Home » , , , » Manchester United Bernasib Baik | Badi Di Anfield Berakhir

Manchester United Bernasib Baik | Badi Di Anfield Berakhir

Penulis: Que | Kategori: , , ,

Salam Isnin buat penyokong-penyokong The Red Devils khasnya dan peminat bola sepak amnya.

Amacam game semalam?? Puas hati? Penyokong United pastinya gembira selepas berjaya menang di Anfield.

Penyokong Liverpool pula akan rasa diragut oleh pengadil perlawanan apabila kad merah dilayangkan kepada Jonjo dan penalti pada lewat permainan.

Keputusan Perlawanan Liverpool vs Manchester United



Secara jujurnya aku sebagai peminat United mengakui Liverpool bermain lebih baik. Brendan Rodgers telah mengubah corak permainan Liverpool yang bijak mengawal bola dan menghasilkan peluang berbahaya.




Nani antara pemain United paling mengecewakan. Tak faham kenapa SAF perlu masukkan Nani selepas persembahan yang teruk ketika menentang Galatasaray


Passing memang out. Tak sampai dan tak boleh hantar kepada Valencia dan Van Persie di bahagian serangan.




Mujurlah defend United Evans dan Ferdinand dibantu Rafael dan Evra kental menyelamatkan situasi cemas di hadapan pintu gol United.


Penyokong Liverpool ada yang rasa tackle keras Jonjo tak patut dapat red card. Nampak memang bukan two-footed. Tapi cara die terjah itu sangat bahaya dan boleh mengakibatkan kecederaan parah.


Dan penalti yang diberikan mungkin nampak agak soft. Tiada fouls dilakukan namun Valencia bijak 
menggunakan peluang dan meyakinkan pengadil.


Van Persie tidak mensia-siakan peluang ke-2 selepas penaltinya ketika menentang Southampton mudah diselamatkan.

GOL!!

Liverpool 1 - Manchester United 2
Gerrard (46') - Rafael (51') Persie (81')



Usaha Livepool yang hanya tinggal 10 pemain wajar diberi pujian. Mungkin mereka berada di zon penyingkiran, tetapi semangat dan usaha yang ditunjukkan bakal membuahkan hasil pada akhir musim nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Manchester United Bernasib Baik | Badi Di Anfield Berakhir "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets