Showing posts with label pemain terbaik uefa. Show all posts

 

Keputusan Undian UEFA Champions League 2013/14 Peringkat Kumpulan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

REAL MADRID, ARSENAL & BARCELONA DALAM KUMPULAN MAUT


keputusan undian peringkat kumpulan ucl 2013/14, senarai kumpulan ucl 2013 2014, undian penuh kumpulan A B C D E F G H uefa champions league 2013-2014
kredit : UEFA.com


Jadual Perlawanan UCL 2013/14 [Klik]


Seperti diduga dalam entri sebelum ini undian peringkat kumpulan UEFA Champions League 2013/14 memang menarik. Kelab ternama yang berada dalam balang 3 dan 4 melengkapkan beberapa 'kumpulan maut'. Manchester United dan Chelsea dilihat mendapat undian yang boleh dikatakan agak mudah. Arsenal dan Manchester City pula terpaksa berentap dengan finalis UEFA Champions League musim lalu untuk layak ke pusingan kalah mati.



Tumpuan harus diberikan kepada kumpulan B yang menyaksikan Real Madrid, Juventus (Juara Serie A), Galatasaray (Juara liga Turki) dan Copenhagen. Tugas berat menanti Carlo Ancelotti untuk memenangi UEFA Champions League untuk Real Madrid (kali terakhir pada tahun 2002) sekiranya mereka gagal mencuri mata di Italy dan Turki. Tak kurang hebatnya kumpulan F antara Arsenal, Marseille, Dortmund dan Napoli.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live : Undian Peringkat Kumpulan | UEFA Champions League 2013/14 Draw

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

KUMPULAN MAUT | MUNGKIN TERHASIL


jadual undian uefa champions league 2013/14 peringkat kumpulan astro, bila undian peringkat kumpulan ucl 2013 2014



Debaran undian peringkat kumpulan UEFA Champions League 2013/14 semakin dirasai. Awal pagi tadi 5 lagi pasukan mengesahkan tempat ke pusingan peringkat kumpulan. 32 buah pasukan akan diasingkan dalam 4 balang mengikut ranking pencapaian dalam UEFA. Tumpuan pastinya kepada kelab Napoli yang berada di balang 4 yang dilihat bakal melengkapkan kumpulan maut seperti musim lalu.



Juara liga domestik secara automatik akan diletakkan dalam balang 1 beserta kelab yang mempunyai 8 ranking terbaik UEFA. Manchester City, Borussia Dortmund, Ajax dan Galatasaray masing-masing berada di balang 3 yang juga menarik untuk diperhatikan. Kelab yang berasal dari negara yang sama tidak akan diundi bersama dalam 1 kumpulan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/