Home » , , , , , , , , » Taktik Lin Dan Berhasil | Chong Wei Harus Berubah Jika Mahukan Gelaran Juara Olimpik 2012

Taktik Lin Dan Berhasil | Chong Wei Harus Berubah Jika Mahukan Gelaran Juara Olimpik 2012

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

Apa dah jadi Datuk?? Lee Chong Wei rebah kepada musuh selain Lin Dan buat kali pertama tahun ini. Chen Long pemain nombor 2 China mendapat bantuan dari rakan senegara (Juara Dunia) Lin Dan yang 'menarik diri' di pusingan separuh akhir semalam. Di masa Chong Wei berjuang untuk negara menempah tiket ke final Badminton Terbuka Jepun 2011, Chen Long tidak perlu bersusah payah. Mungkin juga ini strategi baru Lin Dan dan pasukan China untuk memastikan mereka terus menguasai dunia badminton.



keputusan akhir perlawanan final badminton terbuka jepun 2011 lee chong wei vs chen long,full result badminton open japan 2011 25 september 2011,kenapa lee chong wei kalah kepada chen long,taktik lin dan tarik diri,juara olimpik 2011 badminton,keputusan penuh badminton terbuka jepun 2011,juara china masters 2011 chen long,corak permainan lee chong wei,kenapa pemain china hebat badminton,malaysia tiada pelapis badminton


Mungkin faktor kecergasan memihak kepada Chen Long. Tapi adakah cara permainan Chong Wei sudah cukup baik untuk membawa emas sulung negara dalam sukan olimpik tahun depan?? Tatkala China mempunyai 3 jaguh perseorangan lelaki, Malaysia hanya bergantung harap kepada Datuk. Dalam perlawanan petang tadi Lee Chong Wei tewas mudah dalam set pertama 8-21, 21-10 dan 19-21. Adakah pemakaian T-Shirt yang ada lengan mengganggu judgement bola keluar?




Seperti biasa Chong Wei bermain dengan penuh kelembutan tanpa melakukan serangan agresif biarpun peluang terhidang depan mata. Mata mudah kerap diberikan kepada Chen Long apabila Chong Wei gagal mengagak bola keluar di kawasan sendiri. Setelah bangkit dalam set kedua dan menang 21-10 , set ketiga Chong Wei masih belum belajar akan kesilapan seperti set pertama.






Entah mengapa Datuk Lee Chong Wei masih gemar bermain rally untuk mendapat tepukan gemuruh dan meletihkan lawan daripada mematikannya dengan melakukan smash. Perlu diingat Chen Long seperti juga pemain China lain mempunyai stamina yang tinggi dan fizikal yang lebih mantap. Pada mata 19-19 dalam rubber set, Chong Wei mempunyai peluang besar untuk mendahului, namun Chen Long lebih garang inginkan gelaran Jepun itu.



Chen Long hadir ke pertandingan itu bersama gelaran Juara China Masters kini sudah memenangi 2 gelaran dalam masa seminggu.  Jika Datuk tidak mahu mengubah corak permainan beliau, kita rakyat Malaysia akan hanya melihat dominasi China yang tidak berkesudahan menguasai dunia Badminton.






Aku akur Datuk Lee Chong Wei adalah pemain nombor 1 dunia. Juara All England 2 tahun berturut-turut yang mana aku sendiri tak mampu lakukan. Gaya permainan di jaring beliau tiada tandingan. Corak bertahan dan tindakan reflex juga hebat. Jika beliau menambah sedikit agresif dalam permainan mungkin kita akan lihat Chong Wei yang baru kerana 2012 mungkin peluang terakhir beliau untuk merangkul kejohanan berprestij itu. Tahun depan umurnya akan meningkat kepada 30 tahun. Agak mustahil untuk beliau beraksi dalam olimpik 2016 (34 tahun)



Akhir kata Tahniah Datuk Lee Chong Wei kerana berjuang hingga ke mata terakhir tanpa menarik diri. Mungkin tuah bukan milik Malaysia kali ini. Sudahlah kalah bola sepak di Jepun Rabu lepas. Kini badminton pula.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Taktik Lin Dan Berhasil | Chong Wei Harus Berubah Jika Mahukan Gelaran Juara Olimpik 2012 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets