Home » , , , , , , , , , , , » Live Perlawanan Persahabatan England vs Germany | 20 November 2013

Live Perlawanan Persahabatan England vs Germany | 20 November 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

KISAH 3 TAHUN LALU


Keputusan akhir : England 0-1 Germany

Buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun, kita bakal saksikan perlawanan antara pasukan England vs Germany. Kali terakhir mereka bertemu ketika pusingan ke-2 Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan yang penuh kontroversi. Isunya di sini, bola cubaan Frank Lampard sudah masuk ke dalam gawang Germany tetapi melantun keluar sekaligus gagal di kesan pengadil perlawanan.



Jika gol itu dikira mungkin keputusan akhir akan berbeza. Germany berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir pada kejohanan itu sebelum tewas kepada Spain. Sejak insiden itu kedua pasukan ini tidak pernah bertemu. Perlawanan persahabatan minggu ini akan menjadi medan untuk menguji sejauh mana kekuatan mereka sebelum ke Brazil tahun depan.



Germany berada pada ranking ke-2 FIFA manakala England di tempat ke-10. Kebarangkalian mereka untuk diundi dalam kumpulan yang sama tetap ada kerana England gagal menjadi pasukan pilihan 8 terbaik. Baca entri kesan ranking FIFA pada undian kumpulan Piala Dunia 2014 di sini.



Untuk rekod pertemuan, kedua pasukan sudah bertemu 12 kali sejak 1930. Keputusan agak seimbang dengan 5 kemenangan setiap pasukan. Perlawanan terakhir di Piala Dunia 2010 memihak kepada Germany dengan kemenangan 4-1. Mampukah skuad The Three Lions membalas dendam kali ini?



Saksikan perlawanan persahabatan England vs Germany

JADUAL ENGLAND VS JERMAN 2013, LIVE STREAMING GERMANY VS ENGLAND 2013

20 November 2013 (Rabu) 

4.00 am waktu Malaysia



Nota : Jadual perlawanan lain ada di laman Live Streaming

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Live Perlawanan Persahabatan England vs Germany | 20 November 2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets