Showing posts with label china. Show all posts

 

Keputusan Akhir Final Badminton Piala Sudirman China vs Jepun | 17 Mei 2015 di Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

CHINA BURU GELARAN KE-10


Keputusan akhir : China 3-0 Jepun

China menepati ramalan layak ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2015. Selaku tuan rumah, China bakal memburu gelaran ke-10 dan ke-6 berturut dalam sejarah. Mereka melepasi halangan dengan mengetepikan cabaran pasukan Germany dan Indonesia. Lawan mereka di final nanti merupakan pasukan Jepun yang menunjukkan peningkatan sejak menjuarai Piala Thomas 2014.



China ketika itu diaibkan Jepun dalam saingan separuh akhir dengan keputusan 3-0. Walaupun Piala Thomas hanya melibatkan pemain lelaki dan berbeza dengan format berpasukan Piala Sudirman, sudah pasti luka tersebut masih dirasai. Pentas petang ini bakal menjadi medan bagi China untuk mempamerkan kekuatan sebenar.



Jepun mengejutkan Korea Selatan yang menjadi naib juara dalam edisi sebelum ini. Perlawanan yang berlangsung lebih 4 jam itu berakhir dengan keputusan 3-2 memihak kepada negara matahari terbit itu. Jepun mungkin bukan pasukan pilihan kerana mereka buat pertama kali layak ke perlawanan akhir Piala Sudirman. Namun China harus berhati-hati dan memberi sepenuh tumpuan supaya trofi Piala Sudirman kekal menjadi milik mereka.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Jepun 2014 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

LIN DAN MAHU TEBUS KEKECEWAAN



Bekas juara dunia, Lin Dan nampaknya begitu bersemangat untuk menebus kekecewaan China dalam Kejohanan Piala Thomas tempoh hari. Beliau yang diletakkan selaku perseorangan ke-3 tidak dapat bermain di separuh akhir menentang Jepun kerana pasukannya sudah tewas 0-3. Strategi China nampaknya gagal membuahkan hasil kali ini.



Jepun pula mencatatkan sejarah selaku pasukan pertama yang berjaya memecah dominasi Malaysia, Indonesia dan China yang pernah menjuarai Piala Thomas. Kali ini di Kejohanan Badminton Super Series Jepun, pastinya pemain-pemain lawan ingin melunaskan dendam.



Malaysia diketuai Lee Chong Wei pastinya lebih merasai keperitan tewas di pusingan akhir dan gagal menamatkan penantian 22 tahun Piala Thomas. Mampukah Datuk Lee Chong Wei mara ke peringkat akhir yang memungkinkan pertemuan beliau dengan Lin Dan?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Perlawanan Malaysia vs China 10 September 2013 | International Friendly

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

HARIMAU MALAYA PARAH


KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS CHINA VS MALAYSIA PERSAHABATAN 10 SEPTEMBER 2013, GOL MALAYSIA VS CHINA 2013


Nampaknya tiada keajaiban yang mampu dijelmakan oleh Harimau Malaya dan jurulatih kesayangan ramai Datuk K. Rajagobal. Keputusan 2-0 jelas menunjukkan tiada peningkatan jauh sekali memberi tentangan hebat kepada pasukan tuan rumah, China. Sepanjang perlawanan Malaysia hanya bertahan. Kawalan bola yang begitu lemah membantutkan usaha mencari gol. Tidak keterlaluan jika aku katakan pasukan Harimau Muda bermain lebih kemas dan bijak.

☛☛| FIFA : International Friendly |☚☚
════════════════════════
[ Full Time ]
China [ 2 - 0 ] Malaysia

☛☛| Match Details |☚☚
═════════════════════
43' [ 1 - 0 ] Zhi Zheng
57' [ 2 - 0 ] Peng Zhao

Melihat kepada perlawanan malam ini, jangan mimpilah untuk mengutip 3 mata penuh bila berdepan dengan Bahrain dan Qatar tak lama lagi. Kami peminat sudah lali dengan permainan Harimau Malaya. Tolong rombak dan panggil pemain yang mempamerkan prestasi terbaik ketika ini. Bukan hanya bergantung kepada sumbangan 3 tahun lepas sahaja. Sekian.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs China 10 September 2013 | Perlawanan Persahabatan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

ANTARA MARUAH DAN EKSPERIMEN RAJA

LIVE MALAYSIA VS CHINA 10 SEPTEMBER 2013, PERLAWANAN PERSAHABATAN HARIMAU MALAYA VS CHINA 2013, REKOD MALAYSIA BERTEMU CHINA, SIARAN LANGSUNG ASTRO MALAYSIA VS CHINA 2013, CHINA VS MALAYSIA WAKTU MALAYSIA 2013,
Ini bukan Lee Chong Wei vs Lin Dan

Video Highlight Gol Perlawanan China vs Malaysia [Klik]


Sekarang hangat kita memperkatakan tentang persembahan Harimau Muda dalam Kejohanan Pesta Bola Merdeka 2013. Ada juga yang mencadangkan supaya kita adakan friendly antara skuad senior Harimau Malaya vs Harimau Muda untuk kita nilai tahap prestasi dan corak permainan kedua pasukan ini.


Malaysia baru saja meraikan Hari Kemerdekaan ke-56. Minggu depan tanggal 16 September merupakan Hari Pembentukan Malaysia. Tetapi... bagaimana dengan pencapaian pasukan bola sepak kita? Suatu ketika dahulu pasukan kebangsaan cukup digeruni oleh negara-negara Asia lain. Sekarang? Bangladesh pun kita tak mampu tewaskan.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Taktik Lin Dan Berhasil | Chong Wei Harus Berubah Jika Mahukan Gelaran Juara Olimpik 2012

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

Apa dah jadi Datuk?? Lee Chong Wei rebah kepada musuh selain Lin Dan buat kali pertama tahun ini. Chen Long pemain nombor 2 China mendapat bantuan dari rakan senegara (Juara Dunia) Lin Dan yang 'menarik diri' di pusingan separuh akhir semalam. Di masa Chong Wei berjuang untuk negara menempah tiket ke final Badminton Terbuka Jepun 2011, Chen Long tidak perlu bersusah payah. Mungkin juga ini strategi baru Lin Dan dan pasukan China untuk memastikan mereka terus menguasai dunia badminton.



keputusan akhir perlawanan final badminton terbuka jepun 2011 lee chong wei vs chen long,full result badminton open japan 2011 25 september 2011,kenapa lee chong wei kalah kepada chen long,taktik lin dan tarik diri,juara olimpik 2011 badminton,keputusan penuh badminton terbuka jepun 2011,juara china masters 2011 chen long,corak permainan lee chong wei,kenapa pemain china hebat badminton,malaysia tiada pelapis badminton


Mungkin faktor kecergasan memihak kepada Chen Long. Tapi adakah cara permainan Chong Wei sudah cukup baik untuk membawa emas sulung negara dalam sukan olimpik tahun depan?? Tatkala China mempunyai 3 jaguh perseorangan lelaki, Malaysia hanya bergantung harap kepada Datuk. Dalam perlawanan petang tadi Lee Chong Wei tewas mudah dalam set pertama 8-21, 21-10 dan 19-21. Adakah pemakaian T-Shirt yang ada lengan mengganggu judgement bola keluar?


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan | Final Korea Open Super Series 2011

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

Chong Wei ke final lagi. Kali ini beliau akan bertemu musuh ketat, Lin Dan (perlawanan yang dinantikan)  selepas menjuarai Terbuka Malaysia minggu lepas. Lin Dan, pilihan ke-6 kejohanan terpaksa menarik diri di pusingan suku akhir tempoh hari ekoran kecederaan belakang yang dialaminya. Chong Wei kini berada pada prestasi terbaik beliau dan perlawanan ini bakal menyajikan aksi-aksi menarik dari kedua pemain.

Kredit : BadmintonLife

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Datuk Lee Chong Wei Tepati Ramalan | Juara Terbuka Malaysia 2011

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei dan jurulatihnya Misbun Sidek di atas kejayaan merangkul kejuaraan acara badminton perseorangan lelaki kali ke - 7 edisi Terbuka Malaysia sejak tahun 2004.  Walaupun mendapat tekanan hebat daripada seluruh rakyat Malaysia, sebagai wakil tunggal negara Datuk Lee Chong Wei bijak mengawal keadaan seterusnya memenangi pertemuan dengan juara dunia 2005, Taufik Hidayat dengan straight set 21-8, 21-17.


 Kredit : Berita Harian 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/