Home » , , , , , , , , » EPL : ANALISIS MANCHESTER CITY VS MANCHESTER UNITED | 9 DISEMBER 2012

EPL : ANALISIS MANCHESTER CITY VS MANCHESTER UNITED | 9 DISEMBER 2012

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN MANCHESTER CITY VS MANCHESTER UNITED


SIARAN LANGSUNG LIVE MANCHESTER CITY VS MANCHESTER UNITED 9 DISEMBER 2012,MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY EPL 9 DECEMBER 2012,LIVE ASTRO MANCHESTER DERBY 9 DICEMBER 2012,JADUAL WAKTU PERLAWANAN MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY WAKTU MALAYSIA,ANALISIS KOMEN MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY,POSTER MANCHESTER CITY VS MANCHESTER UNITED,BARISAN LINE UP MANCHESTER CITY VS MANCHESTER UNITED 2012
sumber


Update : Manchester City 2 - 3 Manchester United

Perlawanan Derby yang paling hebat tahun ini bakal berlangsung di Stadium Etihad malam ini. Pertemuan Manchester City vs Manchester United akan menentukan pasukan mana yang akan menerajui liga di penghujung tahun 2012.


Buat masa ini United mendahului dengan 3 mata. Keputusan seri dan menang akan mengukuhkan kedudukan United di persada EPL. Sekiranya City menang, mereka akan memintas United dengan kelebihan jaringan. Musim lalu di tempat sama City menang 1-0 hasil jaringan Kompany menerusi tandukan dari sepakan sudut.



Jaringan tersebut akhirnya memberi kelebihan kepada City dan berjaya memenangi EPL dengan perbezaan gol sahaja. Musim ini apa-apa boleh berlaku. Mari kita lihat beberapa fakta sebelum perlawanan berlangsung.


KEDUDUKAN LIGA EPL MATCHDAY 16 TERKINI


Fakta menarik | Pertemuan Manchester City vs Manchester United

  • Manchester City satu-satunya pasukan yang belum pernah kalah dalam EPL
  • Manchester United satu-satunya pasukan yang belum pernah seri dalam EPL
  • Manchester City mempunyai rekod bolos paling sedikit dengan 11 gol dalam 15 perlawanan EPL
  • Manchester United telah manjaringkan 37 gol dalam 15 perlawanan EPL - paling tinggi
  • United mempunyai perbezaan gol sebanyak +16 manakala City dengan +17
  • Manchester City mempunyai rekod tanpa kalah di Etihad sepanjang 37 perlawanan
  • United mempunyai rekod away terbaik dengan 6 kemenangan dengan 18 gol dijaringkan
  • United hanya mendapat 3 clean sheet dalam 15 perlawanan EPL 
  • Manchester United belum pernah tewas dengan musuh ketat setakat ini (Chelsea, Arsenal & Liverpool)






Kelemahan United
 
Melihat kepada kekuatan kedua pasukan, Manchester City mempunyai kelebihan dibahagian tengah dan pertahanan. Ketiadaan Vidic yang terpaksa direhatkan kerana cedera memberi memberi advantage buat City. United sudah bolos 21 gol dalam 15 perlawanan setakat ini. Angka yang agak merisaukan.

Anderson dan Cleverley juga tidak akan diturunkan untuk mengemudi barisan tengah United. Sebaliknya City akan mendapat khidmat Silva yang tidak dapat bermain dalam perlawanan menentang Dortmund tempoh hari.





Psikologi UCL

Manchester United yang sudah layak lebih awal ke pusingan kalah mati UEFA Champions League boleh melakukan rombakan pada perlawanan midweek. Pemain utama seperti Van Persie, Ferdinand boleh direhatkan untuk perlawanan EPL menentang Manchester City. City yang bertarung dengan nasib untuk layak ke Europa League terpaksa menurunkan kesebelasan terbaik untuk mengelakkan tersingkir dari kejohanan peringakt Eropah. Mereka terpaksa travel ke Germany dan faktor keletihan memberi sedikit kelebihan buat United. Moral pemain City juga terjejas setelah kalah kepada Dortmund dan menghuni tangga terbawah dalam kumpulan.






Van Persie dan Rooney
Gandingan 2 penyerang berbisa diharap mampu untuk merobek gawang Manchester City. Kompany dan Nastasic tidak menunjukkan keserasian yang mantap sejak akhir-akhir ini. Manchester United perlu mengambil kesempatan jika ingin pulang dengan 3 mata.





Formasi pilihan

Kedua pasukan dilihat gemar bermain dengan formasi 4-2-3-1. City tampak lebih bahaya di bahagian serangan dengan kehadiran David Silva. United perlu menurunkan Carrick dan Fletcher bagi membantu pertahanan dan melakukan counter attack.

Barisan kemungkinan :

City :- Hart; Zabaleta, Kompany, Nastasić, Maicon; Yaya Touré, Barry; Silva, Tévez, Nasri; Agüero
United :- de Gea; Rafael, Smalling, Ferdinand, Evra; Carrick, Fletcher; Valencia, Rooney, Young; van Persie.



Ramalan   

Manchester City 2- 2 Manchester United



 Video Trailer Manchester City vs Manchester United




SIARAN LANGSUNG MANCHESTER CITY VS MANCHESTER UNITED


9 DISEMBER 2012 (AHAD)

9.30 PM WAKTU MALAYSIA

LIVE @ ASTRO ESPN (812) HD (832)

Link Live Streaming [Klik]


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " EPL : ANALISIS MANCHESTER CITY VS MANCHESTER UNITED | 9 DISEMBER 2012 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets