Home » , , , , , , , , , , , » Kesan Ranking Bola Sepak FIFA kepada Piala Dunia 2014 | Malaysia Ke-160

Kesan Ranking Bola Sepak FIFA kepada Piala Dunia 2014 | Malaysia Ke-160

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

SIAPA KATA RANKING TAK PENTING?




Entri ini menjawab persoalan orang tertentu yang mengatakan ranking bola sepak FIFA tidak penting. Semalam FIFA telah mengeluarkan ranking terbaru selepas tamat pusingan kelayakan peringkat kumpulan Piala Dunia 2014. Sehingga saat ini, 21 negara sudah layak ke Kejohanan Piala Dunia Brazil tahun depan. Boleh lihat senarai di sini.



Mungkin ada yang kurang pasti tentang seeding atau pengasingan dalam proses undian peringkat kumpulan Piala Dunia 2014. Lapan (8) negara yang mempunyai ranking tertinggi akan berada dalam balang 1 dan mereka tidak akan bertemu sesama sendiri sehingga ke pusingan kedua (bergantung pada kedudukan di peringkat kumpulan)



Spain (1st), Germany (2nd), Argentina (3th), Colombia (4th), Belgium (5th), Switzerland (7th) dan Brazil (11th - layak selaku tuan rumah) sudah pasti menjadi pasukan pilihan dalam undian itu nanti. Nasib kini bergantung kepada Uruguay (6th) yang terpaksa bermain play-off menentang Jordan. Jika gagal, Netherlands (8th) akan dipilih untuk berada dalam balang 1.



TOP 10 RANKING FIFA PIALA DUNIA 2014
Top 11 ranking FIFA sehingga 17 Okt 2013


Malang bagi pasukan Italy apabila mereka tersingkir dari tempat ke-4 sebelum ini apabila hanya mampu mencatat keputusan seri dengan Armenia. England yang naik 7 anak tangga berada di tempat ke-10. Ini bermakna Netherlands, Italy dan England berpotensi untuk berada dalam kumpulan yang sama dengan 8 pasukan pilihan yang dinyatakan di atas.



Sekarang kita lihat pula bagaimana ranking FIFA ini mempengaruhi pusingan play-off zon Eropah antara 8 buah negara. 

Play-off : Portugal, Greece, Croatia, Ukraine, France, Sweden, Romania, Iceland


RANKING NEGARA PLAYOFF ZON EROPAH 2013
Ranking negara yang bermain playoff Zon Eropah


Portugal, Greece, Croatia dan Ukraine menjadi pasukan pilihan dalam undian play-off zon Eropah. Empat (4) negara ini tidak akan diundi sesama sendiri. Tetapi France berkemungkinan besar akan mendapat Portugal sebagai pencabar terakhir ke Piala Dunia 2014. Inilah kesan ranking FIFA terhadap peluang untuk menang dan layak. Bukan mudah jika ranking negara kita lebih rendah.



Malaysia? Masih tidak pentingkan ranking? Mungkin kita belum terlibat dalam undian kejohanan besar. Perjalanan masih jauh. Sebab itu kita berada di ranking ke-160 dunia. Malaysia naik 1 anak tangga selepas seri 1-1 dengan Bahrain.



RANKING MALAYSIA 17 OKT 2013 FIFA
Ranking FIFA zon Asia Tengara sehingga 17 Okt 2013


Di kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia berada tempat ke-5 dibelakang Thailand, Myanmar (tuan rumah sukan SEA 2013), Vietnam, dan Singapura. Mujurlah Indonesia gagal menang dengan China. Jika tidak sudah pasti mereka melonjak lebih tinggi kerana ranking China jauh lebih baik. Walaupun sekadar seri, mereka masih boleh naik 8 anak tangga.



Teringin nak tengok Malaysia berada dalam ranking 100 teratas semula. Bilakah agaknya sejarah akan berulang. Hmmm

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " Kesan Ranking Bola Sepak FIFA kepada Piala Dunia 2014 | Malaysia Ke-160 "

  1. Unknown Says:

    Dalam badminton, Lin Dan tak kisah pon pasal ranking tapi semua game penting dia kutip. Mungkin Malaysia pon fikir camtu kot.

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    @Seri Selaseh Haha.. Lin Dan tu kes terpencil. Sebab die star yang xde org leh challenge. even Chong Wei pun tumbang walaupun duk ranking no.1

    Bola sepak mmg silap la kalau Rajagobal pkir gitu.

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets