Showing posts with label portugal. Show all posts

 

Jadual Play off Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Eropah | Bulan November 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

RONALDO ATAU IBRAHIMOVIC

JADUAL PERLAWANAN PLAYOFF PIALA DUNIA NOVEMBER 2013


Mana satu anda pilih untuk ke Piala Dunia 2014 di Brazil? Tak boleh pilih keduanya kerana Portugal dan Sweden akan membuat perhitungan dalam perlawanan play-off Zon Eropah minggu ini. Mereka berada pada prestasi terbaik di kelab masing-masing. Ronaldo sudah menjaringkan 24 gol musim ini bersama Real Madrid. Zlatan pula dengan 14 gol untuk pasukan PSG.



Untuk rekod antarabangsa, Ronaldo dengan 6 gol dari 6 penampilan dan Zlatan pula dengan 7 gol dalam 9 penampilan. Tak dapat disangkal mereka adalah antara penyerang berbisa di dunia. Tetapi salah seorang bakal tersingkir dari saingan Piala Dunia 2014. Keputusan undian play off zon eropah di sini.



Selain dari play off zon Eropah yang menyediakan 4 slot ke Piala Dunia, dua lagi slot membabitkan pertarungan dua benua. Jordan yang mewakili Asia akan bertemu Uruguay selaku wakil Amerika Selatan. Mexico pula akan melayan wakil benua Ocenia iaitu New Zealand.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Perlawanan Play-Off Zon Eropah | Kelayakan Piala Dunia 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

PORTUGAL DAN FRANCE TERPISAH


SENARAI UNDIAN PLAY OFF KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014, PERLAWANAN PLAY OFF ZON EROPAH NOVEMBER 2013


Harapan peminat ternyata lega apabila keputusan undian play-off memisahkan Portugal dan France. Sebelum ini dalam ranking FIFA yang baru dikeluarkan, France berkemungkinan diundi bertemu dengan Portugal disebabkan mereka bukan dalam pasukan pilihan. Kedua-dua negara kini mempunyai peluang untuk menyertai 27 negara yang sudah layak ke Piala Dunia 2014.


Berikut adalah keputusan undian play-off zon Eropah :


Portugal vs Sweden

Ukraine vs France

Greece vs Romania

Iceland vs Croatia



Antara 8 buah negara di atas, hanya Portugal, Greece dan France yang menyertai Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Kesemua perlawanan akan diadakan pada 16 & 20 November 2013 dengan format timbal balik.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

International Friendly : BRAZIL VS PORTUGAL | Perlawanan Persahabatan September 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

RONALDO VS NEYMAR


LIVE STREAMING BRAZIL VS PORTUGAL FRIENDLY 2013, BRAZIL VS PORTUGAL PERSAHABATAN 10 11 SEPTEMBER 2013 WAKTU MALAYSIA



Esok pagi akan dipenuhi dengan perlawanan  persabahatan antarabangsa dan juga Kelayakan Piala Dunia 2014 untuk bulan September. Belgium, Italy dan Argentina akan mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2014 jika mereka menang dalam perlawanan masing-masing awal pagi esok. (Jadual penuh di sini)



Berbalik pada topik utama, pasukan Brazil (tuan rumah World Cup 2014) akan menentang Portugal - perlawanan tumpuan dalam aksi persahabatan minggu ini. Portugal masih lagi belum layak secara automatik ke Piala Dunia 2014 dan menghadapi saingan sengit dari Russia dan Israel dalam kumpulan F Zon Eropah.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/