Showing posts with label kelayakan piala dunia. Show all posts

 

Keputusan Siaran Langsung Malaysia vs UAE 17 November 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

PELUANG TEBUS MARUAH


Keputusan akhir : Malaysia 1-2 UAE


Misi berat bakal menanti anak buah Datuk Ong Kim Swee malam ini. Kekalahan besar pada Palestin minggu lepas memberi tamparan hebat kepada pemain dan peminat bola sepak tanah air. Tatkala harapan besar digalas dan isu lokasi perlawanan yang terpaksa diubah, Harimau Malaya jelas tidak bermaya menangkis serangan bertali arus pasukan timur tengah itu.



Masih ingatkah kekalahan 0-10 di tangan UAE yang membawa kepada perletakan jawatan Dollah Salleh? Mampukah kita mencapai kemenangan di hadapan penyokong sendiri? Moral pemain perlu dipulihkan segera jika Malaysia mengimpikan sekurang-kurangnya 1 mata.



Jika kita tidak mampu menyerang dengan baik, lebih baik fokus pada bahagian pertahanan untuk mengurangkan jumlah gol yang bakal dibolosi. Perancangan taktikal seperti menentang Arab Saudi masih boleh diguna pakai. Harapnya tiada lagi insiden amukan Ultras Malaya malam ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Siaran Langsung Malaysia vs Palestin 12 November 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

HARIMAU SEMAKIN GARANG


Keputusan akhir : Malaysia 0-6 Palestin


Malaysia akhirnya mendapat kemenangan sulung dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 / Piala Asia 2019 di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee. Lebih menariknya keputusan tersebut diperoleh di tempat lawan ketika menentang Timor Leste. Sebenarnya pemain kita mempunyai semangat dan kehebatan tersendiri. Cuma taktikal perlu tepat.



Malam ini mereka akan melayan negara Palestin di tempat berkecuali atas permintaan kerana isu peperangan yang tercetus di bumi Palestin. Ketika ini pasukan Harimau Malaya berada di tempat ke-4 dengan 1 kemenangan, 1 seri dan 3 kekalahan dari 5 perlawanan. Peluang untuk layak ke Piala Dunia sudah tertutup hanya kelayakan play off Piala Asia yang boleh dicapai.



Dalam perlawanan siri pertama di Bukit Jalil, pasukan negara dibelasah 0-6 oleh Palestin yang menyebabkan para penyokong menyuarakan ketidakpuasan hati kepada FAM. Rentetan itu jurulatih Dolah Salleh meletak jawatan dan kini nasib pasukan Malaysia nampak lebih menyakinkan di bawah kendali Datuk OKS.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Timor Leste 13 Oktober 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

HARIMAU MALAYA TERCOROT


Keputusan semasa : Malaysia 1-0 Timor Leste

Malaysia bakal meneruskan cabaran kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 biarpun harapan yang tinggal semakin tipis. Kekalahan 0-3 kepada Arab Saudi ekoran insiden memalukan tempoh hari lebih menyukarkan keadaan. Pusingan pertama berakhir dengan Harimau Malaya berada di tangga tercorot kumpulan A mengutip 1 mata.



Dalam perlawanan menentang Timor Leste Jun lalu, kita sekadar mampu seri 1-1 selepas gol masa kecederaan Timor Leste. Petang ini pasukan kebangsaan akan bermain di tempat lawan yang sebelum ini mengikat negara Palestin dengan keputusan 1-1. Datuk Ong Kim Swee masih yakin dengan kebolehan anak buah beliau walaupun Timor Leste memiliki fizikal dan teknikal yang lebih baik.



Diharapkan pasukan Malaysia bakal mencatat keputusan membanggakan untuk mencerahkan semula peluang mencuri tiket terakhir melalui slot play-off. Sayang seribu kali sayang kerana pemain sudah bermain dengan baik menentang Arab Saudi namun terpaksa ditamatkan ekoran kekecohan yang dirancang.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Akhir Malaysia vs Arab Saudi 8 September 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MARUAH TERCALAR


Keputusan akhir : Malaysia 1-2 Arab Saudi

Kekalahan 0-10 kepada UAE membawa kepada peletakan jawatan Dollah Saleh yang sepatutnya dipecat lebih awal. Rekod beliau sendiri menunjukkan Malaysia masih berada ditakuk lama dengan 10 kekalahan dari 18 perlawanan. Antara kekalahan besar lain yang pernah dicatatkan di bawah kendalian beliau adalah (1-4 menentang Tajikistan), (0-6 menentang Oman) dan (0-6 menentang Palestin).


Secara jujurnya peminat Malaysia boleh menerima kekalahan jika tiada nasib ataupun pasukan lawan lebih berhak. Tetapi untuk menggunakan taktikal 2 penyerang di kala pasukan Malaysia tiada penyerang berkualiti menunjukkan jurulatih kurang bijak. Memang tiada siapa meletakkan harapan kita untuk menang lebih-lebih lagi beraksi di tempat lawan. Sekurangnya jangan lah sampai dibelasah teruk macam budak tadika main.



Malam ini merupakan perlawanan terakhir kita di laman sendiri. Peluang masih ada dengan syarat kita menang 4/5 baki perlawanan selepas ini. Mustahil bukan. Datuk Ong Kim Swee yang mengambil alih selaku jurulatih sementara mampu melakukan sesuatu. Kami mahu kembalikan semula maruah bola sepak kebangsaan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Malaysia vs UAE 3 September 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MASIHKAH ADA HARAPAN


Keputusan akhir : UAE 10-0 Malaysia

Dua dari tiga perlawanan di laman sendiri hanya mampu menghasilkan satu mata sahaja. Itulah nasib malang yang dialami oleh pasukan Harimau Malaya yang terpaksa berputih mata di saat akhir ketika seri 1-1 dengan Timor Leste sebelum dibelasah 0-6 oleh Palestin, sebuah negara yang bergelut dengan ancaman serangan Israel.



Apa sudah jadi dengan pemain-pemain bola sepak kebangsaan?? Di mana maruah negara ketika bendera Malaysia tersemat di dada jersi mereka?? Sesuatu yang tidak kena melanda dalam skuad negara. Kalau diikutkan dalam perlawanan di tempat sendiri sajalah peluang kita untuk mengutip mata penuh.



Malam ini jaguh bola sepak Asia Barat, UAE akan menanti kehadiran anak buah Dollah Salleh. Berapa pula jumlah gol yang akan dibolosi kali ini? Bukan mudah untuk beraksi di tempat lawan. Suhu dan suasana yang asing menyukarkan corak permainan. Jika tewas lagi, misi kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia semakin sukar. Terima sahaja dengan redha.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Undian Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Eropah

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

ENGLAND DALAM BAHAYA



England akan mengetahui nasib mereka dalam undian kumpulan kelayakan Piala Dunia 2018 malam ini. Pencapaian mereka dalam Kelayakan EURO 2016 dengan 6 kemenangan berturut-turut melonjakkan mereka ke ranking 10 teratas. Ini bermakna dalam Zon Eropah, England akan berada dalam balang 1 bersama juara dunia Germany, Belgium, Holland, Romania, Wales, Portugal, Spain dan Croatia.



Walaupun begitu, England masih belum selamat kerana Italy dan France berada di dalam balang 2 dan boleh diundi bersama dalam 1 kumpulan. Dalam balang 3, Sweden akan menjadi pencabar paling kuat manakala Ireland antara saingan yang menanti dalam balang 4. 



Setiap negara akan diundi dalam kumpulan 6 dan 5 pasukan bergantung kepada penentuan penyiaran siaran langsung. Bagi mereka yang berminat untuk melihat secara langsung undian malam ini boleh berbuat demikian seperti butiran maklumat di bawah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Malaysia vs Palestin 16 Jun 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

HARIMAU PERLU BANGKIT


Keputusan akhir : Malaysia 0-6 Palestin


Keputusan seri 1-1 dengan Timor Leste minggu lepas memberi tamparan hebat untuk skuad Malaysia. Sudahlah beraksi di tempat sendiri, tiba-tiba dengan permainan berbaki 2 minit masa kecederaan pintu gol negara dibolosi. Semuanya gara-gara hilang tumpuan di saat akhir.



Kelebihan 1 gol sebenarnya belum cukup selesa kerana dalam bola sepak apa-apa boleh berlaku. Tapi yang peliknya pasukan kita tidak pernah belajar dari kesilapan. Peluang yang banyak disia-siakan. Lawan hanya perlu satu peluang untuk dijaringkan dan mereka sudahkan dengan sempurna untuk mencuri 1 mata berharga dibawa pulang.



Malam ini tugas Malaysia lebih berat. Palestin pernah menewaskan Malaysia 2-0 pada tahun 2013 walaupun negara mereka ketika itu sedang bergelut dengan peperangan. Apa lagi yang boleh ditunjukkan oleh pasukan Malaysia? Seri atau kalah?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Malaysia vs Timor Leste 11 Jun 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

BURU 3 MATA


Keputusan akhir : Malaysia 1-1 Timor Leste

Misi Harimau Malaya bermula malam ini. Timor Leste bakal menjadi penanda aras sejauh mana kemampuan kita mengharungi cabaran kumpulan A bersama kuasa besar Asia. UAE, Arab Saudi dan Palestin dijangka memberi tentangan hebat dalam usaha Malaysia untuk cuba mendapatkan tiket automatik ke Piala Asia 2019.



Malaysia ketika ini berada di bawah Timor Leste mengikut ranking terbaru FIFA. Jika kita menang, peluang untuk melonjak ke ranking lebih tinggi agak cerah. Tambahan pula perlawanan malam ini akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kelebihan penyokong sendiri mungkin memberi sedikit kelebihan dengan syarat semua pemain memberi fokus 100%.



Tiada rekod pertemuan sebelum ini antara skuad senior Malaysia dan Timor Leste. Cuma perlawanan skuad bawah 23 tahun di Sukan SEA tempoh hari memihak kepada Malaysia. Dollah Salleh pasti mahu menajamkan bahagian serangan yang buntu ketika perlawanan persahabatan dengan Hong Kong yang berakhir 0-0.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Beli Tiket Online Malaysia vs Timor Leste 11 Jun 2015 | Kelayakan Piala Dunia 2018

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

DAPATKAN TIKET ONLINE SEKARANG


 Jadual perlawanan Malaysia di Kelayakan Piala Dunia 2018 [Klik]

Perlawanan pertama kumpulan A pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 akan bermula esok. Malaysia bakal menentang Timor Leste yang berada lebih tinggi jika mengikut ranking terkini FIFA. Bermain di laman sendiri seharusnya memberi kelebihan buat pasukan Harimau Malaya di samping berpeluang menaikkan semula ranking. 



Dengan sokongan padu rakyat Malaysia diharapkan para pemain kebangsaan akan berjuang mati-matian untuk 3 mata sebelum melayan Palestin minggu depan.



Malaysia vs Timor Leste | Kelayakan Piala Asia 2019

Tarikh : 11 Jun 2015 (Khamis)
Masa : 8.45 malam
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur
Harga Tiket : Dewasa (RM 30) Kanak-kanak (RM 5)
Tempah online : Klik sini

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Malaysia Di Kelayakan Piala Dunia 2018 & Piala Asia 2019

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

MISI BARU DOLLAH SALLEH



Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 bakal bermula minggu ini. Malaysia telah diundi bersama negara Palestin, UAE, Timor Leste dan Arab Saudi dalam kumpulan A. Jika dilihat dari ranking terkini Malaysia (162) berada dalam kelompok terbawah berbanding dengan pencabar lainnya. UAE menduhului senarai di tangga ke-73 dunia, diikuti Arab Saudi (98), Palestin (118) dan Timor Leste (146).



Kelayakan dua dalam satu ini wajar digunakan sepenuhnya oleh pasukan negara kerana ini peluang terbaik untuk mengumpul mata bagi menaikkan semula ranking yang kian merudum. Tidak perlu kita bercakap soal layak ke Piala Dunia jika pemain kita belum lagi menguasai pentas Asia Tenggara dan Asia. Syarat layak ke Piala Asia 2019 secara automatik, Malaysia perlu berada dalam kedudukan 12 terbaik sepanjang pusingan kelayakan berlangsung.



Ini bermakna pasukan Harimau Malaya perlu menjadi juara kumpulan atau di kalangan 4 slot tempat kedua terbaik yang telah disediakan untuk layak secara automatik. Jika tidak, sekurang-kurangnya kita perlu elakkan dari menghuni tangga tercorot kumpulan untuk ke pusingan kelayakan Piala Asia 2019. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Kelayakan Piala Dunia 2018 Dan Piala Asia 2019 Zon AFC | Nasib Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

DOLLAH HARAPKAN KEAJAIBAN



Petang ini nasib Malaysia bakal diketahui dengan pasukan manakah kita akan diletakkan dalam undian Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia. Dari 40 buah negara Asia (AFC) yang disenarai pendek, Malaysia berada dalam balang ke-5 atau  balang terakhir mengikut ranking semasa. Mungkinkah kekalahan kepada Oman tempoh hari akan membawa tuah dalam penentuan kumpulan nanti?



Jika dilihat dari sudut kebarangkalian, Malaysia boleh diundi bersama majoriti pasukan dari rantau Asia Tenggara kerana balang 2 hingga 4 terdapat wakil seperti Vietnam (balang 2), Filipina dan Thailand (Balang 3), Myanmar, Indonesia dan Singapura (balang 4). Semuanya bergantung kepada sejauh mana nasib Malaysia sama ada bertuah atau sebaliknya.



40 negara ini akan dibahagikan kepada 8 kumpulan dengan 5 negara masing-masing untuk setiap kumpulan. Juara setiap kumpulan serta 4 pasukan terbaik ditempat kedua akan bermain di pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018. 3 pasukan teratas dari 12 pasukan ini akan layak ke Piala Dunia 2018 secara automatik, manakala pasukan keempat bermain playoff bertemu juara Zon Oceania. 12 pasukan terakhir ini juga layak secara automatik ke Piala Asia 2019.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Play off Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Eropah | Bulan November 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

RONALDO ATAU IBRAHIMOVIC

JADUAL PERLAWANAN PLAYOFF PIALA DUNIA NOVEMBER 2013


Mana satu anda pilih untuk ke Piala Dunia 2014 di Brazil? Tak boleh pilih keduanya kerana Portugal dan Sweden akan membuat perhitungan dalam perlawanan play-off Zon Eropah minggu ini. Mereka berada pada prestasi terbaik di kelab masing-masing. Ronaldo sudah menjaringkan 24 gol musim ini bersama Real Madrid. Zlatan pula dengan 14 gol untuk pasukan PSG.



Untuk rekod antarabangsa, Ronaldo dengan 6 gol dari 6 penampilan dan Zlatan pula dengan 7 gol dalam 9 penampilan. Tak dapat disangkal mereka adalah antara penyerang berbisa di dunia. Tetapi salah seorang bakal tersingkir dari saingan Piala Dunia 2014. Keputusan undian play off zon eropah di sini.



Selain dari play off zon Eropah yang menyediakan 4 slot ke Piala Dunia, dua lagi slot membabitkan pertarungan dua benua. Jordan yang mewakili Asia akan bertemu Uruguay selaku wakil Amerika Selatan. Mexico pula akan melayan wakil benua Ocenia iaitu New Zealand.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Perlawanan Play-Off Zon Eropah | Kelayakan Piala Dunia 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

PORTUGAL DAN FRANCE TERPISAH


SENARAI UNDIAN PLAY OFF KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014, PERLAWANAN PLAY OFF ZON EROPAH NOVEMBER 2013


Harapan peminat ternyata lega apabila keputusan undian play-off memisahkan Portugal dan France. Sebelum ini dalam ranking FIFA yang baru dikeluarkan, France berkemungkinan diundi bertemu dengan Portugal disebabkan mereka bukan dalam pasukan pilihan. Kedua-dua negara kini mempunyai peluang untuk menyertai 27 negara yang sudah layak ke Piala Dunia 2014.


Berikut adalah keputusan undian play-off zon Eropah :


Portugal vs Sweden

Ukraine vs France

Greece vs Romania

Iceland vs Croatia



Antara 8 buah negara di atas, hanya Portugal, Greece dan France yang menyertai Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Kesemua perlawanan akan diadakan pada 16 & 20 November 2013 dengan format timbal balik.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Kesan Ranking Bola Sepak FIFA kepada Piala Dunia 2014 | Malaysia Ke-160

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

SIAPA KATA RANKING TAK PENTING?




Entri ini menjawab persoalan orang tertentu yang mengatakan ranking bola sepak FIFA tidak penting. Semalam FIFA telah mengeluarkan ranking terbaru selepas tamat pusingan kelayakan peringkat kumpulan Piala Dunia 2014. Sehingga saat ini, 21 negara sudah layak ke Kejohanan Piala Dunia Brazil tahun depan. Boleh lihat senarai di sini.



Mungkin ada yang kurang pasti tentang seeding atau pengasingan dalam proses undian peringkat kumpulan Piala Dunia 2014. Lapan (8) negara yang mempunyai ranking tertinggi akan berada dalam balang 1 dan mereka tidak akan bertemu sesama sendiri sehingga ke pusingan kedua (bergantung pada kedudukan di peringkat kumpulan)



Spain (1st), Germany (2nd), Argentina (3th), Colombia (4th), Belgium (5th), Switzerland (7th) dan Brazil (11th - layak selaku tuan rumah) sudah pasti menjadi pasukan pilihan dalam undian itu nanti. Nasib kini bergantung kepada Uruguay (6th) yang terpaksa bermain play-off menentang Jordan. Jika gagal, Netherlands (8th) akan dipilih untuk berada dalam balang 1.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia | 16 Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

BOSNIA CATAT SEJARAH


SENARAI NEGARA YANG LAYAK KE PIALA DUNIA 2014, BOSNIA LAYAK

Senarai Terkini Negara Yang Layak Ke Piala Dunia 2014 [Klik]

Awal pagi tadi berlangsungnya perlawanan terakhir peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia Zon Eropah. Seperti dijangka England dan Spain menempatkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 selaku juara kumpulan. Gol Rooney dan Gerrard memberi kemenangan 2-0 ke atas Poland. Spain hanya memerlukan satu mata untuk layak. Namun Georgia bukanlah lawan yang setanding dengan mereka apabila tewas mudah 0-2. Gol Spain dijaringkan wakil pemain EPL, Negredo dan Juan Mata.



Bosnia & Herzegovina melakar sejarah apabila layak buat kali pertama ke Piala Dunia setelah berpisah dari Yugoslavia pada tahun 1992. Mereka menjadi juara kumpulan G berkongsi mata dengan Greece tetapi memiliki perbezaan jaringan yang lebih besar.



Russia di bawah bimbingan Fabio Capello menamatkan penantian 11 tahun dan layak atas tiket juara kumpulan F. Mereka menafikan peluang Portugal untuk layak secara automatik.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia | 12 Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

4 LAGI NEGARA LAYAK KE PIALA DUNIA 2014


KEPUTUSAN KELAYAKAN PIALA DUNIA ZON EROPAH 12 OKT 2013, KEPUTUSAN ENGLAND VS MONTENEGRO 12 OKT 2013

Senarai  negara yang layak ke Piala Dunia [Klik]


Empat lagi negara telah mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2014 di Brazil. Belgium, Germany dan Switzerland menjuarai kumpulan masing-masing walaupun masih berbaki 1 perlawanan pusingan kelayakan zon Eropah. Manakala Columbia pula menjadi wakil kedua dari benua Amerika Selatan selepas Argentina yang mara secara automatik.



Spain dan Russia bagaimanapun terpaksa menunggu hingga Rabu ini kerana secara metematiknya mereka masih belum terselamat dari pusingan play-off. Portugal dan France perlu menang besar dalam perlawanan terakhir sambil mengharapkan kekalahan pendahulu kumpulan (Spain & Russia) kalah dengan jaringan yang banyak.



Uruguay juga berdepan dengan risiko bermain untuk tempat play-off setelah tewas di tangan Ecuador. England mampu menarik nafas lega apabila menang besar 4-1 ke atas Montenegro untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu. Diekori rapat oleh Ukraine yang dipisahkan hanya 1 mata, England tiada pilihan lain selain menang dalam pertemuan terakhir menenatang Poland.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 | Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

ENGLAND PERLU MENANG 


JADUAL LIVE STREAMING ENGLAND VS MONTENGERO 12 OKTOBER 2013, JADUAL ENGLAND KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014



Minggu ini tiada perlawanan EPL. Harap maklum ye. Jangan meroyan pulak sebab apa tak update Jadual EPL Gameweek 8 kat sini. England bakal menempuh minggu paling sukar dalam tahun 2013 apabila mereka memerlukan dua (2) lagi kemenangan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014



England mendahului kumpulan H dengan 16 mata. Hanya 1 mata membezakan mereka dengan Ukraine dan Montenegro. Poland pula di tempat ke-4 dengan 13 mata dan masih berpeluang layak.  Roy Hudgson tiada ruang untuk melakukan kesilapan lagi. 



Baki 2 perlawanan England menentang pencabar terdekat mereka Montenegro dan Poland. Kelebihan England hanyalah kerana bermain di tempat sendiri. Mungkin sokongan padu penyokong mereka sangat ditagih kali ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2014 | Bulan September

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

ITALY DAN BELANDA LAYAK


PASUKAN YANG LAYAK KE WORLD CUP 2014 ARGENTINA BRAZIL ITALY BELANDA HOLLAND



Lima lagi pasukan telah menempah tiket ke Pusingan Akhir Piala Dunia 2014 di Brazil menjadikan jumlah setakat ini kepada 10 buah negara. Italy dan Netherlands menjadi wakil awal dari Zon Eropah setelah menjuarai kumpulan masing-masing awal pagi tadi walaupun berbaki 2 perlawanan.



Dari Zon Amerika Utara, negara Amerika Syarikat dan Costa Rica menjadi 2 pasukan terawal mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2014. Terbaru negara kelahiran  Lionel Messi, Argentina turut layak menjadi wakil pertama dari Zon Amerika Selatan. Rujuk entri senarai terkini negara yang layak ke Piala Dunia 2014.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Antarabangsa Kelayakan Piala Dunia 2014 | September 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

SENARAI PERLAWANAN MENGIKUT ZON


JADUAL PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 | SEPTEMBER 2013


Minggu ini semua perlawanan domestik akan direhatkan bagi  memberi laluan kepada Kelayakan Piala Dunia 2014. Mungkinkah ada negara lain yang akan mengesahkan tempat mereka di Piala Dunia 2014? Setakat ini hanya 5 buah negara yang dah konfem (rujuk entri ini). Ada di antara pengurus pasukan kebangsaan yang runsing akibat pemain utama mereka mengalami kecederaan sekaligus menyukarkan misi untuk mengukuhkan tempat teratas peringkat kumpulan.



Persaingan sengit di Zon UEFA (Eropah) dan CONMEBOL (Amerika Selatan) untuk merebut baki 27 tempat yang masih terbuka. Melihat kepada kedudukan terkini, negara Bosnia & Herzegovina berpeluang untuk ke Piala Dunia 2014 jika mereka  dapat mengekalkan kedudukan teratas kumpulan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Terkini Pasukan Negara Yang Layak Ke Kejohanan Piala Dunia 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

32 NEGARA KE WORLD CUP BRAZIL 2014


SENARAI PASUKAN NEGARA YANG LAYAK KE PIALA DUNIA 2014, NEGARA YANG BERTANDING DI WORLD CUP PIALA DUNIA 2014, UNDIAN PERINGKAT KUMPULAN PIALA DUNIA 2014


Tinggal setahun lagi sebelum demam Piala Dunia 2014 kembali. Setakat hari ini 5 pasukan sudah mengesahkan tempat ke pusingan akhir Kejohanan Piala Dunia 2104. Selain tuan rumah Brazil yang layak secara automatik, 4 negara yang bertanding di bawah tiket Asia turut mengiringi juara 5 kali itu.


Japan, Korea Selatan, Australia dan Iran masing-masing layak secara automatik kerana menduduki 2 tempat teratas dalam pusingan kelayakan. Sementara Uzbekistan dan Jordan akan merebut 1 lagi slot dengan menentang pasukan tempat ke-5 dari benua Amerika Selatan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/