Showing posts with label football. friendly. Show all posts

 

Jadual dan Keputusan International Champions Cup 2015 | Manchester United

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

UNITED SIAP SEDIA

champions cup 2015 waktu malaysia




Manchester United merupakan salah satu kelab gergasi yang telah mengesahkan penyertaan dalam aksi pemanas badan International Champions Cup (ICC) 2015. Dalam edisi lepas, Manchester United dinobatkan selaku juara menewaskan musuh tradisi Liverpool 3-1 dalam perlawanan akhir. Kali ini format pertandingan di ubah kepada 3 bahagian lokasi.



10 kelab akan bermain di zon Amerika Utara, 3 kelab di China dan Australia dengan Real Madrid menyertai kejohanan di kedua-dua zon Asia. Manchester United, Chelsea, Barcelona dan PSG antara kelab yang menyertai zon Amerika Utara.



Manchester City, Real Madrid dan Roma akan bermain di Australia manakala Inter Milan, AC Milan dan Real Madrid sekali lagi bakal berentap di China. Perlawanan berprofil tinggi ini sangat berkesan untuk melihat sejauh mana persediaan setiap kelab sebelum bermulanya musim baru bola sepak bulan depan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan England vs Italy | Perlawanan Persahabatan 1 April 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

ROONEY HAMPIRI REKOD 


Keputusan akhir : Italy 1-1 England

Rooney berpeluang untuk menyamai rekod penjaring terbanyak England awal pagi esok jika berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan persahabatan menentang Italy awal pagi esok. Rooney pada ketika ini berada pada kedudukan ketiga dalam senarai penjaring pasukan England dengan 47 gol dalam 102 penampilan. Rekod masih lagi dipegang Sir Bobby Charlton dengan 49 gol dari 106 penampilan.



Penyerang muda yang bermain bersama Tottenham Hotspur, Harry Kane bakal diturunkan dalam kesebelasan utama selepas menunjukkan prestasi cemerlang ketika menggantikan Rooney dalam perlawanan menentang Lithuania Sabtu lalu. Kane hanya memerlukan masa 78 saat untuk mencatatkan gol pertama dalam penampilan sulungnya bersama skuad England.



Ketiadaan beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan memaksa Roy Hodgson menurunkan skuad eksperimen menentang Italy di Turin. Daripada 5 pertemuan terakhir, England hanya menang sekali ke atas Italy dan terbaru mereka berentap dalam satu kumpulan di Piala Dunia 2014 yang berkesudahan Italy menang 2-1.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Perlawanan Malaysia vs China 10 September 2013 | International Friendly

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

HARIMAU MALAYA PARAH


KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS CHINA VS MALAYSIA PERSAHABATAN 10 SEPTEMBER 2013, GOL MALAYSIA VS CHINA 2013


Nampaknya tiada keajaiban yang mampu dijelmakan oleh Harimau Malaya dan jurulatih kesayangan ramai Datuk K. Rajagobal. Keputusan 2-0 jelas menunjukkan tiada peningkatan jauh sekali memberi tentangan hebat kepada pasukan tuan rumah, China. Sepanjang perlawanan Malaysia hanya bertahan. Kawalan bola yang begitu lemah membantutkan usaha mencari gol. Tidak keterlaluan jika aku katakan pasukan Harimau Muda bermain lebih kemas dan bijak.

☛☛| FIFA : International Friendly |☚☚
════════════════════════
[ Full Time ]
China [ 2 - 0 ] Malaysia

☛☛| Match Details |☚☚
═════════════════════
43' [ 1 - 0 ] Zhi Zheng
57' [ 2 - 0 ] Peng Zhao

Melihat kepada perlawanan malam ini, jangan mimpilah untuk mengutip 3 mata penuh bila berdepan dengan Bahrain dan Qatar tak lama lagi. Kami peminat sudah lali dengan permainan Harimau Malaya. Tolong rombak dan panggil pemain yang mempamerkan prestasi terbaik ketika ini. Bukan hanya bergantung kepada sumbangan 3 tahun lepas sahaja. Sekian.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

International Friendly : BRAZIL VS PORTUGAL | Perlawanan Persahabatan September 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

RONALDO VS NEYMAR


LIVE STREAMING BRAZIL VS PORTUGAL FRIENDLY 2013, BRAZIL VS PORTUGAL PERSAHABATAN 10 11 SEPTEMBER 2013 WAKTU MALAYSIA



Esok pagi akan dipenuhi dengan perlawanan  persabahatan antarabangsa dan juga Kelayakan Piala Dunia 2014 untuk bulan September. Belgium, Italy dan Argentina akan mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2014 jika mereka menang dalam perlawanan masing-masing awal pagi esok. (Jadual penuh di sini)



Berbalik pada topik utama, pasukan Brazil (tuan rumah World Cup 2014) akan menentang Portugal - perlawanan tumpuan dalam aksi persahabatan minggu ini. Portugal masih lagi belum layak secara automatik ke Piala Dunia 2014 dan menghadapi saingan sengit dari Russia dan Israel dalam kumpulan F Zon Eropah.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Play Off UEFA Champions League 2013 / 2014 | Live @ Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

NASIB ARSENAL & AC MILAN


jadual perlawanan play off uefa champions league 2013 2014, arsenal vs fenerbahce 2013, siaran langsung live streaming astro,


Updates : Keputusan Undian Peringkat Kumpulan UCL 2013/14


Nasib dua kelab ternama Eropah, Arsenal dan AC Milan bakal ditentukan dalam perlawanan Play Off UEFA Champions League 2013/2014.  Pasukan yang gagal layak secara automatik dari liga domestik masing-masing terpaksa mengharungi perlawanan timbal balik bagi merebut baki 10 tempat sebelum undian peringkat kumpulan UEFA Champions League 201 /2014 dilakukan.



Pasukan yang kalah dalam pusingan Play Off UEFA Champions League 2013/2014 akan memasuki peringkat kumpulan Europa League 2013/2014. Adakah Arsenal bakal mencatat sejarah gagal mara ke UEFA Champions League sejak 1996? Mampukah Arsene Wenger bertahan sebagai pengurus Arsenal?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Perlawanan REAL MADRID VS CHELSEA | Final International Champions Cup 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

CARLO ANCELOTTI VS JOSE MOURINHO


siaran langsung live streaming perlawanan international champions cup 2013


Kejohanan kalah mati 8 pasukan persahabatan pra-musim hampir melabuhkan tirai. Final International Champions Cup 2013 bakal mempertemukan jagoan England dan Spain. Chelsea yang baru saja menewaskan AC Milan 2-0 awal pagi semalam bakal berentap dengan bekas kelab Jose Mourinho Real Madrid di pagi Hari Raya nanti.



Secara kebetulan, pengurus pasukan Real Madrid, Ancelotti juga pernah membimbing pasukan Chelsea. Sudah pasti pertembungan dua kelab gergasi Eropah ini dinantikan peminat seluruh dunia. Rekod pencapaian mereka tidak boleh disangkal lagi. Keduanya pernah memenangi Piala Liga Juara-Juara Eropah sebanyak dua kali.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/