kekalahan pertama kepada pasukan Chelsea.


Aston Villa vs Man Utd (Away)

Chicharito dimasukkan pada minit ke-45 menggantikan Ashley Young dan hampir mencatatkan nama sebagai penjaring hattrick (58,87) jika tidak kerana gol sendiri Ron Vlaar pada minit ke-63.



6 mata berharga akan menjadi bekalan berharga bagi pasukan Manchester United pada bulan Mei nanti.
Musim ini piala EPL akan dicabar oleh tiga pasukan iaitu Chelsea dan kelab dari Manchester. Arsenal, Fulham dan Everton hanya layak untuk mencabar tempat ke-4 hingga ke-6.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " EPL : Penangan 2 Super Sub Kelab Manchester | Chicharito & Dzeko "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets