Home » , , , , , , , , , , , , , , , , » Keputusan Undian UEFA Champions League 2013/14 Peringkat Kumpulan

Keputusan Undian UEFA Champions League 2013/14 Peringkat Kumpulan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

REAL MADRID, ARSENAL & BARCELONA DALAM KUMPULAN MAUT


keputusan undian peringkat kumpulan ucl 2013/14, senarai kumpulan ucl 2013 2014, undian penuh kumpulan A B C D E F G H uefa champions league 2013-2014
kredit : UEFA.com


Jadual Perlawanan UCL 2013/14 [Klik]


Seperti diduga dalam entri sebelum ini undian peringkat kumpulan UEFA Champions League 2013/14 memang menarik. Kelab ternama yang berada dalam balang 3 dan 4 melengkapkan beberapa 'kumpulan maut'. Manchester United dan Chelsea dilihat mendapat undian yang boleh dikatakan agak mudah. Arsenal dan Manchester City pula terpaksa berentap dengan finalis UEFA Champions League musim lalu untuk layak ke pusingan kalah mati.



Tumpuan harus diberikan kepada kumpulan B yang menyaksikan Real Madrid, Juventus (Juara Serie A), Galatasaray (Juara liga Turki) dan Copenhagen. Tugas berat menanti Carlo Ancelotti untuk memenangi UEFA Champions League untuk Real Madrid (kali terakhir pada tahun 2002) sekiranya mereka gagal mencuri mata di Italy dan Turki. Tak kurang hebatnya kumpulan F antara Arsenal, Marseille, Dortmund dan Napoli.


Dalam kumpulan H, Barcelona akan bertarung dengan kelab AC Milan (juara 7 kali), Ajax (juara Dutch Eredivisie) dan Celtic (juara Scottish Premier League). Musim lalu, Celtic mengejutkan peminat bola sepak apabila mereka berjaya menewaskan Barcelona di Celtic Park. Mungkinkah akan berulang kali ini?



Manchester United akan diuji kelab handalan Ukraine, Shakhtar Donetsk yang cukup kebal di gelanggang sendiri. 10 mata diperlukan sekurang-kurangnya untuk layak dari kumpulan A. Mereka perlu menang kesemua perlawanan di Old Trafford terutamanya menentang Bayern Leverkusen dan Real Sociedad.



pemain terbaik uefa 2013 ribery

Pemain Terbaik UEFA 2012/13 - Franck Ribery



Laluan Manchester City agak sukar apabila diundi bersama Juara UEFA Champions League 2012/13 Bayern Munich dan CSKA Moscow. Mampukah mereka menamatkan badi peringkat kumpulan dan layak ke pusingan kalah mati? Semua bergantung kepada perlawanan di tempat sendiri.


Kumpulan A

Manchester United
Shakhtar Donetsk
Bayern Leverkusen 
Real Sociedad


Kumpulan B

Real Madrid
Juventus
Galatasaray
Copenhagen


Kumpulan C

Benfica
PSG
Olympiacos
Anderlecht


Kumpulan D

Bayern Munich
CSKA Moscow
Manchester City
Viktoria Plzen


Kumpulan E

Chelsea
Schalke 04
FC Basel
Steaua Bucuresti


Kumpulan F

Arsenal
Marseille
Borussia Dortmund
Napoli


Kumpulan G

Porto
Atletico Madrid
Zenit
Austria Wein


Kumpulan H

Barcelona
AC Milan
Ajax
Celtic


Jadual lengkap perlawanan akan diberitahu kemudian.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Keputusan Undian UEFA Champions League 2013/14 Peringkat Kumpulan "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets